CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Boleh bah, kalau kau

 Close [Copy link]
 Author| Post time 21-11-2025 10:58 AM | Show all posts
Jasad mendiang Lim selamat dikebumi di Nirvana Memorial Park, Siniawan
November 20, 2025, Khamis - 4:23pm

KUCHING: Jasad Puan Sri Datin Amar Lim Su Kheng, ibu Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, selamat dikebumikan di Nirvana Memorial Park di Siniawan, hari ini.

Sebelum jasad mendiang dibawa ke Nirvana Memorial Park untuk disemadikan, ahli keluarga, orang kenamaan dan pemimpin masyarakat memberi penghormatan terakhir.

Suasana khusyuk dan penuh emosi semasa upacara penghormatan terakhir berlangsung di kediaman keluarga di Taman Kenyalang di sini.

Kenderaan membawa jasad mendiang Lim bertolak dari kediaman rasmi mereka sekitar jam 10 pagi, melalui Kuil Buddha San Seng Tong, Jalan Foochow No.2, Jalan Sekama, Jalan Mendu, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sebelum menuju ke di Siniawan untuk pengebumian.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Menteri Pengangkutan dan Timbalan Presiden SUPP Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat negeri dan Bendahari SUPP Datuk Francis Hardin Hollis dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting.

Turut memberi penghormatan terakhir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang, Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng, Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sarawak Dato Sri Richard Wee dan Konsul Jeneral Cina di Kuching Xing Weiping.

Kenderaan membawa jasad mendiang Lim meninggalkan kediaman rasmi mereka menuju ke Nirvana Memorial Park untuk pengembumian. -Gambar Charles Voon
Kenderaan membawa jasad mendiang Lim meninggalkan kediaman rasmi mereka menuju ke Nirvana Memorial Park untuk pengembumian. -Gambar Charles Voon
Lim, isteri bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, mendiang Tan Sri Datuk Amar Sim Keng Hong, meninggal dunia petang Isnin pada usia 83 tahun.

Mendiang dikenang sebagai seorang wanita yang sangat baik hati dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Mendiang juga seorang wanita yang sentiasa rendah diri dan penuh belas kasihan, sehingga mendapat penghormatan dalam masyarakat melalui kerja amal dilakukan sepanjang hayatnya.

Pemergiannya amat dirasai oleh keluarga dan masyarakat, tetapi sumbangan mendiang akan sentiasa diingati dan menjadi contoh kepada generasi akan datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2025 11:01 AM | Show all posts
Lelaki khayal dadah ditangkap bersama syabu
November 20, 2025, Khamis - 4:30pm

LIMBANG: Seorang lelaki yang sedang khayal di bawah pengaruh dadah ditahan bersama syabu dalam satu operasi di kawasan Kampung Mengari, Jalan Mendamit di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata, suspek berumur 37 tahun itu ditahan dalam serbuan menerusi operasi bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang pada jam 1.30 petang.

“Suspek ditahan bersama satu peket plastik lutsinar berisi dadah disyaki jenis syabu beranggaran berat 5.20 gram,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kata Parumm hasil semakan mendapati suspek yang ditangkap tiada mempunyai rekod lampau dan dipercayai mula terlibat dalam kegiatan penagihan dadah sejak awal tahun ini.

Suspek bersama syabu yang dirampas dalam operasi di Jalan Mendamit, semalam.
Suspek bersama syabu yang dirampas dalam operasi di Jalan Mendamit, semalam.
Beliau berkata, hasil saringan awal air kencing ke atas suspek didapati positif Amphetamine dan Methamphetamine.

Katanya, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (AD)B 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2025 11:02 AM | Show all posts
Tabika KEMAS Pusat B Limbang lawat AFRS Limbang
November 20, 2025, Khamis - 5:56pm

LIMBANG: Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang diraikan setiap 20 November lebih bermakna bagi kira-kira 20 kanak-kanak, guru dan ibu bapa dari Tabika KEMAS Pusat B Limbang yang mengadakan lawatan ke ke Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) Limbang hari ini.

Program anjuran AFRS Limbang itu bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak mengenai tugas dan peranan bomba dan menyelamat lapangan terbang.

Ketua Perkhidmatan AFRS Limbang Joseph James Ugil berkata, lawatan tersebut wadah tepat untuk memberi kesedaran awal mengenai keselamatan kebakaran dengan cara yang menyeronokkan dan berinfomasi.

