CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 402|Reply: 2

[Dunia] Buku baharu dedah rundingan rahsia di sebalik perjalanan Singapura menuju kemerdekaan

[Copy link]
Post time 9-12-2025 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Buku baharu dedah rundingan rahsia di sebalik perjalanan Singapura menuju kemerdekaan
AGENSI - Disember 8, 2025 @ 3:25pm


Buku disunting oleh Susan Sim dan diterbitkan oleh The Straits Times Press. - Foto dari https://www.stbooks.sg

SINGAPURA: Pemisahan Singapura daripada Malaysia pada Ogos 1965 adalah 'hasil rampasan kuasa tanpa darah' yang dirancangkan bekas Menteri Kewangan, Dr Goh Keng Swee, bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak, dalam tempoh hanya 25 hari.

Buku baharu bertajuk 'The Albatross File: Inside Separation' mendedahkan bagaimana satu kenyataan spontan Keng Swee pada 15 Julai 1965 mencetuskan rangkaian tindakan yang akhirnya membawa kepada proklamasi pada jam 10 pagi, 9 Ogos, iaitu, Singapura buat selama-lamanya menjadi sebuah negara berdaulat, demokratik dan merdeka.

Buku yang disunting Susan Sim dan diterbitkan The Straits Times Press serta Arkib Negara Singapura itu menggunakan dokumen yang disimpan Keng Swee dalam satu fail yang dinamakan 'Albatross', di samping rakaman sejarah lisan pemimpin-pemimpin pengasas Singapura.

Fail Albatross, yang mengandungi kertas kabinet, memorandum dan nota tulisan tangan Keng Swee mengenai perbincangannya dengan pemimpin Malaysia dalam beberapa bulan sebelum pemisahan, sebelum ini sebahagian besarnya diklasifikasikan.

Sebahagian dokumen itu dipamerkan pada 2015 sempena ulang tahun ke-50 kemerdekaan republik berkenaan.

Keng Swee menyifatkan Malaysia sebagai 'albatross' di leher kami' kerana janji kemakmuran bersama melalui penggabungan ternyata bertukar menjadi perdebatan tegang mengenai kaum dan pertentangan pandangan tentang masa depan negara.

Ketegangan ini memuncak selepas dua rusuhan kaum pada 1964 yang mendedahkan rapuhnya persekutuan baharu itu, lapor The Straits Times.

Buku itu dilancarkan Menteri Kanan, Lee Hsien Loong, pada 7 Disember, bersama pameran kekal baharu di Bangunan Perpustakaan Negara.

Berikut empat pendedahan utama karya itu.

Selepas rusuhan kaum 1964, Perdana Menteri ketika itu, Lee Kuan Yew, merumuskan bahawa unsur ekstremis di Malaysia boleh mengeksploitasi politik perkauman di Singapura, dan pulau itu memerlukan satu susunan baharu dengan Kuala Lumpur.

Perbincangan membabitkan Kuan Yew, Keng Swee, Tunku Abdul Rahman serta Tun Razak berkisar antara kerjasama dan perubahan perlembagaan, namun pertikaian berpanjangan mengenai keselamatan dalam negeri, hasil cukai, jumlah kerusi Parlimen dan peranan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam politik persekutuan menggagalkan persetujuan.

Kebimbangan British yang dipengaruhi konfrontasi turut merumitkan sebarang usaha penyusunan semula dalam Malaysia.

Menjelang pertengahan 1965, kabel diplomatik British memberi amaran kepada London, Kuan Yew berkemungkinan ditangkap, mendorong pegawai British memberi isyarat bahawa tindakan itu akan membawa implikasi serius terhadap Malaysia.

Menjelang Julai, Tunku berpendapat pemisahan adalah satu-satunya penyelesaian praktikal.

Detik penting berlaku apabila Keng Swee membuat kenyataan spontan kepada Tun Razak pada 15 Julai, mengatakan langkah terbaik ialah 'akhiri sahaja' dan biarkan kedua pihak mengikut haluan masing-masing.

Apabila Tun Razak bertanya maksudnya, Keng Swee menjawab: "Kami keluar dari Malaysia, menjadi negara merdeka, dan anda tidak lagi dibebani masalah ini, begitu juga kami. Segala ketegangan ini, ketegangan kaum, semuanya akan berakhir. Kami uruskan diri kami, anda uruskan diri anda."

Tun Razak meminta kepastian mengenai pendirian Kuan Yew, dan menjelang 20 Julai kedua-dua pihak bersetuju bergerak pantas secara rahsia menuju tarikh 9 Ogos.

Menteri Undang-Undang, E W Barker, menyiapkan dokumen undang-undang termasuk Perjanjian Pemisahan dan Proklamasi Kemerdekaan.

Satu pendedahan penting ialah Keng Swee tidak pernah mencadangkan persekutuan longgar atau konfederasi, meskipun Kuan Yew sebelum itu mempertimbangkan pilihan terbabit.

Dalam memoirnya, Kuan Yew menulis beliau hanya mengetahui pada 1994 bahawa Keng Swee 'tidak pernah mendesak Razak untuk susunan baharu yang lebih longgar seperti yang saya minta', dan sebaliknya bersetuju dengan 'keinginan Malaysia untuk memisahkan kami'.

Keng Swee berkata, beliau 'sudah cukup dengan Malaysia' dan merasakan projek itu menjadi 'usaha yang sia-sia'. Rundingan dijalankan terutama antara Keng Swee dan Tun Razak, yang saling mengenali sejak zaman mereka dalam Malayan Forum di London.

Barker, yang mengenali Peguam Negara Malaysia ketika itu, bekerjasama rapat dengan kedua-dua pihak bagi memastikan kerahsiaan.

Menteri menandatangani dokumen itu pada awal pagi 7 Ogos. Pada hari sama, Kuan Yew membuat percubaan terakhir meminta Tunku mempertimbangkan konfederasi, tetapi Tunku menjawab: "Tidak, saya sudah melangkau itu… Kamu ikut jalan kamu, kami ikut jalan kami. Kita boleh jadi kawan semula."

Pada pagi 9 Ogos 1965, kemerdekaan Singapura diumumkan melalui radio. Kuan Yew berkata: "Kita melakukan sesuatu yang luar biasa – satu rampasan kuasa perlembagaan yang berlaku secara terbuka di hadapan British, Australia dan New Zealand yang ketika itu mempertahankan Malaysia dengan darah dan harta mereka.

"Saya tidak mahu melakukannya. Tunku memaksa kami ke dalam keadaan di mana kami sama ada akur dengan dasar beliau atau kami mengambil pendirian. (Keputusannya) kami mengambil pendirian," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2025 07:12 PM | Show all posts
Kuan Yew menulis beliau hanya mengetahui pada 1994 bahawa Keng Swee 'tidak pernah mendesak Razak untuk susunan baharu yang lebih longgar seperti yang saya minta'


sampai ke minit2 akhir pun Lee Kuan Yew masih mencuba untuk save the marriage patutlah dia menangis when it finally failed. Look at the bright side, like a toxic marriage kalau stay pun asik bercekau baiklah berpisah.


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2025 02:05 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-12-2025 07:12 PM
sampai ke minit2 akhir pun Lee Kuan Yew masih mencuba untuk save the marriage patutlah dia menangi ...

Ko dapat idea bercekau dari sane ke nok? Ok pahamm..

Pepagi buta dah check-in ko cari apa nok? Overtime cari MN ke?

keep images online forever

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 08:11 PM GMT+8 , Processed in 2.070913 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list