CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Boleh bah, kalau kau

 Close [Copy link]
 Author| Post time 24-11-2025 08:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2025 08:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2025 08:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2025 08:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2025 09:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2025 09:17 AM | Show all posts
Jentera PPB diminta pergiat aktiviti parti tahun depan: Nanta
November 22, 2025, Sabtu - 5:35pm

KUCHING: Semua jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diminta untuk mempergiatkan aktiviti parti bagi tahun hadapan, kata Setiausaha Agung PBB Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, peringatan itu disampaikan oleh Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Premier Sarawak.

“Susulan peringatan beliau (Abang Johari) itu, kami di pihak sekretariat akan menyerahkan beberapa senarai aktiviti untuk tahun hadapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pra-Persidangan DUN dan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PBB yang dipengerusikan Abang Johari di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini.

Nanta yang juga Menteri Kerja Raya menjelaskan bahawa mesyuarat hari ini merupakan sesi terakhir MT PBB bagi tahun 2025.

“Ini adalah mesyuarat kita yang terakhir untuk tahun 2025 kerana menurut perlembagaan parti, kita perlu mengadakan empat Mesyuarat Tertinggi dalam satu tahun.

“Seperti yang telah dikemas kini sebelum ini, kita turut memaklumkan tentang jumlah keahlian parti setakat hujung tahun ini.

“Selain itu, kita mengemas kini program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun, termasuk pelbagai inisiatif yang melibatkan penyertaan langsung parti,” katanya.

Nanta dalam pada itu turut memaklumkan Sayap Pemuda PBB akan mengadakan majlis makan malam pada esok untuk mengumpul dana bagi menyokong aktiviti mereka pada tahun 2026.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-11-2025 09:17 AM | Show all posts
Beri ruang, sokongan kepada OKU serlah potensi dan bakat: Dr Yii
November 22, 2025, Sabtu - 5:53pm

KUCHING: Golongan orang kurang upaya (OKU) wajar diberikan ruang dan sokongan yang selayaknya agar mereka dapat membangun serta menyerlahkan potensi dan bakat masing-masing, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.

Ahli Parlimen daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu berkata, terdapat ramai individu dengan pelbagai jenis ketidakupayaan di seluruh negara yang berjaya mengembangkan potensi mereka dalam persekitaran inklusif.

“Salah seorang daripadanya ialah seorang kanak-kanak lelaki autistik di Kuala Lumpur yang tidak boleh bertutur. Apabila bahasa lisan tidak dapat menzahirkan pemikirannya, dia beralih kepada seni.

“Lukisannya yang halus menjadi suaranya sehingga mendapat perhatian nasional dan dipamerkan dalam pameran serta penerbitan perayaan terkenal,” ujarnya ketika berucap pada sambutan Hari OKU Kebangsaan dan Hari Kanak-Kanak anjuran Persatuan Kebajikan Bagi Kanak-Kanak Terencat Akal Sarawak (PERKATA) di sini, hari ini.

Justeru, beliau merakamkan penghargaan kepada para pendidik, ibu bapa dan paling penting, para pelajar Sekolah Khas PERKATA.

Beliau berkata, sambutan dua acara tersebut sangat bermakna kerana sekolah itu menjadi bukti apa yang mampu dicapai melalui kemanusiaan, inklusiviti dan tanggungjawab bersama.

“Kepada para pelajar PERKATA, anda membawa harapan itu. Keberanian dan ketabahan anda memberi inspirasi kepada kami semua.

“Kepada para guru dan kakitangan, dedikasi anda membentuk masa depan yang mungkin terlepas pandang.

“Kepada ibu bapa dan penjaga, kasih sayang dan ketabahan anda menjadi tulang belakang setiap kisah kejayaan,” ujarnya.

Beliau menegaskan menyokong PERKATA bukan sekadar amal, malah satu pelaburan untuk masa depan anak-anak Malaysia yang berpotensi menjadi seniman, usahawan, atlet dan pemimpin masyarakat.

“Setiap sumbangan menyediakan alat, terapi dan peluang yang mengubah keraguan menjadi keyakinan, serta kemungkinan menjadi pencapaian.

“Masyarakat akhirnya dinilai melalui cara ia melayani anggota paling rentan. Kita gagal apabila kita memilih untuk tidak peduli. Kita bangkit apabila kita berdiri bersama,” katanya.