Pada lawatan tersebut, kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan asas sebagai anggota bomba dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

"Respons yang ditunjukkan amat baik dan kanak-kanak juga gembira bersesuaian dengan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2025.

"Mereka begitu teruja dan tidak takut untuk mencuba dan menggunakan peralatan bomba semasa sesi taklimat yang dijalankan anggota AFRS,” katanya lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2025 11:02 AM | Show all posts
Persatuan Kebajikan JBPM, PERISMA santuni waris anggota, pegawai bomba
November 20, 2025, Khamis - 6:01pm

SIBU: Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama Biro Kebajikan PERISMA hari ini menghulurkan sumbangan kebajikan kepada waris anggota bomba yang telah meninggal dunia serta pegawai bomba yang terkesan akibat bencana banjir.

Majlis sumbangan kebajikan yang berlangsung di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral itu disempurnakan Yang Dipertua Persatuan Kebajikan JBPM Dato Ir Ts Ahmad Izram Osman sempena lawatan kerja rasmi beliau ke JBPM Negeri Sarawak.

Dalam ucapannya Ahmad Izram berkata, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan setiap pegawai dan anggota bomba melalui Kumpulan Wang Kebajikan Bomba (KWKB), merangkumi bantuan kematian, kecederaan kekal dan pendidikan.

"Persatuan kebajikan memainkan peranan penting dalam membantu mereka yang memerlukan secara lebih cepat bagi meringankan beban kewangan mangsa, keluarga atau waris pegawai dan anggota yang terkesan akibat kematian, bencana atau kemalangan," ujarnya.

Seramai tiga waris keluarga Wira Merah hadir untuk menerima sumbangan pada program berkenaan, selain enam pegawai bomba yang terkesan akibat bencana banjir turut menerima bantuan kewangan.

Menurutnya, usaha sebegini membuktikan komitmen berterusan jabatan dalam memastikan kebajikan anggota sentiasa terpelihara, termasuk membantu keluarga yang kehilangan insan tersayang.

"Saya menzahirkan penghargaan kepada syarikat swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tampil bekerjasama menyokong program kebajikan ini," jelasnya.

Beliau memaklumkan bahawa keahlian Persatuan Kebajikan JBPM Sarawak sehingga Oktober tahun ini adalah seramai 723 orang atau 59 peratus anggota yang berdaftar.

"Saya yakin di bawah kepimpinan Pengarah JBPM Sarawak ketika ini, keahlian dapat ditingkatkan kepada 90 peratus menjelang 2026," ujarnya.

Ahmad Izram turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada JBPM Sarawak khususnya Zon Sibu atas kerjasama menjayakan program tersebut.

Turut hadir ialah Pengarah JBPM Sarawak Jamri Masran, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kebajikan JBPM Norizan Saad, Ketua JBPM Zon 4 Sibu Andy Alie, Ketua BBP Sibu Sentral Mohamad Suhaili dan rakan-rakan strategik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2025 11:04 AM | Show all posts
Polis kesan banduan lari dari Penjara Pusat Sri Aman
November 20, 2025, Khamis - 7:52pm


SRI AMAN: Polis sedang mengesan seorang banduan dikenali sebagai John Sambang Sangau (gambar), berusia 38 tahun, yang melarikan diri dari Penjara Pusat Sri Aman, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Sri Aman Superintenden Dennis Bunyan berkata, kejadian disedari kira-kira jam 7.15 pagi.

Menurutnya, banduan terbabit sedang menjalani hukuman penjara selama lima bulan atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pihak polis sedang melaksanakan usaha mengesan dan menahan semula banduan ini secepat mungkin,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan yang sah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Sri Aman di talian 083-322121, atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Khairulnajmi di talian 018-2324761 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2025 11:05 AM | Show all posts
Tiga lelaki cedera dalam kemalangan di Kampung Bayai
November 20, 2025, Khamis - 8:01pm

SRI AMAN: Tiga lelaki cedera ringan dalam kemalangan jalan raya di Kampung Bayai di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.39 petang.

Sejurus itu katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati tiga mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam lebih awal.

“Ketiga-tiga mangsa telah diserahkan kepada pihak KKM dan dibawa ke Hospital Sri Aman untuk menerima rawatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan.

Operasi ditamatkan pada jam 4.30 petang selepas pasukan bomba memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-11-2025 11:06 AM | Show all posts
RTP pastikan projek beri kesan langsung kepada rakyat dan pembangunan berterusan
November 21, 2025, Jumaat - 8:11am

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Ir. Christopher Gira Sambang menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap peruntukan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) benar-benar memberi manfaat kepada komuniti luar bandar.

