Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69796   





Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, mendedahkan dia memberi sepenuhnya kebebasan kepada puteri tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran, 16, untuk menceburi bidang penulisan dan penerbitan buku.


Menurut Erra atau Fazira Wan Chek, 51, tiada sebarang sekatan untuk Aleesya menerokai kerjaya yang diminati, termasuk jika anaknya mahu mencuba nasib dalam arena hiburan.


Saya sebenarnya tiada halangan untuk Aleesya menjadi penulis. Tetapi saya galakkan dia untuk jadikan bidang ini sebagai punca pendapatan sampingan.

Kalau boleh saya mahu dia belajar lagi dan terokai bidang lain-lain juga. Kalau dia mahu jadi veterinar, pakar psikologi atau terbabit dalam bidang hiburan sekali pun, dia boleh jadikan penulisan ini sebagai sampingan.

Kalau dia minat hiburan saya lebih galakkan dia untuk menjadi pengacara. Cuma, sekarang ini macam ada ‘berlian’ dalam mulut dia, introvert dan pemalu. Jika dia minat menyanyi saya hantar ke kelas vokal untuk persediaan diri.


Erra berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Buku Kanak-Kanak Pertama Little Nina and The Adventure of Fatimah Az Zahra oleh Engku Aleesya Engku Emran, pada Ahad.


Tambah Erra, dia turut berasa bangga dengan bakat anaknya yang mampu menghasilkan idea penulisan di luar kotak meskipun masih muda.


Saya bukan mahu memuji anak tetapi saya kagum dengan ideanya yang saya sifatkan di luar kotak dalam penulisan. Sejak kecil dia sudah tunjukkan bakat menulis.

Sebagai seorang yang pemalu, segala perasaan dicurahkan menerusi penulisan, macam saya dulu sebelum adanya gajet. Saya suka menulis dan membaca, bahkan karangan saya dahulu sering menjadi contoh kepada rakan sekelas.


Sementara itu, bapa Aleesya iaitu Engku Emran, menyatakan dia turut memberi galakkan supaya anaknya menulis buku dalam bahasa Inggeris yang mudah difahami oleh kanak-kanak.


Waktu dia menulis buku ini, dia baru berusia 14 tahun dan ketika itu tidak sesuai lagi dia untuk dia menulis kisah cinta remaja. Saya mahu dia menulis buku yang mampu memberi inspirasi kepada golongan kanak-kanak.


Saya tak mahu letak sasaran tinggi untuk dia, cukup untuk di menulis buku yang mudah difahami walaupun dia sendiri membaca buku-buku untuk pembaca dewasa.


Untuk makluman, buku sulung Aleesya diterbitkan oleh Tertib Publishing sebanyak 1,000 naskhah dan setakat ini, 50 peratus daripadanya telah terjual.


Sumber: Oh Bulan
7276 Views
93 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


emera Lv.14 2#

Fighter | Credits 21997   
Lbh ke muka bapak.

telracs Lv.22 3#

Moderator | Credits 137026   
Oooo... Video yang saya tengok kelmarin tu rupanya dia tunjuk buku yang dia tulis.
Wow, tahniah!
Semoga berjaya dunia akhirat.
Amein.

telracs Lv.22 4#

Moderator | Credits 137026   
Edited by telracs at 24-11-2025 09:44 AM

Hmmm...
- tak keluar pulak video -


Follow Us

apedehal Lv.13 5#

Challenger | Credits 17052   
Betul lah muka kumbre...ekspressi pun sama. Btw pndai dia jaga n didik anak smpai pndai wpun maktiri bersilih ganti..agaknya xdpt beri attention pd ex2 sbb lebih ke anak

Dejakerr Lv.3 6#

Senior | Credits 211   
Ada video yg dia brcerita pasal buku ni kt ig erra rsnya…

chandrahusin Lv.12 7#

Defender | Credits 13999   
Tahniah Aleesya!
Teringat komen Azhar Sulaiman psl Erra & Fazura
mcm jahat sgt 2 ni pd dia
pdhal Emran ni aman2 ceraikan ex wife Indo
yg bagus tu
takde plk sapa2 yg kondem Emran