Dr Yii berkata, pejabatnya telah menyumbang RM35,000 kepada program PERKATA termasuk inisiatif Sentuhan Kasih dan beliau turut mengumumkan tambahan RM10,000 daripada peruntukan akan datang bagi menyokong pertumbuhan dan pemerkasaan berterusan pelajar Sekolah Khas PERKATA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2025 09:18 AM | Show all posts
Lampu isyarat keluar pusat komersil Meredian Central Bintulu dibuka semula
November 23, 2025, Ahad - 7:50am

BINTULU: Bagi melancarkan aliran trafik di kawasan Pusat Komersil Medan Jaya, lampu isyarat keluar pusat komersil Meridian Central dibuka semula pada Jumaat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming, lampu isyarat laluan keluar dari pusat komersil berkenaan kini dibuka secara rasmi sekaligus melancarkan aliran trafik di kawasan terbabit.

"Saya menzahirkan rasa penghargaan serta terima kasih kepada semua pihak yang terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) serta pihak berkaitan yang lain atas kerjasama erat sepanjang minggu lalu bagi mengaktifkan semula lampu isyarat berkenaan," jelasnya.

Hasil inisiatif semua pihak ini telah menjadikan isu ini telah diselesaikan dalam tempoh yang singkat yang mana kini lampu isyarat ini telah memasuki fasa ujian semula.

Pihaknya jelas Johnny akan terus memantau keadaan dengan teliti dan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan aliran trafik yang lancar untuk para peniaga dan pengguna jalan raya.

Pada masa ini katanya, lampu isyarat berkenaan sedang melalui fasa ujian pembukaan semula.

"Saya juga akan terus melakukan pemantauan serta pemerhatian berkaitan pembukaan lampu isyarat ini bagi memastikan trafik kembali lancar serta memberikan kemudahan yang lebih baik kepada para peniaga serta pengguna jalan raya yang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2025 09:22 AM | Show all posts
Sukaneka Tadika HIKMAH Bintulu disambut meriah
November 23, 2025, Ahad - 10:17am

BINTULU: Aktiviti sukaneka Tadika Harakah Islamiah (HIKMAH) Bintulu meriah disertai oleh murid-murid tadika berkenaan dalam mencungkil bakat serta meningkatkan keyakinan diri dan disiplin murid-murid terbabit pada semalam.

Perasmian sukaneka itu telah disempurna Pengerusi HIKMAH Cawangan Bintulu merangkap Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH Sarawak dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengurusan Tadika Hikmah Bintulu, Yusuff Ali di tadika berkenaan di Kampung Assyakirin Fasa 1 di sini.

Yusuff turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang sekali gus menyempurna penutupan rasmi program yang diadakan tersebut.

Menurut jurucakap penganjurnya, program sukaneka tersebut telah diadakan dengan lancar dan mencapai kejayaan cemerlang telah memberikan suntikan semangat kepada murid-murid dan ibu bapa yang terlibat.

"Pelbagai acara menarik diadakan antaranya pertandingan lari berganti, sukan berpasangan dan pelbagai permainan mencungkil bakat serta meningkatkan keyakinan diri dan disiplin murid-murid," ujarnya di sini hari ini.

Murid-murid yang menang dalam acara sukaneka merakam gambar bersama Yusuff (tengah), pengurusan Tadika HIKMAH Bintulu dan ibu bapa.
Murid-murid yang menang dalam acara sukaneka merakam gambar bersama Yusuff (tengah), pengurusan Tadika HIKMAH Bintulu dan ibu bapa.
Murid-murid bersedia untuk menyertai acara sukaneka.
Murid-murid bersedia untuk menyertai acara sukaneka.
Katanya, ibu bapa turut mengambil bahagian dalam beberapa acara khas yang menambah kemeriahan dan suasana kekeluargaan sepanjang program.

Pada masa sama katanya, Tadika HIKMAH Bintulu merakamkan penghargaan kepada Yusuff Ali serta semua guru, ibu bapa dan pihak yang terlibat dalam menjayakan sukaneka ini.

Ujarnya, Tadika HIKMAH Bintulu komited untuk terus menganjurkan aktiviti yang memupuk nilai kerjasama, disiplin serta perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

"Dengan berakhirnya program sukaneka ini, Tadika HIKMAH Bintulu berharap agar semangat kesukanan, kebersamaan dan kegembiraan daripada program disertai ini akan terus memberi inspirasi kepada murid-murid tadika ini untuk terus cemerlang pada masa akan datang," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2025 09:23 AM | Show all posts
Majlis makan malam perkukuh jenama KV Matang sebagai institusi TVET unggul
November 23, 2025, Ahad - 1:21pm

KUCHING: Penganjuran Majlis Makan Malam Amal Jubli Mutiara Kolej Vokasional (KV) Matang merupakan medan terbaik dalam mengukuh jenama dan identiti sebagai institusi TVET unggul di negeri ini.

