CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 713|Reply: 11

“Saya Hanya Akan Kerja Dengan Orang Yang Pro-Palestin” - Yuna

[Copy link]
Post time 12-12-2025 05:50 PM | Show all posts |Read mode





Penyanyi Yuna berkata dia tetap dengan pendiriannya tidak akan bekerja dengan artis serta tidak akan kerjasama dengan jenama yang bukan pro-Palestin.

Memetik HibGlam, Yuna berkata dia sudah beberapa kali mengatakan ‘tidak’ kepada artis yang bukan pro-Palestin serta tidak boleh bekerjasama kerana solidaritinya terhadap rakyat Palestin.

“Saya masih artis yang sama dan cara saya bekerja berlandaskan profesionalisme bahkan dengan semua orang. Tapi, saya ada pendirian sendiri. Contohnya, saya hanya akan bekerja dengan orang yang memang pro-Palestin. Fullstop (muktamad).

“Kalau bukan pro-Palestin, saya tak nak keja dengan mereka. Bahkan, saya dah banyak kali cakap ‘tidak’ kepada artis yang bukan (pro-Palestin).

“Ada seorang DJ nak pakai lagu saya, memang sangat berpengaruh (ada 8 juta followers) tapi saya terpaksa cakap dengan pengurus yang saya tak boleh (bekerjasama),” katanya.

Sementara itu, Yuna berkata kerjaya seninya masih berjalan seperti biasa dan turut bekerjasama dengan komposer pemenang Anugerah Grammy ke-66, Olmo Zucca yang merupakan pro-Palestin.

“Alhamdulillah, setakat ini saya masih okey — saya buat hal sendiri. Ada peluang bekerja dengan orang macam Olmo Zucca (produser pro-Palestin) untuk EP akan datang, saya bersyukur.

“Dia kongsi sentimen yang sama seperti saya cuma tidak tidak lantang seperti saya. Cakap tentang perjalanan muzik antarabangsa, masih berjalan seperti biasa tapi sekarang lebih selektif.

“Kadang-kadang di AS rasa macam sangat sunyi tapi sekarang, ramai dah lantang bercakap tentang Palestin dan sebagainya,” katanya.

Difahamkan, Yuna yang baru saja melancarkan jenama fesyen YZ Label dan bakal hadir dengan album mini (EP) The Valour Hour tidak lama lagi.

Sumber: HibGlam, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2025 09:23 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2025 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingatkan Anju..  
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2025 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Poyo much .dah sendu pun ko
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2025 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols tatau ko buat konsert. Tau2 dah sold out.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2025 02:22 PM | Show all posts
Moga dikurniakan zuriat. AAmin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2025 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-12-2025 10:39 PM
Meols tatau ko buat konsert. Tau2 dah sold out.

Laku lagi la…
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2025 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
theotherfriend replied at 15-12-2025 06:49 AM
Laku lagi la…

Laaakuuuuu. Followers dia masih ramai.

Tapi venue dia buat kecik aje.

Meols masih terkilan tak dapat tiket.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2025 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan nanti jadi mcm hazwani dan zizik kirana..kena jilat ludah sendiri. Acah² terpaling palestin, rupa rupanya.............  

Sambung sendiri la dek non. Kau pon dah sendu ke zaman batu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 16-12-2025 11:10 AM

takpelah, itu pendirian dia
lgpon tak kisah bidang
org org yg mampu konsisten
diperlukan
utk kasi ketat org org yg dh kendor
mcm kita lah
huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 11:09 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 15-12-2025 04:48 PM
Laaakuuuuu. Followers dia masih ramai.

Tapi venue dia buat kecik aje.

tinggal standing zone je kan, kitonyo tak larat dah nak berdiri lama-lama
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2025 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 16-12-2025 03:09 AM
tinggal standing zone je kan, kitonyo tak larat dah nak berdiri lama-lama

Iyaaa meols tamau ah standing dah tua2 gineehhh tapi OOK meols ambik standing sebab nak lompat2. (Sanggup ya. Harap tak semput ke sakit jantung masa tu. )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43600 Replies : 571
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.765606 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list