Beliau berkata, pembangunan infrastruktur asas merupakan keutamaan berterusan kerajaan bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk terutama di kawasan yang masih memerlukan penambahbaikan kemudahan.

Menurutnya, RTP diwujudkan bagi memastikan setiap projek yang dilaksanakan memberi impak langsung kepada rakyat dan menyokong usaha pembangunan berterusan di kawasan DUN Tamin.

Penegasan itu dibuat susulan pengesahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu bahawa Projek Naik Taraf Jalan Kubur, Kampung Sebentik telah mencapai Penyiapan Kerja Secara Praktikal (Practical Completion) pada 6 Oktober 2025.

Projek tersebut dilaksanakan di bawah peruntukan RTP DUN Tamin dengan kos RM100,000 bagi menyediakan laluan yang lebih selamat dan selesa kepada penduduk Kampung Sebentik.

Menurut JKR Bahagian Sibu, kerja naik taraf itu melibatkan pembinaan jalan sepanjang 705 meter dengan kelebaran 3.5 meter serta ketebalan 0.2 meter menggunakan 75mm Approved Crushed Aggregate bagi memastikan ketahanan dan kualiti struktur jalan.

JKR turut memaklumkan bahawa pengesahan penyiapan projek dibuat mengikut Klausa 34, JKR Sarawak General Conditions of Contract PWD 75 (Versi 2021) yang menjadi rujukan utama bagi projek-projek pembangunan jabatan tersebut.

Keadaan jalan selepas kerja penstabilan tanah dan penebaran batu agregat bagi memastikan laluan lebih kukuh dan selamat.
Keadaan jalan selepas kerja penstabilan tanah dan penebaran batu agregat bagi memastikan laluan lebih kukuh dan selamat.
Dengan pengesahan tersebut, Tempoh Tanggungan Kecacatan (Defects Liability Period) bermula pada 6 Oktober 2025 sehingga 5 April 2026 dan dalam tempoh ini kontraktor bertanggungjawab melaksanakan sebarang pembaikan jika diperlukan.

Gira berkata jalan kubur itu mempunyai kepentingan besar kepada komuniti setempat kerana ia menjadi laluan utama bagi urusan tradisi, upacara dan aktiviti masyarakat kampung.

“Jalan kubur ini adalah kemudahan penting untuk penduduk Kampung Sebentik, dan peningkatannya sudah tentu memberi manfaat jangka panjang dari segi keselamatan serta kelancaran pergerakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya pada Khamis.

Beliau turut menghargai kerjasama JKR dan pihak kontraktor yang berjaya menyiapkan projek tersebut mengikut jadual walaupun berdepan cabaran teknikal dan keadaan cuaca.

Menurut Gira, kerajaan akan terus memperkasa pembangunan luar bandar melalui RTP bagi memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus pembangunan negeri.

“Melalui RTP, kita mahu memastikan setiap peruntukan benar-benar memberi manfaat kepada komuniti. Infrastruktur yang baik adalah asas kepada peningkatan kesejahteraan rakyat dan menyokong kemajuan kawasan DUN Tamin,” ujarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2025 11:07 AM | Show all posts
Dua unit kedai musnah terbakar di Bintulu
November 21, 2025, Jumaat - 8:43am

BINTULU: Dua unit premis di tingkat tiga sebuah bangunan kedai yang merupakan kedai urut di Jalan Abang Galau di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sepasukan angggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dengan bantuan BBP Kidurong bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan berhubung kebakaran sekitar jam 11.07 malam.

"Sejurus sampai, pasukan bomba mendapati berlakunya kebakaran yang membabitkan dua unit premis yang terletak di tingkat tiga bangunan berkenaan," ujarnya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran 200 kaki dua nozel bagi tujuan memadam di bahagian depan dan kanan bangunan.

Manakala itu katanya, pasukan BBP Kidurong turut melakukan pemadaman dengan menggunakan satu aliran 200 kaki dua nozel bagi melakukan pemadaman.

Setelah hampir setengah jam memadam kebakaran, api akhirnya berjaya dikawal pada jam 11.40 malam.