Pengarah Cemerlang KV Matang Jamali Muhamad berkata, ia bermatlamat agar KV Matang mampu bersaing bukan sahaja di peringkat nasional, malah persada antarabangsa.

"Di samping itu, majlis serentak bagi meraikan ulang tahun ke-33 kolej turut menghimpunkan ekosistem pendidikan, komuniti dan industri bagi menyokong pembangunan pelajar," ujarnya semasa berucap pada majlis tersebut yang diadakan di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Jamali berkata, majlis itu juga diharap dapat menghubungkan semula mantan pendidik, bekas pelajar dan rakan lama yang pernah mencipta sejarah di institusi ini.

"Ingin saya tegaskan bahawa majlis penuh gemilang bermula sebagai satu perbincangan kecil pada penghujung tahun lalu, sebelum dibawa kepada pengurusan pada awal tahun ini.

"Dengan sokongan 144 orang pensyarah, 24 staf pelaksana serta lebih 1,079 pelajar, akhirnya kita sampai ke malam kemuncak seperti yang kita rasai malam ini," ujar Jamali.

Ujar beliau, kejayaan tidak datang bergolek sebaliknya atas sokongan padu para penaja, pihak industri, alumni, NGO, pemimpin setempat, PPD Padawan serta ahli jawatankuasa pelaksana majlis makan amal diketuai Diana Matu dan Erinie Djoe Joe Akang.

"Saya sangat teruja kerana majlis berjaya menghimpun hampir 700 alumni justeru berharap pertemuan malam ini bukan noktah, tetapi menjadi permulaan kerjasama lebih erat untuk menjulang kecemerlangan institusi yang pernah mendidik kita semua," katanya.

Jamali turut berkata, pelbagai program telah dijalankan sepanjang pengisian Jubli Mutiara Ke-33 KV Matang, antaranya penganjuran Rumah Terbuka Perpaduan MADANI 2025, Gotong-Royong Perdana MADANI dan program pertukaran pelajar ke Bandung dan Jepun melibatkan bidang automotif dan AI.

"Program lain termasuk Majlis Graduasi dan Majlis Apresiasi Kecemerlangan, Hari TVET Negara Peringkat Zon Sarawak dengan kerjasama enam Kolej Vokasional di Sarawak serta program Kepimpinan Madani bagi membentuk pelajar berdaya kepimpinan," jelasnya.

Bercakap lanjut, beliau menekankan kolej itu komited dalam memperkasakan laluan kejayaan melalui TVET untuk generasi masa kini dan akan datang.

Sehubungan itu, KV Matang telah mencapai kecemerlangan antaranya dalam pertandingan inovasi, keusahawanan TVET dan pelbagai pencapaian lain.

"Dua pelajar kita sedang bersedia ke WorldSkills Malaysia (peringkat kebangsaan) dan lapan lagi ke peringkat negeri membuktikan kekuatan anak-anak KV Matang hari ini.

"Justeru pada masa depan kami menetapkan sasaran agar graduan diploma kolej mencapai PNGK sekurang-kurangnya 3.67," katanya.

Berkenaan majlis, Jamali menzahirkan keterujaan apabila majlis makan malam amal ini berjaya menjual 68 meja dan mengumpul sekitar RM124,000.

Dana itu katanya, akan digunakan untuk  meningkatkan prasarana kolej, menyokong kecemerlangan akademik pelajar serta memperkasakan pelajar untuk bersaing hingga ke peringkat antarabangsa.

"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang yang terdiri daripada industri, syarikat, individu serta semua bengkel dan program di KV Matang yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan Jubli Mutiara ini," katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Premier Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) Omar Mahli, Pegawai Pendidikan Daerah Padawan Morki Hasni, YDP PIBG Yul Haidzir Bujang dan Timbalan Pengarah Akademik Patrick Belly Jonathan Jarau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2025 09:23 AM | Show all posts
DUBS Miri santuni mangsa kebakaran di Kg Wireless
November 23, 2025, Ahad - 1:22pm

MIRI: Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri melalui inisiatif DUBSCares segera menggerakkan kutipan dalaman serta sumbangan ahli-ahli bagi membantu mangsa kebakaran di kampung Wireless.

Hasil solidariti ini, sebanyak RM4,550 berjaya dikumpulkan dan telah diserahkan kepada tujuh pemilik rumah sebagai bantuan awal bagi meringankan tekanan kewangan yang mereka hadapi.

Pengerusi DUBS Miri Mohammad Hafidz Rohani pada sesi pertemuan santai bersama para mangsa, menyampaikan rasa simpati mendalam atas musibah yang menimpa mereka.

