CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Boleh bah, kalau kau

 Close [Copy link]
 Author| Post time 18-11-2025 02:05 PM | Show all posts
Peranan penting wanita terus jadi keutamaan di DUN Kapayan
November 18, 2025, Selasa - 1:21pm

KAPAYAN: Wanita terus kekal berperanan sebagai tulang belakang yang stabil dan tidak goyah dalam komuniti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan.

Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi DUN Kapayan Datuk Jannie Lasimbang berkata, wanita turut memainkan peranan besar dalam menyara keluarga dan memastikan kesejahteraan masyarakat terus terjaga.

Dalam siri kempen Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah Ke-17 (PRU17 Sabah), beliau turut menjawab keraguan yang sering timbul mengenai kemampuan wanita dalam memikul tanggungjawab awam atau dakwaan penyertaan mereka dalam politik hanyalah simbolik.

Jannie menekankan, wanita sudah lama berada di barisan hadapan, mengurus pendidikan anak, menstabilkan kewangan rumahtangga, menjaga ibu bapa yang uzur, memastikan keselamatan serta kesihatan keluarga, dan menjadi penyokong utama ketika cabaran melanda.

"Pengalaman harian inilah yang memberikan wanita pemahaman mendalam terhadap masalah komuniti dan halangan praktikal yang sering melambatkan penyelesaian isu.

"Di Kapayan, sebahagian besar isi rumah dipimpin oleh wanita, termasuk ibu tunggal, anak perempuan yang menjaga ahli keluarga sakit kronik, serta wanita yang meninggalkan kerjaya untuk menjadi penjaga sepenuh masa.

"Dalam tempoh setahun, pasukan khidmat saya membantu lebih 8,000 keluarga yang berdepan kesusahan mendesak. Di Pejabat Khidmat Kapayan, kategori wanita berisiko, ibu tunggal dan penjaga wanita sentiasa diberikan keutamaan," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, Kapayan Bantuan Orang Susah (BOS) kini merekodkan seramai 5,000 penerima manfaat, manakala 10,751 penduduk menerima Bantuan Am Masyarakat, dengan majoriti datang daripada keluarga yang diketuai wanita.

Katanya, data berkenaan menggambarkan beban besar yang dipikul wanita setiap hari dan memperkukuh tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat untuk memastikan sistem sokongan benar-benar memenuhi keperluan mereka.

Sepanjang penggal perkhidmatannya, beliau turut memperluas sokongan rentas agensi dengan menubuhkan rangkaian rujukan melibatkan lebih 20 badan bukan kerajaan (NGO), institusi dan agensi kerajaan bagi membantu mangsa keganasan rumahtangga, keluarga ibu atau bapa tunggal serta wanita berisiko.

Dalam bidang kesihatan, pihaknya turut bekerjasama dengan NGO seperti Yayasan ROSE untuk menyediakan 500 ujian HPV PCR percuma dan bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi membantu lebih 600 wanita mendaftar dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) untuk perlindungan asas.

"Kapayan terus berkembang sebagai komuniti yang pelbagai dan stabil, iaitu wanita telah lama menjadi tonggak sosial yang paling konsisten.

"Walaupun politik sering menekankan imej kekuatan atau ketegasan, keluarga sebenarnya memerlukan bantuan yang praktikal, kehadiran yang berterusan dan komitmen yang boleh diharapkan," jelasnya.

Beliau berkata, kerja-kerja sokongan masyarakat dan tindakan susulan terhadap aduan penduduk terus dilaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Justeru, ia mencerminkan pendekatan kepimpinan yang konsisten, berasaskan keperluan sebenar dan tidak terikat pada musim kempen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2025 02:15 PM | Show all posts
STU Sibu cadang dua inisiatif untuk perkasa kebajikan warga pendidik
November 15, 2025, Sabtu - 4:13pm

SIBU: Kesatuan Guru Sarawak (STU) Bahagian Sibu mencadangkan pelaksanaan dua inisiatif penting bagi memperkasa kebajikan warga pendidik iaitu Program Diskaun Khas Penerbangan dan Pakej Pelancongan Edukatif Bersubsidi.

Pengerusinya Kho Kiat Yong berkata, inisiatif tersebut diharap dapat mendapat perhatian dan sokongan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

"Program diskaun penerbangan sebanyak 30 hingga 40 peratus bagi guru-guru di Sarawak dapat meringankan beban kewangan khususnya bagi tujuan kursus, lawatan keluarga serta percutian.

"Cadangan itu turut melibatkan kerjasama antara kementerian dengan syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, AirAsia dan AirBorneo yang dijangka beroperasi pada 2026," ujarnya dalam ucapan aluan pada Majlis Persaraan dan Sambutan Hari Guru Sedunia STU Bahagian Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Majlis itu dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh selaku mewakili Tiong sebagai tetamu kehormat majlis.

Selain itu, STU Sibu turut mencadangkan Pakej Pelancongan Edukatif Bersubsidi dengan kerjasama agensi pelancongan dan hotel.

Pakej berkonsepkan pembelajaran menerusi pengalaman itu dijangka melibatkan lawatan ke destinasi warisan seperti Melaka dan Pulau Pinang, lengkap dengan aktiviti pendidikan di tapak sejarah, muzium serta galeri seni.

"Kami yakin guru-guru ialah duta terbaik pelancongan domestik. Apabila mereka melancong, pengalaman itu akan dikongsi dengan pelajar dan masyarakat, sekali gus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara,” jelas beliau.

Melalui cadangan itu katanya, guru-guru boleh berperanan sebagai duta terbaik pelancongan domestik.

"Apabila kami melawat sesuatu destinasi, kami akan berkongsi pengalaman tersebut dengan pelajar di dalam kelas, rakan sekerja, dan keluarga. Ini mewujudkan kesan berganda yang menggalakkan lebih ramai orang melancong dalam negara.

"Lebih penting lagi, dengan mendedahkan guru kepada kepelbagaian budaya, warisan sejarah dan keindahan alam Malaysia, kami dapat memperkayakan pengajaran dengan contoh nyata dan pengalaman autentik.

"Pelajar akan lebih berminat apabila guru berkongsi gambar, cerita, dan pengalaman sebenar. Program ini adalah pelaburan bijak untuk pendidikan dan ekonomi negara," jelasnya.

Sementara itu, Kho berkata, STU Bahagian Sibu turut melancarkan Kempen Rekrutmen Ahli STU yang berlangsung dari 16 November hingga 27 Disember 2025 melibatkan kawasan Sibu, Kanowit dan Selangau.

Menurutnya, ahli baharu berpeluang menyertai cabutan hadiah melalui aktiviti ‘Roda Bertuah’ selepas menghantar borang pendaftaran di pejabat STU.

Beliau menegaskan pintu kesatuan sentiasa terbuka untuk para pesara yang ingin terus bersama komuniti pendidik di Sarawak.

Sehubungan itu, Kho turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghormatan kepada semua pesara atas jasa dan dedikasi mereka yang telah membimbing ribuan pelajar sehingga menjadi insan berjaya dalam pelbagai bidang.

Hadir sama ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Selangau Joanes Tulang, Timbalan Presiden STU Yong Sing Hie dan Pengerusi PPSMS Cawangan Sibu David Teo Wu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 02:17 PM | Show all posts
Sarawak guna teknologi mesra alam dan kejuruteraan digital bina Jalan MMMLL: Uggah
November 15, 2025, Sabtu - 4:43pm

MARUDI: Kerajaan Sarawak menggunakan teknologi mesra alam dan kejuruteraan digital yang mengurangkan penebangan pokok dan melindungi alam sekitar untuk membina Jalan Miri-Marudi-Mulu-Long Panai-Long Lama (MMMLL), kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, laluan sejauh 142 kilometer (KM) menghubungkan Miri dengan Mulu merentasi dua pekan utama iaitu Marudi dan Long Lama dengan kos RM3.8 bilion itu melibatkan pelbagai gred jalan daripada R1 hingga R3 serta R5, termasuk pembinaan jambatan besar dan kecil dan melalui kawasan tanah lembut, gambut serta bukit-bukau.

