CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1424|Reply: 23

‘Saya senyum je, nenek pun boleh’ – Sheila Rusly tak kisah dipanggil ‘mak cik’

[Copy link]
Post time 29-12-2025 10:12 AM | Show all posts |Read mode





PELAKON dan penerbit drama popular, Sheila Rusly berkongsi momen lucu apabila secara spontan dipanggil ‘mak cik’ oleh seorang remaja ketika sedang beratur di sebuah kaunter pembayaran, baru-baru ini.

Ujar Sheila, 54, remaja terbabit secara tidak sengaja memanggilnya ‘mak cik’ untuk memaklumkan kaunter lain telah dibuka bagi mempercepat urusan pembayaran.

“Masa beratur dekat kaunter tadi, ada seorang budak remaja dengan mak dia depan saya.

“Tiba-tiba budak itu panggil, ‘makcik, makcik, kaunter sebelah kosong’,” kongsinya dalam Threads.

Pun begitu, pelakon filem Pontianak Menjerit itu berkata, ibu remaja berkenaan dilihat kurang senang dengan panggilan tersebut lalu menegur anaknya supaya menggunakan panggilan ‘aunty’ sebagai ganti.

“Saya senyum saja dan cakap tak mengapa. Nak panggil nenek pun boleh. Tapi lepas saya dah bayar, mak dia masih marah dan pesan lain kali panggil ‘aunty’.

“Aunty dengan mak cik tu kan sama saja,” tulisnya berseloroh.

Perkongsian itu pantas mengundang reaksi netizen apabila rata-rata terhibur dengan sikap tenang serta terbuka isteri kepada pengarah Jinggo itu menerima situasi berkenaan tanpa melatah atau tersinggung.

“Kelakar tapi matang, tak semua orang boleh terima perkara kecil macam ni dengan hati terbuka.

“Sheila memang sporting, panggilan tu tak menentukan nilai seseorang.

“Saya pun selalu kena panggil makcik walaupun rasa muda lagi,” demikian antara komen netizen.

Malah, ada juga netizen berkongsi pengalaman hampir sama apabila berdepan situasi dipanggil dengan gelaran tertentu di tempat awam, namun memilih untuk mengambilnya secara positif dan berlapang dada.

Sumber:– HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2025 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ko makcik pun
Aku pun x faham kenapa ada pompuan sensitif dipanggil makcik dgn org lg muda mcm budak2/remaja
Dah klau mak budak tu lebih kurang baya ko atau tua dlm 5 tahun, mmg patut pun dipanggil makcikkk… aku sdiri pun gelarkan diri aku acik dgn anak2 kawan2 aku
Kdg2 muka kampung totok je tapi kemainlah gelarkan diri auntie kat budak2 sbb nak nampak modern, cool auntie lorrraaattt !!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Raso mudo le tu
Lola
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 12:04 PM | Show all posts
aku skrg.. sapa2 aku cik kn ajer la senang.. kdg dorg nie muka makcik2.. tp umur muda..
tingat solat kt masjid.. sblm rapat2 tu tgk sorg2 muka mcm makcik2.. bila solat sebelah.. haa ko!!! sendi2 aku yg berbunyi.. dorg elokkkkk jer.. hahaha.. mgkn sbb aku nie x beranak.. less stress kot dari dorg.. tu aku rasa aku lg muda dari dorg.. hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hello nenek


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Genzi selalu panggil aku Ms Ke sebab diorang takut nak panggil dalam BM kena tanya Puan ke Cik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2025 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
terpaling nenek
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 02:51 PM | Show all posts
aku pemandu grab,,yang heran budak2 sekolah atau pelajar2 institut kemahiran panggil aku abang..umur aku dh 52. Yang panggil pakcik tu biasa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2025 03:00 PM | Show all posts
sporting la sangat.. maka dalam hati, tersakiti

agitewwwww... hati hitam i berkata..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
espri6006 replied at 29-12-2025 02:51 PM
aku pemandu grab,,yang heran budak2 sekolah atau pelajar2 institut kemahiran panggil aku abang..umur ...

mmg kalo umo2 mcm ni pun sy panggil abg je.. kecuali yg mmg dah warga emas tu sy panggil pakcik lah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 03:03 PM | Show all posts
i ols umur 37, bebudak kawan anak iols panggil achik..memula dengar terkedu kejap..pandang husband..lepas tu gelak sama2...dah level2 achik2 rupanya tanpa sedar
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni pon jd isu eh. Senarnya dia nk cakap yg dia tak nampak makcik kan haha. Umor 54 mmg dah makcik. Even 40 pon da makcik. Jgn nk pasan2 muda sgt wlpn millenial. Erra pajira pun dah umor nenek uols cuma dia nenek lawo

OG tu je tak sedar diri tak bole sebut acik. Muka pon kampung nak aunty2
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur 50an memang la nenek. Acik2 tu umur 40an.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 03:53 PM | Show all posts

ni set set ogy mat daud la ni .. ogy orang panggil dia Kak Ogy pun dah sentap. Sama la mcm si Uji rashid < aii tgk podcast dia .. terdetik eh tak reti ckp melayu ke? meluat eh pengacara bercakap melayu tapi dia bercampur campur Bi BM Bi BM.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 05:31 PM | Show all posts
DARSITA replied at 29-12-2025 03:53 PM
ni set set ogy mat daud la ni .. ogy orang panggil dia Kak Ogy pun dah sentap. Sama la mcm si Uji r ...

CAKAP NYA MACAM MELANGIT SIKIT KAN
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang je nk jumpa nek Sheila ni.Kawan aku akn bgtau bila nek shila ni nk datang Perlis sbb dia wajib akan pegi satu Kedai Makan feveret dia kt sini.Kedai tu memang tersangat la sedapnya. Harga pun harga marhaen je .Kt luar dia lawa Dan friendly
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2025 07:34 PM | Show all posts
Sbb terlalu ramai yg over sensitif dgn panggilan makcik
Baguslah she jenis sedar umur dah brp kan
Dgn budak2 tak payah nk sentap sgt..
Especially bila niat adik tu baik dan suaranya hormat memanggil..
Bukannya dia panggil 'engkau', org tua, mangkuk dan sebagainya
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 10:45 PM | Show all posts
Pun begitu, pelakon filem Pontianak Menjerit itu berkata, ibu remaja berkenaan dilihat kurang senang dengan panggilan tersebut lalu menegur anaknya supaya menggunakan panggilan ‘aunty’ sebagai ganti.


maknye pun bodoh…. makcik = aunty…
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aii senang ja.panggilan berubah2 ikut  tempat, dekat opis kelig panggil puan sri, staff panggil miss w/pun aq dah kata ok ja panggil sis sudahnya ber aii yuu aii yuu ja la dgn depa ni..kdg rimas jugak dgn gelaran pangkat semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai... Tak boleh brain kalau yg dah 40an ke atas nak marah2 org panggil makcik ke nenek ke...
Terima ajalah... Bkn salah pun.
Pastu yg 20an.. . 30an berlambak anak buah or kawan2 anak buah panggil makcik or a auntie, OK apa....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.176488 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list