Beliau turut menegaskan bahawa DUBS Miri akan meneliti bentuk bantuan susulan yang sesuai, khususnya bagi persediaan sesi persekolahan 2026 serta keperluan asas rumah yang musnah dalam kebakaran.

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua ahli DUBS, penyumbang serta warga Miri yang tampil memberi sokongan.

Menurutnya, keprihatinan masyarakat setempat mencerminkan kekuatan komuniti yang sentiasa bersatu saat diperlukan.

DUBS Miri turut menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Residen dan Pejabat Daerah atas koordinasi yang lancar sepanjang operasi bantuan.

Penghargaan juga ditujukan kepada BOMBA, PDRM, APM, JKM, RELA, para sukarelawan, serta kru kapal Centus 10 yang membantu memadamkan kebakaran dari arah sungai.

Sumbangan tenaga semua pihak sebelum katanya, semasa dan selepas kejadian amat dihargai.

"Kita berharap mangsa kebakaran yang terkesan akan diberikan bantuan sewajarnya oleh pihak kerajaan seperti dipindahkan ke kawasan yang lebih baik, tersusun dan diberikan dana untuk membina rumah sesuai dengan bilangan penduduk dalam rumah," jelasnya.

Beliau memberitahu, DUBS Miri komited untuk terus bersama masyarakat, memastikan keluarga yang terkesan mendapat sokongan sewajarnya untuk bangkit kembali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2025 09:24 AM | Show all posts
PKR Sibuti sambut baik usul tambah kerusi Parlimen Sarawak
November 23, 2025, Ahad - 1:35pm

MIRI: Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sibuti Zulhaidah Suboh menyambut baik usul untuk menambah bilangan kerusi Parlimen bagi negeri Sarawak.

Menurutnya, langkah tersebut sangat tepat pada masanya serta merupakan satu tindakan penting ke arah memulihkan semangat sebenar Persekutuan Malaysia seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata, keluasan geografi Sarawak yang besar dan populasi yang terus meningkat memerlukan penambahan kerusi Parlimen bagi memastikan suara dan kepentingan rakyat negeri ini diwakili secara lebih adil di peringkat Persekutuan.

“Dengan penambahan kerusi, Sarawak akan mempunyai pengaruh lebih besar dalam proses membuat keputusan nasional, khususnya yang melibatkan kepentingan dan hak negeri seperti termaktub dalam MA63,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau mengakui langkah itu akan meningkatkan kos pentadbiran dan logistik, terutama di kawasan pedalaman yang sukar diakses, namun ia merupakan suatu keperluan demi rakyat Sarawak secara keseluruhan.

Sehubungan itu, Zulhaidah menyeru Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya melaksanakan proses persempadanan semula dengan telus dan adil, dengan mengambil kira faktor geografi, sosioekonomi serta kepadatan penduduk agar kawasan pedalaman dan luar bandar tidak terus terpinggir.

Katanya lagi, penambahan kerusi Parlimen untuk Sarawak adalah langkah positif sekiranya dilaksanakan dengan telus dan adil serta mencerminkan komitmen kerajaan menghormati semangat MA63.

Beliau berharap proses berkenaan dilakukan secara teliti dengan perundingan menyeluruh agar ia benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus berusaha memastikan hak dan masa depan Sarawak terpelihara,” tambahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2025 09:24 AM | Show all posts
Warga kerja KTS diseru terus bersatu, berdaya tahan hadapi cabaran ekonomi
November 23, 2025, Ahad - 1:37pm

SIBU: Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming menyeru warga kerja syarikat agar terus bersatu padu, berdaya tahan dan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran ekonomi global dan domestik.

Berucap pada Majlis Makan Malam Kakitangan dan Pertandingan Karaoke Karnival Sukan KTS 2025 di sebuah restoran di sini malam Sabtu, beliau berkata amat penting untuk keluar dari zon selesa dan melakukan persediaan bagi masa depan.

“Memasuki suku terakhir tahun 2025 ini, jelas ia merupakan tahun yang mencabar. Ekonomi global masih tidak menentu, dengan pemulihan yang tidak sekata, gangguan rantaian bekalan serta peningkatan kos yang terus memberi kesan kepada inflasi.

“Perkembangan geopolitik terkini, perubahan dinamik perdagangan dan ketidakstabilan pasaran kewangan turut menambah tekanan terhadap pertumbuhan global,” ujarnya.

Di dalam negara katanya, pelarasan dasar, pembaharuan struktur dan peningkatan kos operasi turut memberi tekanan tambahan kepada perniagaan.

“Sebarang perubahan global atau perubahan dasar kerajaan akan memberi kesan kepada perniagaan kita.