“Justeru, penerapan penyelesaian kejuruteraan moden amat diperlukan seperti jalan bertingkat (elevated roads) bagi memastikan kestabilan tanah di kawasan lembut dan mengurangkan keperluan penebangan hutan secara besar-besaran, serta jambatan 'balanced cantilever,' iaitu kaedah pembinaan yang meminimumkan keperluan sokongan tengah di sungai atau lembah, sekali gus mengurangkan gangguan ekologi,” ujarnya.

Uggah memberitahu perkara itu ketika berucap pada majlis perasmian Jalan MMMLL yang dilancarkan secara rasmi hari ini oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg di Kawasan Perindustrian Ringan Marudi di sini.

Uggah berkata, dalam memastikan perancangan teliti serta pembinaan mesra alam, projek tersebut turut mengaplikasikan teknologi moden seperti Highway Information Modelling (HIM), Light Detection and Ranging (LiDAR), Geographical Information System (GIS) dan Pemetaan Foto Udara 3D menggunakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV).

"LiDAR merupakan teknologi inovatif yang menggunakan pancaran laser untuk menghasilkan peta 3D berketepatan tinggi, menyokong reka bentuk, pembinaan dan penyelenggaraan yang lebih tepat serta mesra alam.

"GIS pula membolehkan penjajaran laluan dan pengiraan kerja tanah dilakukan dengan lebih terperinci bagi meminimumkan gangguan kepada cerun, sungai dan habitat semula jadi," jelasnya.

Sementara itu katanya, Pemetaan Foto Udara 3D menggunakan UAV membolehkan pemantauan berkala dijalankan tanpa impak fizikal terhadap kawasan sensitif.

Penggunaan teknologi bersepadu ini katanya, membolehkan data topografi diperoleh dengan cepat dan tepat, mengurangkan risiko konflik reka bentuk serta meminimumkan kerja-ulang dan penggunaan sumber.

"Dengan pendekatan perancangan dan pembinaan berteknologi tinggi ini, projek Jalan MMMLL bukan sahaja menyediakan rangkaian jalan raya berkualiti tinggi, malah turut memastikan pembangunan yang mampan serta memelihara integriti ekologi dan alam sekitar di kawasan pedalaman Sarawak.

“Ia bukan sahaja membuka akses ke kawasan pedalaman yang tidak pernah dicapai sebelum ini, malah akan bersambung dengan projek-projek besar seperti Sabah-Sarawak Link Road (SSLR), Lebuhraya Pesisir Utara (NCH) dan Lebuhraya Pan Borneo,” tambah beliau.

Uggah (duduk, kiri) bersama Abang Johari (tengah) dan Lee (duduk, kanan) bersama yang lain pada sidang media sempena pelancaran projek Jalan MMMLL di Marudi, hari ini.
Uggah (duduk, kiri) bersama Abang Johari (tengah) dan Lee (duduk, kanan) bersama yang lain pada sidang media sempena pelancaran projek Jalan MMMLL di Marudi, hari ini.
Mengulas lanjut, Uggah memberitahu, projek Jalan MMMLL merupakan inisiatif infrastruktur utama oleh Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan kesalinghubungan wilayah di Utara Sarawak di bawah pelaksanaan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan merupakan salah satu projek infrastruktur terbesar di kawasan pedalaman Sarawak.

Ia meliputi dua pakej dengan Pakej 1 merupakan pembinaan 68KM membabitkan laluan Miri ke Marudi dan Long Panai ke Long Lama yang merupakan jalan satu lorong dua hala piawaian JKR R5, bermula dari Miri (persimpangan Eastwood Valley) ke Marudi (tamat di simpang Stadium Marudi) sepanjang 42KM, dan jalan satu lorong dua hala JKR R3 dari Long Panai ke Long Lama sejauh 26KM.

Ia turut membabitkan pembinaan empat jambatan utama dan lapan jambatan kecil serta empat laluan 'spur road' piawaian JKR dari Sungai Bakong ke Jalan Miri-Marudi (termasuk SK Sungai Arang, Rumah Jelaping dan Rumah Asi) sejauh 3KM; ke Rumah Nyegang dan Rumah James Ansi (3KM); ke Rumah Giling (6KM) dan menaik taraf jalan berbatu ke Rumah Chabop (3KM).

Manakala Pakej 2 meliputi laluan sejauh 74KM dari Marudi ke Mulu (Kuala Melinau) membabitkan jalan satu lorong, dua hala dengan piawaian JKR R3.

Laluan pakej ini turut melibatkan pembinaan 'spur road' piawaian R1 sejauh 18KM, menuju ke Rumah Pree dan Rumah Jugah (3KM); Kampung Linei Bukit (1KM); Long Ukok, Long Pahlo dan Long Panai (12KM); Long Patan (1KM) dan Long Terawan (1KM).

Laluan ini turut menyaksikan pembinaan lima jambatan utama dan enam jambatan kecil.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap ADUN Marudi Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala, Ahli Parlimen Baram Datuk Anyi Ngau, ADUN Telang Usan Datuk Dennis Ngau, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Datuk Ismawi Ismuni serta Residen Miri Galong Luang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 02:18 PM | Show all posts
MOTS rancang tambah taman lalu lintas di Sarawak, kata Lee
November 15, 2025, Sabtu - 4:57pm

BINTULU: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) merancang untuk menambah jumlah taman lalu lintas di Sarawak supaya setiap bahagian di negeri ini mempunyai kemudahan pendidikan keselamatan jalan raya.

Menterinya Dato Sri Lee Kim Shin berkata, kementerian mempunyai matlamat tiada pelajar tercicir daripada akses kepada pendidikan keselamatan jalan raya yang berkualiti.

Justeru katanya, Sarawak Traffic Games Bintulu 2025 disifatkan sebagai satu inisiatif yang amat bermakna untuk membentuk budaya keselamatan jalan raya dalam kalangan generasi muda.

"Saya merakamkan tahniah dan terima kasih kepada semua sekolah yang menyertai pertandingan ini, sekali gus menyaksikan penyertaan aktif daripada sekolah rendah dan menengah di sekitar Bintulu," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil pada majlis perasmian penutupan Sarawak Traffic Games Bintulu 2025 di Taman Lalu Lintas Bintulu di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undamgan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang, Pemangku Residen Bahagian Bintulu Abang Zainuddin Abang Turkey, Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Samri Suhaili dan Ketua Bahagian Kanan Pengurusan Keselamatan Jalan Raya dan Korporat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak Christopher Alex.

Lee dalam ucapannya menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada guru, pentadbir, ibu bapa dan semua pihak yang menjayakan pertandingan itu.

"Ini mencerminkan komitmen tinggi komuniti pendidikan dalam mendidik anak-anak tentang keselamatan jalan raya.

"Ramai antara kita masih mengingati Shell Traffic Games yang mula diperkenalkan pada tahun 1963 hasil kerjasama strategik antara Kerajaan Sarawak dan Shell Malaysia.

"Ia merupakan satu program pendidikan keselamatan jalan raya yang cukup berjaya dan kekal dalam

ingatan ramai hingga ke hari ini," katanya.

Begitupun katanya, program itu terhenti pada tahun 2015 hingga 2024 sebelum dijenamakan semula sebagai Sarawak Traffic Games dan dihidupkan kembali secara rasmi oleh MOTS.

"Penganjuran Sarawak Traffic Games telah bermula di Miri pada November tahun lepas diikuti oleh Sarikei, Kuching, Sibu dan Sri Aman, sebelum tiba ke destinasi keenam di Bintulu," jelasnya.

Katanya, Sarawak Traffic Games direka untuk mencapai tiga objektif utama iaitu pendidikan asas tentang peraturan lalu lintas dan amalan keselamatan, menggalakkan kerja berpasukan dan pemikiran kritis melalui simulasi dan aktiviti menarik serta melahirkan pelajar sebagai duta keselamatan jalan raya di sekolah dan komuniti.

Tambahnya, tiga tunjang ini menjadi asas kepada pembelajaran sepanjang hayat dan pembentukan warganegara bertanggungjawab di jalan raya.

Katanya, Sarawak Traffic Games bukan sekadar pertandingan, malah satu platform pendidikan interaktif yang mana pelajar dapat merasai sendiri suasana jalan raya dalam persekitaran simulasi yang menyerupai situasi dunia sebenar.

