CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2916|Reply: 30

Julia Farhana Tauke Sayur & Buah-Buahan, Usahakan 30 Ekar Ladang

[Copy link]
Post time 3-12-2025 09:24 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon Julia Farhana berkongsikan dia kini mula menceburi bidang dalam sektor perladangan dan perniagaan agrikultur selepas berjinak-jinak dalam bidang penerbitan.


Memetik HibGlam, Julia berkata pada awalnya dia bermula dengan  lima ekar (dua hektar) tanah pada 2019, kini mengusahakan kira-kira 30 ekar (12 hektar) ladang di sebuah kawasan di Pahang.


Menurut Julia lagi, minatnya dalam dunia perladangan bukan sekadar angan-angan sebaliknya sejak zaman remaja lagi sudah berminat dengan pertanian.


“Sebenarnya dah lama saya buat ladang, bermula dengan cili kira-kira enam tahun lalu. Selepas itu, tanam timun dan buah-buahan termasuk markisa dan limau sehingga terhasilkan bisnes jus dengan rakan perniagaan saya.


“Dari remaja lagi saya rancang buka ladang sebab berminat dengan dunia pertanian. Saya buat kajian, tiba-tiba sistem fertigasi automatik jadi popular.


“Sebelum ini kira-kira 10 ke 15 tahun saya takut nak buat secara manual. Tak cukup pekerja, kos naik jadi saya tangguhkan dahulu hasrat.


“Bila sudah ada sistem fertigasi automatik, boleh kawal air atau jumlah bahan kimia melalui telefon bimbit, saya jadi yakin nak buat,” katanya.


Sementara itu, Julia berkata dalam dunia perniagaan sudah pasti akan berdepan pelbagai dugaan apabila banyak tanamannya mati sehingga mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.


“Sekitar lima tahun lalu, ‘batch’ pertama kira-kira 6,000 pokok mati. Rugi sekitar RM50,000 hingga RM60,000. Permulaan pun dah teruk, jadi saya nekad cari guru.Saya jumpa rakan perniagaan saya sekarang, dia beri tunjuk ajar.


“Bila dah ada sifu, berani nak buat lagi. Alhamdulillah, sampai hari ini cili dan timun hidup subur, dah tak muat dalam peti di ladang,” katanya.


Sumber: HibGlam, Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2025 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Bijak2...
Pertanian adalah perniagaan...
Semoga terus maju jaya. Keep up the good work
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2025 01:00 PM | Show all posts
waaaahhhh.. hebatttt..
berbudi pada tanah mmg akn dpt hasil.. moga terus sukses..amin yra..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2025 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagussss nyaaa… julia ni wife pada ex hubby lufya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2025 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 4-12-2025 01:17 PM
Bagussss nyaaa… julia ni wife pada ex hubby lufya kan?

Ya.     
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2025 01:42 PM | Show all posts
tahniah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2025 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat maju jaya...
B3st bila berbudi dgn tanah
M
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2025 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by orkid_amani at 4-12-2025 05:43 PM

Jual laa buah dekat tiktok live.. aii teracun beli buah dekat tiktok sbb asa fsv. Mmg jimat baaanyaaak..buah pulak besar & elok
Delivery pun laju. Dah beli limau barli, jambu batu lohan, oren navel & baby oren. Tiap2 minggu parcel buah sampai. Ank happy.. cuma tak beli buah durian jaa dekat tt live tu sbb dekat Perak buah murah.. Penang harga yahudi..tp kalau ada org belanja makan durian Balik Pulau mmg on..MK balik pulau terbaik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2025 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh mcm dicucun2 plak thread ni kat ats thread lufya
Semoga boleh nasihat ke laki jgn lupa nafkah ank, sorang je pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2025 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kayo rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2025 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 4-12-2025 05:42 PM
Jual laa buah dekat tiktok live.. aii teracun beli buah dekat tiktok sbb asa fsv. Mmg jimat baaanyaa ...

Tt mana juai buah fresh. Nk beli juga
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
piahsemah replied at 4-12-2025 07:43 PM
Tt mana juai buah fresh. Nk beli juga

Alaaa xpandai tepek link tt..aii bg gambar ja .nti yuu search ja nama kedai dia. Make sure j&t area yuu takdak problem hold parcel baru beli.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 09:07 AM | Show all posts
seronoknya..antara artis2/celeb2 yg bijak mcm ni lah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Heyyyy wartawan tersangkak!
Ko hengat tanah ladang tu mcm hewan ke yg boleh head count satu satu, cth julia pelihara 30 ekor siamang
Tajuk tu instead of buh Usahakan 30 ekar ladang, patutnya - Usahakan Ladang 30 ekar
Ngertik!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
apa apa pun yg jual nye orang acheh……
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 10:25 AM | Show all posts
bagus artis yang cebur bidang lain..
ini balik2 artis bukak kedai makan..
nak kata dia pandai memasak tidak jugak..
sudahnya katup..

Julia ni bagus usahakan ladang sbb dia mmg ada minat.
bila ada minat.. automatik akan usaha cari ilmu..

aku pon minat bertani.. nak berladang ni lom mampu la..
takat bercucuk tanam dalam pasu bole la..
entahla.. adala bercita2 nak berkebun di tanah luas..
tapi .. nak tunggu lepas pencen.. sakit pinggang dah tu nanti..
tanam pokok beso2 je makan buah utk anak cucu..
nak berladang untuk jana income tu tidakla kot..
lagi2 bila anak2 takde yang menjurus ke arah minat tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2025 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Semoga terus sukses ya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 10:36 AM | Show all posts
orkid_amani replied at 4-12-2025 05:42 PM
Jual laa buah dekat tiktok live.. aii teracun beli buah dekat tiktok sbb asa fsv. Mmg jimat baaanyaa ...

cuba rasa udang merah pula... sedap mampoih
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 10:51 AM | Show all posts
talapia replied at 5-12-2025 02:25 AM
bagus artis yang cebur bidang lain..
ini balik2 artis bukak kedai makan..
nak kata dia pandai memasa ...

Macam Ella la, tauke cili. Yg selalu retis buat bisnes kedai makan ni, ujung2 melingkup.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok..rupa elok..baka elok..
Bagus..harap xkuat meroyan macam ex kepada suaminya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.056937 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list