“Sebagai contoh, kerajaan memberikan bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam e-dompet anda dan anda perlu pergi ke kedai tertentu untuk membeli barang.

“Namun barangan tersebut mestilah diluluskan oleh pihak berkuasa.

“Akibatnya, pemilik perniagaan kecil yang tidak berdaftar atau tidak dapat berdaftar (sebagai kedai yang dibenarkan) akan terjejas perniagaannya. Situasi ini juga memberi kesan kepada perniagaan kita.

“Saya berharap pihak kerajaan, dalam melaksanakan dasar, perlu memastikan keperluan pelbagai golongan dan sektor ekonomi tidak terjejas. Saya rasa ini sangat penting,” ujarnya.

Memandangkan keadaan tersebut, Lau menekankan kepentingan untuk sentiasa berwaspada, berdaya tahan dan berdaya menyesuaikan diri.

Beliau menegaskan keperluan untuk melakukan transformasi, peningkatan kemahiran dan inovasi bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan.

“Kita mesti melihat ke hadapan, keluar daripada zon selesa, bersedia untuk masa depan dan meletakkan perniagaan kita pada kedudukan lebih bersedia untuk berkembang dalam suasana yang berubah,” katanya.

Lau menekankan seiring perubahan landskap perniagaan, tuntutan terhadap bakat juga berubah.

Pada masa sebegini katanya, organisasi bergantung kepada kepimpinan yang kukuh, pengurus yang berkemampuan, pemikir kreatif, pasukan jualan yang komited dan warga kerja yang berdedikasi untuk bekerjasama dengan penuh kepercayaan.

Mengimbas perjalanan syarikat, Lau mengakui KTS telah berdepan pelbagai ketidaktentuan sepanjang tahun.

“Bukan sahaja kita berjaya mengatasinya malah kita menjadi lebih kuat. Kejayaan kita ini adalah hasil dedikasi, kesetiaan, integriti dan keikhlasan anda semua,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan atas kerja keras dan sumbangan yang berterusan.

Beliau juga berharap semua kakitangan akan terus bersama-sama KTS dalam perjalanan seterusnya.

“Dengan perpaduan, kita mempunyai kekuatan dan ketahanan untuk menghadapi cabaran yang tidak pernah kita alami sebelum ini dan terus mara di landasan pertumbuhan,” ujarnya.

Sementara itu, Pau Chiong Dyi dinobatkan juara kategori solo pertandingan karaoke, manakala kategori berkumpulan dimenangi oleh kumpulan dari BLD.

Turut hadir ialah kakitangan pengurusan kanan Kumpulan KTS Adeline Lau, Diana Lau dan Jeannie Lau, Penasihat Kelab KTS Sibu Peter Lau, Pengerusi Kelab KTS Sibu Michael Ting, para pengarah, pengurus besar, pengurus kanan, pengurus dan lain-lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2025 09:24 AM | Show all posts
Gerawat minta rakyat untuk terus pupuk perpaduan, keharmonian
November 23, 2025, Ahad - 1:42pm

MIRI: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala menyeru masyarakat Kampung Lepo Aga’ agar terus memupuk perpaduan dan keharmonian sempena sambutan Krismas.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pra-Krismas anjuran Persatuan Kenyah Lepo Aga’ (PKLA) di sini malam Sabtu.

Menurutnya, sambutan tersebut bukan sahaja meraikan musim Krismas, malah mencerminkan semangat kebersamaan, kasih sayang dan perpaduan dalam kalangan komuniti.

"Dalam semangat Krismas, marilah kita terus memupuk perpaduan dan keharmonian dalam Kampung Lepo Aga’.

"Walaupun kita berbeza latar belakang dan peranan, kita adalah satu keluarga besar yang berkongsi harapan yang sama, iaitu kesejahteraan, kemajuan dan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang," jelasnya.

Gerawat turut merakamkan penghargaan kepada penganjur atas usaha menjayakan program itu, yang disifatkannya sebagai wadah menyatukan masyarakat setempat.

Sambil menyingkap sejarah penubuhan PKLA, beliau berkata persatuan itu diilhamkan oleh Disa Lawai pada tahun 1985 sebagai platform menghimpunkan masyarakat Kenyah Lepo Aga’ dari tiga kampung iaitu Long Je’eh, Long Belaong dan Long Teran Kanan B.

Katanya, selain memelihara hubungan kekeluargaan, persatuan tersebut turut memainkan peranan penting dalam membantu ahli yang memerlukan termasuk urusan kematian, rawatan kesihatan, bantuan kebajikan dan pendidikan.

