CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Boleh bah, kalau kau

 Close [Copy link]
 Author| Post time 23-11-2025 08:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2025 08:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2025 10:39 AM | Show all posts
morning all

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2025 11:02 AM | Show all posts
Ibu tunggal, anak lelaki hilang rumah, harta benda dalam kebakaran
November 22, 2025, Sabtu - 11:08am

KOTA MARUDU: Seorang ibu tunggal bersama anak lelakinya bukan hanya kehilangan rumah malah harta benda selepas kediaman mereka di Kampung Marak Parak musnah dalam kebakaran.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, dua beranak masing-masing berusia 52 tahun dan 17 tahun itu dikatakan berada di dalam rumah sebelum menyedari api mula marak dari bahagian dalam kediaman dua tingkat jenis separuh kekal.

Mereka bertindak keluar menyelamatkan diri secepat mungkin tanpa sempat mengambil barang penting berikutan api yang semakin merebak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Debli Mamoi berkata, pasukan operasi yang tiba pada 10.10 malam mendapati kediaman sudah terbakar hampir 90 peratus.

Katanya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran dengan dua pancutan dari air jentera.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.14 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 11.15 malam.

“Tiada mangsa cedera dilaporkan,” katanya ketika dihubungi.

Operasi disertai sembilan anggota menggunakan jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan water tanker.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2025 11:06 AM | Show all posts
Warga emas tulang belakang Api-Api: Thonny
November 22, 2025, Sabtu - 11:34am

KOTA KINABALU: Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Thonny Chee menyeru masyarakat agar tidak melupakan jasa dan sumbangan warga emas dalam membangunkan komuniti Api-Api sejak puluhan tahun lalu.

Beliau yang juga Pengasas Program Thonny Chee Initiative (TCI) menegaskan bahawa dalam arus pembangunan pesat hari ini, keperluan dan kesejahteraan warga emas tidak boleh diketepikan.

Menurutnya, generasi terdahulu inilah yang menjadi tunjang kepada pembentukan keluarga, pertumbuhan ekonomi setempat dan kemajuan kota sehingga Api-Api muncul sebagai sebuah kawasan yang maju dan pesat hari ini.

“Mereka bekerja keras, membesarkan anak-anak, membina perniagaan kecil, menjaga cucu-cicit dan memberikan seluruh tenaga mereka demi membina sebuah komuniti yang kita banggakan hari ini,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa dalam pertemuan dengan warga emas sepanjang jelajah kemasyarakatannya, ramai mengadu berdepan pelbagai cabaran, termasuk masalah kesihatan, pergerakan yang terhad serta rasa kesunyian akibat perubahan gaya hidup yang terlalu pantas.

Malah katanya, kebergantungan masyarakat moden kepada aplikasi digital dan perkhidmatan atas talian membuatkan ramai warga emas berasa ketinggalan kerana masalah penglihatan, memori dan kelambatan memahami sistem teknologi baharu.

“Di tengah-tengah kesibukan hidup, kita sering lupa bahawa mereka bukan hanya perlukan bantuan kewangan atau rawatan kesihatan, tetapi perhatian, kasih sayang dan penghargaan.

"Banyak perkara sederhana seperti menemani mereka bersiar-siar atau berbual seketika sudah memadai untuk menggembirakan hati mereka,” katanya.

Beliau turut berharap masyarakat Api-Api dapat memainkan peranan lebih besar dalam mewujudkan rangkaian sokongan sosial kepada warga emas, termasuk penganjuran pemeriksaan kesihatan percuma, kemudahan pengangkutan khas, sokongan kejiranan mesra warga emas serta bantuan untuk mereka yang masih berminat menjalankan usaha kecil-kecilan.

Thonny percaya bahawa sokongan sebegini mampu memelihara maruah dan kebajikan warga emas, selain memberi mereka rasa dihargai walaupun dalam usia lanjut.

Di samping itu, beliau menekankan pentingnya penglibatan anak muda dalam aktiviti kemasyarakatan bersama warga emas.

Jelasnya, interaksi antara dua generasi ini bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah membolehkan nilai, pengalaman dan kebijaksanaan generasi lama terus diwarisi oleh generasi baharu.

“Anak muda boleh belajar banyak daripada kisah hidup mereka, manakala warga emas pula berasa dihargai apabila diberi ruang untuk berkongsi pengalaman,” tambahnya.

Thonny menegaskan bahawa selagi beliau berkhidmat kepada masyarakat, prinsipnya tetap sama iaitu tiada sesiapa yang harus ditinggalkan.

"Warga emas adalah aset penting kepada identiti dan budaya komuniti Sabah.

“Kemajuan sesebuah bandar bukan hanya dilihat pada bangunan baharu atau kemudahan moden, tetapi pada cara kita menjaga dan menghormati mereka yang telah membina asasnya," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2025 11:07 AM | Show all posts
Kempen MCA di Bandar Nam Tong diterima baik masyarakat
November 22, 2025, Sabtu - 11:40am

SANDAKAN: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting, Datuk Chin Kim Hiung kelmarin hadir ke Bandar Nam Tong untuk bertemu para peniaga dan penduduk setempat.

Hadir bersama dalam siri tinjau mesra itu ialah Naib Presiden MCA, Datuk Lawrence Low Ya Kang.