"Peserta mengendalikan basikal atau kereta pedal dalam kawasan taman lalul intas yang lengkap dengan papan tanda, lampu isyarat dan kehadiran pegawai polis trafik.

"Saman akan dikeluarkan secara serta-merta jika berlaku kesalahan dan inilah yang menjadikan pengalaman berimpak dan tidak mudah dilupakan.

"Kesedaran keselamatan jalan raya mesti dipupuk sejak usia muda. Kanak-kanak bukan sahaja pemandu masa depan, mereka juga adalah pengguna jalan raya hari ini - sebagai penunggang

basikal, pejalan kaki dan penumpang.

"Melalui pendekatan yang menyeronokkan dan bermakna, kita dapat menanam nilai tanggungjawab, disiplin dan sivik dalam diri mereka sejak awal lagi," tambahnya.

Sementara itu, Lee berkata sebagai sebahagian daripada Sarawak Traffic Games, Pertandingan Pidato Keselamatan Jalan Raya telah diadakan secara dalam talian dari 29 Oktober hingga 11 November lalu.

Pertandingan itu bukan sahaja mencungkil bakat pelajar katanya, malah menjadi platform menyampaikan mesej keselamatan secara kreatif dan bermakna.

Dalam perkembangan berkaitan, Lee berkata MOTS telah meluluskan RM350,000 untuk penambahbaikan Taman Lalulintas Bintulu untuk memastikannya kekal relevan dan berfungsi.

"Kami berterima kasih kepada Majlis Bandaraya Miri kerana meminjamkan kereta pedal dan basikal bagi kegunaan pertandingan kali ini - satu bentuk kerjasama rentas wilayah yang sangat dihargai.

"Sumbangan dan sokongan komuniti, sektor swasta, syarikat Grab sebagai penaja sokongan," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 02:18 PM | Show all posts
Sarawak, UBC perkukuh kerjasama menerusi lawatan delegasi MUDeNR dan CENTEXS
November 15, 2025, Sabtu - 5:16pm

KUCHING: Sarawak memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik melalui lawatan rasmi delegasi Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak (MUDeNR) dan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) ke University of British Columbia (UBC) di Vancouver, Kanada baru-baru ini.

Lawatan berkenaan yang bertujuan meneroka peluang bagi Sarawak dalam bidang pembangunan bakat, penyelidikan serta inovasi perlombongan dan pengkuarian hijau diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Datuk Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman.

“Lawatan ini merupakan kesinambungan usaha Sarawak untuk mengukuhkan pembangunan sektor perlombongan hijau melalui teknologi terkini dan latihan bertauliah.

“Tujuan utama lawatan kami ini adalah untuk meneruskan usaha sejak tahun lalu apabila kami ke Kanada untuk meninjau potensi pembangunan ‘green mining’ bagi Sarawak.

“Alhamdulillah, kita telah berjaya membentuk kerjasama rapat dengan UBC dan MUDeNR dan melalui perjanjian ini, kita telah menandatangani Deklarasi Kerjasama bersama UBC.

“Kita juga menerima sokongan yang sangat kuat daripada UBC untuk merangka program baharu di CENTEXS bagi keseluruhan sektor perlombongan, khususnya perlombongan hijau di Sarawak,” kata Syeed Mohd Hussein memetik kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Menurut beliau, UBC memiliki kepakaran penyelidikan yang mantap dalam teknologi perlombongan mampan termasuk pengurusan sisa lombong, proses kitar semula mineral serta kajian penyelesaian peralihan teknologi masa hadapan seperti bateri EV dan lampu LED.

Syeed Mohd Hussein turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan menzahirkan keyakinan bahawa jalinan strategik ini akan membuka ruang kemajuan lebih besar kepada industri mineral Sarawak.

“Saya berharap pada 10 dan 11 Disember nanti, pihak UBC akan datang ke Sarawak untuk menyertai acara kita. Ketika itu, UBC bersama CENTEXS dan MUDeNR akan menandatangani perjanjian komersial.

“Seterusnya pada Februari, atau sedikit lewat selepas itu, kita akan memeterai lagi kerjasama penting lain. Ini mungkin langkah kecil bagi CENTEXS, tetapi satu lonjakan besar buat Sarawak dan juga Malaysia,” tambahnya.

Kerjasama itu merupakan kesinambungan pertemuan awal yang dipimpin Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa melawat Bradshaw Research Institute for Minerals and Mining (BRIMM), UBC pada Jun 2024.

Bagi memenuhi keperluan tenaga kerja sektor perlombongan, CENTEXS dan MUDeNR sebelum ini telah melaksanakan Bengkel Pembangunan Bakat dan Tenaga Kerja Industri Mineral, melibatkan 127 peserta daripada 51 syarikat perlombongan dan kuari serta penyertaan SQA, JMG Sarawak, IQM, MEITD, agensi kerajaan dan syarikat swasta.

Antara inisiatif susulan yang dirangka termasuk Mineral Industry Talent Development and Workforce Workshop serta pelancaran Green Mining and Quarrying Academy pada 10 hingga 11 Disember 2025.

Selain itu, satu Memorandum Perjanjian (MoA) tiga pihak antara UBC, MUDeNR dan CENTEXS dijadual dimeterai pada Februari 2026.

Delegasi turut dibawa meninjau kemudahan kampus UBC dan berinteraksi dengan pasukan akademik universiti tersebut bagi memperkukuh pertukaran kepakaran, penyelidikan bersama, program akademik serta latihan profesional.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 02:19 PM | Show all posts
Reka bentuk dalaman berperanan penting dalam pembangunan Sarawak: Dr Sim
November 15, 2025, Sabtu - 5:17pm

KUCHING: Reka bentuk dalaman memainkan peranan penting dalam pembangunan Sarawak menuju negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ramai tidak menyedari bahawa reka bentuk dalaman bukan sekadar elemen estetika, malah meliputi pelbagai aspek penting dalam kehidupan.

“Reka bentuk dalaman dalaman merangkumi pelbagai aspek yang mana ia meliputi kesejahteraan, malah merangkumi reka bentuk hospital,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan MIID REKA Sarawak 2025, penganjuran sulung Institut Perekabentuk Dalaman Malaysia (MIID) di Sarawak yang diadakan di Hotel The Waterfront Kuching, hari ini.

Dr Sim berkata, di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pembangunan negeri direka bentuk dan dilaksanakan melalui pendekatan dasar yang dirangka secara menyeluruh.

Menurutnya, pendekatan ini memberi gambaran besar terhadap hala tuju pembangunan Sarawak, termasuk aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan kesihatan.

Beliau berkata, kemajuan Sarawak ke arah 2030 bukan sekadar penyediaan infrastruktur dan ekonomi, malah menuntut pembangunan ruang yang selamat, inklusif dan mesra komuniti.

Katanya, apabila negeri melabur dalam pembinaan hospital, sekolah, universiti, pusat komuniti dan bangunan kerajaan, peranan pereka dalaman menjadi semakin penting dalam memastikan setiap ruang memenuhi fungsi rakyat yang semakin moden.

Dr Sim turut menegaskan negeri yang sedang berkembang pesat memerlukan lebih ramai tenaga profesional dalam bidang reka bentuk dalaman yang faham kehendak masyarakat bandar dan luar bandar, budaya dan gaya hidup Sarawak yang unik.

Beliau berkata, peluang dalam industri kreatif dan reka bentuk semakin besar selari pertumbuhan pesat sektor pembinaan dan pembangunan institusi pendidikan serta kesihatan.

Sehubungan itu, beliau memuji usaha MIID yang memilih Sarawak sebagai penganjur persidangan tahun ini walaupun penyertaan masih kecil berbanding di Semenanjung Malaysia.

Persidangan MIID REKA Sarawak 2025 menghimpunkan seramai 85 peserta, termasuk pereka dalaman, arkitek, pereka, ahli akademik dan pelajar dari seluruh komuniti reka bentuk dan persekitaran binaan.