ADVERTISEMENT


apedehal Lv.13 8#

Challenger | Credits 17052   
Quote: chandrahusin replied at 24-11-2025 09:52 AM
Tahniah Aleesya!
Teringat komen Azhar Sulaiman psl Erra & Fazura
mcm jahat sgt 2 ni pd dia

Biasalah benda tgh viral nk jugk join umah sukan berteam team bagai. Kutunggu menantu mu mamihar tgk mana perginya nnt somi yona tu .. tp betul ke ank pempuan sulung dia org kata cat dinding

chandrahusin Lv.12 9#

Defender | Credits 13999   
Quote: apedehal replied at 24-11-2025 10:01 AM
Biasalah benda tgh viral nk jugk join umah sukan berteam team bagai. Kutunggu menantu mu mamihar t ...

org katalah psl anak sulung dia
tp dia sndr pun rajin gak try pempuan2
zaman muda rumaja dia dulu
dia kan hansem dulu
rezeki dpat bini anak hartawan jutawan
mati hidup balik belas2 kali pun harta tak habis makan kot
contohhh

Prickford Lv.12 10#

Defender | Credits 10165   
aku suka betul kalau artis ni dia lead path utk anak2 dia yg luar dari showbiz. Asam garam dunia artis ni kan, macam2 hal yg tak elok dari elok, mereka lebih tahu.

tukul Lv.12 11#

Defender | Credits 10767   
Quote: emera replied at 24-11-2025 09:33 AM
Lbh ke muka bapak.

Tak perlu dna test eh

Incanto Lv.17 12#

Superior | Credits 54026   
tahniah Aleesya

belajar pandai, ada bakat menulis

limau_lemon Lv.10 13#

Survivor | Credits 6609   
Xde org nk cerita ke pasal erra ni nak kawen

makadek Lv.12 14#

Defender | Credits 12779   
hasil didikan bapaknyaaa ....anak pn jagaan apak kan

LaskarHijayu Lv.7 15#

Revolutioner | Credits 1021   
Quote: limau_lemon replied at 24-11-2025 11:56 AM
Xde org nk cerita ke pasal erra ni nak kawen

Dgn pakcik kueh la tu ye? Adoii pikir abih dah ke haha...

ADVERTISEMENT


ekselen Lv.12 16#

Defender | Credits 13494   
bagus co-parenting diorg 2 ni.. sgt profesional.. xde gaduh2.. yg EE pun nampak amik berat bkn education je tp bab agama aleesya ni.. sama2 gi solat.. bagus laaa..

apedehal Lv.13 17#

Challenger | Credits 17052   
Quote: LaskarHijayu replied at 24-11-2025 01:20 PM
Dgn pakcik kueh la tu ye? Adoii pikir abih dah ke haha...

Ckp pasal pacik kueh ni..ritu id kitchen spill kat thread tagih hutang xhabeh bayo lg katenyerr...awat gitu, kawen mnx sponser je la unifi tu ke erra da xpopuler..once upon a time ratu kut, primadona malaya

apedehal Lv.13 18#

Challenger | Credits 17052   
Quote: ekselen replied at 24-11-2025 02:03 PM
bagus co-parenting diorg 2 ni.. sgt profesional.. xde gaduh2.. yg EE pun nampak amik berat bkn educa ...

I wonder plak awat sekejap benor kaknab married kumbre..ke sbb k.nab nk berhuha huha lg tamo pakai tudung..ye la kumbre ni tgk berat ke islamik sikit. Tp tgk alesya pun awkward aroud that kardashian kelate clan

Kancilkering Lv.12 19#

Defender | Credits 11957   
bila kum kum nk kawen
saing saing dgn duda fasha sanda tu

fattymah Lv.9 20#

Adventurer | Credits 3558   
Budak ni lawa
1234.. 5Next