Chin berkata, Bandar Nam Tong yang terkenal dengan hidangan bak kut teh makanan laut mampu menarik ramai pengunjung setiap hari dan keunikan suasana di kawasan itu sudah menjadi sebahagian daripada identiti Sandakan.

Menurutnya, setiap lorong di kawasan itu dipenuhi keramahan dan semangat masyarakat setempat, manakala para peniaga dikenali dengan sifat rajin serta keprihatinan mereka terhadap isu harian.

“Dalam sesi tinjau mesra ini, ramai penduduk tampil menyapa, berjabat tangan dan berkongsi pandangan mereka.

"Sokongan dan kepercayaan ini menjadi dorongan besar untuk saya terus memperjuangkan perubahan yang lebih baik untuk Karamunting,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmennya untuk terus turun padang bertemu rakyat, memahami keperluan mereka dan membawa pembangunan yang lebih seimbang jika diberi mandat oleh pengundi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-11-2025 11:21 AM | Show all posts
WARISAN komited atasi isu setinggan, air dan elektrik di DUN Apas - Sarman
November 22, 2025, Sabtu - 1:08pm

TAWAU: Calon Parti Warisan (WARISAN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas, Sarman Amat Simito bertekad memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah setinggan serta meningkatkan kemudahan asas seperti air dan elektrik sekiranya diberi mandat pada pilihan raya kali ini.

Menurutnya, isu-isu berkenaan merupakan keluhan utama penduduk yang ditemui sepanjang tempoh berkempen, termasuk dalam siri lawatan mesra ke Batu 5 pagi ini.

“Permasalahan yang banyak dibangkitkan oleh masyarakat ialah gangguan bekalan air dan elektrik yang kerap dicatu. Perkara ini merisaukan penduduk kerana air adalah keperluan harian.

“Selain itu, penduduk juga meminta supaya kawasan setinggan diberi perhatian serius,” katanya ketika ditemui selepas program menyantuni masyarakat di sekitar Batu 5 Jalan Apas, di sini hari ini.

Sarman berkata, DUN Apas adalah kawasan persisiran pantai yang mempunyai banyak penempatan setinggan.

Namun, katanya masalah berkenaan boleh ditangani secara berperingkat melalui penyediaan perumahan mampu milik.

“Apas memang kawasan persisiran dan kita maklum penempatan setinggan banyak. Jika diberi peluang, perancangan saya adalah mendirikan rumah-rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).

“Ini bukan menyelesaikan sepenuhnya, tetapi dalam tempoh lima tahun ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah yang mereka hadapi,” katanya.

Mengulas sambutan terhadap kempen WARISAN setakat ini, Sarman berkata momentum semakin positif selepas hampir seminggu turun bertemu pengundi.

“Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Sebelum ini kurang, tetapi kini sokongan semakin bertambah daripada masyarakat.

“Saya juga bangga dengan jentera WARISAN, dan untuk makluman beberapa cawangan GRS serta UMNO telah menyertai WARISAN tanpa paksaan. Mereka sendiri yang mahu bersama kami,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan boleh mendekati pengundi muda melalui pendekatan lebih mesra dan interaktif.

“Kita adakan perjumpaan dengan pengundi muda di setiap markas. Mereka mahukan perubahan dan sebenarnya kelompok ini tidak perlu dikempen terlalu banyak kerana mereka sudah maklum isu-isu semasa,” katanya.

Sarman berharap rakyat Apas memberi mandat besar kepada WARISAN bagi membolehkan parti itu melaksanakan perancangan pembangunan secara menyeluruh.

“Selama ini kita terlalu bergantung kepada pusat. Bukan soal rasis, tetapi sudah sampai masanya Sabah berdikari dan merancang pembangunan mengikut keperluan sendiri,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2025 11:22 AM | Show all posts
Rina teruskan program ‘Pokoknya Turun Terus’ santuni peniaga Pasar Chester
November 22, 2025, Sabtu - 1:33pm

TAWAU: Calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan, Datuk Rina Haji Jainal meneruskan siri turun padang dengan menyantuni peniaga dan pengunjung di Pasar Malam Chester semalam sebagai sebahagian daripada program ‘Pokoknya Turun Terus’.

Program berkenaan bertujuan mendapatkan maklum balas secara langsung daripada komuniti tanpa tapisan parti, selain memastikan suara peniaga kecil terus diberi perhatian.

Rina yang juga penyandang kerusi DUN Kukusan berkata, fokus utamanya sebagai Calon Bebas No.10 (Pokok) ialah memastikan kebajikan ekonomi masyarakat setempat terus diperkukuh.

“Keutamaan saya ialah ekonomi setempat, peluang pendapatan dan kesinambungan rezeki rakyat Tawau, khususnya peniaga kecil. Mereka antara tulang belakang ekonomi Kukusan,” katanya.

Menurutnya, antara aduan utama yang diterima ialah kebimbangan peniaga terhadap notis penutupan Pasar Malam Chester pada 29 November, hari pengundian.

“Peniaga bimbang penutupan pasar itu menjejaskan pendapatan harian mereka. Isu ini akan saya teliti dan bawa kepada pihak berwajib,” katanya.

Dalam program sama, beliau turut mengedarkan manifesto yang menekankan pengukuhan ekonomi setempat, peningkatan peluang pendapatan dan jaminan bahawa suara peniaga akan terus menjadi keutamaan.

