|
|
[Borneo]
Rumah Borak Borneo~Boleh bah, kalau kau
[Copy link]
|
|
|
|
nak ke selatan, problem cloudfare |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nafizzz replied at 18-11-2025 10:11 PM
nak ke selatan, problem cloudfare
Sama...dari tadi x boleh buka forum.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tari replied at 18-11-2025 10:57 AM
Tengkiu Teja tag iols
nah munger
Auw .
Maceh..tersipu kiter..
Lmbat daku reply..
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru dapat noti. gila la cari ni.
tudiaaa duduk kat page 40. patut awal2 cari tak jumpa hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hehe lama dah tak ada geng menolak laju2 kat benang tu
tunggu dia free.. skrg ni sibuk ngan budget katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Calon WARISAN DUN Likas bentang lima teras manifesto
November 18, 2025, Selasa - 2:50pm
KOTA KINABALU: Calon Parti Warisan (WARISAN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas, Tham Yun Fook hari ini membentangkan lima teras utama manifesto beliau.
Katanya, ia merangkumi reformasi pendidikan, penambahbaikan infrastruktur asas, pemerkasaan ekonomi tempatan, kesihatan komuniti serta tadbir urus yang telus.
Beliau berkata, manifesto itu selaras dengan usaha WARISAN memperjuangkan autonomi di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya cadangan menubuhkan Kementerian Pendidikan Sabah.
"Sistem pendidikan Sabah masih bergantung kepada kerajaan Persekutuan, menyebabkan kerajaan negeri sukar merangka dasar mengikut keperluan tempatan.
“Kementerian Pendidikan Sabah boleh melengkapi kekurangan dari Persekutuan, seperti sekolah menengah persendirian dan sekolah swasta," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata, kerajaan persekutuan hanya memberi fokus kepada sekolah kerajaan, tetapi kementerian di peringkat negeri dapat memastikan semua sekolah mendapat manfaat. Ini adalah pendirian konsisten WARISAN.
Katanya, sebagai bekas pegawai yang terlibat dalam penyediaan Pelan Induk Pendidikan Sabah, beliau berjanji melaksanakan Pelan Pendidikan Sabah 2025-2030 termasuk pengajaran berasaskan Kecerdasan Buatan (AI), naik taraf keselamatan sekolah dan bantuan pembelajaran.
Mengenai infrastruktur katanya, Likas berdepan masalah sistem perparitan, lampu jalan dan jalan raya yang semakin uzur, malah hujan lebat baru-baru ini menyebabkan banjir kilat luar biasa.
"Selain menaik taraf sistem perparitan, menambah lampu jalan dan memperbaiki jalan raya, saya juga akan memperbaiki sistem lalu lintas dan memantau projek pembangunan supaya tidak menjejaskan alam sekitar," katanya.
Beliau mencadangkan proses pendaftaran lesen perniagaan yang lebih mudah, promosi perayaan komuniti serta skim pinjaman mikro untuk membantu peniaga kecil.
Dalam aspek kesihatan komuniti, beliau berhasrat menambah kawasan hijau, menaik taraf gelanggang sukan dan menggalakkan aktiviti riadah masyarakat.
Beliau juga komited kepada tadbir urus telus melalui tender terbuka, sistem aduan dalam talian, laporan pemantauan serta konsultasi awam.
Katanya, mekanisme aduan yang selamat dan bebas tekanan penting supaya penduduk berani bersuara.
Tham menegaskan bahawa walaupun beliau berlatarkan bidang pendidikan, beliau akan memberi khidmat menyeluruh dan melaksanakan lima komitmen utamanya demi membawa perubahan kepada Likas. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Warga Kota Marudu mahu kestabilan politik dan wakil rakyat berkualiti demi masa depan
November 18, 2025, Selasa - 2:56pm
KOTA MARUDU: Penduduk di daerah ini menyuarakan harapan agar keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17 (PRU17 Sabah) membawa kestabilan politik yang mampu membuka ruang kepada pembangunan lebih tersusun dan menyeluruh.
Presiden kelab Rekreasi Khungpow Izzat Fahim Ibrahim berkata, Kota Marudu mempunyai potensi besar dari sudut sosial, ekonomi dan pembangunan modal insan, namun potensi itu sukar diterjemah tanpa suasana politik yang stabil.
