CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2839|Reply: 21

[Tempatan] FGV Dihalau Keluar dari Negeri Terengganu, Aset FGV Bakal Disita Negeri Terengganu

[Copy link]
Post time 5-12-2025 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim, hari ini mendakwa pengurusan ladang dan pekerja FGV Holdings Bhd (FGV) menjadi mangsa keangkuhan dan kedegilan pihak atasan.


FGV mengeluarkan aset dari premis pejabat ladang FGV Setiu hari ini. - Foto NSTP/Ghazali Kori

Beliau berkata demikian merujuk kepada arahan aset boleh alih perlu dikeluarkan dari ladang seluas kira-kira 15,000 hektar itu dan premis dikosongkan.

Memetik perumpamaan 'antara durian dan mentimun', beliau berkata pihaknya masih berusaha untuk memastikan perkara itu tidak berlaku.


Beliau turut menzahirkan rasa sedih apabila melihat nasib pekerja-pekerja ladang FGV terpaksa memindah keluar peralatan dan aset di ladang itu.

Sehingga ke detik akhir saya berusaha dengan pelbagai cara supaya pihak Felda memenuhi tuntutan yang menjadi hak Terengganu dan ladang-ladang FGV boleh terus beroperasi sebagaimana biasa.

"Tuntutan kita mudah saja iaitu perkongsian keuntungan, premium tanah dan cukai tanah. Dalam menangani krisis, kerajaan negeri berpegang kepada sikap sensitiviti dan kemanusiaan yang tinggi.

"Pengurusan ladang dan pekerja FGV tak bersalah, mereka hanya menjadi mangsa keangkuhan dan kedegilan pihak atasan yang bersikap sombong," katanya.

Ahad lalu, FGV dilapor diberi tempoh tiga hari dari tarikh notis larangan menceroboh tanah diusahakan membabitkan 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar, untuk mengeluarkan aset boleh alih serta mengosongkan premis.

Selepas itu, proses menyita akan bermula mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara dan segala barang disita akan jadi milik pihak berkuasa kerajaan negeri.

Katanya, tempoh rundingan serta persetujuan bersama antara kerajaan negeri serta pengurusan tertinggi FELDA berhubung isu yang berlarutan sejak 40 tahun lalu itu sudah berakhir.

Hari ini juga adalah hari terakhir pihak pengurusan FGV dibenarkan memindahkan barang sebelum premis itu disita bermula esok.

Satu video menunjukkan kakitangan FGV mula mengeluarkan aset dari premis pejabat ladang miliknya hari ini iaitu hari terakhir tempoh diberikan untuk pihak berkenaan memindahkan aset boleh alih, sebelum tindakan menyita diambil.

Difahamkan, kerja memindahkan aset bermula sejak awal pagi, dengan tinjauan antara jam 10 pagi hingga 1 petang tadi mendapati pacuan empat roda serta kenderaan ladang berulang-alik keluar masuk dari kawasan Pejabat Ladang FGV mengangkut barangan untuk dipindahkan.

Mengulas lanjut, Dr Azman mendakwa, tindakan itu berpunca daripada pihak atasan FELDA yang memandang ringan kuasa dan keupayaan sesebuah kerajaan negeri.

Katanya, peringatan demi peringatan yang dimaklumkan oleh EXCO Pertanian Terengganu dianggap hanya suatu retorik politik, malah yakin Terengganu tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan operasi penyitaan besar-besaran yang membabitkan berbelas ribu hektar ladang.

"Mereka juga tak menunjukkan rasa hormat kepada sebuah kerajaan negeri. Pengarah Besar FELDA menghantar surat kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri pada lewat petang 28 November 2025, sehari sebelum tamatnya tempoh rundingan, yang bukan saja gagal menjawab tuntutan Terengganu.

"Sebaliknya ia mengandungi kenyataan yang memberikan kata dua supaya kerajaan negeri menyelesaikan urusan pemberi milikan tanah dalam tempoh masa 30 hari atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

"Bila operasi benar-benar berlaku, barulah keluar kenyataan media dari pihak FELDA dan FGV mengakui kuasa kerajaan negeri dalam urusan tanah. Mungkin mereka baru mula berpijak di bumi nyata walau kenyataan tanpa nama itu kelihatan berpusing-pusing tanpa hala tuju yang jelas," katanya.

Justeru, jelas Dr Azman, beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Task Force Tanah Felda oleh Terengganu perlu menunaikan amanah berkenaan dengan penuh teliti dan berhemah bersama pasukan penguatkuasa.

"Kanun Tanah Negara perlu dilaksanakan demi menuntut hak dan keadilan kerana kita semua hidup berlandaskan undang-undang dan peraturan," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2025 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2025 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 03:59 PM | Show all posts
FGV keluar dari Bursa Saham pulang balik duit pelabur RM1.30 seunit. Harga terbitan RM4.55
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2025 10:19 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-12-2025 03:59 PM
FGV keluar dari Bursa Saham pulang balik duit pelabur RM1.30 seunit. Harga terbitan RM4.55

Kenapa teruk sangat FGV?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 5-12-2025 10:49 PM

Lambat berita ni masuk forum. Kenapa ek gomen ganu?