Kehadiran Rina ke pasar itu juga menerima reaksi mesra dan positif daripada peniaga serta pengunjung, dengan ramai menyatakan sokongan terhadap langkah beliau bertanding sebagai calon bebas.

“Ramai yang menghargai usaha saya memilih jalan sebagai calon bebas kerana mereka mahu pemimpin yang benar-benar fokus kepada rakyat, bukan parti,” katanya.

Rina berkata, program ‘Pokoknya Turun Terus’ akan diteruskan di pasar, kampung, surau dan setiap penjuru komuniti bagi memastikan suara rakyat terus menjadi nadi perjuangannya menjelang hari pengundian pada 29 November ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2025 11:22 AM | Show all posts
BN Sabah jamin selesaikan masalah rakyat
November 22, 2025, Sabtu - 1:44pm

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah jamin menyelesaikan pelbagai isu kemudahan asas yang membelenggu masyarakat negeri ini.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, masalah itu boleh direalisasikan dengan lancarnya manifesto Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1) yang menawarkan enam fokus utama bagi memperkukuh pembangunan negeri.

"Kita akan laksanakan sepenuhnya manifesto ini sekiranya diberikan mandat untuk membentuk kerajaan negeri.

"Kita sebagai 'underdog' pada pilihan raya negeri kali ini, kerinduan rakyat Sabah terhadap BN sangat tinggi.

"Manifesto berdasarkan enam teras ini benar-benar merupakan aku janji yang akan dilaksanakan oleh BN Sabah," katanya pada Majlis Pelancaran Manifesto RPS1, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin serta pemimpin BN yang lain.

Beliau berkata, RPS1 yang diumumkan itu sudah siap seminggu sebelum penamaan calon pada 15 November lepas.

"Kita lancar hari ini supaya rakyat boleh bandingkan dengan manifesto BN dengan parti lain yang bertanding," katanya.

Beliau berjanji tiada rakyat yang ditinggalkan dan ia merupakan tekad BN Sabah untuk majukan negeri ini.

"Kita tahu ada yang bagi 300, 500 atau 1,000, itu rezeki, ambilah wang itu tapi hati dan undi tetaplah BN," katanya.

Menurutnya, jangan sesekali disebabkan wang ringgit menyebabkan rakyat Sabah terus sengsara untuk lima tahun lagi.

"Ini kalilah BN akan bangkit semula untuk mentadbir negeri Sabah," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2025 11:23 AM | Show all posts
STAR beri laluan dua kerusi DUN kepada PBS, persoalan timbul mengenai persefahaman
November 22, 2025, Sabtu - 3:13pm


KOTA KINABALU: Keputusan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah memberikan laluan kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggung dan Kundasang adalah satu usaha berterusan mewujudkan perpaduan, walaupun pada skop yang lebih kecil.

Setiausaha Agung STAR, Datuk Edward Linggu berkata, tidak seperti PBS yang terikat dengan rundingan dalaman dan luaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS),  STAR bebas meletakkan calon di semua DUN Sabah.

"STAR mengharapkan PBS menyambut baik niat ini dan pada awalnya harapan STAR terbukti benar apabila PBS tidak menuntut kerusi Tambunan yang kini di sandang oleh Presiden STAR.

"Tambunan sebenarnya bukan setakat kerusi 'tradisi' tetapi PBS mempunyai hak penuh berbanding parti komponen GRS yang lain untuk menuntut Tambunan sekiranya ada ruang terbuka," katanya.

Beliau berkata, pengumuman Ketua Bahagian PBS Tambunan yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon GRS di Tambunan baru-baru ini kini menimbulkan persoalan dikalangan pemimpin dan penyokong STAR.

"Adakah PBS masih berminat dengan penyatuan? Adakah PBS telah membatalkan perjanjian persefahaman yang ditandatangani oleh Pemangku Presiden PBS sendiri?.

"Adakah PBS masih ada sisa-sisa kehormatan kepada Tan Sri Huguon Siou? Mungkin tidak keterlaluan, untuk mengatakan ahli-ahli PBS dan sesetengah pimpinan PBS sendiri mungkin turut bertanya soalan-soalan yang sama?," katanya.

Menurutnya, STAR menyerahkan kepada rakyat Sabah mengambil sedikit masa menilai sendiri rasional tindakan, pendirian dan hasrat STAR dalam konteks hubungan dengan PBS khususnya dalam konteks Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 (PRU17 Sabah).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2025 11:35 AM | Show all posts
Edited by Vellfire at 23-11-2025 11:38 AM

Bekas ADUN Kiulu terus beri sokongan kepada Joniston
November 22, 2025, Sabtu - 9:10pm

KIULU: Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Louis Rampas terus memberikan sokongan kepada calon Gabungan  Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai sekali gus mencerminkan kesinambungan kepimpinan di kawasan itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah Ke-17 (PRU17 Sabah) kali ini.

Louis, 74, sentiasa hadir memberikan sokongan dan dorongan kepada Joniston sejak penggantinya itu menjadi wakil rakyat Kiulu buat pertama kalinya pada 2013.
Beliau yang menjadi ADUN Kiulu dari 1999 hingga 2013 pernah menjadi pegawai kanan kerajaan termasuk sebagai Pegawai Daerah.

Pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan politik membentuk asas pembangunan dan perancangan awal yang penting untuk kawasan Kiulu.

Perancangan berkenaan diteruskan oleh Joniston dalam semangat kesinambungan dan kerjasama kepimpinan.

Keterlibatan kedua-dua pemimpin dari Parti Bersatu Sabah (PBS) ini yang juga parti komponen dalam GRS, memperlihatkan hubungan politik yang stabil serta berfokus kepada pembangunan kawasan.

Joniston ketika ditemui amat menghargai sokongan berterusan Louis yang dianggap sebagai 'lelaki budiman sebenar' sejak hari pertama dicalonkan sebagai wakil rakyat.

"Beliau meninggalkan asas yang kukuh, dan menjadi tanggungjawab saya untuk meneruskan perancangan itu demi memastikan Kiulu terus maju dengan cara yang tersusun dan menyeluruh,” katanya dalam kempen ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tomis di sini hari ini.

Dalam pada itu, di bawah pentadbirannya, Kiulu menyaksikan pelaksanaan pelbagai usaha pembangunan yang tersusun, termasuk mengukuhkan inisiatif terdahulu sambil memperkenalkan program baharu bagi memenuhi keperluan penduduk.

Menurutnya, peruntukan ADUN yang lebih tinggi di bawah kerajaan GRS pula membolehkan projek pembangunan berjalan lebih progresif.

Sementara itu, Louis berkata, Joniston sentiasa menunjukkan kesungguhan dan integriti sejak mengambil alih tanggungjawab sebagai pemimpin di kawasan DUN Kiulu pada 2013.

“Saya melihat sendiri bagaimana perancangan lama diperkukuh dengan inisiatif baharu.

"Itulah sebabnya saya terus berdiri bersama beliau untuk masa depan Kiulu,” katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2025 11:51 AM | Show all posts
Manifesto BN ambil kira hasrat, impian rakyat Sabah: Wanita UMNO Sabah
November 22, 2025, Sabtu - 9:13pm

KOTA KINABALU: Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 adalah dokumen perancangan pembangunan yang disusun rapi, setelah mengambil kira semua hasrat dan impian masyarakat di negeri itu.

Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Noraini Idris, berkata manifesto berkenaan juga merupakan manifestasi hasrat rakyat Sabah yang dahagakan pembangunan bagi kehidupan lebih sejahtera.

“Manifesto ini mengandungi tawaran-tawaran yang akan BN laksanakan, insya-Allah, apabila Barisan Nasional mendapat mandat menjadi kerajaan semula pada 29 Nov ini,” katanya pada sidang media selepas pelancaran manifesto itu di Bangunan UMNO Sabah hari ini.

Mengambil contoh rancangan untuk mewujudkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sabah yang diterajui oleh Menteri Wanita, Noraini berkata ia dilakukan untuk memastikan negeri itu turut mempunyai kementerian seumpama di peringkat Persekutuan.

“Di Sarawak pun ada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, tetapi di Sabah kita tiada. Di sini, ia hanya berpayung di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat yang menterinya tidak semestinya wanita.

“Jadi, kita mahu mempunyai kementerian sendiri dan menterinya seorang wanita supaya fokus dapat diberikan kepada isu wanita, kanak-kanak dan masyarakat,” katanya.

Noraini turut berkata, berbanding manifesto pihak lawan, beliau percaya tawaran BN adalah realistik dan mampu dilaksanakan apabila diberi mandat.

“Kita tidak menjanjikan bulan dan bintang. Semua apa yang kita tawarkan boleh dicapai, insya-Allah bila kita diberikan mandat.

“…dan sudah tentu kita ada kelebihan berbanding lawan kerana kita juga merupakan sebahagian daripada Kerajaan MADANI di peringkat Persekutuan,” katanya.

Manifesto BN yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini menawarkan enam teras utama menerusi Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1).

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, berkata RPS1 merangkumi aspek Kemakmuran Ekonomi dan Kesejahteraan Hidup, Wanita dan Orang Muda sebagai Tonggak Negara, serta penyediaan pendidikan berkualiti untuk semua.

Selain itu, manifesto itu turut menekankan agenda transformasi politik dan tadbir urus, pembinaan masyarakat sihat dan negeri berkebajikan, serta pemeliharaan kelestarian alam.-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2025 11:52 AM | Show all posts
Peranan NADI terus diperkukuh, bantu pembangunan belia Sabah
November 22, 2025, Sabtu - 9:17pm

PUTATAN: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan serta pembangunan golongan belia di Sabah.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul berkata NADI kini bukan sekadar tempat untuk mengakses Internet, sebaliknya menjadi ruang pembelajaran kondusif, serta tempat anak muda memperoleh bimbingan, membina kemahiran, dan membuka peluang kerjaya baharu.

“Penglibatan belia Sabah dalam program Perkhidmatan Pintar anjuran NADI seperti pertandingan keselamatan siber, penyertaan dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kreatif, serta kejayaan usahawan muda negeri mengembangkan produk tempatan melalui latihan keusahawanan NADI, membuktikan impak positif NADI.

“Kisah kejayaan ini menunjukkan potensi besar belia Sabah apabila diberikan ruang, sokongan, dan persekitaran pembelajaran yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas Program Hari Bersama Komuniti (HBK) di NADI Kampung Kopimpinan di sini hari ini.

