|
View: 2010|Reply: 36
|
[Tempatan]
Bekas komando hilang lebih RM200,000 wang persaraan, dalam akaun tinggal RM1. Rakan yang lama terputus hubungan ajak buka kilang.
[Copy link]
|
|
|
'Saya seolah dipukau' - Bekas komando hilang lebih RM200,000, duit dalam akaun tinggal RM1
Ahmad Hasbi
[email protected]

GAMBAR hiasan
Seremban: Terjerumus dengan tawaran menarik daripada rakan untuk menceburi perniagaan minyak masak subsidi, seorang bekas komando kerugian lebih RM200,000.
Akibat kehilangan wang simpanan dan wang ganjaran tamat perkhidmatan, kehidupan Mohd Zaidi Nordin, 42, berubah 180 darjah, malah anaknya tidak ke sekolah selama beberapa bulan kerana tidak mampu.
Menceritakan kembali kejadian dua tahun lalu itu, Mohd Zaidi berkata, dia bagaikan dipukau apabila dengan rela hati menyerahkan kesemua wang berkenaan kepada rakannya.
"Selepas tamat perkhidmatan sebagai tentera, saya memang merancang untuk berniaga. Secara kebetulan saya berjumpa dengan kawan lama di sebuah restoran.
"Saya sebenarnya kami sudah lama terputus hubungan. Dia menawarkan projek membuka kilang minyak masak subsidi sebelum keesokannya seorang lagi kawan hubungi saya untuk beritahu lebih lanjut mengenai projek itu," katanya ditemui.
Bapa kepada empat anak ini berkata, dia kemudian ditunjukkan sebuah kilang di Senawang, di sini, dan dibawa pula ke sebuah kawasan perumahan mewah yang kononnya milik rakannya itu.
"Masa itu penampilan dia seperti ahli perniagaan dan itu yang meyakinkan saya. Kemudian kami ke Indonesia, kononnya dia ada perniagaan tepung dan gula di sana.
"Namun, sepanjang 11 hari berada di sana, kami tak buat apa-apa. Dia juga ada bertanyakan mengenai duit ganjaran persaraan saya yang akan dijadikan sebagai modal perniagaan kami," katanya.
Seolah dipukau, Mohd Zaidi membuat lebih 10 transaksi ke akaun lelaki itu dan pasangannya sehingga duit persaraannya hanya tinggal RM1.
"Saya mula curiga tetapi ketika itu tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya terus mengikut kehendak rakannya itu.
"Saya sendiri tidak tahu apa yang terjadi kepada saya waktu itu kerana apabila fikirkan semula, saya seperti dalam keadaan 'separuh sedar'.
"Bayangkan selepas kami balik ke Malaysia, saya boleh dengar cakap dia untuk membawa keluarga berpindah ke sebuah rumah di Sendayan termasuk memberi lebih RM60,000 wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepadanya," katanya.
Disebabkan itu ujar Mohd Zaidi, dia kehabisan wang sehingga terpaksa menjual kereta Nissan Almera miliknya untuk perbelanjaan keluarga malah tiga anak tidak ke sekolah selama beberapa bulan kerana tiada wang.
"Saya memang tiada duit langsung waktu itu dan disebabkan itu juga saya terpaksa jual kereta. Saya hanya sedar ditipu selepas abang dan kakak ipar datang ke rumah membuat bacaan Yassin," katanya.
Dia berkata, dia kemudiannya menghubungi rakannya itu dan meminta semua wang dikembalikan, namun lelaki berkenaan meminta untuk diberikan masa.
"Bagaimanapun, dia menghilangkan diri, malah rumahnya juga kosong dan lebih mengejutkan kediaman rupa-rupanya hanyalah rumah sewa.
"Saya betul-betul hilang arah. Laporan polis sudah dibuat pada Julai tahun lalu dan gambar dia juga dilampirkan, tetapi sehingga sekarang saya tidak dapat apa-apa perkembangan kes ini," katanya yang kerugian RM221,872.
Menurutnya, bagi meneruskan kehidupan, dia bekerja kontrak dengan mengambil upah mengecat, menyimen dan menebang pokok.
"Saya sangat berharap dia dapat ditangkap supaya kejadian ini tidak berulang kepada orang lain. Saya tahu betapa peritnya apabila wang hasil titik peluh lesap begitu sahaja," katanya.