Tapi aku tak berapa suka budak2 felda sbb baru ada sikit kelebihan pandai akademik sekor2 punyalah sombong macamkan dia anak orka.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2025 11:11 PM | Show all posts

jasa Bijan imdb


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2025 11:37 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-12-2025 10:47 PM
Lambat berita ni masuk forum. Kenapa ek gomen ganu?

Tapi aku tak berapa suka budak2 felda sbb baru  ...

Kenapa anak Felda ramai bijak2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2025 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp negri tengganu je rampas aset felda, negri lain xrampas. Feldakan glc melayu jugak kan dr zmn tun razak lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2025 01:21 AM | Show all posts
kelapaparut replied at 6-12-2025 12:15 AM
Knp negri tengganu je rampas aset felda, negri lain xrampas. Feldakan glc melayu jugak kan dr zmn tu ...

Katanya FGV tak bayar premium tanah pada Negeri Terengganu ...aku pun tak faham mende premium tanah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2025 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 6-12-2025 01:21 AM
Katanya FGV tak bayar premium tanah pada Negeri Terengganu ...aku pun tak faham mende premium tana ...

State gomen minta keuntungan bersama, bayaran premium dan cukai tanah.
Aku syak ni tanah pajakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2025 03:14 AM | Show all posts
airfilterkotor replied at 6-12-2025 01:51 AM
State gomen minta keuntungan bersama, bayaran premium dan cukai tanah.
Aku syak ni tanah pajakan.

Maksudnya perbaharui  pajakan tanah pajakan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2025 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Fgv dah takdo pitih kut ???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2025 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 6-12-2025 01:51 AM
State gomen minta keuntungan bersama, bayaran premium dan cukai tanah.
Aku syak ni tanah pajakan.

Maksudnya Kerajaan Terengganu nak kan share dalam FGV ke?

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2025 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 6-12-2025 10:59 AM
Maksudnya Kerajaan Terengganu nak kan share dalam FGV ke?

Ada tulis dalam berita atas tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2025 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 6-12-2025 11:22 AM
Ada tulis dalam berita atas tu.


Aku rasa pokok Sawit FGV di Terengganu pun tahap dah nak replanting.

Lebih baik anak syarikat kerajaan negeri Terengganu urus sendiri.

Yang aku tahu Terengganu ni kos tinggi tu juga sebab banyak bukit bukau, gajah, harimau etc. Tapi sumber air bersih banyak.

Sebab aku dulu Praktikal kat Seri Bandi Ulu Chukai dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2025 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 6-12-2025 11:45 AM
kelapaparut replied at 6-12-2025 12:15 AM
Knp negri tengganu je rampas aset felda, negri lain xrampas. Feldakan glc melayu jugak kan dr zmn tu ...


Ada 2 jenis Felda.

1. FELDA (Peneroka)
2. Felda FGV (Bukan Peneroka/Syarikat Perladangan Global)

Kalau geng ladang aku panggil FELDA tu Felda orang kampung. Ramai juga kawan kawan masuk FGV sebab kategori syarikat koprate/global. Kalau Felda orang kampung graduan tak minat, sebab kena deal dengan orang ramai.


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2025 12:55 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 6-12-2025 01:03 PM

masa Abahcow PM

selamber jer Abahcow write off 80% utang peneroka - lebey kurang RM8 billion

utang peneroka tu adalah utang peneroka kpd FELDA

utang sbb FELDA :

dahulukan kos tanam semula 4 hektar kebun peneroka lebey kurang RM48k (termasuk penjagaan kebun selama 3 tahun tanam semula tu)

bagi pinjam elaun saraidup 3 tahun (kalo x silap RM1,500 per month setiap pamili)

baiki jalan2 pertanian kat kebun2 peneroka

kos tuai hasil di ladang peneroka & kos lori angkut sawit dari ladang ke kilang

bina jalan2 tar kat rancangan FELDA

--

kalo Abahcow x write off utang RM8 billion

FELDA ada duit tak bayo Gov Ganu?

tu lah korang

sokong sgt pemimpin bodo

masa Abahcow umum write off utang tu

Pee End menang besar dalam pilihanraya kat kawasan2 FELDA

--

AKIBATNYA datang kemudian zaman PMX

terpaksa ler gov PMX plak yg kasi settle

ingat dulu..

saper yg bayor RM8 billion tu..

PMX tau

bukan Abahcow

Abahcow umum jer hapus utang

yg cuci taik adalah PMX

--

saper dulu yg listingkan FGV..

PM Bijan tau

setelah listing

PILDA & FGW melingkup

saham dari RM4.50 jadik RM1.30

terpaksa jugak dalam tahun 2025 PMX delist FGW dari BSKL

sokong lagi Abahcow & Bijan sakau

dah tua pon bodo






Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2025 03:25 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 6-12-2025 12:55 PM
masa Abahcow PM

selamber jer Abahcow write off 80% utang peneroka - lebey kurang RM8 billion

masa listing FGV pun peneroka diberi loan. Sekali tengok harga menjunam mana peneroka nak cekau duit nak bayar loan dah lah rugi. itu pun write off kan?

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2025 04:10 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-12-2025 03:25 PM
masa listing FGV pun peneroka diberi loan. Sekali tengok harga menjunam mana peneroka nak cekau du ...

aku rasa termasuk write off tu

besar jasa Bijan & Abahcow kat peneroka & FELDA


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2026 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.071797 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list