Johari turut menyatakan hasrat beliau untuk melihat NADI berkembang sebagai platform utama melatih generasi muda memahami demokrasi dan proses membuat keputusan negara.

“Saya difahamkan setakat September 2025, sebanyak 131 Pusat NADI kini beroperasi di seluruh Sabah dengan jumlah kos operasi kira-kira RM210 juta bagi tempoh lima tahun.

“Melalui inisiatif seperti Program Sekolah Parlimen, Parlimen Belia, dan kerjasama dengan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), saya yakin NADI mampu menjadi pusat rujukan kepimpinan yang melahirkan belia berani bersuara, berfikir secara kritikal, dan mampu mewakili masyarakat pada masa hadapan,” tambahnya.

Johari menekankan bahawa pembangunan belia mesti seimbang antara penguasaan teknologi dengan pembentukan nilai diri, etika digital, serta tanggungjawab sebagai warganegara.-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2025 11:53 AM | Show all posts
Program Jelajah TVET MARA Sabah meriah
November 22, 2025, Sabtu - 9:25pm

KINABATANGAN: Program Jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA Negeri Sabah yang berlangsung di Dataran Bukit Garam, Kinabatangan hari ini mencatat kehadiran menggalakkan apabila ratusan pengunjung, terutama golongan belia, hadir bagi mendapatkan maklumat mengenai peluang latihan dan pendidikan teknikal yang ditawarkan melalui inisiatif TVET MARA.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid dalam ucapannya menegaskan komitmen kerajaan untuk memperluas akses TVET di seluruh Sabah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan mobiliti sosial, menyediakan peluang pekerjaan berkualiti dan membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan industri masa hadapan.

MUHAMMAD ZAL HIRZI
MUHAMMAD ZAL HIRZI
Beliau turut menekankan bahawa Sabah mempunyai potensi besar untuk menjadi hab kemahiran serantau sekiranya pembangunan infrastruktur TVET diperkukuhkan secara berterusan.

Turut hadir dalam program itu ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Kehadiran beliau menunjukkan komitmen BN Sabah dalam menyokong pembangunan modal insan dan memperjuangkan agenda TVET sebagai antara fokus utama kepada anak muda di kawasan luar bandar.

MUHAMAD FAIRUZ
MUHAMAD FAIRUZ
Dalam sesi interaksi dan temu bual bersama para belia Kinabatangan, rata-rata mereka menyuarakan sokongan penuh terhadap manifesto BN Sabah yang dilancarkan hari ini, khususnya janji untuk menubuhkan Pusat Latihan Teknologi Tinggi bertaraf antarabangsa serta memperkenalkan Skim Skill TVET Sabah (SKIVETS) sebagai laluan kerjaya terancang untuk golongan muda.

Mereka menyifatkan langkah itu sebagai satu keperluan mendesak kerana ia bukan sahaja mampu menyediakan latihan kemahiran berkualiti tinggi, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan hasil kerjasama dengan syarikat antarabangsa, syarikat tempatan, pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Antara belia yang ditemui, termasuk Muhammad Zal Hirzi Mohammad Rizal, Muhamad Fairuz Muhamad Ali dan Mohammad Qais Quzami Laji.

Kesemua mereka menyatakan harapan agar sebuah pusat TVET bertaraf antarabangsa dapat diwujudkan di daerah Kinabatangan sendiri bagi memudahkan pelajar tempatan mengikuti latihan tanpa perlu berpindah ke daerah lain.

Mereka juga berharap agar lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan melalui usaha sama dengan industri, selain mengemukakan cadangan agar sebuah kolej khas pra-Universiti Tingkatan 6 ditubuhkan di Kinabatangan bagi memastikan kesinambungan pendidikan untuk pelajar lepasan sekolah menengah di kawasan tersebut.

MOHAMMAD QAIS
MOHAMMAD QAIS
Melalui kerjasama dengan pelbagai syarikat antarabangsa, tempatan, swasta dan GLC, inisiatif tersebut dijangka dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri moden.

Program Jelajah TVET MARA Sabah di Kinabatangan ini secara keseluruhannya menunjukkan minat yang semakin meningkat dalam kalangan belia terhadap pendidikan teknikal dan vokasional, sekali gus mencerminkan keinginan mereka untuk mengejar peluang yang lebih luas dalam sektor kemahiran.

Program ini turut memperlihatkan usaha berterusan kerajaan dan BN Sabah dalam memastikan daerah Kinabatangan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan pendidikan serta peluang kerjaya masa depan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2025 11:56 AM | Show all posts
Thonny sedia bantu penuhi keperluan pelajar menerusi TCI
November 22, 2025, Sabtu - 10:31pm

KOTA KINABALU: Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Thonny Chee menegaskan komitmennya untuk memperkukuh sokongan terhadap pelajar universiti melalui Program Thonny Chee Initiative (TCI) yang ditubuhkan antara lain membantu generasi muda memahami dasar kerajaan dan memenuhi keperluan semasa.

Beliau berkata, inisiatif itu menumpukan sesi libat urus bersama pelajar dan masyarakat setempat bagi mendapatkan maklum balas mengenai cabaran harian selain menyampaikan maklumat berkaitan dasar kerajaan Madani dengan lebih jelas dan teratur.

