CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 990|Reply: 20

Ada mangsa banjir Hatyai degil, enggan tinggal bagasi sewaktu diselamatkan

[Copy link]
Post time 26-11-2025 09:08 PM | Show all posts |Read mode





BUKIT KAYU HITAM – Terdapat segelintir rakyat Malaysia yang didakwa enggan ‘diselamatkan’ pasukan penyelamat sukarelawan kerana tidak mahu meninggalkan bagasi selain memberi alasan mahu menunggu ahli keluarga lain.


Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Sungai Petani, Leong Beng Tat berkata, situasi itu menyebabkan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa ke tempat selamat menjadi sukar.


“Memandangkan ruang bot terhad dan prinsip utama ialah menyelamatkan nyawa terlebih dahulu, kami tidak dapat membawa keluar bagasi dalam jumlah besar.


“Keadaan ini sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran operasi,” katanya di sini hari ini.


Katanya, semua mangsa turut dinasihatkan supaya tidak membuat panggilan dalam keadaan yang tidak mendesak kepada pasukan penyelamat kerana ia boleh mengganggu operasi dan melambatkan gerakan menyelamat.


“Empat telefon bimbit operasi telah rosak akibat ditenggelami air, namun pasukan tetap meneruskan tugas tanpa mengalah, malah tidak akan berundur sebelum semua rakyat Malaysia berjaya dibawa keluar dari kawasan bencana,” ujarnya.


Menurutnya, paras air di laluan menuju ke Hatyai dilaporkan mula surut, sekali gus membolehkan pasukan penyelamat memasuki kawasan terjejas awal pagi ini dengan membawa lapan bot penyelamat serta beberapa lori besar yang sarat bekalan bantuan.


“Pasukan memanfaatkan peluang ini untuk menyalurkan keperluan asas dan membawa keluar mangsa berisiko tinggi termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak.


“Sehingga tengah hari tadi, seramai 1,006 rakyat Malaysia telah berjaya diselamatkan dengan bantuan pasukan sukarelawan, manakala rekod rasmi menunjukkan kira-kira 1,000 lagi masih terperangkap di sekitar Hatyai,” jelasnya.


Sementara itu, di kawasan luar pusat beli-belah Central Festival Hatyai, ramai rakyat Malaysia menunggu operasi menyelamat dengan penuh harapan.


Kehadiran pasukan penyelamat dari Malaysia menggembirakan mereka. Sebahagian kanak-kanak kelihatan letih selepas menunggu terlalu lama.  


Sumber :– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2025 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 karenah ..
Klau mati pun dah x bwa bagasi tu..
Adoyai..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2025 07:42 AM | Show all posts
hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2025 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada yang tinggal sampah merata2kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2025 08:10 AM | Show all posts
TTun_Teja replied at 27-11-2025 06:48 AM
Mcm2 karenah ..
Klau mati pun dah x bwa bagasi tu..
Adoyai..

tu lah kannn

set2 ni kena diva aa carutkan:


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2025 08:22 AM | Show all posts
macam2 la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2025 08:28 AM | Show all posts
tetap lah syg bagasi tu eh
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2025 10:32 AM | Show all posts
perangai orang tak berduit..
sayangkan benda dari nyawa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2025 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti lepas ni nak pergi Hatyai lagi kan... Seronok kan bawa Bagasi dengan isi entah apa apa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2025 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Percutiaan paling bermakna.. boleh kurus
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2025 12:40 PM | Show all posts
tahun depan tapayah pegi rescue.. biorkan je deme cari pelampung sendiri balik mesia
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2025 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi,time camni lagi nk fikir pasal bagasi ke???selamatkan nyawa dulu la,dhla banjir gelombang kedua pulak bakal menyusul...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2025 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mna boleh plan pi sana waktu musim2 hujan macam sekarang ni, pi la waktu lain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2025 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling entitled mcm tu laaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2025 09:15 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 27-11-2025 11:12 AM
Mesti lepas ni nak pergi Hatyai lagi kan... Seronok kan bawa Bagasi dengan isi entah apa apa.

Of course penuh toto, periuk kuali belanga, jajan, baju kelawar..

Bila tersangkak mintak tolong United Sikhs Malaysia dengan tak ada perkataan 'minta tolong' atau 'terima kasih'..dia ingat volunteers tu dibayar pergi sana

Betul2 perangai nusantara



Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2025 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
TTun_Teja replied at 27-11-2025 06:48 AM
Mcm2 karenah ..
Klau mati pun dah x bwa bagasi tu..
Adoyai..

depa msh idup..tu yg nk bawa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2025 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni mesti serik dan trauma masing2
gi hatyai
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2025 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat thai sendiri pun banyak terabai, tak sempat diselamatkan,meninggal hipotermia sebab terendam berhari2 dalam air. Rakyat malaysia ni pulak banyak cekadak, nak susahkan team penyelamat.
Tapi kesian juga rakyat thailand ni. Bantuan dia macam lambat je. Raja sibuk berjimba di jerman. Sukarelawan dah bising2 baru turun askar dll. Nak kutuk raja terus kena angkut dan makan free dalam penjara pulak nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2025 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 27-11-2025 09:15 PM
Of course penuh toto, periuk kuali belanga, jajan, baju kelawar..

Bila tersangkak mintak tolong U ...

Uols Sikh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2025 04:25 AM | Show all posts

Kita malay la
Biasala feed socmed kan
Sekali klik berjojoi keluar video sama


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 11:51 PM GMT+8 , Processed in 1.151525 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list