"Persatuan ini menjadi saluran untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan, memperkukuh persefahaman serta memastikan tiada ahli yang terpinggir atau menanggung beban seorang diri," jelasnya.

Gerawat berkata, PKLA juga memberi perhatian kepada masa depan golongan muda dengan membantu pelajar melanjutkan pelajaran, selain menyampaikan penghargaan kepada pesara, pelajar cemerlang SPM dan STPM serta graduan diploma dan ijazah.

Beliau turut menekankan tentang aspek keharmonian yang terbina melalui sikap saling menghormati, memahami dan tolong-menolong antara satu sama lain.

ADUN Marudi itu membeirtahu, dalam sesebuah komuniti, setiap individu memainkan peranan penting untuk memastikan hubungan yang telah lama terjalin kekal kukuh dan terpelihara.

"Nilai hormat, toleransi dan sikap saling memahami adalah asas keharmonian dalam komuniti," katanya.

Selain itu, penduduk diminta untuk mengamalkan sikap prihatin dan toleransi dengan memilih jalan perbincangan dan bukannya perbalahan.

Sikap tersebut akan mengelakkan perpecahan dan mengekalkan hubungan baik dalam komuniti, katanya.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Baram Dato Anyi Ngau dan Pengerusi PKLA Kaunselor Raymond Apoi Bala.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2025 09:26 AM | Show all posts
SFCF terus jadi platform penting tonjol identiti Samarahan: Rubiah
November 23, 2025, Ahad - 2:12pm

KUCHING: Acara Samarahan Food and Cultural Festival (SFCF) terus menjadi platform penting dalam menonjolkan identiti Samarahan sebagai bandar pendidikan, berbudaya dan destinasi pelancongan komuniti.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, festival itu bukan sahaja mempamerkan kekayaan warisan serta kepelbagaian etnik, malah menyatukan masyarakat melalui aktiviti seni dan keunikan makanan tempatan.

Menurutnya, SFCF yang berlangsung dari 21 hingga 29 November telah berkembang pesat sejak diperkenalkan pada 2017.

“Pada tahun lalu sahaja, festival itu berjaya menarik lebih 200,000 pengunjung dengan perolehan sekitar RM300,000, menunjukkan sambutan yang semakin meningkat daripada penduduk Samarahan dan pengunjung luar,” ujarnya pada Majlis Perasmian SFCF 2025 di Kota Samarahan, malam Sabtu.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Rubiah turut menekankan usaha festival menyokong agenda hijau melalui pembayaran digital, penggunaan kod QR dan pengurangan plastik sekali guna, selaras dengan sasaran kerajaan mengurangkan 45 peratus intensiti karbon menjelang 2030.

Beliau menanbah, festival itu turut membantu pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS) meningkatkan pendapatan melalui pendedahan kepada pasaran lebih luas.

Terdahulu, Pengerusi Pengelola SFCF 2025 Kaunselor Profesor Madya Dr Sopian Bujang dalam ucapan alu-aluannya berkata, SFCF yang memasuki penganjuran kali kelima terus menjadi wadah penting memperkenalkan budaya, warisan dan cita rasa masyarakat Samarahan.

Beliau memaklumkan festival diadakan di Tapak Pasar Tamu MPKS Desa Ilmu dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam, menghimpunkan 46 tapak makanan dan minuman, 10 tapak produk kering dan kraf tangan, enam kanopi korporat serta 10 trak makanan, sekali gus membuka peluang kepada peniaga tempatan memperkenalkan produk masing-masing dan merancakkan ekonomi komuniti.

Selain penyertaan pengusaha dari Kelantan, Kedah, Melaka dan Indonesia, identiti tempatan kekal menjadi tarikan utama, lebih-lebih lagi dengan kepelbagaian lebih 30 etnik dan 80 dialek di kawasan Samarahan yang terus menonjolkan keunikan budaya setempat.

Festival malam Sabtu turut dimeriahkan dengan Persembahan Gendang Seribu Rentak yang menggabungkan kompang, gendang pampat dan gendang Cina, sekali gus melambangkan keharmonian antara budaya Melayu, Iban dan Cina.

Majlis turut dihadiri wakil Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Desmond Douglas Jerukan, Timbalan Pengerusi MPKS Kaunselor Daily Joseph, Setiausaha Perbandaran MPKS Gustian Durani, Pegawai Daerah Samarahan Ahmad Abdul Razak, Pegawai Daerah Asajaya Jerry Zannuddin Bidin serta ketua-ketua jabatan dan wakil agensi kerajaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2025 09:27 AM | Show all posts
Lelaki sempat keluar selamatkan diri sebelum kereta terbakar
November 23, 2025, Ahad - 2:46pm

BINTULU: Seorang lelaki sempat keluar menyelamatkan diri apabila kereta yang dipandunya terbakar di lampu isyarat Bintulu-Similajau pagi Ahad.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, kereta mangsa musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.

