CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 197|Reply: 2

Isu judi online: 'Kalau ada premis (judi), saya sendiri gempur' - Pesuruhjaya Polis Sarawak

[Copy link]
Post time 27-11-2025 01:35 PM | Show all posts |Read mode



KUCHING, 26 Nov: Polis Sarawak kini sedang merangka pendekatan lebih berkesan bagi mengekang kegiatan judi online yang semakin berleluasa di negeri ini.


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, pendekatan baharu menumpukan kepada sekatan sistem dan laman web yang digunakan sindiket, memandangkan modus operandi judi digital kini sukar dikesan hanya melalui serbuan fizikal.


“Sistem ini mungkin kita boleh blok. Jadi kalau kita berjaya untuk blok sistem ini, maka tak ada siapa yang boleh main judi secara online kerana sistem judi online ini terbuka di seluruh dunia.


“Mungkin kalau di negeri Sarawak, kita boleh mulakan dengan kita blok sistem judi tersebut, kita sedang melihat dan mengkaji perkara-perkara ini,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.


Zainal turut menekankan keperluan mengemaskini undang-undang berkaitan perjudian, memandangkan peruntukan lama tidak lagi relevan dengan trend semasa, terutamanya dari segi pembuktian kes bagi tujuan pendakwaan.


Selain tindakan penguatkuasaan, beliau menegaskan kesedaran masyarakat amat penting kerana judi, sama seperti dadah, berpotensi mencetuskan jenayah lain akibat ketagihan dan keperluan sumber kewangan.


Beliau menyeru masyarakat menghentikan budaya bermain judi dan bekerjasama dengan polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan haram tersebut kerana tanpa permintaan, sindiket perjudian tidak mampu bertahan.




Sumber :-TVS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2025 08:50 AM | Show all posts
bukan kalau ada.... MEMANG ADA
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2025 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
maharani_gebu replied at 28-11-2025 08:50 AM
bukan kalau ada.... MEMANG ADA

bukan takat ada...BANYAAAAAK.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.203099 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list