“Hari ini saya adakan pertemuan dengan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pertemuan ini amat penting berikutan mereka sering berdepan isu kemudahan asas, antaranya bekalan air dan elektrik yang tidak konsisten di kampus.

“Beberapa bentuk bantuan dalam TCI juga disediakan khusus untuk pelajar memandangkan ramai yang bergelut menampung keperluan asas sepanjang pengajian.

“Sokongan menyeluruh kepada pelajar universiti penting bagi memastikan mereka dapat menamatkan pengajian tanpa terbeban oleh masalah kewangan atau kekurangan kemudahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Dr. Johari Abdul pada Program Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kupi-kupi Dulu Bah Kita di sini.

Thonny mengiringi Johari semasa Program NADI Kupi-kupi Dulu Bah Kita di sini.
NADI: Thonny mengiringi Johari semasa Program NADI Kupi-kupi Dulu Bah Kita di sini.
Semasa berkongsi pengalamannya, Thonny berkata, kefahamannya terhadap tekanan pelajar hari ini lahir daripada pengalaman hidup sendiri yang dibesarkan dalam keluarga kurang berkemampuan.

“Saya pernah berjalan kaki hampir sejam setiap hari untuk ke sekolah, bekerja sambilan demi kelangsungan hidup dan berdepan kekangan kewangan yang membataskan pergerakan dan pembelajaran.

“Pendidikan menjadi jalan keluar daripada kemiskinan dan keyakinan itu mendorong saya memperkukuh peranan TCI untuk membantu pelajar yang benar-benar memerlukan.

“Oleh itu, saya menasihatkan pelajar supaya tidak malu mendapatkan bantuan dan menghubungi pegawai berkaitan atau pasukan TCI sekiranya memerlukan sokongan, sama ada dalam bentuk bimbingan mahupun bantuan kebajikan,” katanya.

NADI berfungsi sebagai inisiatif utama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi merapatkan jurang digital dan memperkukuh pembangunan komuniti luar bandar melalui program Pemberian Perkhidmatan Sejagat.

Inisiatif ini menyediakan capaian Internet kolektif kepada kawasan kurang liputan serta memperkasakan komuniti melalui empat fokus utama iaitu keusahawanan, e-pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri dan kematangan penggunaan Internet.

NADI juga menjadi saluran maklumat tepat mengenai inisiatif kerajaan seperti Padu, Manfaat Madani dan Budi Madani.

Dalam aspirasi 1 DUN 1 NADI, sebanyak 188 pusat baharu sedang dibangunkan, dengan 154 siap beroperasi setakat 31 Disember 2024 dan 34 dalam pelaksanaan, kini 1,065 NADI beroperasi di seluruh negara, dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 1,099 menjelang suku pertama 2025.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2025 11:58 AM | Show all posts
Bekas ADUN Tanjung Batu restu calon GRS, Dr. Andi
November 23, 2025, Ahad - 6:38am

TAWAU: Kehadiran bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dalam kempen calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Dr. Andi Mohd Shamsureezal Mohd Sainal, menarik perhatian apabila beliau tampil memberikan restu terhadap pencalonan tokoh muda itu.

Dalam ucapan beliau, Suryady menegaskan bahawa pencalonan Dr. Andi adalah pilihan Presiden GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, sekali gus menunjukkan keyakinan kepimpinan tertinggi parti terhadap keupayaan profesional kesihatan itu.

“Sebagai mantan ADUN, sudah tentu kita mahu melihat pembangunan dan kemajuan terus berlaku di kawasan ini.

“Dr. Andi mempunyai rekod cemerlang, termasuk menjadi pengarah hospital termuda pada usia 32 tahun. Saya merestui pencalonan beliau,” katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata demikian dalam ucapan selepas menjadi jemputan khas dalam siri kempen berkenaan, malam tadi.

Dr. Andi bersama-sama jentera dan penyokong melaungkan kata-kata semangat dalam program berkenaan.
SEMANGAT: Dr. Andi bersama-sama jentera dan penyokong melaungkan kata-kata semangat dalam program berkenaan.
Sementara itu, Dr. Andi menyifatkan restu daripada mantan ADUN Tanjung Batu sebagai satu pengiktirafan besar kepada perjuangannya.

“Beliau merupakan tokoh berpengalaman luas dalam tadbir urus Dewan Undangan Negeri. Restu berkenaan amat bermakna dan menjadi pendorong kepada saya.

“Sudah tentu pengalaman beliau akan saya jadikan panduan dalam perjuangan ini,” katanya.

Walaupun Tanjung Batu dilihat sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN), Dr. Andi menegaskan bahawa tumpuannya kini adalah memperkemas perjalanan kempen dalam tempoh 14 hari yang ditetapkan.

“Keutamaan saya ialah turun ke kampung-kampung, bertemu masyarakat dan mendengar permasalahan mereka secara langsung,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa hampir 60 peratus pengundi di kawasan itu terdiri daripada golongan muda, menjadikan penggunaan platform digital sebagai salah satu kaedah penting untuk memperluaskan capaian kempen.

Dr. Andi turut mengakui terkejut dengan sambutan positif yang diterima daripada anak-anak muda, termasuk mereka yang sebelum ini cenderung menyokong BN.