Turut hadir adalah Presiden MIID Adj. Madya IDr Norshafina Ibrahim.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-11-2025 02:19 PM | Show all posts
Program PETRONAS, CENTEXS berjaya lahirkan 73 graduan bidang perancah
November 15, 2025, Sabtu - 5:20pm

BINTULU: Program kemahiran dan latihan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) pada tahun 2024 dan 2025 telah berjaya melahirkan 73 graduan bidang perancah yang kini bekerja dalam sektor minyak dan gas di Bintulu dan Miri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, ini bukan satu angka yang kecil sebaliknya bukti bahawa latihan yang diberikan benar-benar memberi hasil dan membawa perubahan hidup kepada komuniti yang menjadi peserta.

Katanya, pada tahun 2023 dan 2024, PETRONAS bersama CENTEXS juga telah melatih 154 peserta dalam bidang pemasaran digital dan pengurusan inap desa dan seterusnya tahun ini, 79 peserta termasuk 60 peserta dari Bintulu mengikuti kursus keusahawanan.

"Semua pencapaian ini menunjukkan bahawa program ini bukan sekadar latihan, malah sebuah perjalanan pembangunan modal insan yang memberi impak jangka panjang kepada masyarakat," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan rasmi Program Kemahiran Semula Komuniti (ReCP) PETRONAS 2025 di The Peak Ballroom Hotel Fairfield By Marriot Bintulu Paragon di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengurus Besar PETRONAS SSGP Chin Wee Yang, Ketua Pegawai Akademik, Akademi Industri dan ESG CENTEXS Dr Nadianatra Musa dan Jeffrey Jalong mewakili Pemangku Residen Bahagian Bintulu Abang Zainuddin Abang Turkey.

Pang berkata, ini merupakan satu inisiatif strategik PETRONAS untuk membangunkan kemahiran masyarakat yang tinggal di petempatan sepanjang jajaran paip Sabah-Sarawak Gas Pipeline (SSGP) dari Lawas hingga ke Bintulu.

Melalui program ini katanya, para peserta diberi pendedahan kepada latihan asas teknikal, pertanian, perikanan, pemasaran digital serta keusahawanan.

Pang (tiga kanan) menyampaikan sijil kepada peserta program.
Pang (tiga kanan) menyampaikan sijil kepada peserta program.
"Tahun ini lebih 150 peserta telah mengikuti pelbagai kursus termasuk perancah tahap satu, pemasang mekanikal, Oil and Gas Safety Passport (OGSP), pertanian hidroponik, akuaponik, biosekuriti perikanan dan pemasaran digital," jelasnya.

Beliau berkata, ini satu usaha yang amat signifikan kerana ia bukan sahaja memberikan ilmu baharu, malah membuka peluang kepada masyarakat khususnya golongan B40 untuk meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi keluarga.

Justeru, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua rakan strategik yang telah menjayakan program ini terdiri daripada Pejabat Daerah Subis, Sebauh dan Bintulu, ketua masyarakat dan ketua kaum, Pusat Latihan Pertanian Batu 11, Jabatan Pertanian Sarawak Bahagian Bintulu dan Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu.

"Sokongan dan kerjasama semua pihak amat penting dalam memastikan penyertaan komuniti setempat dapat dipertingkatkan dari tahun ke tahun," tambahnya.

Pada masa sama, Pang berharap usaha ini dapat diteruskan pada masa hadapan, sekali gus menyeru lebih banyak agensi kerajaan dan swasta tampil bekerjasama dengan PETRONAS dalam melaksanakan program-program pembangunan komuniti yang bermanfaat seumpamanya.

Katanya, komitmen berterusan daripada semua pihak akan memastikan masyarakat terutamanya belia dan golongan B40 mendapat ruang dan peluang yang adil untuk memperbaiki kehidupan mereka..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 02:19 PM | Show all posts
Program SYStartUp Cohort diperluas, lahir lebih ramai usahawan muda: Ripin
November 15, 2025, Sabtu - 5:23pm

MIRI: Program Sarawak Youth Startup (SYStartUp) Cohort akan terus diperluaskan untuk memberi peluang dan menarik minat lebih ramai belia terlibat dalam bidang keusahawan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Dr Ripin Lamat berkata, langkah tersebut juga untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan muda di negeri ini.

"Program ini akan pergi ke setiap kawasan supaya kita dapat memberi peluang kepada  belia-belia di kawasan-kawasan tersebut. Dan harapan kita ialah para peserta sekalian, akan lahirlah usahawan-usahawan," jelasnya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Program Sarawak Youth Startup Cohort 2 di sebuah hotel di sini petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir berkata, semua perusahaan mesti dimulakan dengan angka satu dan langkah pertama berserta semangat dan keyakinan adalah penting.

Tentang program di Miri, ia berjaya  menghimpun seramai 150 belia daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kawasan.

Ripin memberitahu, edisi kali ini menerima 393 permohonan, namun hanya 150 peserta dipilih disebabkan kekangan ruang serta keperluan menjalani latihan intensif selama 10 hari, termasuk lapan hari wajib.

Menurutnya, program anjuran kementerian bersama pelbagai agensi itu memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta bermula daripada aspek pelesenan, penubuhan syarikat, perakaunan, audit, pemasaran, pengurusan sumber manusia, literasi kewangan, penjenamaan, pembungkusan produk serta pensijilan.

“'Capital knowledge' (ilmu modal) amat penting untuk menjadi usahawan. Walaupun seseorang mempunyai modal kewangan, tanpa ilmu, mereka tidak akan berjaya mengurus perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, ilmu modal memberi asas pengetahuan penting sebelum memulakan perniagaan masing-masing.

Program ini juga menampilkan pembelajaran bagi memudahkan peserta berkongsi pengalaman, memperkukuh rangkaian dan mempersembahkan Business Model Canvas (BMC) serta pelan perniagaan mereka.

Seramai 70 lelaki dan 80 wanita menyertai program kali ini, manakala latar belakang pendidikan peserta merangkumi PMR/PT3, SPM, Sijil Vokasional, STPM, Diploma, Ijazah Sarjana Muda serta pemegang Ijazah Sarjana.

"Kita ingin memberi peluang kepada semua lapisan belia. Melalui kohort ini, kita dapat melihat perbezaan minat dan kemampuan antara kumpulan berbeza, sama ada mereka berpendidikan asas atau berkelulusan tinggi,” ujarnya.

Ripin berkata, selepas tamat program, kementerian akan memantau perkembangan peserta sekurang-kurangnya selama tiga tahun untuk memastikan mereka mendapat bimbingan diperlukan, termasuk ketika memulakan perniagaan di kawasan masing-masing.

Beliau turut memaklumkan Kohort 3 tahun depan akan dilaksanakan di Zon Tengah, sama ada di Sibu atau Mukah bagi memberi peluang lebih luas kepada belia luar bandar.

"Kohort pertama telah terbukti keberkesanannya apabila ada peserta sudah membuka dua hingga tiga cawangan perniagaan. Ini menjadi testimoni kejayaan program,” katanya.

Beliau pada masa sama merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang menjayakan program tersebut, sebelum menutup majlis berkenaan secara rasmi.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Sukan dan Pembangunan Usahawan Seroji Ludin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2025 02:20 PM | Show all posts
PETRONAS, CENTEXS akan terus terap kemahiran dan latihan dalam komuniti
November 15, 2025, Sabtu - 5:36pm

BINTULU: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) akan terus menerapkan kemahiran dan latihan dalam komuniti bagi meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga supaya dapat menyumbang kepada pembangunan Sarawak.

Pengurus Besar PETRONAS Sabah-Sarawak Gas Pipeline (SSGP) Chin Wee Yang berkata, PETRONAS berharap agar usaha ini dapat membantu komuniti di sekitar tempat pihaknya beroperasi khususnya berdekatan kawasan SSGP.

Katanya, ia bagi memastikan sosioekonomi penduduk meningkat melalui program yang dirancang pihaknya untuk masa akan datang.

Beliau berkata, pihaknya juga amat mengalu-alukan dan berterima kasih serta menghargai sokongan berterusan rakan-rakan industri termasuk agensi kerajaan, pejabat daerah dan sektor swasta sehingga dapat terus membuka ruang penganjuran sesi latihan seumpamanya.

"Penglibatan dan sokongan padu daripada rakan-rakan industri amat bermakna dan penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan program ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan pada Program Kemahiran Semula Komuniti (ReCP) PETRONAS 2025 di The Peak Ballroom Hotel Fairfield By Marriot Bintulu Paragon di sini, hari ini.

