KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita pelbagai aset mewah termasuk 23 utas jam Rolex dianggarkan bernilai RM2.2 juta di sebuah kediamanan dipercayai milik isteri kedua bekas pegawai tinggi tentera darat (TDM), pagi ini.
Menurut sumber, hasil penggeledahan di kediaman di negeri Pantai Timur itu membawa kepada penemuan dua buah bagasi yang dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan mewah berkenaan.
“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 23 unit jam tangan jenama Rolex pelbagai model dengan anggaran nilai pasaran semasa kira-kira RM2 juta.
“Selain itu, SPRM turut menyita beberapa barangan kemas milik seorang individu yang dipercayai bersubahat dengan nilai dianggarkan sekitar RM225,000,” katanya kepada Malaysia Tribune.
Bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bersama dua isterinya ditahan oleh SPRM baru-baru ini bagi membantu siasatan berkaitan projek perolehan tender Tentera Darat Malaysia (TDM).
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 10-1-2026 08:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dah mati sok pakaikan semua jam tu kat bdn dia.. takyah nk berkain kapan.. dah jadik materialistik sgt.. boleh la tumjuk kt minah kain kapan 999 tu kain kapan isteri heols lg mahai
Post time 10-1-2026 08:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nih yg lakiknya ada jam patek pilipe apa ke namanya tu ke?
Atau org lain? Terlalu byk isu paneh berkaitan ngn asekor sampai dh konpius dahh
Hat botak skendeles, yak yak yeahhh makan naget ngn sosej dan coming soon ntah apa lagi dahhhh
Post time 10-1-2026 09:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Oh ni yg darat. Yg laut, kes lain pulak ek? Yg laut ni ada girlfren. Ada gambar keta kat parking lot hotel. Girlfren keta range rover… the boifren bawak keta proton ada sticker mindef.