Katanya, kestabilan politik bukan isu menyebelahi mana-mana parti, sebaliknya keadaan di mana dasar pembangunan dapat dirancang secara konsisten, dilaksana tanpa gangguan dan dipantau dengan berkesan.
Beliau berkata, pelaburan hanya akan masuk jika keyakinan wujud, manakala projek infrastruktur hanya dapat diteruskan tanpa terbantut apabila tiada pertukaran dasar setiap kali berlaku perubahan kepimpinan.
“Pada masa sama, wakil rakyat perlu memahami tugas hakiki mereka sebagai penyambung suara rakyat dalam Dewan Rakyat, bukan sekadar hadir untuk merasmikan program atau menyampaikan sumbangan seperti jersi dan peralatan sukan.
“Pemimpin yang dipilih mesti tampil sebagai individu yang memahami realiti kehidupan rakyat serta dibekalkan pendidikan, pengalaman dan kemampuan berhujah bagi membawa isu daerah ke peringkat nasional,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, Kota Marudu sudah lama berdepan kelewatan pembangunan berbanding daerah lain.
“Isu jalan berkembar yang sekian lama dijanjikan masih belum disiapkan sepenuhnya, malah pembinaan kompleks sukan pula berlarutan tanpa penyelesaian sehingga generasi muda tidak dapat menikmati kemudahan itu.
“Daerah lain maju dengan kemudahan baharu, sampai bas sekolah pun hampir setiap tempat ada. Kita di sini masih menunggu apa yang sepatutnya lama diselesaikan,” katanya.
Izzat menegaskan keperluan mendesak untuk mempunyai wakil rakyat yang berani menuntut hak Kota Marudu dan menyatakan dengan jelas bahawa daerah itu layak menerima pembangunan setaraf tempat lain.
Beliau berkata, pemimpin masa depan perlu mahir memahami dasar, membaca laporan, berhujah dengan fakta dan tidak gentar bertanya kementerian apabila sesuatu isu cuba dielak.
“Dengan wakil rakyat sebegini, perubahan mungkin tidak berlaku serta-merta tetapi hala tuju pembangunan akan lebih jelas dan teratur.
“Penduduk mahukan pemimpin yang bekerja, bukan sekadar popular. Pemimpin yang turun padang dengan solusi, bukan sekadar mengambil gambar.
“Sudah tiba masanya masyarakat keluar daripada kitaran ketinggalan dan memilih wakil yang mampu memacu masa depan Kota Marudu,” katanya.
Tambahnya, kalu ini bukan masa untuk pemimpin yang hanya bercerita kisah lama, dakwa dialah yang mohon, dialah yang cadang, seolah-olah kita masih bercerita sejarah kelab bola.
“Rakyat perlukan kemajuan, bukan nostalgia, kami sebagai penduduk di Kota Marudu berharap PRU17 Sabah memberi ruang kepada pemimpin berprinsip, berkeupayaan dan memahami denyut nadi rakyat agar masa depan Kota Marudu dapat dibina dengan lebih seimbang dan progresif,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SME Corp lancar edisi kedua Seminar Peningkatan Skala Digital untuk PKS: Tech Up, Scale Up! di Sabah
November 18, 2025, Selasa - 3:06pm
KOTA KINABALU: SME Corp telah melancarkan edisi kedua Seminar Peningkatan Skala Digital untuk PKS: Tech Up, Scale Up! di sini semalam yang menghimpunkan lebih 150 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari sektor pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan.
Seminar ini bertujuan untuk memperkasa PKS tempatan dengan pengetahuan untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan penskalaan perniagaan.
Tumpuan ini selaras dengan keutamaan pembangunan PMKS yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Dianjurkan oleh SME Corp Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), program ini merupakan kesinambungan daripada siri pertama yang diadakan di Kuala Lumpur pada 3 November lepas.
Ketua Setiausaha KUSKOP Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud ketika merasmikan seminar itu, menekankan komitmen kerajaan untuk membina ekosistem PMKS yang lebih progresif dan berdaya tahan, dengan sasaran meningkatkan sumbangan sektor tersebut kepada 50 peratus KDNK negara menjelang tahun 2030.
Beliau turut menyatakan bahawa usaha penskalaan akan diperkukuh melalui program pembangunan kapasiti, inisiatif pendigitalan dan penambahbaikan operasi perniagaan yang dilaksanakan bersama pihak kerajaan dan pemain industri.