Chin berkata, pada tahun 2023 dan 2024 melalui program ini seramai 124 peserta dari Baram, Lawas, Hulu Limbang, Tinjar, Niah dan Bintulu telah berjaya menamatkan kursus dalam pelbagai bidang sama ada bidang perancah, Oil and Gas Safety Passport (OGSP) dan keusahawanan.

Ujarnya, tahun ini pihaknya berjaya meningkatkan jumlah penyertaan dalam program tiga hari itu kepada 154 orang secara keseluruhan termasuk 79 orang dari kawasan Niah, Sebauh dan Bintulu.

Katanya, penutupan program hari ini bukan penamat usaha tahun ini, sebaliknya dalam masa dua mingggu lagi iaitu pada 2 dan 3 Disember 2025, PETRONAS akan bekerjasama dengan CENTEXS untuk mengadakan satu lagi kursus pemasaran digital melibatkan 35 peserta dari kawasan daerah Lawas.

"Ini adalah tahun ketiga kita bekerjasama dengan CENTEXS melaksanakan program terbabit," jelasnya sambil menambah hari ini seramai 79 orang peserta berjaya menamatkan kursus kemahiran pertanian, penternakan dan pemasaran digital.

Beliau berharap para peserta akan memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan menterjemahkannya kepada sesuatu yang boleh menjana atau meningkatkan pendapatan isi rumah, sekali gus mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang keusahawanan dan pertanian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 02:24 PM | Show all posts
PPM Wilayah 5 patahkan cubaan seludup rokok dan minuman keras tidak bercukai
November 15, 2025, Sabtu - 5:49pm

MIRI: Tindakan pantas Unit Risikan Marin Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras tidak bercukai dalam satu operasi awal pagi semalam.

Komander PPM Wilayah 5 ACP Ab Rahman Mat Hasan ketika mengesahkan kes itu memberitahu, dalam kejadian sekitar jam 7 pagi semalam, sepasukan pegawai dan anggota PPM Wilayah 5 Miri menahan sebuah van berwarna putih di kawasan tempat letak kereta bersebelahan sebuah syarikat di Tudan.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut, pasukan polis menemui pelbagai jenis rokok dan minuman keras dipercayai tidak bercukai serta tidak mempunyai pelekat setem Kastam Diraja Malaysia.

Kesemua barangan itu disyaki untuk tujuan pengedaran, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM249,900, jelas beliau.

Berikutan itu serbuan itu juga, pemandu van yang juga lelaki tempatan, ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kastam 1967.

Kesemua rampasan bersama suspek diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Miri untuk tindakan lanjut.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, iaitu memiliki, menyimpan atau menyembunyikan barang tidak berkastam atau barang larangan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 02:26 PM | Show all posts
SDNU komited untuk percepatkan penyiapan Rumah Dayak: Mawan
November 15, 2025, Sabtu - 6:18pm

KUCHING: Jawatankuasa Eksekutif Tertinggi baharu Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) komited untuk mempercepatkan penyiapan Rumah Dayak sebagai keutamaan di bawah kepimpinan presiden yang dipilih semula, Tan Sri William Mawan Ikom.

Menurut Mawan, SDNU akan berbincang dengan Kerajaan Sarawak dalam masa terdekat untuk memperincikan keperluan teknikal serta keutamaan projek kesatuan itu.

Beliau memberitahu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Jun Openg menyatakan sokongan kuat kepada SDNU dan peranannya dalam pembangunan komuniti, termasuk kesediaan untuk membantu kesatuan dan memastikan tiada yang ketinggalan.

“Projek Rumah Dayak terus menjadi keutamaan dan Jawatankuasa Eksekutif Tertinggi baharu SDNU (2025-2027) akan memastikan ia disiapkan.

“Kita akan bertemu dengan Premier dalam masa terdekat. Saya telah meminta pasukan jurutera dan teknikal kita untuk memuktamadkan apa yang sebenarnya kita perlukan.

“(Kerana) kita tidak mahu terburu-buru apabila kita masih belum bersedia secara teknikal,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) Ke-37 SDNU di sebuah hotel di sini, hari ini.

Mawan berkata, SDNU komited bergerak seiring dengan agenda transformasi negeri, terutamanya dalam mempersiapkan komuniti luar bandar menghadapi perubahan sosial dan ekonomi yang besar.

“Kita tidak boleh hanya berada pada posisi ‘meminta.’ Kita mesti bergerak seiring.

“Kerajaan mempunyai agenda transformasi yang besar dan SDNU berada pada posisi tepat untuk membantu membentuk persepsi rakyat, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya sambil menegaskan SDNU menolak ekstremisme dan politik berasaskan kaum.

Apatah lagi tambahnya, pendekatan yang diamalkan SDNU menjadikan ia sebagai rakan yang sesuai dalam kerangka pembangunan jangka panjang Sarawak termasuk aspirasi yang digariskan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Kita bersyukur kerana mempunyai kepimpinan negeri yang memahami aspirasi kesatuan kita dan kita juga memahami visi beliau terutama dalam usaha mentransformasikan negeri ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mawan mengingatkan ahlinya supaya terus aktif dalam meneruskan agenda kesatuan.

Mawan bergambar kenangan bersama para perwakilan pada Majlis Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) Ke-37 SDNU hari ini.
Mawan bergambar kenangan bersama para perwakilan pada Majlis Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) Ke-37 SDNU hari ini.
“Jadilah ejen perubahan dengan membantu menyampaikan program dan misi kita kepada semua ahli.

“SDNU, sebagai antara pertubuhan Dayak tertua di Sarawak, harus terus memainkan peranan budaya dan sosial seiring usaha pembangunan kerajaan,” tegasnya.

Terdahulu, TGA SDNU kali ini menyaksikan Mawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan mengekalkan jawatan Presiden SDNU bagi penggal keempat berturut-turut sejak 2012.

ADUN Tamin Christopher Gira pula kekal sebagai Timbalan Presiden yang menang tanpa bertanding bagi penggal kedua.

Turut menang tanpa bertanding ialah Chambai Lindong (Naib Presiden Kanan), Ambrose Jarat (Naib Presiden), Jepthre Empali (Bendahari Agung) dan Churchill Edward Drem (Pegawai Publisiti).

Bagi jawatan Setiausaha Agung, penyandang Gerard Joseph mengekalkan kedudukan selepas menewaskan Audrey Wilson, manakala Norina Emas Guang dipilih sebagai Penolong Bendahari Agung selepas menewaskan penyandang Lo Marin.

Selain itu, seramai 11 individu dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Tertinggi Biasa iaitu Samuel Sila Matthew Unjab, Conrad Inti Robin, Henry Banyan, Peter Moni Selat, Denis Gasan Gundup, Pani Igoh, Penghulu Adi Jala, Anthony Ugur Nili, Augustine Lim Untoi (muka baharu), Jeti Kumpai Endawi dan Sebastian Klambu (muka baharu).

Bekas Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak Datuk Alice Jawan kekal sebagai Naib Presiden lantikan melalui peranannya sebagai Ketua Sayap Wanita.

Manakala Amarjeet John Gendi turut dilantik sebagai Naib Presiden melalui kedudukannya sebagai Ketua Pemuda SDNU.

Turut menang tanpa bertanding ialah Stanley Belayong Pok (Naib Presiden Kanan) dan Cenilla Anthony Assan (Penolong Setiausaha Agung).

Seramai 220 perwakilan daripada pelbagai cawangan SDNU mengundi pada TGA kali ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 02:26 PM | Show all posts
Kaji semula strategi, cari pendekatan lebih holistik tangani isu dadah: Lau
November 15, 2025, Sabtu - 6:21pm

SIBU: Kerajaan Sarawak perlu mengkaji semula strateginya dan meneroka pendekatan yang lebih holistik untuk menangani isu kesalahan berkaitan dengan penyalahgunaan dadah dan substans di Sarawak.

Pengerusi Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Bahagian Sibu Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming berkata, walaupun dengan undang-undang dan usaha penguatkuasaan sedia ada, cabaran penyalahgunaan dan pengedaran dadah terus berlaku.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan untuk memperkukuhkan persekitaran sosial dengan mengurangkan tekanan harian dan meningkatkan kesihatan mental bagi membantu memupuk kesejahteraan komuniti yang lebih kukuh.

