|
View: 516|Reply: 19
|
[Dunia]
U turn budaya kito:Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming kata Kenyataan DAP Keluar Pakatan Jika UEC Tidak Diiktiraf Disalah Lapor
[Copy link]
|
|
|
Edited by YgBenar at 13-12-2025 07:59 AM
(FMT) – Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming menjelaskan laporan berita memetiknya sebagai berkata DAP akan tinggalkan kerajaan jika Putrajaya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) mengambil kata-katanya dalam satu temubual “di luar konteks”.
Beliau berkata ia adalah temubual selama 1 jam oleh akhbar Cina, Oriental Daily dan topik utamanya adalah mengenai reformasi Parlimen yang sudah tercapai.
Beliau berkata laporan berita itu hanya berdasarkan satu ayat sahaja.
“Nyata sekali ia diambil di luar konteks dan tajuknya tidak tepat,” katanya kepada FMT, ketika ditanya mengenai artikel itu.
Nga mengulas tentang laporan oleh Malaysiakini yang menterjemahkan temubual Oriental Daily itu.
Ia memetik Nga sebagai berkata DAP mencapai satu konsensus untuk menarik diri daripada kerajaan jika UEC tidak diiktiraf.
UEC adalah sijil sekolah tinggi yang diberikan oleh sekolah-sekolah Cina swasta.
Nga di Twitter berkata laporan Malaysiakini itu “sangat mengelirukan” kerana ia mengambil kenyataannya di luar konteks dengan melaporkan petikan daripada temubual yang panjang oleh Oriental Daily.
‘Tidak sihat’
Susulan laporan berita itu, peguam Haniff Khatri Abdulla memberitahu FMT kenyataan Nga itu “tidak sihat, tidak matang, dan bertentangan dengan kedaulatan undang-undang” kerana isu UEC merupakan keputusan dasar yang belum dipertimbangkan Kabinet.
Haniff berkata semua orang tahu satu pasukan petugas diketuai menteri pendidikan sebelum ini, Maszlee Malik sedang melihat isu pengiktirafan UEC dan belum menyerahkan kertas kerjanya kepada Kabinet.
Oleh itu, adalah “sangat salah” untuk Nga berkata demikian dan beliau patut menarik balik kenyataannya.
“Pasukan petugas itu perlu melapor kepada Kabinet dan satu keputusan dasar akan dibuat Kabinet. Tetapi pasukan petugas itu belum menyiapkan laporannya.
“Jadi, bagaimana seorang pemimpin kanan DAP, parti pemerintah, buat kenyataan seperti mengancam kerajaan? Ini sangat salah.
“Ia tidak sihat, tidak matang, dan memberikan gambaran orang yang membuat komen itu mahu menentang konsep kedaulatan undang-undang,” kata Haniff.
Sementara itu, bekas ahli Parlimen Umno, Tawfik Ismail tertanya adakah pendirian Nga itu juga pendirian pemimpin DAP lain.
Meminta ahli-ahli DAP lain menyuarakan pandangan mereka, beliau berkata kenyataan Nga itu mungkin mencerminkan sentimen akar umbi DAP di lapangan.
“Bunyinya seperti kata dua,” katanya.
Penganalisis politik, Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia (UUM) juga mengulangi pandangan Tawfik dan tertanya adakah ini juga pandangan pemimpin DAP lain.
Beliau berkata mungkin kumpulan pendidik Cina menyuarakan isu itu kepada Nga kerana Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekarang menteri pendidikan sementara.
“Mungkin mereka berharap dapat sedikit perhatian tentang perkara itu ketika Mahathir sedang melihat untuk mengubah suai sistem pendidikan,” kata Azizuddin. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Berita abad bila ni
Beliau berkata mungkin kumpulan pendidik Cina menyuarakan isu itu kepada Nga kerana Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekarang menteri pendidikan sementara. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
betul laa. sblm ni dapig kata akn keluar PH dlm masa enam kalo takde tanda2 nak reform.bukan hanya isu UEC semata. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Konar baring cecah telinga.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 13-12-2025 05:00 PM
betul laa. sblm ni dapig kata akn keluar PH dlm masa enam kalo takde tanda2 nak reform.bukan hanya ...