“KUSKOP melalui agensi-agensinya seperti SME Corp Malaysia akan memastikan elemen pendigitalan dan integrasi teknologi terus diterapkan dalam pelbagai program dan inisiatif di bawah RMK13. Ini adalah selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan komprehensif,” tambah beliau.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Rizal Nainy mengesyorkan usahawan Sabah agar sentiasa mengikuti perkembangan program dan bentuk sokongan yang disediakan.
“Antara langkah awal yang boleh diambil oleh PKS ialah dengan mendaftar Status PMKS dan menjalani Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan (SCORE). Pengesahan Status PMKS akan memudahkan akses kepada bantuan khusus kerajaan, manakala SCORE membantu perniagaan menilai tahap keupayaan dan daya saing secara menyeluruh,” katanya.
Penganjuran seminar edisi Sabah ini turut mendapat sokongan strategik daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM) dan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA).
Turut hadir pada majlis pelancaran seminar tersebut ialah Pengarah Jabatan Pendigitalan PKS MDEC Mohd Redzuan Affandi Abdul Rahim, Pengerusi SAMENTA Sabah Dato’ George Lim Su Chung dan Pengerusi FMM Sabah Liaw Hen Kong. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dewan kondusif diperlukan untuk laksana aktiviti kebudayaan
November 18, 2025, Selasa - 3:19pm
KOTA KINABALU: Masyarakat Bajau Sama di sekitar kawasan bandaraya ini memerlukan sebuah dewan yang kondusif bagi melaksana dan memelihara kebudayaan etnik berkenaan.
Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah (PRBSS) Datuk Jumat Idris berkata, ia juga penting dalam usaha bersama bagi menyatupadukan masyarakat Bajau Sama di kawasan bandaraya.
"Bersyukur PRBSS dibawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor telah mengadakan banyak program dan salah satu yang telah pun dimasukkan dalam kalender pelancongan Sabah iaitu Pesta Budaya Rumpun Bajau Sama yang diadakan di Rumah Bajau Sama Tuaran.
"Itu sebagai pusat dan ini adalah cabang daripada Rumah Bajau di Tuaran. Kita akan mohon kepada kerajaan supaya di kawasan-kawasan lain akan mempunyai cawangan Bajau Sama, seperti di Putatan pada masa hadapan," katanya semasa ditemui pada Majlis Perasmian Dewan Serbaguna Komuniti Bestari, di sini hari ini.
Beliau berkata, masyarakat Bajau Sama di Putatan pada masa hadapan turut boleh mengadakan aktiviti yang bermanfaat dengan adanya kemudahan seumpamanya dibangunkan.
Katanya, kemudahan itu penting agar golongan muda masyarakat Bajau Sama dapat menghayati budaya mereka.
"Akhir-akhir ini kita melihat anak-anak suku Bajau Sama ini walaupun ibu bapanya Bajau tetapi mempraktikkan bahasa kebangsaan di rumah dan akhirnya kita khuatir bahasa ini akan pupus, samalah juga kepada suku-suku kaum lain.
"Di Sabah, kita mempunyai pelbagai etnik, pelbagai bahasa sebab itu bahasa ini perlu dikekalkan, dipraktikkan supaya identiti Sabah itu terkenal sebab budaya melalui budaya, melalui etnik seumpamanya membolehkan Sabah sentiasa stabil.
"Ia penting agar kita tidak terikut-ikut oleh apa yang berlaku di luar daripada Sabah dan inilah juga yang menjadi tonggak kekuatan Sabah dan Sarawak di mana setiap suku kaum, etnik di Sabah sentiasa bersatu apabila menyentuh hak Sabah, menyentuh kepentingan Sabah," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tham komited bukti keupayaan
November 18, 2025, Selasa - 3:30pm
KOTA KINABALU: Calon Parti Warisan (WARISAN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas, Tham Yun Fook komited untuk membuktikan kemampuannya melalui rekod perkhidmatan cemerlang dimilikinya, tanpa gentar berhadapan dengan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Phoong Jin Zhe.
Dalam sidang media semalam, Tham mengakui bahawa beliau pada mulanya berasa sedikit tertekan, namun yakin kekuatan sebenar terletak pada pengalaman luasnya dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan awam.
Beliau berkata, Phoong mempunyai kelebihan sebagai figura media sosial dengan mempunyai pengaruh besar, manakala dirinya pula lebih cenderung bekerja secara senyap dan berorientasikan hasil, sehingga jarang mempromosikan pencapaian sendiri.
