|
|
[Borneo]
Rumah Borak Borneo~Boleh bah, kalau kau
[Copy link]
|
|
|
Dua lelaki ditahan dalam operasi antidadah di Lawas
November 18, 2025, Selasa - 4:37pm
LAWAS: Dua lelaki di bawah pengaruh dadah ditahan dalam satu operasi di bandar ini semalam.
Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan berkata, suspek warga tempatan berusia 28 dan 26 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dalam operasi jam 1.30 petang itu.
“Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua saspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
“Semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai lima kes kesalahan lampau berkaitan dadah dan seorang lagi tiada kesalahan lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah tanpa penghuni ranap dalam kebakaran di Miri
November 18, 2025, Selasa - 4:42pm
MIRI: Sebuah rumah jenis separuh kekal ranap dalam kebakaran di Jalan Palma Edar, RPR Batu 6 di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan memandangkan rumah tersebut tidak berpenghuni.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.30 pagi, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral telah bergegas ke lokasi yang terletak 10 kilometer dari balai.
Setibanya di lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah berstruktur separuh kekal berkeluasan 40x50 kaki persegi telah musnah sepenuhnya.
“Komander operasi kemudian mengarahkan PKO melakukan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 100 kaki dengan dua nozel dan satu aliran salur bantu mula menggunakan sumber air dari tangki jentera sehingga operasi pemadaman selesai.
“Operasi pemadaman susulan masih diteruskan sehingga semua sisa api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat sepenuhnya jam 1.14 petang,” katanya dalam kenyataan media.
Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Shell perkasa kemahiran anak muda melalui latihan kimpalan bertauliah
November 18, 2025, Selasa - 6:47pm
MIRI: Seramai tujuh peserta dari Sarawak menerima sijil masing-masing selepas menamatkan Program Latihan Industri Kimpalan (Projek LINK) anjuran Sarawak Shell Berhad (SSB) dengan kerjasama Kolej Vokasional Miri (KV Miri), sekali gus menandakan satu lagi pencapaian syarikat minyak gergasi itu dalam melahirkan bakal tenaga kerja mahir.
Kesemua peserta menerima sijil mereka pada majlis graduasi di salah sebuah hotel di sini, hari ini.
Sejak diperkenalkan, Projek LINK telah melahirkan seramai 865 graduan yang kini bekerja di dalam dan luar negara.
Para graduan dilatih mengikut piawaian kimpalan antarabangsa seperti ASME IX dan AWS serta menguasai teknik lanjutan termasuk posisi 6G dan 6GR.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen SSB dalam membangunkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan industri berat seperti minyak dan gas, perkapalan, pembinaan dan tenaga di Sarawak.
Pengurus Besar Sarawak Central Luconia Shell Malaysia Upstream Choong Yen Li berkata, pihaknya berbangga dengan kejayaan para graduan serta kerjasama erat yang terjalin bersama KV Miri selama ini.
“Saya amat berbesar hati melihat kejayaan semua graduan hari ini dan mengucapkan tahniah kepada mereka.
"Kerjasama SSB dengan KV Miri telah membuka peluang pekerjaan, melahirkan bakat bertaraf antarabangsa serta menyokong pertumbuhan ekonomi komuniti setempat.
“Inisiatif ini turut seiring dengan usaha Kerajaan Sarawak memperkasa pembangunan modal insan dalam sektor minyak dan gas,” ujarnya.
Projek LINK merupakan contoh kukuh kerjasama sektor awam dan swasta dalam memperkasa pembangunan modal insan.
Program ini dirangka untuk membantu pelajar yang berdepan cabaran kewangan atau akademik dengan menyediakan latihan berasaskan industri, sekali gus memenuhi permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir dalam sektor minyak dan gas.
Selain di Miri, Projek LINK turut dilaksanakan di Sabah dan Bintulu melalui kerjasama Shell Malaysia dengan Kolej Vokasional Likas (KV Likas) dan Kolej Vokasional Bintulu (KV Bintulu), yang memberi peluang sama kepada belia tempatan untuk menyertai bidang kemahiran ini.
Sebagai antara peneraju industri tenaga negara, Shell Malaysia terus komited membangunkan potensi anak tempatan dalam mendepani peralihan tenaga masa depan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki selamat kereta dipandu tiba-tiba terbakar
November 19, 2025, Rabu - 10:26am
MIRI: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya tiba-tiba terbakar dalam kejadian yang berlaku di KM846.5 Jalan Pan Borneo Bintulu–Miri, awal pagi ini.