"Sepasukan angggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan berhubung kebakaran sekitar jam 11.20 pagi," ujarnya.

Sejurus sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta model Proton Saga yang sedang terbakar di tepi jalan.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula yang mana sumber air diperoleh dari pam jentera dan sumber air terbuka.

Setelah hampir setengah jam memadam kebakaran, api akhirnya berjaya dikawal pada jam 11.51 pagi.

Katanya, kebakaran itu tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2025 09:27 AM | Show all posts
Seorang rentung di tempat duduk hadapan kereta terbakar di Miri
November 23, 2025, Ahad - 2:48pm

MIRI: Seorang individu rentung di tempat duduk hadapan sebuah kereta yang terbakar dalam kejadian di Jalan Temenggong Oyong Lawai Jau di sini, awal pagi Ahad.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 3.39 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut laporan, setibanya pasukan di lokasi, sebuah kereta jenis Proton Satria Neo didapati terbakar 100 peratus.

Pasukan operasi kemudian melakukan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada tangki jentera sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya.

“Pasukan bomba menjumpai seorang mangsa yang tidak diketahui jantina dan identiti telah terbakar (rentung) 100 peratus di tempat duduk hadapan kenderaan tersebut,” jelas laporan itu.

Mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala keadaan kawasan kejadian disahkan selamat sebelum pasukan bertolak balik ke balai.

Seramai 10 anggota terlibat dalam operasi itu bersama sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS.

Turut berada di lokasi ialah pasukan KKM dan polis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2025 09:27 AM | Show all posts
Ops Tapis Khas IPD Sarikei berkas 98 individu dalam tempoh sebulan
November 23, 2025, Ahad - 2:52pm

SARIKEI: Seramai 98 individu ditangkap dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan secara proaktif oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei selama sebulan iaitu dari 20 Oktober hingga 20 November lalu.

Ketua Polis Daerah Sarikei Superintenden Aswandy Anis berkata, tiga lokasi sasaran utama operasi tersebut ialah Sarikei, Tanjung Manis dan Belawai.

“Dalam operasi ini, seorang telah dituduh di bawah Seksyen 39(A), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, 17 orang di bawah Seksyen 12(3), ADB 1952, manakala 80 orang telah dituduh di bawah Seksyen 15(1), ADB 1952.

“Sepanjang tempoh ini, sebanyak 91 kes telah dibuka dengan jumlah keseluruhan tangkapan terdiri daripada 94 lelaki dan empat perempuan.

“Sebanyak 20.98 gram dadah disyaki jenis syabu bernilai kira-kira RM2,307 telah dirampas,” kata Aswandy dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut Aswandy, sejak Ops Tapis dilancarkan pada 20 Oktober, seramai 86 orang telah didakwa di mahkamah.

“Sehubungan itu, pihak polis akan terus mempertingkatkan usaha dalam langkah membanteras sebarang kegiatan jenayah dan aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Kerjasama masyarakat dalam menyampaikan maklumat amatlah penting agar kegiatan jenayah dapat dibendung,” tegas Aswandy lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2025 09:28 AM | Show all posts
RM150 juta perkukuh sistem bekalan elektrik di Bahagian Samarahan: Abang Johari
November 23, 2025, Ahad - 3:09pm

SEBUYAU: Sistem bekalan elektrik di Bahagian Samarahan diperkukuhkan lagi menerusi Projek Naik Taraf Bekalan Elektrik dengan peruntukan RM150 juta daripada Kerajaan Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek itu bertujuan memenuhi keperluan tenaga yang semakin meningkat berikutan pembangunan pesat di kawasan tersebut.

Menurut Abang Johari, perubahan gaya hidup penduduk luar bandar yang kini bergantung sepenuhnya kepada peralatan elektrik menyebabkan bekalan sedia ada tidak lagi mencukupi untuk menampung permintaan.

Beliau berkata, ketika Skim Elektrifikasi Luar Bandar (RES) mula diperkenalkan pada tahun 1979, kebanyakan rumah panjang dan kampung hanya memerlukan bekalan elektrik fasa tunggal kerana penggunaan tenaga yang sangat minimum.