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran yang berlaku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2025 11:07 AM | Show all posts
Banduan ditangkap semula kurang 12 jam selepas lari dari penjara
November 21, 2025, Jumaat - 8:52am


SRI AMAN: Seorang banduan lelaki yang melarikan diri dari Penjara Pusat Sri Aman awal pagi Khamis berjaya ditangkap semula dalam tempoh kurang 12 jam hasil maklumat orang awam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyan berkata, banduan terbabit John Sambang Sangau, 38 tahun, diberkas  di sebuah rumah kosong yang sedang dalam pembinaan di Jalan Brayun sekitar jam 6.20 petang semalam.

“Penangkapan ini adalah hasil maklumat yang disalurkan orang awam serta komitmen pasukan keselamatan yang terus menjalankan operasi pengesanan sejak insiden dilaporkan,” katanya dalam kenyataan.

John Sambang sebelum ini melarikan diri sekitar jam 7.15 pagi (Khamis) dari Penjara Pusat Sri Aman.

Kes berhubung tindakan melarikan diri itu sedang disiasat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat bagi melengkapkan siasatan.

Polis Diraja Malaysia merakamkan penghargaan kepada masyarakat atas kerjasama serta maklumat yang membantu menahan semula banduan berkenaan.

Difahamkan banduan terbabit sedang menjalani hukuman penjara selama lima bulan atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2025 11:09 AM | Show all posts
126 peserta hadir Pameran dan Ceramah Pencegahan Jenayah anjuran IPD Kanowit
November 21, 2025, Jumaat - 9:42am

KANOWIT: Polis Daerah Kanowit menganjurkan Pameran dan Ceramah Pencegahan Jenayah melibatkan elemen Community Policing, AMNITA dan Talk To Us bersempena Community Emergency Response Team (CERT) 2.0 Sarawak di Dewan Serbaguna Nanga Ngungun, semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit menerusi kenyataan di Facebooknya memberitahu, program anjuran Unit Keselamatan & Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) itu berjaya menghimpunkan 126 peserta terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM, AMANITA, UKPS serta peserta CERT 2.0 dari komuniti setempat.

Program berkenaan bertujuan memperkukuh penglibatan masyarakat dalam usaha pencegahan jenayah, meningkatkan kesedaran mengenai peranan PDRM serta memantapkan kerjasama strategik antara komuniti, institusi pendidikan dan agensi keselamatan.

Sepanjang program, peserta diberi pendedahan melalui ceramah berkaitan scammer & NSRC 997, VSP & GTSP, kuasa menangkap, penyalahgunaan dadah serta tatacara pencegahan kebakaran.

Turut diadakan ialah pameran berkaitan jenayah komersil, narkotik dan keselamatan komuniti, termasuk promosi aplikasi VSP yang berjaya menarik 30 pendaftaran baharu.

Program CERT 2.0 yang berlangsung dari 18 hingga 20 November 2025 itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden, dengan cuaca baik membantu kelancaran aktiviti.

Polis Daerah Kanowit menegaskan komitmen mereka untuk terus memperkukuh hubungan bersama masyarakat demi keselamatan bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 04:12 PM | Show all posts
...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 04:34 PM | Show all posts
Edited by nafizzz at 21-11-2025 04:38 PM

Sakit Tekak Menyeksakan?

10 Cara Hilangkan Cepat & Confirm Lega!

Sakit tekak boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara. Salah satunya ialah jangkitan virus. Selalunya, sakit tekak yang disebabkan virus tidak dapat dipulihkan dengan pengambilan antibiotik.

Namun, ia akan sembuh dengan sendirinya dalam masa 5-7 hari. Jika ia tidak sembuh dan semakin melarat, jumpa doktor secepat mungkin untuk rawatan.
Untuk mengurangkan kesakitan, anda boleh ambil ubat tahan sakit yang boleh dibeli di farmasi berdekatan.
Antara punca sakit tekak yang lazim ialah:
  • Virus seperti COVID-19
  • Jangkitan bakteria
  • Sakit tekak disebabkan alahan
  • Asid refluks
  • Tabiat merokok atau terdedah kepada asap rokok sekunder


10 cara hilangkan sakit tekak

1. Ambil makanan atau minuman yang hangat
Teh, kopi o panas atau sup ayam mungkin dapat membantu kurangkan sakit tekak yang dialami.
Bukan itu sahaja, pengambilan cecair juga dapat memastikan lapisan mukosa pada kawasan tekak sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang jangkitan.

2. Bukan makanan panas sahaja, sejuk juga dapat membantu!
Ada juga orang yang gemar mengambil makanan yang sejuk seperti aiskrim atau minuman berais ketika sakit tekak.
Sebenarnya, tidak ada masalah sekiranya anda suka mengambil minuman sejuk, asalkan ia membuatkan tekak anda rasa lega.

