Salam TT
Quote: Di tengah dunia moden yang penuh dengan ketidakadilan, rasuah, diskriminasi dan kekurangan kasih sayang, pengajaran Islam menawarkan panduan lengkap untuk membina masyarakat yang lebih baik. Islam bukan sekadar agama ritual, tapi cara hidup yang menekankan nilai moral tinggi seperti keadilan, kasih sayang, hormat kepada orang tua, bantu-menolong dan jujur dalam segala urusan.
Hakikat islam jika dietimologikan sebagai berserah, aman dan selamat.
- realitinya tidak (makro)
Maka, mikronya hanya institusi keluarga dan masyarakat kejiranan yang kita mampu anjurkan.
- obligasi/fardhu setiap insan muslim
Quote: Bayangkan jika kita praktikkan larangan rasuah secara tegas – seperti yang diajar dalam Al-Quran: "Dan janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang salah" (Surah Al-Baqarah: 188). Rasuah yang merajalela hari ini boleh dikurangkan, membawa keadilan ekonomi dan mengurangkan jurang kaya-miskin.
Etika ekonomi dunia sendiri berasaskan riba (interest/debt-based) dan dijulang orang yang paling kaya di dunia, walhal paling banyak hutangnya.
- Bayangkan dia agihkan bantuan konglomerat sebahagian billion hutangnya kepada kerja kebajikan (bukan orang miskin) atas nama KasihanMy atau mat salih bilang philanthropy i.e. elak dicukai.
Jurang kaya-miskin, Malaysia kedua selepas Filipina di ASEAN, dunia 100+ (GINI 40.7)
Quote: Kasih sayang pula adalah inti ajaran Rasulullah SAW, yang diutus sebagai "rahmatan lil alamin" – rahmat bagi seluruh alam. Membantu orang miskin melalui zakat dan sedekah, menghormati orang tua seperti firman Allah: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa" (Surah Al-Isra': 23), serta menjaga kehormatan manusia tanpa mengira suku atau status.
Ye, ahlulbait sendiri...institusi kekeluargaan Islam. Kena jaga diri dari ghibah, umpat, gossip, bawang hal keluarga orang lain - penyakit kronik medsos.
Quote: Jika nilai-nilai ini diamalkan secara konsisten, Adakah dunia moden kita akan jadi lebih harmonis, adil dan penuh empati? Bolehkah kita mulakan dari diri sendiri – adakah kita sudah jadi contoh? Kongsi pendapat anda di bawah!
Tiada kuasa dan kekuatan tanpa Allah.
Hanya mampu buat sehabis baik, memandangkan dunia moden perlukan pengadilan dan pengasihan.
Dacing eko-nomi dah senget maksima, kena reset dalam masa terdekat.
Jika dikerah memilih kiri atau kanan, elak. Ambil tengah² selamat. Jauhi ekstremis kedua² hujung.
Dekatkan yang dekat, pantau yang jauh. Yang di sebalik ufuk, tawakkal.
Telaah firman² Allah dan risalah² para anbiya dan mursalin a.s. sbg panduan dan penyuluh.
رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْر
Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku fakir (memerlukan) apa-apa kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.
[Cerita 28:24]
Wallahu a'lam