“Saya merupakan calon baharu dan kawasan ini pula kubu BN. Namun dalam tempoh 6 hingga 7 hari berkempen, sokongan yang diterima sangat menggalakkan. Ini satu perkembangan yang amat positif,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2025 12:04 PM | Show all posts
Isu air, jalan dan lampu jalan jadi fokus calon GRS di Balung
November 23, 2025, Ahad - 7:59am

TAWAU: Isu asas seperti air, elektrik, jalan dan lampu jalan kekal menjadi kegusaran utama penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung, kata calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Syed Ahmad Syed Ali.

Beliau berikrar memberi tumpuan khusus terhadap usaha mencari penyelesaian berfasa sekiranya diberikan mandat.

Katanya, program jelajah dan kempen yang diadakan di sekitar Ranggu malam ini bertujuan mendengar sendiri keluhan rakyat serta meyakinkan mereka bahawa GRS mempunyai hala tuju yang jelas untuk Balung.

“Isu di Balung ini adalah isu air, isu elektrik, isu jalan dan lampu jalan yang berada di bawah bidang kuasa Persekutuan.

“Untuk menyelesaikannya bukan perkara mudah, namun kerajaan negeri juga ada perancangan jangka panjang,” katanya.

Syed Ahmad berkata, bagi isu air, beliau sendiri telah menggariskan penyelesaian jangka pendek yang dilihat mampu membantu beberapa kawasan terjejas.

“Tidak akan sempurna, tapi ada caranya untuk mengurangkan tekanan isu air ini dalam masa terdekat, insya-Allah,” katanya ketika ditemui dalam ceramah kempen di Ranggu, baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, bagi lampu jalan dan sebahagian isu jalan raya yang berada di bawah kerajaan Persekutuan, segala tindakan tertakluk kepada keputusan agensi berkaitan.

“Lampu jalan di bawah kuasa Federal, bukan negeri. Jalan juga sebahagiannya di bawah Federal. Kalau jalan itu di bawah negeri, kita cari punca kerosakannya dulu.

“Selalunya rosak, repair, rosak, repair… tetapi jarang orang bertanya kenapa ia rosak. Itu persoalannya,” katanya.

Mengulas keyakinan diri sebagai calon pertama kali bertanding, Syed Ahmad berkata beliau berpegang kepada prinsip bekerja bersungguh-sungguh sehingga sesuatu tugasan diselesaikan.

“Bila saya masuk satu pertandingan ataupun kerja, saya akan buat sehabis baik sampai siap. Itu cara saya,” katanya.

Ditanya potensi kemenangan, beliau yakin dengan kekuatan jentera GRS serta sokongan tokoh berpengaruh di kawasan itu.

“Saya yakin dan percaya dengan sokongan mantan ADUN Balung, Datuk Hamild, sokongan Datuk Nizam, dan juga sokongan bapa saya sendiri, Datuk Seri Panglima Syed Abbas Syed Ali. Kita ada strategi menawan hati pengundi,” katanya.

Sebagai calon muda, Syed Ahmad menegaskan bahawa golongan belia perlu diberi perhatian serius kerana majoriti mempunyai minat dan keperluan yang jelas.

“Belia ini minat kepada sukan, pendidikan dan peluang pekerjaan. Jadi untuk menawan hati mereka, ada langkah-langkahnya. Kita fikir step by step,” katanya.

Beliau berkata GRS mempunyai pendekatan tersusun untuk memastikan suara dan keperluan belia di Balung tidak dipinggirkan.

“Insya-Allah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk menawan hati rakyat Balung,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2025 12:05 PM | Show all posts
Amy Search memeriahkan suasana kempen calon BN DUN Lamag
November 23, 2025, Ahad - 8:51am

KINABATANGAN: Datuk Amy Search memeriahkan lagi suasana kempen Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 (PRU17 Sabah).

Persembahan itu berjaya menarik ribuan penduduk untuk memenuhi lokasi program program sehingga mencipta suasana seakan konsert besar-besaran.

Menariknya, kehadiran bukan sahaja datang daripada peminat seusia ikon rock itu, tetapi turut dibanjiri remaja dan golongan belia yang hadir untuk berhibur dan melihat sendiri figura rock tanah air itu.

Fenomena ini menjadikan DUN Lamag antara lokasi paling meriah sepanjang kempen setakat ini.

Program yang menampilkan artis terkenal seperti Datuk Amy Search berjaya mencipta gelombang tersendiri dalam kempen PRU17 Sabah, sekali gus menunjukkan bahawa hiburan mempunyai tempat dalam demokrasi moden, terutama sebagai ruang yang menyatukan masyarakat pelbagai peringkat umur dalam suasana santai dan positif.

Rata-rata pengunjung menyifatkan acara itu sebagai satu pengalaman yang menggabungkan semangat kempen dengan elemen hiburan yang sihat, sekali gus memberi dimensi baharu kepada cara parti mendekati masyarakat setempat.

Antara penduduk yang membanjiri lokasi program diadakan.
MERIAH: Antara penduduk yang membanjiri lokasi program diadakan.
Kemeriahan pada majlis itu menjadikan Lamag terus menjadi tumpuan, dan persembahan Amy kekal sebagai detik paling menonjol dalam hari ketujuh kempen calon BN DUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim berkata, penganjuran program yang menggabungkan hiburan dan kempen mencerminkan realiti baharu politik Sabah, di mana kempen perlu inklusif, meriah dan dekat dengan jiwa rakyat.