Bagaimanapun, tiada sebarang mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 1.55 pagi, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah bergegas ke lokasi yang terletak sejauh 15 kilometer dari balai.
Setibanya di lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati api sedang marak hingga memusnahkan keseluruhan kenderaan 4WD jenis Mazda itu.
"PKO yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I Raymond Sigan Candang terus bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air dari tangki jentera.
"Api yang marak berjaya dikawal pada jam 2.50 pagi sebelum padam sepenuhnya 10 minit kemudian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tiada agensi lain terlibat dalam operasi tersebut dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Difahamkan, pemandu berusia 40 tahun itu segera memberhentikan kenderaannya di bahu jalan sebaik ternampak asap keluar dari bahagian enjin dan bergegas keluar menyelamatkan diri sebelum kenderaanya terbakar. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Program Khidmat Komuniti Luar Bandar 2025 berjaya capai objektif penganjurannya
November 19, 2025, Rabu - 10:36am
MIRI: Program Khidmat Komuniti Luar Bandar 2025 berjaya mencapai objektif penganjurannya apabila mendapat penyertaan memberangsangkan daripada sukarelawan sekali gus membolehkan semua aktiviti bantuan kepada penduduk di Long San,Telang Usan berjalan lancar.
Program yang dianjurkan oleh Persatuan Prihatin Masyarakat Miri (PPMM) pada 15 dan 16 November lalu melibatkan 110 sukarelawan dan 30 kenderaan pacuan empat roda yang membawa pelbagai bantuan keperluan asas.
Antara barangan yang disalurkan termasuk 10 unit alat pemadam api, 200 kampit beras, 200 beg pakaian terpakai, 150 kotak air mineral, satu tan buah-buahan, satu tan sayur-sayuran, masing-masing 500 batang berus dan ubat gigi, 500 biji sabun mandi, 60 beg sekolah, 60 kotak mi segera, 700 paket biskut, 40 kotak mihun, 80 biji bantal dan 100 keping tilam, hasil sumbangan ikhlas individu serta penyumbang prihatin.
Istimewanya program kali ini kerana ia turut disertai oleh empat generasi dalam sebuah keluarga, melibatkan peserta berusia antara tiga hingga 85 tahun.
Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan program, tetapi juga menggambarkan nilai keprihatinan merentasi generasi serta menjadi contoh teladan kepada masyarakat.
Presiden PPMM merangkap pengerusi penganjur, Lee Jun Tak berkata program itu bukan sekadar menyampaikan bantuan fizikal tetapi juga bertujuan memberi peluang kepada peserta merasai sendiri pengalaman berkhidmat kepada masyarakat luar bandar.
"Pelbagai perkhidmatan disediakan sepanjang program berlangsung seperti pemeriksaan kesihatan, perubatan, pergigian, gunting rambut, demonstrasi keselamatan kebakaran, pemeriksaan mata serta bantuan pendidikan untuk penduduk setempat.
"Interaksi secara langsung dengan penduduk kampung membolehkan sukarelawan memahami keperluan sebenar komuniti, selain mengeratkan hubungan antara peserta dan penduduk," katanya.
Lee turut menegaskan bahawa PPMM akan terus merancang lebih banyak aktiviti kebajikan pada masa akan datang dan mengajak lebih ramai golongan muda serta keluarga untuk turut serta menyalurkan bantuan dan harapan kepada mereka yang memerlukan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PPS terima lawatan berkala daripada SUHAKAM
November 19, 2025, Rabu - 10:40am
SIBU: Penjara Pusat Sibu (PPS) telah menerima lawatan berkala daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), pada Selasa.
Lawatan ini melibatkan rombongan seramai enam orang yang diketuai oleh Persuruhjaya SUHAKAM Dahim Nadot serta Abdul Kadir Jailani Ismail.
Ketibaan rombongan disambut oleh Pengarah PPS Celestine Jubang Paul bersama barisan pegawai kanan institusi berkenaan.
Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau secara langsung keadaan persekitaran, kebajikan banduan serta pelaksanaan hak asasi manusia dalam kalangan penghuni penjara selaras dengan peranan SUHAKAM dalam memastikan hak setiap individu dipelihara.
Sepanjang lawatan, rombongan telah dibawa meninjau beberapa blok penempatan, fasiliti rawatan, bengkel vokasional dan kemudahan asas lain.
Taklimat ringkas berkaitan operasi serta amalan terbaik penjara juga telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah PPS Ku Hakimi Ku Halim.
Lawatan pihak SUHAKAM ini juga dapat meninjau secara menyeluruh komitmen berterusan pihak PPS dalam memastikan pengurusan institusi berjalan selaras dengan prinsip hak asasi dan standard antarabangsa.