“Saya ini orang yang suka buat kerja, bukan suka tonjol diri. Banyak kali saya tidak keluarkan kenyataan media kerana bagi saya, membantu murid, ibu bapa, guru dan lembaga sekolah adalah tanggungjawab seorang pendidik dan penjawat awam.
“Tapi saya sedar, cara berkempen tidak sama dengan kerja harian. Untuk berhubung lebih efektif dengan pengundi," katanya.
Tham menegaskan beliau tidak gentar berdepan Phoong kerana prestasinya selama ini sudah cukup membuktikan kemampuan dirinya.
Beliau turut mendedahkan bahawa beliau pernah menerima Anugerah Guru Bahasa Cina Peringkat Kebangsaan, iaitu satu anugerah yang melalui saringan peringkat negeri sebelum ke peringkat kebangsaan yang membuktikan profesionalisme dan dedikasinya dalam bidang pendidikan.
Selain itu, sepanjang kerjayanya sebagai penjawat awam, beliau telah menerima tujuh kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
“Kebiasaannya, seorang penjawat awam dapat lima kali pun sudah dianggap luar biasa, tetapi saya menerima tujuh kali. Ini penilaian ketua jabatan, bukan saya yang kata, ia adalah pengiktirafan terhadap mutu kerja saya," katanya.
Beliau berkata, pencapaian ini jarang didedahkan sebelum ini, menyebabkan ramai pengundi mungkin tidak mengetahuinya, namun semuanya adalah rekod sebenar yang memberi keyakinan kepada masyarakat terhadap kemampuannya.
Menurutnya, sebagai guru beliau hanya fokus mendidik dan membentuk murid tetapi sebagai calon pilihan raya, beliau perlu tampil ke hadapan supaya pengundi memahami apa yang telah disumbangkannya kepada masyarakat.
Beliau menegaskan, beliau bertanding bukan kerana mahu meraih populariti, sebaliknya ingin meneruskan semangat khidmat bakti yang dipegangnya selama ini.
Katanya, beliau akan membuktikan dirinya melalui prestasi sebenar dan tidak akan takut berdepan mana-mana pihak lawan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Usaha pembangunan yang pesat bantu perkasa kemajuan Kiulu
November 18, 2025, Selasa - 4:14pm
KIULU: Pelaksanaan projek pembangunan yang pesat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu menyaksikan daerah kecil ini semakin giat membangun khususnya dalam sektor pelancongan, pertanian dan infrastruktur.
Penyandang kerusi DUN Kiulu yang juga calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) DUN Kiulu Datuk Joniston Bangkuai berkata, pembangunan yang dilakukan bukan sahaja menumpukan isu besar seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak negeri Sabah, tetapi keperluan rakyat di peringkat akar umbi turut diberi perhatian sewajarnya.
Menurutnya, sektor pelancongan luar bandar kini menjadi antara pemacu ekonomi utama di Kiulu dengan kewujudan dua Pusat Informasi Pelancongan, masing-masing di Kiulu dan Nabalu.
Katanya, pencapaian itu juga dibantu oleh pertambahan mendadak pengusaha pelancongan berasaskan komuniti iaitu daripada hanya tiga atau empat pengusaha ketika mula berkhidmat kepada sekitar 80 pengusaha hari ini.
“Ini menunjukkan potensi besar pelancongan berasaskan komuniti di Kiulu dan kita mahu pastikan sektor ini menjadi sumber pendapatan mampan untuk penduduk dan juga komuniti setempat.
"Selain itu, sektor pertanian turut diberi keutamaan dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta disalurkan pada tahun ini bagi membina dan menaik taraf 47 laluan jalan pertanian.
"Usaha pembangunan ini melibatkan lebih 1,000 keluarga yang meliputi kawasan seluas hampir 6,000 hektar," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan sesi walkabout Tamu Pekan Kiulu di sini hari ini.
Peniaga Tamu Pekan Kiulu antara komuniti penting dalam pembangunan kawasan DUN Kiulu. Gambar Mohd Faisal Ahmad
TAMU: Peniaga Tamu Pekan Kiulu antara komuniti penting dalam pembangunan kawasan DUN Kiulu. Gambar Mohd Faisal Ahmad
Beliau berkata, pembukaan tanah pertanian itu dijangka mewujudkan peluang ekonomi baharu serta memperkukuh pendapatan penduduk di kawasan luar bandar.