"Dulu, penduduk hanya perlukan empat ‘power point’ sahaja. Tetapi hari ini, masak nasi pun guna periuk elektrik, semua keperluan asas bergantung pada elektrik," ujarnya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Projek Naik Taraf Bekalan Elektrik Bahagian Samarahan di Dewan Kampung Sampat, Sebangan di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, bekalan elektrik di Samarahan pada masa ini tidak lagi mampu menyokong permintaan, lebih-lebih lagi dengan pertambahan kawasan kediaman, institusi pendidikan dan pusat aktiviti ekonomi.

"Meskipun Kerajaan Persekutuan pernah mengumumkan peruntukan bagi tujuan itu sebelum ini, namun projek berkenaan tidak dilaksanakan dan peruntukan tersebut tidak lagi tersedia.

"Disebabkan itu, Kerajaan Sarawak mengambil keputusan menyediakan sendiri peruntukan sebanyak RM150 juta untuk melaksanakan naik taraf bekalan tenaga sehingga ke Sebuyau," jelasnya.

Abang Johari menerima cenderamata daripada Julaihi (empat kiri) sebagai tanda penghargaan. - Gambar UKAS
Abang Johari menerima cenderamata daripada Julaihi (empat kiri) sebagai tanda penghargaan. - Gambar UKAS
Projek tersebut katanya, melibatkan pembekalan elektrik tiga fasa ke kawasan kediaman, menjadikannya setara dengan bekalan yang dinikmati penduduk bandar.

Sementara itu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi dalam ucapannya berkata, projek  itu akan bermula pada Disember 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2028, meliputi kawasan Samarahan, Asajaya, Sadong Jaya, Sebuyau, Simunjan dan Gedong.

Skop projek katanya, merangkumi pemasangan sistem talian Kabel Berpenebat Voltan Sederhana (MVCC) yang lebih tahan terhadap cuaca buruk, sambaran kilat serta gangguan daripada haiwan atau dahan pokok dari Asajaya ke Jambatan Batang Sadong.

Selain itu katanya, projek berkenaan turut merangkumi pemasangan dua kabel dasar sungai menyeberangi Batang Sadong, pemasangan MVCC ke Sebuyau, Simunjan dan Gedong, serta pemasangan kabel fiber optik dari Asajaya ke Sebuyau.

"Projek ini turut melibatkan penyusunan semula talian sedia ada, kerja menaik taraf serta penggantian transformer bagi memenuhi peningkatan permintaan tenaga di kawasan terbabit.

"Apabila siap kelak, projek tersebut bakal meningkatkan kualiti bekalan elektrik seterusnya mengurangkan isu kerosakan peralatan elektrik di rumah dan premis perniagaan akibat gangguan tenaga," kata Julaihi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Datuk Ibrahim Baki serta yang lain.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2025 09:29 AM | Show all posts
Strategi komprehensif dirangka tangani isu warga emas: Fatimah
November 23, 2025, Ahad - 3:28pm

KUCHING: Peningkatan kira-kira 15 peratus populasi warga emas di negeri ini menjelang 2028 menuntut Kerajaan Sarawak merangka strategi komprehensif bagi menangani isu berkaitan golongan berkenaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, peningkatan itu juga memerlukan perancangan awal serta penyediaan sokongan berkesan.

"Kerajaan Sarawak sedang merangka strategik komprehensif bagi menangani isu berkaitan warga emas di negeri ini.

"Kita akan menjadi negeri menua di mana lebih daripada 15 peratus penduduk kita adalah warga yang sudah berumur 60 tahun atas pada tahun 2028," ujarnya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Warga Emas di Rumah Seri Kenangan di sini pada Ahad.

Fatimah berkata, strategi berkenaan melibatkan kerjasama erat antara agensi kerajaan, institusi kebajikan, pertubuhan masyarakat serta keluarga bagi memperkukuh jaringan sokongan sosial dan memastikan kesejahteraan warga emas sentiasa terpelihara.

Beliau berkata, kajian terperinci telah dijalankan dengan kerjasama Universiti Teknologi Swinburne Sarawak dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) bagi memahami keadaan semasa warga emas di Sarawak, termasuk isu kesihatan, kewangan, perumahan dan cabaran digital.

"Data yang dihasilkan akan menjadi asas kepada perancangan strategi dan pelaksanaan program intervensi yang menyeluruh," jelasnya.

Majlis sambutan yang bertemakan 'Warga Emas Wajah Masa Depan Kita' itu turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada warga emas cemerlang, tokoh warga emas lelaki dan wanita, tokoh bakti serta anugerah inspirasi.

Selain itu, bantuan kewangan pengoperasian turut diserahkan kepada beberapa Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di seluruh negeri.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Mohammad Razi Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Rosey Yunus, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datu Felicia Tan Ya Hua, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan PAWE Kuching Dato Sri Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Semawi Mohamad.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-4-2026 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.242837 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list