Pihak SUHAKAM turut merakamkan penghargaan atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang lawatan berlangsung. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki rompak kedai emas dihukum penjara sembilan tahun
November 18, 2025, Selasa - 6:23pm
SIBU: Seorang lelaki berusia 57 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merompak sebuah kedai emas di Jalan Market di sini pada 5 November lepas.
Tertuduh Wong Siew Too yang membuat pengakuan bersalah itu di hadapan hakim Musyiri Peet, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun.
Wong yang dalam rayuannya mengaku kesal dengan perbuatannya selain menghidap penyakit tiga serangkai, diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 5 November 2025.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merompak sebuah kedai emas di Jalan Market pada 5 November 2025, kira-kira jam 1.50 petang dengan melarikan seutas rantai emas berharga RM20,652.80.
Ketika melakukan rompakan itu, tertuduh turut dengan sengaja mendatangkan ketakutan atau kecederaan terhadap seorang pembantu kedai wanita.
Sehubungan itu, Wong didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 390(2) Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 392 Kanun yang sama, sabit kesalahan hendaklah dipenjara sehingga 14 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebatan.
Berdasarkan fakta kes, pada 5 November 2025, kira-kira jam 1.50 petang, seorang lelaki iaitu tertuduh telah masuk ke sebuah kedai emas di Jalan Market kononnya untuk melihat barang kemas.
Seorang pekerja wanita kemudian membantu melayan tertuduh dengan mengeluarkan seutas rantai emas untuk dilihat.
Namun secara tiba-tiba tertuduh bertindak melarikan diri bersama rantai emas tersebut, menyebabkan pengadu yang juga pengurus kedai mengejar tertuduh sebelum berjaya menangkapnya.
Pengadu kemudian menghubungi pihak polis sebelum membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Siasatan yang dijalankan mendapati tertuduh pertama kali datang ke kedai emas tersebut kira-kira jam 9.45 pagi untuk melihat beberapa utas rantai emas.
Tertuduh kemudian datang semula untuk kali kedua kira-kira jam 1.40 petang untuk melihat rantai emas yang sama, sebelum bertindak melarikan diri bersama rantai emas seberat 36.88 gram itu yang dianggarkan bernilai RM20,652.80.
Wong bagaimanapun berjaya ditangkap pengurus kedai emas dengan bantuan orang awam.
Kejadian turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai emas tersebut.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nuralisa Natasha Nazrulzam sementara tertuduh tidak diwakili. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tidak mengaku perdagang orang untuk dieksploitasi
November 18, 2025, Selasa - 6:19pm
SIBU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang mangsa untuk bekerja di Kemboja, sebelum dieksploitasi sebagai 'scammer'.
Hakim Musyiri Peet yang mendengar pengakuan tertuduh, Stephen Lee Siau Chung, 31, membenarkan tertuduh bebas dengan ikat jamin RM30,000 berserta dua penjamin beralamat tetap di sini.
Tertuduh juga diperintah melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, selain diminta menyerahkan pasport miliknya kepada pihak berkuasa sehingga kes selesai.
Di samping itu, tertuduh juga dilarang mengganggu saksi pihak pendakwaan terutama mangsa.
Mahkamah kemudian menetapkan 7 Januari 2026 sebagai tarikh pengurusan kes.
Mengikut pertuduhan, Lee didakwa memperdagangkan seorang lelaki berusia 36 tahun untuk bekerja di Kemboja sebelum dieksploitasi sebagai 'scammer' antara 5 Oktober 2025 hingga 3 November 2025 di Batu 2 1/2, Jalan Durin, Kanowit.
Sehubungan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Sekysen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit dengan kesalahan.
Dalam pada itu, Lee turut didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyalahgunakan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine pada 4 November 2025, kira-kira jam 11.10 pagi di Balai Polis Sentral Sibu.
Bagi kesalahan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibacakan di bawah Seksyen 15(1) akta sama.
Majistret Oon Kork Chern menetapkan 17 Mac 2026 untuk sebutan lanjut kes sementara menunggu laporan patologi.
Tertuduh turut dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM2,000 berserta isterinya sebagai penjamin.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Safly Norkazly sementara tertuduh diwakili peguam Terence Tiong.
Berdasarkan laporan sebelum ini, tertuduh ditahan pada 3 November selepas dipercayai terbabit memperdagangkan seorang mangsa yang berasal dari Sibu untuk bekerja di Kemboja, sebelum dieksploitasi sebagai 'scammer'.