3. Berkumur dengan air garam
Campurkan ½ sudu teh garam ke dalam segelas air suam. Kumur dengan larutan ini sekurang kurangnya sekali dalam masa 3 jam.

Ini merupakan salah satu cara untuk mengurangkan simptom sakit tekak secara semula jadi.
Air garam dapat mengurangkan bengkak dan iritasi pada kawasan tekak. Anda juga boleh gantikan garam dengan baking soda.
Larutan ini juga dapat mengurangkan sakit tekak dan membantu mengurangkan asid refluks.

4. Gunakan madu untuk hilangkan kesakitan tekak
Madu merupakan antara penawar semula jadi terbaik untuk sakit tekak. Ia mempunyai sifat antibakteria yang dapat memulihkan luka dan mengurangkan inflamasi.
Campurkan 2 sudu madu ke dalam secawan air suam. Kacau dan minum beberapa kali sehari.
Walau bagaimanapun, madu tidak sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke bawah.

5. Hilangkan sakit tekak dengan lozeng
Lozeng merupakan salah satu ubat sakit tekak paling berkesan untuk anda cuba.
Ada lozeng yang mengandungi ubat khas untuk merawat sakit tekak bila menelan. Ada juga yang mengandungi madu untuk melegakan kerengsaan.
Walau bagaimanapun, elakkan pemberian lozeng kepada kanak-kanak bawah 4 tahun. Ia mungkin boleh menyebabkan mereka tercekik.
Menurut kajian, lozeng yang mengandungi amylmetacresol dan 2,4-dichlorobenzylalcohol (AMC/DCBA) sangat efektif untuk mengurangkan simptom sakit tekak.

6. Makan ubat antihistamin untuk hilangkan sakit tekak

Antihistamin mungkin dapat mengurangkan sakit tekak yang berlaku disebabkan alahan.
Walau bagaimanapun, ada banyak lagi remedi lain yang dapat membantu.
Sebagai contoh, pengambilan madu dan lozeng mungkin sudah mencukupi untuk mengurangkan simptom.

7. Ambil vitamin dan suplemen

Pengambilan suplemen memainkan peranan penting untuk memastikan sistem imun badan sentiasa sihat.
Antara suplemen yang mungkin dapat membantu:
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Zink
Pengambilan vitamin dan suplemen di atas dapat mengurangkan simptom demam dan mempercepatkan pemulihan.
Selain pengambilan suplemen, anda juga boleh mendapatkan vitamin ini daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

8. Cuba minum teh herba
Ada banyak jenis teh herba yang anda boleh cuba untuk hilangkan sakit tekak.
Contohnya, teh hijau mempunyai sifat antibakteria dan antiradang yang dapat melawan jangkitan. Teh kamomil pula dapat mengurangkan simptom yang anda alami.
Teh panas juga mungkin dapat mengurangkan sakit tekak yang dialami.
Jadi, sekiranya anda tidak mempunyai opsyen lain, teh merupakan minuman yang paling mudah dan pantas untuk anda cuba.
Namun, sebelum minum, periksa dahulu kandungan kafeinnya ya. Kalau tidak, susah tidur malam nanti!

9. Gunakan humidifier
Penggunaan humidifier mungkin dapat membantu kurangkan sakit tekak bila menelan dan mengurangkan simptom alahan yang lain.
Humidifier dapat membantu menukar air kepada wap. Ia juga membuatkan udara di sekeliling lebih lembap dan mempunyai kandungan air yang tinggi.
Disebabkan kadar lembapan yang tinggi, kita kurang berisiko untuk mengalami sakit tekak.
Jadi, penggunaan humidifier di rumah dan tempat kerja mungkin dapat membantu mengurangkan sakit tekak.

10. Jangan lupa rehat
Rehat yang mencukupi merupakan penawar terbaik untuk sakit tekak.
Jangan bercakap dengan banyak dan cuba berbaring. Tinggikan sedikit bantal untuk kurangkan kesakitan dan ketidakselesaan yang berlaku disebabkan sakit tekak.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2025 09:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2025 09:44 AM | Show all posts
Pembinaan Kompleks sukan Tongod disambung awal tahun depan
November 21, 2025, Jumaat - 11:43am

TONGOD: Kerja membina dan menyiapkan Kompleks Sukan Tongod yang ditamatkan kontrak pembinaanya pada Julai lalu akan disambung awal tahun depan.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini dalam proses menyediakan dokumentasi bagi melantik kontraktor baharu menyiapkan projek itu.