"Kita perlu seimbang, perjuangan hak negeri seperti MA63 memang penting, tetapi fokus terhadap kehendak dan keperluan rakyat di lapangan juga jangan diabaikan.
"Kiulu kini turut melakar sejarah apabila diwartakan sebagai daerah kecil dengan adanya sekretariat yang menempatkan agensi dan jabatan berkaitan untuk memudahkan urusan rakyat," jelasnya.
Dalam pada itu katanya, seiring dengan usaha usaha memperkukuh lagi potensi pelancongan dan ekonomi setempat, Kiulu juga menjalin kerjasama antarabangsa, termasuk perjanjian dengan National Taiwan University dalam pembangunan tanaman nanas sebagai produk agropelancongan serta industri kampung (cottage industry).
Menurutnya, melalui kerjasama itu, 15 pekebun nanas akan dihantar ke Taiwan untuk menjalani latihan dan menjadi mentor kepada pekebun lain.
"Kawasan Kiulu turut melalui proses penilaian akhir untuk disenaraikan dalam rangkaian pelancongan antarabangsa yang mempunyai lebih 300 lokasi di seluruh dunia.
"Jika diterima, Kiulu bakal menjadi lokasi pertama di Malaysia memperoleh pengiktirafan berprestij ini.
"Selain itu, penglibatan belia terus diperkasakan melalui penubuhan Kelab Belia Prihatin Kiulu dan Kelab Pelajar IPT, yang menjadi platform untuk kerja sukarela, pembangunan kepimpinan serta program 'Youth in Tourism'," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
GRS hilang dua tahun kerana Menteri KKR gagal – Armizan
November 19, 2025, Rabu - 8:01am
TAWAU: Tuduhan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin bahawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai kerajaan paling gagal disifatkan sebagai tidak berasas dan hanya memakan diri sendiri.
Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kenyataan Bung itu ibarat ‘meludah ke langit jatuh ke muka sendiri’ kerana kegagalan sebenar berlaku ketika beliau sendiri menjadi Menteri Kerja Raya (KKR) Sabah.
Armizan berkata, dua tahun pertama pentadbiran GRS (2021-2022) menjadi tempoh yang hilang apabila tiada projek besar penstabilan bekalan air dan elektrik dapat digerakkan disebabkan kelemahan Bung ketika mengemudi kementerian berkenaan.
Menurutnya, rekod jelas menunjukkan bahawa sepanjang dua tahun Bung menerajui KKR Sabah, tiada satu pun projek utama penstabilan bekalan air dapat dimulakan.
“Di Tawau, Projek Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 2 hanya dimulakan pada 22 Julai 2025 selepas beliau tidak lagi berada di KKR.
“Begitu juga Projek Naik Taraf LRA Kogopon di Papar yang lama dirancang tetapi hanya bermula pada Ogos 2023 sebaik sahaja Datuk Shahelmy mengambil alih kementerian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Jentera Muda GRS DUN Tanjung Batu, di sini, malam tadi.
Armizan menegaskan bahawa kedua-dua projek itu sudah ada dalam perancangan lama, namun hanya mampu direalisasikan setelah Bung tidak lagi memegang jawatan.
“Ketika ini juga GRS turut merancang projek baharu seperti Projek LRA Balung II yang dijadual dimulakan pada 2026,” katanya.
Mengulas isu bekalan elektrik pula, Armizan menjelaskan bahawa Sabah hanya menerima kuasa kawal selia elektrik secara rasmi pada 3 Januari 2024, selepas lebih 40 tahun ia berada di bawah Kerajaan Persekutuan.
“Sabah Electricity (SE) juga masih dimiliki majoriti oleh Kerajaan Persekutuan melalui TNB. Jadi tidak wajar menuding jari kepada kerajaan GRS atas masalah yang sudah berlarutan sejak sekian lama,” katanya.
Armizan turut berkata, tindakan Bung yang campur tangan dalam lantikan dua Ketua UMNO Bahagian ke Lembaga Pengarah SE melalui Menteri Tenaga ketika itu, yang juga daripada UMNO.
“Soalnya, apa pencapaian wakil-wakil UMNO ini? Ketika kuasa ada pada mereka, masalah elektrik tidak selesai. Itu hakikatnya,” katanya.
