|
View: 1302|Reply: 5
|
[Dunia]
Imej dari angkasa paparkan Kaabah bercahaya dari 400km
[Copy link]
|
|
|
Imej dari angkasa paparkan Kaabah bercahaya dari 400km
05 Disember 2025 07:24pm
Masa membaca: 2 minit
Angkasawan NASA, Don Pettit muat naik gambar di X, menonjolkan keindahan Kaabah dari angkasa.
DHAKA - Sekeping gambar menakjubkan yang dirakam dari orbit menjadi tular dalam talian, memaparkan Kaabah di Makkah bersinar seperti titik bercahaya dari ketinggian 400 kilometer (km) di atas Bumi, lapor United News of Bangladesh (UNB).
Imej yang dirakam dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) itu menonjolkan tapak paling suci umat Islam sebagai pusat yang bercahaya di tengah-tengah bandar raya berkenaan.
Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Don Pettit, yang baru pulang daripada misinya di ISS, memuat naik gambar itu di X (dahulunya Twitter) dengan kapsyen: "Pemandangan orbit Makkah, Arab Saudi. Titik terang di tengah ialah Kaabah, tapak paling suci umat Islam, kelihatan walaupun dari angkasa”.
Pettit yang terkenal dengan pendekatan artistik terhadap imejan angkasa sepanjang penugasan keempatnya di stesen itu, merakam gambar berkenaan menggunakan kamera Nikon beresolusi tinggi melalui tingkap Cupola ISS. - Bernama |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 6-12-2025 11:03 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
Siapa pernah tengok Kaabah dari luar pintu Masjidil Haram mesti pernah nampak cahaya macam debu debu emas di sekeliling Kaabah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kaabah tu kan berserenjang dengan Baitul Makmur kat atas langit ketujuh sana tempat malaikat tawaf.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ini instagram pettit.
https://www.instagram.com/astro_pettit/?hl=en
kat sana ada dia ambik gambar bumi sedang berpusing. Mana-mana terletaknya bandar besar memang cahaya memancar itu lebih besar, malah lebih besar dari cahaya yang kelihatan dari makah.
Aku rasa itu cuma menunjukkan kawasan mekah itu banyak dipasang lampu yang sangat terang berbanding kawasan lain sehingga nampak spt dot yang bercahaya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ler tak payah pergi space ko tengok kat google earth aje pun boleh nampak terang benderang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 7-12-2025 11:35 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
plywood replied at 6-12-2025 06:11 PM
ini instagram pettit.
https://www.instagram.com/astro_pettit/?hl=en
Tak, aku tak rasa cahaya lampu sebab waktu siang pun macam ada debu debu warna emas , sebab kelambu Kaabah tu hitam, so memang jelas nampak warna emas tu.
Ada yang kata pantulan dari pintu Masjidil haram yang berwarna emas. Ada yang cakap lampu di pintu Masjidil haram warna kuning. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|