Disiarkan pada: Disember 12, 2025 @ 3:08pm
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya
Rasanya duit Tu tak Kan dapat balik
Percaya je wujud pukau nih
Masa kecil dulu pernah witness my mum kene pukau sign Borang utk beli barang
Mum sign dan kasik duit gitu je
Padahal I Dan beberapa ahli keluarga Di situ pakat tengok je diam membisu je
Around sejam dia Baru sedar Dan Rasa regret
Ada tak org pukau Dan rogol/bunuh? Takutnya
Moga dijauhkan la Kita semua Dari musibah ini semua |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Masih muda remaja lagi baru 42 tahun. Masih ada 15-20 lagi untuk membina kehidupan di hari tua. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yess..my kakak pun pernah kena pukau masa tengah niaga nasi lemak siang2 hari buta....dia tahu dia kena pukau tapi tak boleh buat apa masa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannyer...semoga dpt rezeki lain yg berlipat ganda...Amin... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menceritakan kembali kejadian dua tahun lalu itu, Mohd Zaidi berkata, dia bagaikan dipukau...
Dia cuma kata bagaikan dipukau, bukan kena pukau.
Tempoh masa kejadian pun bukan seminit dua, siap melawat kilang, datang ke rumah, travel etc.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
'...bagi meneruskan kehidupan, dia bekerja kontrak dengan mengambil upah mengecat, menyimen dan menebang pokok.'
dia bekas komando, mungkin boleh jadi bodyguard. Boleh jadi juga dia dah tak berminat dengan risky business sebaliknya nak bertukar angin berniaga pula. Silap beliau sebab berangan terlalu tinggi.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm ni mesti jenis suke lepak ngan geng2 laki sampai lewat malam
lepas tu sembang lebat gi citer plak nanti akan dapat duit pencen dsb
geng dia nampak 'peluang' baekk bila tengok jenis ni
pakat2 gi tipu dia
aku kesiankan bini hang
hang aku x kesian sebab kebuduhan melampau |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak buat apa2 kat yendon tapi still nak melabur |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pencen askar ni x byk,mmg kena kerja kalau nk teruskan hidup,antaranya berniaga sendiri,tp xyah la beragan buat biz dgn modal besar,cukup la modal kecik takat 10k ni mudah sgt terikut kata2 org |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
orang askar ni payah nak bercakap dengan diorang.
arrogant semacam.
lagi tinggi pangkat lagi cibai perangai.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rajin pulak bukak thread.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Askar selalu bila dapat duit terjelepuk gitu macam2 nak dibuatnya. Pakcik aku pernah dapat 50k ke dia kata nak kawin lagi satu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesetengah Spesis jantan ni mmg pantang ada duit byk dlm simpanan mesti nk habiskan smua..pelik aku |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak bincang dengan isteri ke pasal duit pencen tu? Isteri setuju saja? Kalau bincang dengan isteri, biasanya isteri ni lebih banyak curiga dan hati-hati. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 15-12-2025 10:03 PM
MODUS OPERANDI PEMUKAU ADALAH DENGAN PURA2 KENAL MANGSA. MANGSA TERSEBUT KEMUDIANNYA MALU LUPA NAMA "KAWAN" TERSEBUT DAN HANYA AKAN MENGANGGUK2 DAN MENGAKU KENAL.
IT ALL STARTS FROM THIS. SOMETHING TO DO WITH YOUR BRAIN WAVE. BY MAKING YOU FEEL GUILTY YOU WILL THEN SUDDENLY OBLIGE TO THAT PERSON. JUST TO PLEASE HIM. BUT AT THE SAME TIME YOU START TO LOSE YOUR MIND BECAUSE YOU ACTUALLY NEVER KNEW THIS PERSON. SI PEMUKAU ITU HANYA PURA2 KENAL SAHAJA.
JIKA INI BERLAKU KEPADA YOUR PARENTS PLEASE TELL THEM DAH BANYAK ORANG TUA YANG KENA.
THIS LEECH WILL NEVER LET YOUR PARENTS GO. DIA AKAN MELEKAT DAN MENEMPEL SAMPAI DIA KIKIS HABIS SELICIN2NYA. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 15-12-2025 09:36 PM
MODUS OPERANDI PEMUKAU ADALAH DENGAN PURA2 KENAL MANGSA. MANGSA TERSEBUT KEMUDIANNYA MALU LUPA NAMA ...
Yiihh.. seramnya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada apa2 amalan islam untuk mengelak pukau?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|