“Syarikat pelaksana sebelum ini yang dilantik oleh kerajaan lalu ditamatkan kontrak selepas gagal menyiapkan projek dalam tempoh ditetapkan.

“Kita beberapa kali mengeluarkan amaran termasuk memberi lanjutan masa sebanyak empat kali namun gagal mencapai kemajuan fizikal dan akhirnya KBS mengeluarkan arahan menamatkan kontrak projek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas melancarkan Jentera Kempen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tongod.

Masiung bersalaman dengan orang ramai sebaik tiba di perhimpunan terbabit.
MESRA: Masiung bersalaman dengan orang ramai sebaik tiba di perhimpunan terbabit.
Masiung berkata, isu ini dijadikan modal kempen pembangkang, sedangkan kontraktor berkenaan dilantik pada waktu mereka memegang tampuk pemerintahan.

Katanya, beliau tidak mempersoalkan kroni mana kontraktor itu, tetapi menegaskan setiap syarikat yang diberi tanggungjawab perlu berdaya maju dan menyiapkan kerja mengikut jadual.

“Prestasi fizikal projek bernilai RM7 juta itu mengecewakan sejak tahun lalu, di mana pihak pembangkang cuba menyalahkan saya walaupun projek sudah diserah sepenuhnya kepada kontraktor lantikan mereka.

“Tapi jangan susah, kita sudah ada solusi di mana KBS akan melantik kontraktor baharu seawal tahun depan untuk menyiapkan kerja yang masih tertinggal.

“Saya yakin projek itu dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun. Apa yang saya lihat, kontraktor baharu hanya perlu menambah pembinaan lapangan trek, penyambungan elektrik dan air,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2025 09:49 AM | Show all posts
Pengundi semakin bijak, pilih WARISAN sebagai parti pilihan
November 21, 2025, Jumaat - 1:40pm

KOTA KINABALU: Sokongan rakyat terhadap perjuangan Parti Warisan (WARISAN) kian terserlah apabila mereka semakin bijak menilai serta menolak tohmahan negatif yang cuba menjatuhkan parti itu.

Calon WARISAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam, Edna Jessica Majimbun berkata, sepanjang kempen yang dijalankan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 (PRU17 Sabah), pengundi yang ditemui memberikan jaminan bahawa tohmahan negatif itu tidak menjejaskan pilihan mereka untuk mengundi WARISAN.

"Antara masalah utama yang menjadi rungutan pengundi Inanam adalah berkenaan isu infrastruktur dan juga banjir.

"Semua pengundi di sini dari pelbagai latar belakang...mereka mengutarakan masalah yang hampir sama.

"Saya memberikan jaminan, sekiranya saya diberi mandat sebagai ADUN Inanam, dan WARISAN berjaya membentuk semula kerajaan negeri. Semua aduan yang saya terima itu akan diberikan keutamaan.



"Kita mempunyai cara untuk penyelesaian jangka pendek dan juga jangka panjang," katanya ketika ditemui pada Program Tinjau Mesra WARISAN di Pasar Manggatal, di sini hari ini.

Beliau berkata, pengundi faham dengan propaganda dimainkan pihak lawan yang cuba memburukkan WARISAN.

Namun katanya, pengundi lebih marah dengan isu-isu setempat yang tidak diambil perhatian langsung oleh pemimpin sedia ada sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

Berkenaan isu banjir yang sering menjejaskan kehidupan penduduk DUN Inanam, beliau menjelaskan langkah-langkah awal pencegahan boleh diwujudkan demi kesejahteraan penduduk.

"Kita dapat lihat sampai hari ini, tiada langkah awal pencegahan yang diambil bagi memastikan kejadian banjir ini dapat dikurangkan.

"Sistem perparitan perlu dibersihkan secara berkala agar tidak tersumbat dan pelbagai usaha lagi boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah banjir.

"Isu ini akan diambil keutamaan apabila WARISAN berjaya membentuk kerajaan," katanya.

Dalam pada itu katanya, sebagai satu-satunya calon wanita pada DUN Inanam kali ini, usaha memartabatkan ekonomi dan kebajikan wanita di Inanam turut akan diberikan perhatian.

Edna (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama penjaja di Pasar Manggatal
ALBUM: Edna (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama penjaja di Pasar Manggatal
Katanya, inisiatif bagi menambahkan pendapatan wanita menerusi program keusahawanan akan dibangunkan demi kesejahteraan kehidupan seisi keluarga.