Tertuduh kemudian ditahan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret pada 4 November, sebelum tahanan reman itu disambung tujuh hari lagi pada 11 November.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan media sebelum ini berkata, mangsa berjaya melarikan diri dengan bantuan ahli keluarga sebelum pulang ke Malaysia dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.
Beliau menambah, siasatan awal mendapati mangsa dipukul, diugut serta didera sekiranya enggan mematuhi arahan sindiket terlibat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelbagai inisiatif untuk masyarakat Kota Belud: WARISAN
November 19, 2025, Rabu - 10:46am
KOTA BELUD: Pelbagai inisiatif untuk rakyat akan dilakukan di Kota Belud sekiranya Parti Warisan (WARISAN) sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah Sabah.
Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, industri-industri boleh diwujudkan di sini dan juga tempat lain bagi mewujudkan peluang pekerjaan.
"Kalau industri diwujudkan maka peluang pekerjaan pun ada. Kota Belud mempunyai potensi yang cukup baik bukan hanya daripada segi pertaniannya kerana di sini padi sawah...saya masih ingat dulu kita belanja beratus juta di sini, bukan tidak ada.
"Begitu juga dengan keadaan tourism produk yang ada dan saya yakin contohnya macam industri, penanaman ketam dan berbagai-bagai di sini ada potensi dalam bidang pertanian yang boleh kita majukan di sini," katanya kepada pemberita selepas Program Ceramah Mega WARISAN di Kota Belud pada Selasa.
Beliau berkata, dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan, ia sekali gus mampu membasmi kemiskinan di negeri ini.
Dalam pada itu katanya, kepelbagaian parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 (PRU17 Sabah) membuktikan keadaan yang cukup ketara bahawa wujudnya perpecahan dan perbalahan.
"Kita tidak mempersoalkan hak mereka dalam sistem demokrasi yang ada, tetapi kita yakin bahawa harus ada kepimpinan yang bukan hanya di peringkat nasional, tetapi di Sabah bagi memastikan bagaimana untuk menyatukan umat," katanya.
Katanya, WARISAN mahu rakyat menerima manfaat sepenuhnya daripada pengumuman bilion ringit belanjawan.
Bagaimanapun katanya, pengumuman itu tidak ada kemajuan kerana rakyat Sabah masih berhadapan dengan masalah keperluan asas seperti bekalan air, elektrik dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Vell, quotes tu boleh tepek lebih dari 5 kan?
Sebab saya sangat suka quotes. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh dah tukar kat depan

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eh saya lupa bagi tacang kuiz |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti tengok ya.. masih fikir mcm2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Terina kasih 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ok np 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sama2 nafizzz
nak tidur dalam setengah jam dulu..
ngantuk sangat2
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Thonny janji utamakan isu rakyat
November 19, 2025, Rabu - 11:44am
KOTA KINABALU: Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Thonny Chee berjanji akan memberikan keutamaan kepada isu-isu rakyat sekiranya berjaya menjadi wakil rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 (PRU17 Sabah).
Beliau berkata, masyarakat Api-Api sentiasa berada dalam hatinya dan memberikan jaminan akan memperjuangkan keperluan mereka.
"Saya akan kembali kepada rakyat yang sudah saya kunjungi dan akan meneliti semula keperluan mereka," katanya kepada pemberita selepas program Ceramah Kelompok di Taman Keramat, di sini pada Selasa.
Beliau berkata, isu-isu seperti tandas, tempat parkir dan naik taraf rumah penduduk mesti dilakukan bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Thonny berkata, pengundi Api-Api bijak dan akan memilih pemimpin yang mampu membawa perubahan kepada mereka.
“Orang KK faham isu-isu ini. Walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi, mereka ada media sosial. Apa yang penting ialah pemimpin mereka mendengar,” katanya.
Beliau turut menekankan asal-usulnya sebagai anak Sabah dan hubungan dengan kepimpinan nasional sebagai satu kelebihan.
“Saya orang Sabah. Saya membesar di sini. Dan ya, presiden parti saya ialah Perdana Menteri.
“Jika saya menjadi wakil rakyat, lebih mudah untuk saya membawa isu Sabah terus kepadanya. Saya percaya beliau akan mendengar,” katanya.
Katanya, pendidikan kekal sebagai teras kempen beliau, dibentuk oleh pengalamannya sendiri yang bangkit daripada keluarga miskin.
Katanya, kehadiran hampir 400 penduduk walaupun pada malam bekerja mencerminkan sokongan yang memberangsangkan kepada PH.
“Saya percaya saya boleh menyesuaikan diri dan mewakili mereka dengan baik,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|