“Masyarakat yang lebih penyayang dan menyokong sebenarnya mungkin merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menangani masalah ini sehingga ke akar umbi,” ujarnya ketika berucap pada Program Komuniti Bebas Dadah 2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud Universiti Teknologi Sarawak (UTS), hari ini.

Program itu dianjurkan oleh Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Bahagian Sibu bersama One Stop Centre (OSC) Daerah Sibu serta disokong oleh UTS, bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti tentang bahaya dadah, terutamanya dalam kalangan belia.

Majlis penangguhan program telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.

Hadir sama ialah Naib Canselor UTS Profesor Emeritus Datuk Dr Khairuddin Abd Hamid, Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial Riziandy Nawawi, Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan, wakil Pegawai Daerah Sibu Sylvia Lau Gin Si serta pengerusi pengelola program Pemanca Jason Tai Hee.

Menurut Lau, penyalahgunaan dadah merupakan masalah bersama serta boleh menjejaskan mana-mana keluarga tanpa mengira latar belakang dan komuniti.

“Ia memusnahkan impian, memecahkan keluarga dan melemahkan masyarakat,” tegas beliau.

Baru-baru ini katanya, negara digemparkan dengan kes yang melibatkan seorang tokoh awam terkenal yang dikaitkan dengan kesalahan berkaitan dadah.

“Ini mengingatkan kita bahawa tiada siapa yang kebal daripada masalah dadah.

“Penyalahgunaan dadah ini mendatangkan akibat yang serius, seperti kehilangan reputasi, kepercayaan, masalah undang-undang dan kerosakan jangka panjang kepada kehidupan dan keluarga seseorang,” ujarnya.

Lau turut mengingatkan belia bahawa kehidupan ini amat berharga dan masa depan mereka cerah.

“Jangan biarkan satu keputusan yang salah memusnahkan semua ini,” katanya sambil menasihati ibu bapa, pendidik dan pemimpin agar harus memainkan peranan membimbing dengan sabar, memimpin melalui teladan dan membina persekitaran di mana anak-anak muda berasa selamat untuk bersuara dan mendapatkan bantuan.

Di samping itu, beliau turut menyeru semua pihak agar berganding bahu untuk melindungi belia, memperkukuhkan institusi keluarga dan membina Sibu yang bebas daripada dadah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 02:27 PM | Show all posts
Kerajaan terus santuni rakyat agar tiada yang tercicir bantuan: Fatimah
November 15, 2025, Sabtu - 6:23pm

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti menerusi rakan strategiknya menegaskan komitmen untuk terus turun padang bagi memastikan rakyat yang memerlukan tidak tercicir daripada bantuan disediakan kerajaan.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, masih ramai di lapangan yang tidak mengetahui perkhidmatan serta skim sokongan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kita perlu turun padang mendekati rakyat agar mereka mengetahui perkhidmatan dan bantuan disediakan oleh agensi kerajaan.

“Niat kerajaan apabila mewujudkan berbagai sistem sokongan dan bantuan agar rakyat menikmati manfaat yang disediakan itu sama ada sejak lahir sehingga ke akhir hayat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Outreach Bersama Rakan Strategik: 'Kamek Prihatin, Kitak Penting' Zon Samarahan di Dewan Sebandi Ulu, Asajaya dekat sini, hari ini.

Hadir sama ialah wakil rakyat kawasan Samarahan termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang dan Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee.

Selain itu, Fatimah menegaskan ketua masyarakat dan ketua wanita parti termasuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memainkan peranan penting dalam memastikan setiap lapisan penduduk mendapat perhatian sewajarnya.

“Kita mahu memastikan bukan hanya golongan tertentu yang menerima bantuan. Dengan turun padang bersama pemimpin komuniti, kita dapat mengesan mereka yang benar-benar memerlukan.

“Saya minta ketua-ketua wanita membawa ahli cawangan atau sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan untuk hadir ke program seperti ini.

“Kita mahu, mereka yang layak memohon bantuan hari ini akan terus mendapat bantuan hari ini kerana kita mahu perkhidmatan yang cepat tepat,” katanya.

Beliau berkata program turun padang sedemikian bukan sahaja bertujuan menyalurkan bantuan, tetapi juga memperkasa golongan yang memerlukan, termasuk usahawan kecil di bawah bimbingan WellBest.

“Rakan-rakan strategik yang hadir hari ini sangat penting. Terima kasih kepada semua agensi dan pertubuhan kerana bersama turun padang menyantuni rakyat,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 02:30 PM | Show all posts
Program Jangkauan Setiausaha Politik platform hebahkan maklumat inisiatif kerajaan: Safiee
November 15, 2025, Sabtu - 9:45pm

SIBU: Program Jangkauan Setiausaha Politik - Inisiatif Pendidikan Kerajaan Sarawak anjuran Pejabat Setiausaha Politik Premier Sarawak amat penting dalam menyampaikan segala maklumat tentang inisiatif kerajaan yang boleh dimanfaatkan, khususnya dalam kalangan pelajar di luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, Kerajaan Sarawak sejak sekian lama telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai golongan masyarakat termasuk program hari ini yang khusus untuk pelajar.

"Ini merupakan siri yang kesembilan program yang telah dilaksanakan dan akan diteruskan untuk beberapa siri yang lain lagi," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jangkauan Setiausaha Politik - Inisiatif Pendidikan Kerajaan Sarawak di Universiti Teknologi Sarawak (UTS), hari ini.

Menurut Safiee, pendekatan tersebut amat baik kerana ia bukan sahaja dapat berkongsi maklumat malah memastikan bahawa tidak ada dalam kalangan pelajar, khususnya anak-anak yang belajar di institusi pengajian tinggi sama ada awam atau swasta, tertinggal daripada inisiatif yang kerajaan laksanakan.

Ditanya sama ada wujud kerisauan mengenai pelajar-pelajar luar bandar yang mungkin kurang faham tentang inisiatif yang ditawarkan, beliau memberitahu selain program yang dilaksanakan Pejabat Setiausaha Politik itu, turut dilaksanakan program libat urus bersama ketua masyarakat dan ketua kaum serta pemimpin di peringkat akar umbi.

"Dan antara perkara yang dijelaskan termasuk perkara berkaitan dengan inisiatif pendidikan ini.

"Di peringkat kita sebagai wakil rakyat juga, setiap kali kita laksanakan program di peringkat kawasan masing-masing, kita sering menyatakan dan memaklumkan tentang inisiatif-inisiatif ini.

"Dan kita dapati bahawa inisiatif ini sebenarnya memang memberi manfaat kepada rakyat," jelasnya.

Beliau juga memberitahu, dengan semua inisiatif kerajaan itu tidak harus wujud lagi isu utama yang sering menjadi alasan kepada masyarakat di luar bandar terutama tentang kemampuan dari segi kewangan untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

"Sebab itulah kita kena pastikan bahawa rakyat kita betul-betul faham dan mereka akan memberi tumpuan kepada apa yang patut dilaksanakan.

"Dan sekarang ini, kita sedia maklum kerajaan kita telah mengambil alih dan peranan untuk menyediakan sumber kewangan ini termasuk menyediakan pendidikan tinggi percuma.

"Ini perlu diambil manfaat yang sebaik mungkin oleh masyarakat di luar bandar," katanya sambil menambah semua inisiatif itu menunjukkan keperhatian kerajaan Sarawak yang begitu menekankan tentang pembangunan modal insan.

Safiee turut berkata, dengan pelbagai inisiatif bagi membangunkan sumber asli, pembangunan sumber manusia juga perlu dilaksanakan bagi pembangunan yang seimbang.