Edna yang fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin berkeyakinan tinggi bahawa WARISAN mampu mengalahkan 12 lagi pencabar lain dalam DUN Inanam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2025 09:50 AM | Show all posts
Dionysia gariskan tujuh teras manifesto untuk pengundi Tambunan
November 21, 2025, Jumaat - 1:48pm

TAMBUNAN: Calon Parti Kerjasama Anak Negeri (ANAK NEGERI) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan Dionysia Ginsos menggariskan tujuh teras manifesto untuk memajukan dan merancakkan lagi agenda pembangunan di DUN itu sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 (PRU17 Sabah).

Beliau berkata, ia  selaras dengan misinya untuk membina Tambunan yang lebih maju, bersatu dan berdikari di mana setiap rakyat mempunyai suara, peluang dan kuasa membentuk masa depan sendiri.

Katanya, tujuh teras itu ialah memperkasa rakyat akar umbi dalam setiap keputusan pembangunan, memodenkan sektor pertanian,  meningkatkan taraf hidup petani dan mencipta peluang pekerjaan dan keusahawanan anak muda.

Selain itu katanya, beliau juga bertekad untuk memperkasakan pendidikan, memperhebatkan penyediaan kemudahan asas dan capaian digital, mengangkat pelancongan, budaya Dusun sebagai sumber ekonomi baharu, membudayakan amalan pentadbiran bersih dan integriti.

"Di bawah tujuh manifesto saya untuk DUN Tambunan, saya ingin membantu semua golongan muda di sini untuk mewujudkan peluang kehidupan yang sebenar secara adil dan saksama dari segi peluang keusahawanan, pembelajaran serta kemahiran.

"Melihat kepada kekuatan setiap individu, mereka boleh memilih sama ada ingin meneruskan dalam bidang keusahawanan (latihan dan wang permulaan akan diberikan, pengkhusuan geran mikro kepada yang layak), pendidikan (pendigitalan pembelajaran yang lebih moden & bantuan pendidikan awal), bidang kemahiran (pertanian moden/e-sukan & bengkel kreatif)," katanya.

Dionysia berkata demikian selepas berkempen di Kampung Napukan, dekat sini pada Khamis.

Beliau mengajak rakyat Tambunan, khususya golongan belia dan wanita supaya memberi sokongan kepada ANAK NEGERI dalam PRU17 Sabah yang diadakan pada hujung minggu depan.

Dionysia optimis pengundi Tambunan akan memberi peluang kepada pemimpin muda untuk mewakili mereka di DUN Sabah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2025 09:57 AM | Show all posts
PKR Tempasuk sokong penuh calon BN Azuwan Marjan
November 21, 2025, Jumaat - 2:45pm

KOTA BELUD: Penyelaras PKR DUN Tempasuk menyatakan sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN), Azuwan Marjan yang berdepan saingan tujuh penjuru termasuk calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua Penerangan PKR Tempasuk Aziz Bilin berkata, keputusan itu dipersetujui semua anggota Jawatankuasa Penyelaras DUN selepas mengambil kira kerjasama BN-PH di peringkat Persekutuan.

Katanya, kerjasama berkenaan penting dan wajar dipertahankan menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17 (PRU17 Sabah).

Beliau menyatakan pendirian itu dalam satu hantaran di media sosial.

Sementara itu, Ketua Penyelaras PKR DUN Tempasuk, Arshad Abdul Rahman menyerahkan memorandum persefahaman kepada Azuwan pada satu majlis ringkas di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November 2025 sebagai tarikh pengundian PRU17 Sabah manakala pengundian awal pada 25 November.

Pada 6 Oktober lalu, Ketua Menteri Sabah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi memberi laluan kepada PRU17 Sabah.

Dewan Undangan Negeri Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 dipertandingkan manakala enam lagi adalah Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2025 10:03 AM | Show all posts
Dua maut, seorang cedera lori bawa telur terbalik
November 21, 2025, Jumaat - 3:31pm

KENINGAU: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas lori membawa muatan telur terbabas sebelum terbalik di tepi jalan di Kampung Bariawa Ulu pagi Jumaat.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan  pemandu lori berumur 58 tahun maut di lokasi manakala identiti seorang lagi mangsa belum diperoleh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Penguasa Bomba Darren John Ce berkata, lori lapan tan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik menyebabkan tiga mangsa tersepit dalam kenderaan.

“Seorang mangsa cedera ringan berjaya keluar sendiri sebelum pasukan bomba tiba.

