Edited by YgBenar at 6-12-2025 04:59 PM
Seorang wanita mengakui terkejut apabila mengetahui ‘rahsia’ suaminya yang mempunyai rutin memakai lampin pakai buang setiap malam.
Menerusi perkongsian The Chic Code Podcast, hos membacakan satu luahan daripada seorang isteri yang mendedahkan ‘rahsia’ suaminya. Menurut wanita itu, sebelum berkahwin, suaminya pernah menyatakan bahawa dia suka dilayan seperti bayi.
Bagaimanapun wanita itu menyangka ia adalah gurauan atau maksudnya hanyalah untuk dimanja dengan panggilan sayang atau belaian biasa. Namun siapa sangka, ternyata lelaki itu sebenarnya mempunyai rutin sama seperti bayi iaitu memakai lampin pakai buang (dewasa) ketika tidur. Dia ada memberitahu bahawa kadangkala dia suka dilayan seperti bayi. Dia juga ada menyebut bahawa kadangkala terkencing malam. Jadi, pada malam perkahwinan kami, saya terkejut apabila melihat dia benar-benar memakai lampin untuk tidur.
Keesokan paginya, wanita itu mendapati suaminya telah membuang air kecil dalam lampin tersebut, persis seorang kanak-kanak. Atas dasar kesian, saya mula membantu menukar lampinnya secara berkala. Hampir seperti menjaga seorang bayi. Rutin tidurnya termasuk saya yang memakai dan menampal lampinnya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tidak menyangka ternyata wujud individu yang berdepan situasi sedemikian. Keadaan yang dialami lelaki tersebut dikenali sebagai Adult Baby/Diaper Lover (ABDL), di mana individu bukan sahaja memakai lampin tetapi juga berperilaku seperti kanak-kanak. Ia boleh dipengaruhi oleh tekanan hidup, keinginan melarikan diri daripada tanggungjawab atau trauma kecil. Walaupun bukan penyakit serius, ABDL wujud sebagai satu bentuk tingkah laku psikologi.
|