Baca komen student masuk tar uni guna uec grad 3.9 punyalah useless bodoh satu habuk tak tahu. Bm tak reti. English tak tahu. Dah masuk alam pekerjaan satu habuk tak rati wat kerja.
Makin aku jadi sus dgn ipts ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 13-12-2025 05:45 PM
Baca komen student masuk tar uni guna uec grad 3.9 punyalah useless bodoh satu habuk tak tahu. Bm ...
Apa punya 1st class honour degree holder.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apasal cina2 yg nak Uec tak pi balik semula negara diaorang jer...nak cakap cina cakaplah cina puas2 kat sana. Jangan menyemak kat Malaysia ni. Bawak sekali PMX bodoh korang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
puncanya dari sistem sekolah cina.budak sekolah cina tak reti bm,english hauk neh isu berzaman .masa aku form1 aku pelik hazab betul aku nak communicate dgn budak yg return dari sekolah cina.bab TAR ni patut ko tanya MCA la what went wrong?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by silance at 13-12-2025 07:57 PM
Mereka ada satu parti saja Dan semua orang tahu manifesto visi dan misi mereka. Mereka berpolitik adalah untuk menjaga kebajikan pengundi mereka. Apa yang mereka janji itulah yang mereka usahakan.
Sementara korang dapat kuasa sebok sakau, gaduh, berebut kuasa, fitnah, bayar saman, leka. Korang ada berapa banyak parti tapi lebih kurang saja. Sebagai rakyat apa yang kita dapat dari aktiviti diatas?
So tak payah salahkan orang. Korang claimed pembela bangsa tapi angkut asing worangs gred g tak tau berapa lama dah/jumlah hingga susahkan local. Internal problem dah ada, angkut sampah pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PELIK TETAPI BENAR...ADA negara iktiraf UEC...AWAT depa tak pindah ke,tinggal dan bersekolah di negara berkenaan.Dah tau Msia negara camna..mai juga pastu...kena 'IKUT KEHENDAK MEREKA' pulok... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 13-12-2025 06:18 PM
puncanya dari sistem sekolah cina.budak sekolah cina tak reti bm,english hauk neh isu berzaman . ...
Ipts ni patut selalu kena audit kenapa senang senang bagi lepas first class degree tapi irl alam pekerjaan bodoh nak mampos tak boleh ajar. Selama aku ingatkan amir khan 3 idiots tu hanya dalam filem. Rupa2nya mmg ada dalam dunia nyata.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Walaunn PN sedang adu domba dan cuba jadi batu api.... Skrg pmx secara jelas tolak pengiktirafan uec... Melopong walaunn untuk jadi modal. ???? ???? ???? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka bapok tua .igt senang nak jaga hati semua kaum..ko mmg gagal total smpai dapig pon blh main ugut2 ko |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 13-12-2025 05:45 PM
Baca komen student masuk tar uni guna uec grad 3.9 punyalah useless bodoh satu habuk tak tahu. Bm ...
Xpe kaka.Diorg kan mandarin speaker. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
DAPig berani ugut
sbb fail tebal
vedio dgn amoi pun banyak.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 13-12-2025 05:45 PM
Baca komen student masuk tar uni guna uec grad 3.9 punyalah useless bodoh satu habuk tak tahu. Bm ...
Ni tar college kat setapak tu ka?
Uni tu dibina utk bg peluang bebudak cainis kurang berpendapatan utk dpt tertiary level edukasyen.. mca yg buat.. tapi now dgq habaq, yuran mahai..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian tak pandai nak ugut ugut, tak cukup samseng mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 14-12-2025 02:55 PM
Kesian tak pandai nak ugut ugut, tak cukup samseng mungkin.
Ngangokngek
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak isu Nga ni bila buat kenyataan media.
Isu tanah runtuh Batang Kali.
Isu kampung lusuh kepam cina ke taraf Unesco.
Now isu UEC. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|