"Dengan pembangunan yang seimbang ini menjadi satu keperluan untuk kita mencapai status negara maju menjelang tahun 2030," ujarnya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor UTS Prof Ir Dr Mohammad Shahril Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Laila Taib (KLT) Eric Wong Kwong Lee, Setiausaha Politik merangkap Pengarah Program Abdul Samat Gany, Setiausaha Politik merangkap Timbalan Pengarah Program John Nyigor, Setiausaha Politik merangkap Penyelaras Program bagi UTS Sayed Azmee Wan Junaidi dan Setiausaha Politik merangkap Penyelaras Program bagi KLT William Anut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 02:30 PM | Show all posts
Tanah NCR aset penting masa depan, bukan dijual: Nanta
November 16, 2025, Ahad - 9:39am

KAPIT: Penyerahan 245 Surat Hak Milik Tanah NCR di Kapit membuktikan komitmen kerajaan untuk melindungi hak pemilikan tanah masyarakat setempat, sekali gus menepis dakwaan pihak tertentu yang mempolitikkan isu tersebut.

Majlis penyerahan surat hak milik tanah itu telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi di Kompleks Kerajaan Negeri Kapit, semalam.

Penyerahan 245 Surat Hak Milik Tanah kepada 156 penerima dari kawasan Sungai Ibau, Sungai Belawai dan Sungai Menuan, Batang Rajang.

Dalam ucapannya, Nanta menegaskan bahawa tanah NCR adalah aset penting yang perlu dipertahankan dan tidak wajar dijual untuk keuntungan jangka pendek.

“Saya ingin mengingatkan para penerima, jangan jual tanah yang diberikan. Tanah ini adalah hak dan warisan keluarga yang perlu dibangunkan, bukan dilepaskan kepada pihak lain.

“Selepas melalui proses pengukuran dan mendapat hak milik yang sah, manfaatkanlah tanah ini untuk menjana pendapatan dan pembangunan komuniti,” ujarnya.

Ahli Parlimen Kapit itu menyarankan agar pemilik tanah memanfaatkan pelbagai bantuan kerajaan termasuk program di bawah M-FICORD dan inisiatif pembangunan ekonomi lain bagi meningkatkan hasil serta taraf hidup.

“Saya ingin mengingatkan masyarakat agar tidak terpengaruh dengan pihak yang cuba mempolitikkan isu tanah NCR, sedangkan program berkenaan merupakan usaha berterusan kerajaan sejak lebih sedekad lalu.

“Isu tanah NCR sering dijadikan modal politik oleh sesetengah pihak. Jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh naratif yang cuba memburukkan usaha kerajaan. Fakta menunjukkan program ini benar-benar berjalan dan memberikan hasil nyata kepada rakyat,” tegasnya.

Program Pengukuran Tanah NCR yang bermula pada 2010 dilaksanakan secara sistematik melalui dua peringkat iaitu pengukuran perimeter dan pewartaan di bawah Seksyen 6 KTN, diikuti pengukuran lot individu serta pengeluaran hak milik di bawah Seksyen 18 KTN.

Sehingga 31 Oktober 2025, JTS Sarawak telah menyukat lebih 1.22 juta hektar perimeter tanah NCR di seluruh negeri, dengan 947,000 hektar daripadanya diwartakan.

Selain itu, 106,467 lot individu selesai diukur dan 34,507 lot telah dikeluarkan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN.

Nanta memberitahu, kejayaan ini hasil kerjasama erat antara pemilik tanah, ketua kaum, ketua masyarakat dan jabatan berkaitan.

“Semua proses pengukuran dan pengeluaran hak milik ini dibuat secara percuma, tanpa premium, tanpa cukai tanah dan diberikan secara hak milik kekal. Ini bukti jelas komitmen kerajaan,”katanya.

Beliau turut menyeru pemilik tanah agar terus memberikan kerjasama dalam mengenal pasti sempadan serta menyelesaikan pertikaian dengan harmoni bagi memastikan proses pengukuran berjalan lancar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 02:31 PM | Show all posts
Jimmy Tie adakan kunjungan rasmi ke Kelab Lions Incheon Marine Sky MJF di Korea Selatan
November 16, 2025, Ahad - 10:51am

SIBU: Naib Gabenor Daerah Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308-A2 Dato Jimmy Tie mengadakan kunjungan rasmi ke Kelab Lions Incheon Marine Sky MJF di Incheon, Korea Selatan, semalam.

Turut serta ialah Pengerusi Penganjur Sidang Kemuncak Pemimpin Lions Asia Pasifik 2026 merangkap bekas Gabenor Daerah Dato Betty Wong.

Kunjungan rasmi itu sempena memperkukuhkan persahabatan antarabangsa dan mempromosikan Sidang Kemuncak Pemimpin Lions Asia Pasifik 2026 pada Julai tahun depan di Sibu.

Delegasi telah disambut mesra oleh Presiden Kelab Lions Incheon Marine Sky MJF, Jang Jun Hee. Turut hadir menyambut ialah Naib Presiden Pertama Won Ji Yeon, Setiausaha Won Ji Won serta ahli-ahli jawatankuasa kelab.

Dalam sesi pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai inisiatif khidmat masyarakat, pembangunan belia, perancangan jangka panjang dan pelbagai aktiviti sosial berimpak bagi komuniti masing-masing.

Perbincangan berlangsung secara mesra dan konstruktif, melambangkan hubungan erat serta semangat perpaduan Lions antarabangsa.

Sementara itu, Betty turut memberikan taklimat mengenai skala penganjuran, kepentingan antarabangsa dan penyertaan yang dijangka bagi Sidang Kemuncak Pemimpin Lions Asia Pasifik 2026.

“Acara itu dijangka menghimpunkan pemimpin Lions dari sekurang-kurangnya 17 negara, menjadikannya antara program antarabangsa terbesar di rantau Asia Pasifik,” jelasnya.

Kepimpinan Kelab Lions Incheon Marine Sky MJF menyuarakan minat tinggi terhadap sidang kemuncak tersebut dan menyatakan sokongan penuh kepada usaha District 308-A2.

Mereka turut mengesahkan komitmen menghantar wakil bagi menyertai perhimpunan antarabangsa berkenaan.

Kedua-dua pihak turut membincangkan peluang kerjasama dalam penganjuran khidmat bersama, program pertukaran belia serta lawatan timbal balik.

Mereka yakin hubungan berterusan ini akan mengukuhkan jaringan Lions global dan memacu lebih banyak inisiatif khidmat masyarakat bertaraf antarabangsa pada masa depan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2025 02:35 PM | Show all posts
Kesihatan mental sama penting seperti kesihatan fizikal
November 16, 2025, Ahad - 3:03pm

KUCHING: Program tahunan ‘Healthy Mind Charity Run 4.0’ menunjukkan kesihatan mental tidak harus dipandang ringan kerana sama pentingnya dengan kesihatan fizikal.

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Wilfred Yap semasa merasmikan program berkenaan anjuran Badan Kebajikan Psikiatri Hospital Sentosa dengan kerjasama Kesatuan Perkhidmatan Perubatan Sarawak (SMSU) yang berlangsung meriah hari ini.

“Kesihatan mental adalah sama penting seperti kesihatan fizikal. Program seperti Healthy Mind Charity Run bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah membantu memecahkan stigma terhadap isu kesihatan mental.

“Saya amat menghargai dedikasi berterusan pihak Hospital Sentosa dan SMSU dalam menyokong komuniti kita,” katanya sewaktu berucap pada program berkenaan semalam.

Beliau turut mengumumkan mengumumkan peruntukan MRP sebanyak RM10,000 bagi menyokong penganjur dalam program akan datang, aktiviti kebajikan pesakit dan kempen kesedaran sebagai komitmennya terhadap usaha memperkukuhkan program kesihatan mental di sini.

Peruntukan ini adalah sumbangan bermakna untuk memperkasa usaha cemerlang yang dijalankan oleh badan kebajikan psikiatri dan SMSU.

Menjaga kesejahteraan mental memerlukan usaha berterusan dan kerjasama semua pihak, tambahnya.

Acara tersebut menarik penyertaan yang menggalakkan daripada penduduk setempat, kakitangan kesihatan, NGO serta golongan belia.

Antara pengisian program termasuk larian amal, reruai kesedaran kesihatan mental, saringan kesihatan, kaunter maklumat kaunseling serta aktiviti mesra keluarga yang mempromosikan tabiat mental dan emosi yang positif.

Wilfred turut menekankan kepentingan kerjasama berterusan antara agensi kerajaan, institusi kesihatan dan pertubuhan masyarakat bagi memastikan sokongan kesihatan mental dapat diakses secara inklusif oleh semua lapisan masyarakat.