Armizan berkata, selepas kuasa kawal selia dipulangkan kepada Sabah dan tiada lagi campur tangan UMNO dalam kerajaan negeri, pelbagai projek penstabilan bekalan elektrik mula dilaksanakan, termasuk Projek Rangkaian Grid Pantai Timur (Southern Link Fasa 1) yang bermula pada 2024.
“Ternyata selepas era Bung berakhir, Sabah mula bergerak dan banyak projek asas yang tertangguh akhirnya dapat dimulakan,” katanya.
Menurut Armizan, keluarnya Bung daripada kerajaan negeri adalah antara faktor utama yang membuka ruang kepada pelaksanaan projek kritikal demi rakyat.
“Takdir menentukan seorang ‘Menteri Gagal’ tidak lagi berada dalam kerajaan, dan hari ini kita lihat projek-projek besar air dan elektrik akhirnya bergerak untuk manfaat rakyat Sabah.
“Kita dalam GRS akan terus fokus memperbaiki infrastruktur asas demi memastikan rakyat menikmati pembangunan yang sepatutnya,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Razali komited bawa pembaharuan DUN Darau
November 19, 2025, Rabu - 9:05am
LAUNGAN 'Datuk Bob' menggemakan Kampung Kalansanan Laut apabila sejumlah 300 bekas ahli Parti Warisan (WARISAN), termasuk bekas Ahli Jawatankuasa Bahagian WARISAN Sepanggar, Sabar Dasad, mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Darau pada malam Selasa.
Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, Datuk Mohamed Razali Razi atau lebih mesra dikenali sebagai Bob memulakan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 (PRU17 Sabah) dengan langkah kanan.
Dengan slogan 'Darau D'Hati', beliau sendiri menerima borang kemasukan kumpulan berkenaan dengan menyifatkan keputusan yang dibuat bekas-bekas ahli dan pemimpin WARISAN itu adalah tepat.
Seramai 300 bekas ahli WARISAN menyertai Gagasan Rakyat.
MERIAH: Seramai 300 bekas ahli WARISAN menyertai Gagasan Rakyat.
"Alhamdulillah, program malam ini menyaksikan saudara Sabar, mantan AJK Warisan Sepanggar, membuat keputusan bersama 300 ahli WARISAN untuk menyertai perjuangan Gagasan Rakyat dan juga GRS. Ini keputusan yang besar dan ikhlas," katanya dalam sidang media selepas menerima borang penyertaan daripada kumpulan berkenaan.
Beliau berkata, keputusan dilakukan kumpulan itu bukan sesuatu yang mudah memandangkan Sabar telah bersama WARISAN selama sembilan tahun, namun kesedaran untuk melakukan perubahan menjadi faktor utama.
"Anda dapat lihat daripada bahasa badan dan ekspresi muka, keikhlasan itu jelas.
"Bukan senang tinggalkan parti yang diikuti begitu lama, namun beliau hilang keyakinan terhadap kepimpinan WARISAN Sepanggar," katanya.
Beliau turut memberi bayangan bahawa akan ada lagi penyertaan ahli WARISAN dalam masa terdekat, namun enggan mendedahkan butiran lanjut demi menjaga strategi politik parti.
Pada majlis itu, Razali turut memberikan perkongsian mengenai hasratnya untuk pembangunan Darau yang akan dilaksanakan oleh beliau selepas dipilih pada 29 November ini dan GRS membentuk semula kerajaan negeri.
Katanya, antara usaha itu adalah menubuhkan Majlis Pembangunan dan Pengurusan Kampung serta taman perumahan.
Beliau juga mahu meningkatkan kemudahan kesihatan di Likas melalui pelaksanaan projek 'land swap' bagi Klinik Kesihatan Likas yang kini berhadapan kekangan ruang.
Menurutnya, klinik sedia ada semakin kecil dan tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat. Klinik akan dipindahkan ke tapak yang lebih besar dan lebih sesuai.
Katanya, usaha itu berada di bawah agenda kesejahteraan rakyat, dan menjadi salah satu fokus utama sekiranya diberi mandat selepas PRU17 Sabah.
PELIMAH
PELIMAH
Dalam pada itu, Penduduk Kg Kalansanan Laut, Pelimah Abd Rais, 62, semasa ditemui berkata, dia mahukan Darau dibangunkan dengan lebih baik khususnya di kampung itu.
