|
View: 1217|Reply: 2
|
[Tempatan]
Imigresen tumpaskan Geng Mat Sero seludup 35 PATI Myanmar dari Kelantan ke KL
[Copy link]
|
|
|
Edited by Abahmung at 9-12-2025 03:47 PM
[email protected]
Disember 9, 2025
TIGA puluh lima PATI warga Myanmar yang ditahan dalam Ops Khas oleh PASTAK JIM Putrajaya, semalam. FOTO Ihsan JIM Putrajaya
Kota Bharu: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan Geng Mat Sero dalam satu Ops Khas di sini, ketika mereka cuba menghantar 35 warga Myanmar yang diseludup masuk menerusi sempadan sekitar Kelantan ke Lembah Klang, semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban berkata, hasil siasatan awal mendapati sindiket itu mengenakan caj bermula RM400 hingga RM500 bergantung jarak perjalanan.
Menurutnya, kesemua warga asing berkenaan dibawa menggunakan lapan buah kenderaan berasingan, malah mereka bertindak agresif apabila cuba ditahan pasukan operasi.
"Ketika pemeriksaan, kumpulan transporter ini bertindak agresif dan cuba melarikan diri dengan memecut laju kenderaan dan melanggar beberapa buah kenderaan lain termasuk kenderaan pasukan operasi, namun berjaya dipintas.
"Tiga lelaki tempatan diketuai Mat Sero dan seorang lelaki Myanmar disyaki berperanan sebagai transporter berjaya ditahan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, operasi itu bermula 5.52 pagi membabitkan 20 pegawai dan anggota daripada Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM Putrajaya serta JIM Kelantan.
Katanya, kumpulan itu menjadi sasaran JIM susulan risikan selama tiga bulan sebelum pasukan operasi diatur gerak untuk memintas kenderaan digunakan sindiket ketika mereka sedang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI).
Zakaria berkata, modus operandi kumpulan itu adalah membawa masuk PATI melalui laluan tikus di sempadan Malaysia-Thailand di sekitar Kelantan menggunakan transporter warga Myanmar.
"Kemudian PATI ini akan diserahkan kepada transporter warga tempatan untuk dibawa ke lokasi yang ditetapkan di sekitar Lembah Klang.
"Sindiket ini dikesan beroperasi setiap minggu dan dipercayai bergerak aktif sejak enam bulan lalu," katanya.
Menurutnya, tiga warga tempatan dan lelaki Myanmar disyaki transporter ditahan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, manakala 35 warga asing terdiri daripada 22 lelaki, 12 wanita dan seorang kanak-kanak, kesemuanya warga Myanmar, ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Pejabat JIM Kelantan untuk tindakan lanjut.
"Kesemua yang ditahan berusia antara 5 hingga 45 tahun.
"Turut disita, tiga telefon bimbit dan lapan buah kenderaan jenis Mitsubishi Triton, Toyota Cross, Innova, Rush dan Voxy, Isuzu D-Max, Nissan X-Trail serta Proton X90," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Ketika pemeriksaan, kumpulan transporter ini bertindak agresif dan cuba melarikan diri dengan memecut laju kenderaan dan melanggar beberapa buah kenderaan lain termasuk kenderaan pasukan operasi, namun berjaya dipintas.
Maju ekonomi negeri isle bersama pati haram jadah. Habis rosak orang lain punya kereta motor. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang orang lokal sindiket tu, patut ditidurkan aje... pengkhianat negara.
Mengabeh bogheh jo simpan dalam penjara turun naik mahkamah buang masa, wang dan tenaga agensi lain.
Pengkhianat kat Lahad Datu pun dihukom mati. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|