‘Healthy Mind Charity Run 4.0’ terus menjadi platform penting bagi mengumpul dana bagi kebajikan pesakit di bawah Badan Kebajikan Psikiatri Hospital Sentosa di samping memupuk komuniti Kota Sentosa yang lebih sihat, peka dan berdaya tahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 02:36 PM | Show all posts
Kemahiran pertolongan cemas penting selamatkan nyawa, kata Lee
November 16, 2025, Ahad - 3:05pm

MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin memuji inisiatif Seksyen Belia Persatuan Hakka Miri yang julung kalinya menganjurkan Kursus Asas Pertolongan Cemas bagi Tindak Balas Kecemasan 2025, satu langkah yang disifatkannya sebagai usaha penting dalam membina komuniti yang lebih peka terhadap keselamatan.

Berucap pada majlis perasmian kursus tersebut, Lee yang juga Presiden Persatuan Hakka Miri berkata, walaupun ia dinamakan sebagai kursus asas, namun maknanya jauh lebih luas kerana ia berkait rapat dengan tanggungjawab sivik, kesedaran keselamatan serta kemampuan menyelamatkan nyawa.

Beliau menegaskan bahawa kemahiran pertolongan cemas tidak seharusnya dimiliki oleh petugas kesihatan sahaja, sebaliknya wajar menjadi pengetahuan asas seluruh masyarakat, termasuk golongan belia.

“Kita tidak dapat menjangka bila kecemasan berlaku, tetapi kita boleh membuat persediaan awal. Ilmu asas pertolongan cemas mungkin menjadi faktor penentu dalam menyelamatkan nyawa seseorang,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu turut memuji Seksyen Belia persatuan itu yang aktif menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan seperti gotong-royong, kempen derma darah, aktiviti kebajikan dan program budaya.

Menurut beliau, penganjuran kursus seumpama itu menunjukkan komitmen belia Hakka dalam memperkukuh pendidikan sivik dan kesedaran keselamatan.

Lee turut berharap lebih banyak persatuan dan komuniti akan menganjurkan latihan keselamatan seperti ceramah kebakaran serta program pendidikan keselamatan jalan raya pada masa depan.

Lee merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, termasuk Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Miri, kerana menjayakan program yang disifatkannya sebagai memberi impak besar kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Ketua Seksyen Belia Andy Jong Wan Joon yang menjelaskan bahawa pertolongan cemas bukan semata-mata berkaitan tindakan perubatan kompleks, tetapi merujuk kepada kemampuan seseorang bertindak pantas dan tepat ketika kecemasan.

“Masa sebelum ketibaan pasukan penyelamat adalah sangat kritikal. Jika orang sekeliling tahu langkah pertolongan cemas yang betul, peluang hidup mangsa dapat ditingkatkan,” katanya.

Sementara itu, Bendahari Seksyen Belia merangkap pengerusi penganjur Liew Li Choo berkata, kursus berkenaan bertujuan meningkatkan kemampuan belia serta masyarakat dalam menghadapi kecemasan.

Kursus tersebut menarik penyertaan 16 peserta, termasuk anak-anak ahli persatuan dan dikendalikan oleh instruktor Winny Sia Zi Ying.

Antara kandungan latihan ialah konsep asas pertolongan cemas, penilaian mangsa, CPR dan penggunaan AED, rawatan tercekik, teknik menghentikan pendarahan, rawatan untuk kecederaan patah tulang, penggunaan pengusung serta latihan praktikal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 02:37 PM | Show all posts
Penduduk Dalat berpeluang jana pendapatan baharu melalui projek komuniti inovatif
November 16, 2025, Ahad - 3:48pm

DALAT: Penduduk Dalat berpeluang menjana pendapatan baharu melalui projek komuniti inovatif, termasuk penghasilan baja organik daripada keladi bunting, hasil inisiatif Koperasi Dalat Lestari Berhad dengan kerjasama PETRONAS.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Keseahteraan Komunita Dato Sri Fatimah Abdullah menyatakan perkara itu pada Majlis Bicara Ilmu anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak di Kompleks Kebajikan Dalat, hari ini.

Menurutnya, program seumpama itu membolehkan penduduk tempatan bukan sahaja membersihkan sungai daripada keladi bunting yang menjadi ancaman ekologi, tetapi juga memanfaatkan sumber tersebut sebagai bahan asas menghasilkan baja organik.

“Projek ini bukan sahaja membersihkan sungai tetapi menjadi sumber ekonomi baharu kepada penduduk.

“Melalui kerjasama dengan PETRONAS, projek ini dijalankan secara komuniti agar manfaatnya dapat dirasai oleh ramai, bukan individu tertentu sahaja,” ujarnya.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat turut menekankan kepentingan pendidikan dan latihan kemahiran melalui CENTEXS Dalat yang akan dirasmikan tidak lama lagi.

“Antara kursus yang ditawarkan termasuk latihan penjagaan warga emas, penjagaan paliatif serta program bahasa Melayu, Melanau, Inggeris dan Mandrin yang dikaitkan dengan tradisi dan budaya setempat.

“CENTEXS Dalat bertujuan melahirkan tenaga mahir tempatan, selaras persiapan Sarawak menjadi negeri tua menjelang 2028,” jelasnya.

Beliau turut berkongsi pengalaman projek Midin di Dalat, yang dulunya makanan tradisi kini menjadi produk premium.

“Penyelidikan lanjut mengenai kaedah mengekalkan kesegaran dan warna hijau midin, Dalat berpotensi menjadi pengeluar besar secara komersial,” katanya.

Dalam aspek pembangunan komuniti, Fatimah memberitahu, projek Koperasi Dalat Lestari Berhad menggunakan teknologi Black Soldier Fly untuk menukar keladi bunting menjadi baja organik.

“Projek ini bukan sahaja memberi manfaat ekonomi tetapi juga menekankan prinsip koperasi, di mana pendapatan diagihkan kembali kepada ahli untuk melaksanakan projek lain yang meningkatkan ekonomi komuniti,” jelasnya.

Beliau turut memberitahu, satu Rang Undang-Undang Pengurusan Sisa (Waste Management) akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Katanya, langkah ini bagi memastikan semua industri mengurus sisa buangan secara teratur dan selaras dengan strategi pembangunan PCDS 2030 yang menekankan ekonomi, keterangkuman dan kelestarian alam sekitar.

“Program Bicara Ilmu dan lawatan ke pusat pemprosesan baja organik ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang ekonomi dan keusahawanan kepada komuniti Dalat.

“Sekali gus meningkatkan pendapatan isi rumah serta membangunkan kemahiran generasi muda tempatan,” ujarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 02:38 PM | Show all posts
Geran UNIFOR RM66,000 untuk jawantankuasa dua buah kuil
November 16, 2025, Ahad - 4:25pm

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Kuil Chin Kiun Thai Ti dan Tai Pak Kung di Jalan Semaba telah menerima geran berjumlah RM66,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi menjalankan kerja-kerja penaiktarafan dan penyelenggaraan.

Geran tersebut telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa Wilfred Yap semalam dalam usaha memastikan kuil berkenaan sentiasa selamat, berfungsi dan kondusif untuk para penganut beribadat di sini.

“Peruntukan sebanyak RM66,000 ini telah diluluskan di bawah komitmen berterusan Kerajaan Sarawak untuk menyokong badan-badan agama bukan Islam.

“Geran ini juga akan menyokong jawatankuasa kuil dalam memastikan pusat budaya dan kerohanian bersejarah ini dapat terus berkhidmat kepada komuniti Semaba dan Kota Sentosa.

“Penghargaan kita kepada Kerajaan Sarawak menerusi UNIFOR atas keterangkuman dan sokongan yang konsisten untuk semua kumpulan agama, dengan terus memainkan peranan penting dalam memelihara keharmonian dan memperkukuhkan institusi komuniti di seluruh negeri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Yap juga memuji usaha tanpa kenal erti penat jawatankuasa pengurusan kuil atas dedikasi mereka dalam memelihara warisan budaya dan memastikan kuil kekal sebagai tempat berkumpul penting bagi para jemaah, terutama semasa majlis perayaan dan sambutan komuniti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2026 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.244049 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list