"Saya harap Datuk Bob mampu menjadi ADUN lepas ini dan GRS bentuk semula kerajaan negeri," katanya.
Sementara itu, Ustaz Hanzalah@Haji Julniealam,49, berkata, Bob sudah turun padang dan giat menyantuni penduduk di kampung berkenaan.
HANZALAH
HANZALAH
"Saya mahu adanya kemajuan dari sudut pendidikan, peluang pekerjaan khususnya kepada golongan muda di kampung ini dan Darau secara keseluruhannya.
"Dengan adanya pendidikan dan pekerjaan, sudah pasti masalah kemiskinan dapat diatasi," katanya.
Razali yakin GRS mampu menang pada PRU17 Sabah kali ini dan kerusi DUN Darau akan dimenanginya.
Hadir sama Naib Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Balung, Ismail Sabran, dan Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Yong Vui Chung.
Pada PRU Sabah sebelum ini, DUN Darau dimenangi calon WARISAN Azhar Matussin, dengan hanya majoriti 562 undi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan mahu pastikan semua agama kekal harmoni
November 18, 2025, Selasa - 3:21pm
KUCHING: Kerajaan Sarawak mahu memastikan semua agama kekal harmoni tanpa konflik serta terus menyokong perpaduan masyarakat kerana ia kekuatan asas negeri ini.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Sarawak kekal sebagai model perpaduan nasional, hasil daripada rasa hormat, toleransi dan penerimaan ditunjukkan rakyat pelbagai etnik dan agama, diraikan bersama dalam satu keluarga besar.
“Diwali bukan sekadar perayaan. Ia simbol perpaduan dan cahaya yang mengatasi kegelapan, seperti rakyat Sarawak, walaupun budaya dan kepercayaan mereka berbeza, bersatu untuk meraikan, bukan sekadar penonton tetapi sebagai keluarga,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Diwali yang bertemakan 'Sarawak Bercahaya: Diwali Cara Sarawak Meraikannya’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi.
Uggah dalam ucapannya turut menyatakan penghargaan kepada masyarakat India di Sarawak atas sumbangan penting mereka dalam pendidikan, perubatan, undang-undang, perniagaan, seni dan khidmat masyarakat.
Menurutnya semua itu menyumbang kepada kekuatan sosial dan budaya negeri.
Beliau juga menekankan bahawa Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia, terus memainkan peranan penting dalam memastikan tempat ibadat bukan Islam menerima sokongan yang diperlukan.
Beliau memberitahu, beberapa peruntukan telah disalurkan kepada masyarakat bukan Islam, termasuk RM900,000 kepada Persatuan Kuil Maha Mariamman untuk membangunkan kemudahan baharu dan tambahan RM300,000 bagi penyelenggaraan serta pembangunan lain yang melibatkan pelbagai tempat ibadat.
Selain itu, beliau berkata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah meluluskan RM2.3 juta untuk pembangunan tambahan berkaitan kemudahan masyarakat India.
Majlis itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.
Hadir sama Presiden Kuil Sri Maha Mariamman Kuching Dato Shankar Ram Asnan dan isteri Datin Karishma Shankar Asnani bersama lebih 1,000 tetamu daripada pelbagai kaum dan agama dari Sarawak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis tahan dua lelaki miliki dadah di Kota Samarahan
November 18, 2025, Selasa - 4:18pm
KOTA SAMARAHAN: Polis menahan dua lelaki selepas ditemui dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan cegah jenayah di kawasan sebuah stesen minyak di Jalan Expressway Kota Samarahan, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Superintenden Damateries Lautin berkata, kedua-dua suspek merupakan warga tempatan berusia 31 dan 32 tahun.
Menurutnya, anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) yang melakukan rondaan sekitar jam 4.00 pagi telah memeriksa suspek bersama sebuah motosikal sebelum mendapati kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau.
“Semasa pemeriksaan, seorang daripada suspek telah menyerahkan secara sukarela satu bungkusan yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah dan turut dijumpai ialah alat penimbang,” katanya menerusi satu kenyataan.
Tambahnya, kedua-dua suspek kemudian dimaklumkan mengenai kesalahan yang dilakukan sebelum ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Suspek dan barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Kota Samarahan untuk tindakan lanjut.
“Tiada unsur kekerasan dilaporkan semasa tangkapan dilakukan,” jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|