|
View: 11252|Reply: 174
|
Duduk Dalam Kampus Universiti Oxford Seminggu ~ Trend Apa Pulak Ni?
[Copy link]
|
|
|
Edited by borne at 16-12-2025 07:54 PM
Sejak kebelakangan ini, media sosial dan laporan hiburan mula dipenuhi dengan perkongsian selebriti yang menghantar anak mereka ke Oxford. Bukan untuk bercuti atau bergambar semata-mata, sebaliknya menyertai satu program kepimpinan bertaraf antarabangsa yang berlangsung di kampus sebenar Universiti Oxford.
Antara yang mencuri perhatian ramai ialah Engku Aleesya, anak kepada pasangan Erra Fazira dan Engku Emran. Turut mengikut jejak langkah sama ialah Sophea Natasha Sheikh Muszaphar, 12 tahun, anak kedua Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mohd Yunos. Tidak ketinggalan, Noah, anak kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari, juga menyertai program berprestij ini.
Tinggal Dalam Kampus Oxford, Bukan Lawat Sehari Dua
Apa yang menarik, para peserta bukan sekadar menghadiri kelas, tetapi benar-benar tinggal, makan dan menjalani rutin harian di kampus Oxford, iaitu di Lady Margaret Hall (LMH). Pengalaman ini memberi gambaran sebenar kehidupan sebagai pelajar universiti ternama dunia.
Belajar Apa Sebenarnya? Ini Bukan Kelas ‘Biasa-Biasa’
Program yang disertai dikenali sebagai Mastering Leadership for Youth Programme, khas untuk pelajar sekolah menengah. Modul pembelajaran merangkumi Bahasa Inggeris melalui drama, pengucapan awam, pemikiran kritikal, logik informal serta simulasi penyelesaian masalah sosial, jauh daripada konsep pembelajaran konvensional.
Fokus Kepimpinan, Bukan Hafal Buku Semata-mata
Penekanan utama program ini adalah pembinaan kepimpinan dan keyakinan diri. Pelajar digalakkan untuk bersuara, berfikir secara kritikal dan mengenali potensi diri. Aktiviti berkumpulan, perbincangan terbuka serta projek berpasukan menjadi teras kepada pengalaman pembelajaran mereka.
Aktiviti Padat Tapi Fun, Dari Drama Sampai Dunia Sebenar
Selain kelas, pelajar turut menyertai aktiviti team-building, projek khidmat masyarakat dan simulasi dunia sebenar yang mencabar minda. Semua ini dijalankan dalam suasana pembelajaran yang santai, terbuka dan menyeronokkan, dibimbing oleh fasilitator kepimpinan berpengalaman.
Kenapa Lady Margaret Hall Jadi Pilihan? Ini Sebabnya
Lady Margaret Hall bukan kolej biasa. Ditubuhkan pada tahun 1879, ia merupakan kolej pertama di Oxford yang mendidik wanita sebelum membuka pintu kepada pelajar lelaki. LMH juga terkenal dengan alumni berprofil tinggi seperti Malala Yousafzai dan Benazir Bhutto, bekas Perdana Menteri Pakistan.
Harga Bermula RM15,890, Mahal Atau Pelaburan Masa Depan?
Dari segi kos, yuran program bermula sekitar RM15,890. Harga ini termasuk bengkel pembelajaran, penginapan, tiga hidangan sehari, lawatan dan aktiviti harian, cadar, tuala, serta penjagaan dan sokongan pelajar selama 24 jam. Tidak murah, namun bagi sesetengah ibu bapa, ia dianggap pelaburan jangka panjang untuk masa depan anak-anak.
Bukan Semua Dapat Peluang Ini, Tapi Pengalaman Seumur Hidup
Penyertaan anak-anak selebriti ini bukan sekadar trend, tetapi satu langkah strategik membina pendedahan global, kepimpinan dan keyakinan sejak usia muda. Pengalaman belajar dan hidup di Oxford mungkin sukar dinilai dengan wang ringgit namun impaknya boleh bertahan seumur hidup. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Oxford pun dah miskin, pandai tunggang nama utk some pound sterling ! They are smart and the idiot is...... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambil tu melawat pakcik.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ohh ingatkan terpilih sbg creme of the creme, rupanya poket harus tebal. kalau dah lebih dari mampu demi pendidikan anak2, why not kheenn |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak erra mmg pakai tudungkah? Freehairlah dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 16-12-2025 08:01 PM
Sambil tu melawat pakcik.
Pakcik mana kat oxpod? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak masuk ni kena bijak + duit berkepok la?
Kalau budak kelas belakang + duit berkepok atau bijak + B40 boleh join tak? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 16-12-2025 08:23 PM
Pakcik mana kat oxpod?
Pacik dia dalam jel.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 16-12-2025 08:34 PM
Kalau nak masuk ni kena bijak + duit berkepok la?
Kalau budak kelas belakang + duit berkepok atau bi ...
Budak kelas belakang tak terpikir kot nk gi oxford.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas tamat program ni dapat apa? Dapat langkau terus buat degree ke camne  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni macam ala2 summer camp masa kat sekolah dulu kot cuma yg ni nampak gah la sebab buat kat oxford. Hat masa meols sekolah dulu2 paling2 buat kat kampus terdekat jek atau pun buat kat hutan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 16-12-2025 08:15 PM
Anak erra mmg pakai tudungkah? Freehairlah dulu.
Rambut dia tak lawa kan..ikut mak dia..lg lawa dia pakai tudung..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau i kaya pun i anto anak join ni...haha |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
15k x mahal, kena tambah kos pi hantar balik shopping |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 16-12-2025 08:15 PM
Anak erra mmg pakai tudungkah? Freehairlah dulu.
Bapak dia jaga kot. Kalau mak yang jaga mesti boleh free hair. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cm_vungtau at 16-12-2025 10:44 PM
15k murah la. Takde la mahal bebenor. Saje2 buang masa ok aje |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Duit ada
suma bleh jadik
manfaat utk others in future
janji tak mengangkang
jadik bewak idop nnti  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 16-12-2025 08:51 PM
Pacik dia dalam jel.
Oh pacik dia dah masuk jel kat ireland ka? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau sekolah2 biasa.. ada jugak exchange student program... kos pon sampai 7-8 ribu jugak sorang.. itu pon taktau la JV ngan mana2 university ke camne..
yang Oxford ni rasanya every year ada.. Sheikh Muzafar tu kata before this dia dah pernah hantar anak sulung dia si Bella join.. now turn si adik pulak Tasha.. pasni lambet la lagi sket kot since bawah dia adik kembar lelaki Noah n Adam ke apa namanya masih sekolah rendah rasanya..
dorang ni masuk ada criteria jugak.. bukan simply kau ada cash.. kau bole enroll anak kau.. dorang tengok gak result IGCSE rasanya.. since Aleesya and si Tasha ni both excel gak in studies.. so ok je.. mak pak berduit.. baikla anto.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini perkara biasa di US terutama di musim cuti summer. Banyak Ivy league offer summer study/short course.
Kebaikkan? kita boleh gunakan cert yg diterima sbg surat sokongan semasa apply mana mana uni yg dihajati.
Kedua: jalan paling mudah utk masuk ivy league unis, kerana uni uni ini akan pilih bebudak pandai GPA 4+ good curriculum + yg ada ikut kelas kelas di Uni ternama.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|