“Dua mangsa lagi tersepit di bahagian papan pemuka dan struktur lori termasuk bahagian stereng yang menghimpit mereka,” katanya.

Katanya, pasukan operasi menggunakan peralatan khas penyelamatan kemalangan jalan raya (RTA) serta telescopic ram secara manual untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa.

“Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan KKM.

“Mangsa cedera dibawa ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk rawatan lanjut.

“Mayat dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.59 tengah hari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2025 10:25 AM | Show all posts
Sembilan sekolah sertai Minggu STEM SK Bengoh Padawan
November 21, 2025, Jumaat - 11:41am

KUCHING: Minggu STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) SK Bengoh Padawan berlangsung dengan penuh meriah baru-baru ini, melalui pelbagai aktiviti yang bertujuan memperkenalkan dan menerapkan bidang STEM dalam kalangan murid selaras dengan perkembangan pendidikan semasa.

Antara aktiviti utama ialah pembinaan model jambatan daripada kayu serta pertandingan roket botol air bersasar sejauh 70 meter, yang mendapat penyertaan menggalakkan daripada sembilan buah sekolah di kawasan Padawan.

Pertandingan itu memberi peluang kepada murid memahami konsep daya tujahan, kuantiti air dan tekanan yang diperlukan untuk melancarkan roket dengan lebih berkesan.

Sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan roket botol air ini ialah SK Bengoh; SK Pangkalan Ampat; SK Pelaman Sigandar; SK St Patrick; SK St Paul; SK St Francis Xavier; SK Taba Sait; SK Puruh Karu; dan SK Kambug.

Dalam pertandingan berkenaan, SK Pangkalan Ampat muncul johan manakala SK St Paul, Bunuk naib johan dan SK Bengoh mendapat tempat ketiga.

Guru Besar SK Pangkalan Ampat Warren Bunsu, ketika ditemui berkata bahawa pertandingan seperti itu memberi pendedahan awal kepada murid tentang suasana pertandingan sebenar serta membantu mereka memahami faktor yang mempengaruhi pelancaran roket air.

Beliau berharap aktiviti sebegini dapat dijadikan program tahunan bagi memupuk minat murid terhadap STEM sejak di bangku sekolah rendah.

Murid-murid SK Pangkalan Ampat meneliti alat pelancar roket botol air secara dekat.
Murid-murid SK Pangkalan Ampat meneliti alat pelancar roket botol air secara dekat.
Majlis penangguhan Minggu STEM disempurnakan oleh guru besar SK Bengoh, David Jemang, yang merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan penyertaan semua sekolah.

Beliau menegaskan bahawa penganjuran Minggu STEM bertujuan untuk menggalakkan murid menerapkan kemahiran sains secara praktikal serta menanam minat murid dalam bidang STEM.

Beliau berkata, Minggu STEM itu dipenuhi pelbagai aktiviti seperti kuiz mata pelajaran, roket belon, bridge building, dan kemuncaknya ialah pertandingan roket botol air bersasar 70 meter.

Beliau turut berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuh minat murid terhadap bidang STEM.

Minggu STEM SK Bengoh ini membuktikan bahawa pengajaran sains secara amali mampu mencetuskan keterujaan dan kreativiti murid dalam meneroka dunia teknologi dan kejuruteraan.

Yang hadir dalam acara tersebut ialah Puan Masayu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Padawan, Encik Warren Bunsu, Guru Besar SK Pangkalan Ampat, Encik David anak Jemang, Guru Besar SK Bengohserta guru-guru pengiring.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2025 10:26 AM | Show all posts
Warga emas ditemukan maut atas lori tangki simen di Batu Kawa
November 21, 2025, Jumaat - 12:52pm

KUCHING: Seorang lelaki berusia 73 tahun ditemukan maut di atas sebuah lori tangki simen dalam kejadian di sebuah kilang memproses simen di Batu Kawa awal pagi, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.10 pagi.

Katanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang tiba di lokasi sekitar 6.20 pagi.

“Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah di bahagian kepala.

“Pasukan bomba menggunakan bantuan sebuah forklift untuk membawa turun mangsa sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM di lokasi,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sementara Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Radzi ketika dihubungi mengesahkan mangsa merupakan seorang pemandu lori.

“Mangsa dipercayai terkena hentakan tekanan pada penutup bahagian atas lori tangki,” katanya.

Tambahnya, tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara siasatan lanjut masih dijalankan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2026 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.279282 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list