CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 3

Hatyai alami hujan paling lebat dalam tempoh 300 tahun

[Copy link]
Post time 26-11-2025 08:54 PM | Show all posts |Read mode





BANGKOK – Sebahagian kawasan di selatan Thailand berhadapan banjir terburuk akibat hujan lebat dengan sekurang-kurangnya 33 orang maut setakat hari ini, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).


Situasi banjir yang semakin buruk itu mendorong pihak berkuasa mengerahkan kapal-kapal tentera dan helikopter untuk menyokong usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa.


Hujan lebat melanda 10 wilayah di selatan negara itu sepanjang minggu lalu, dengan bandar Hatyai merekodkan jumlah hujan paling lebat dalam tempoh 300 tahun iaitu 335 milimeter dalam satu hari.


Beberapa gambar menunjukkan kenderaan dan rumah tenggelam di bandar tersebut, manakala penduduk yang terdesak menunggu di atas bumbung untuk pasukan penyelamat datang membantu mereka.


Lebih dua juta orang di Thailand terjejas akibat banjir tetapi hanya 13,000 mangsa telah dipindahkan ke pusat-pusat perlindungan.


Tentera Thailand yang diberi tanggungjawab mengendalikan krisis itu berkata, ia sedang bersiap sedia untuk menghantar sebuah kapal pengangkut pesawat dan 14 buah bot yang membawa bekalan bantuan dan dapur, yang dikatakan mampu menyediakan 3,000 hidangan sehari.


Pasukan perubatan di atas kapal pengangkut pesawat itu akan menukarnya menjadi hospital terapung jika perlu, demikian menurut tentera.


Gabenor Songkhla, Rattasat Chidchu berkata, sejumlah bot, trak berjarak tinggi dan jet ski turut dikerahkan untuk memindahkan penduduk.


Kelmarin, kabinet mengisytiharkan Songkhla sebagai zon bencana bagi membolehkan peruntukan bantuan disalurkan.


Sebuah kumpulan penyelamat sukarelawan, Matchima Rescue Center memberitahu, mereka dibanjiri ribuan panggilan dalam tempoh tiga hari kebelakangan ini, dengan orang ramai meminta dipindahkan. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2025 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelig aii org Kedah bgtau tengkujuh tahun ni awai 2minggu..biasa minggu ke2 bulan12 baru start banjir.. raaaaammmmmmmmaaaaaaaiiiiii jugak yg tak ready sbb awai bulan11 tu belah utara sini masih hangat terik lg..tiba2 jaa mai minggu ke3 bulan11 hujan turun tak berhenti..hujan xla lebat tp baaanyaaak tempat yg hujan tu ayaq naik tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2025 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 27-11-2025 10:01 PM

Ni hurricane kalmegi dan koto vetnam tarik angin dan hujan sekitar turut hujan air pun sama naik kesian vetnam padi sayur anggur food seafood
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2025 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Perubahan iklim.
Cuaca ekstrem.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2026 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.059786 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list