“Ia bukan lagi sekadar pentas ceramah, tetapi ruang sosial yang mencipta hubungan emosi antara rakyat dan calon,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pendekatan itu mampu menarik lebih ramai pengundi muda untuk terlibat dalam proses demokrasi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2025 12:06 PM | Show all posts
Razali tekankan nilai perubahan budaya kerja, komitmen turun padang
November 23, 2025, Ahad - 8:58am

KOTA KINABALU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, Datuk Mohamed Razali Razi@Bob menegaskan bahawa pilihan raya kali ini bukan soal memilih pemimpin yang lantang atau petah berbicara, tetapi memilih wakil rakyat yang benar-benar bekerja, turun padang, mendengar serta menyelesaikan masalah rakyat secara konsisten.

Berucap pada program Perjumpaan Keluarga Khairul Fahmi Gulam Rasul pada malam Sabtu, Razali menjelaskan bahawa budaya politik baharu perlu dibawa ke Darau dan Kampung Likas.

"Budaya yang menolak politik kebencian, tidak membezakan suku kaum, dan menekankan nilai keikhlasan serta amanah dalam perkhidmatan," katanya.

Tegas Setiausaha Eksekutif GRS itu, rakyat sudah terlalu biasa dengan pemimpin yang hanya muncul lima tahun sekali dengan pidato lantang, namun gagal membawa hasil.

“Tidak perlu pemimpin teriak sana, teriak sini tetapi hasilnya kosong. Yang penting adalah pemimpin yang rajin turun padang, dengar masalah, dan cari penyelesaian,” katanya.

Razali turut menarik perhatian bahawa sejak lebih dua tahun lalu, beliau dan pasukannya telah bergerak dari kampung ke kampung menyelesaikan pelbagai isu asas masyarakat.

Antara contoh yang dikongsi adalah pemasangan sistem CCTV pertama di Kg. Likas atas permintaan penduduk, bagi meningkatkan keselamatan tanpa perlu penduduk berjaga malam untuk rondaan.

Menurutnya, pemilihan pada 29 November ini adalah peluang memilih seorang pemimpin yang berfungsi sebagai jambatan rakyat, bukan untuk kedudukan atau gelaran, tetapi sebagai tempat rakyat mengadu dan mendapatkan penyelesaian.

“Saya bukan datang untuk menjadi Yang Berhormat, saya datang untuk menjadi jambatan kamu di Kg. Likas, menjadi mulut kamu untuk mencari penyelesaian,” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa jika kerajaan bertukar, banyak perancangan dan dasar yang telah dilaksanakan GRS berisiko dibatalkan, menyebabkan pembangunan kembali tertangguh.

Justeru, beliau menyeru pengundi mengekalkan kerajaan GRS bagi memastikan kesinambungan dasar dan projek pembangunan di Darau serta seluruh Sabah amnya.

Sebagai anak jati Kampung Likas, Razali merayu dengan rendah hati agar penduduk menilai dengan fikiran yang waras, bukan dengan emosi.

“Kita pilih bukan kerana suku, bukan kerana agama, bukan kerana sentimen. Pilihlah berdasarkan prestasi, kerja dan kemampuan membawa perancangan,” tegasnya.

Beliau memohon agar pertemuan itu menjadi pembuka hati kepada pengundi Kg. Likas dan Darau untuk memberi peluang kepadanya berkhidmat.

“InsyaAllah, dengan izin Allah, nombor 6 pada 29 November ini, itulah harapan kita untuk membawa perubahan,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2025 12:13 PM | Show all posts
Pendidikan awal asas bentuk masa depan anak: Aaron
November 22, 2025, Sabtu - 1:29pm

SIBU: Pendidikan awal merupakan asas yang paling penting dalam membentuk masa depan seseorang anak, kata Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang.

Menurutnya, pada usia inilah mereka belajar mengenal huruf, angka, warna dan bentuk, tetapi lebih daripada itu, mereka belajar mengenal dunia.

“Anak-anak kita belajar bagaimana berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah, mengurus emosi, serta berinteraksi secara positif dengan rakan-rakan mereka.

“Semua ini adalah kemahiran asas yang akan menjadi batu loncatan kepada kejayaan mereka di sekolah rendah, menengah dan seterusnya dalam kehidupan,” ujarnya pada Majlis Konvokesyen Tabika Perpaduan dan Program Pintar Kreatif Bahagian Sibu di Hotel Kingwood di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Setiausaha Politiknya Stephen William yang mewakilinya pada majlis tersebut.

Sehubungan itu, beliau percaya keberhasilan anak-anak hari ini juga adalah hasil sokongan tidak berbelah bahagi ibu bapa kepada Jabatan Perpaduan.

“Terima kasih kerana mempercayai Tabika Perpaduan sebagai tempat anak-anak memulakan perjalanan pendidikan mereka.

“Ingatlah bahawa pendidikan ini bukan berhenti di pintu tabika sahaja. Ibu bapa adalah guru pertama di rumah.

“Apabila kita sentiasa memberi dorongan dan contoh yang baik mengajar sopan santun, hormat-menghormati, disiplin dan kasih sayang, anak-anak kita akan membesar menjadi insan yang berakhlak mulia dan berjiwa Malaysia MADANI,” ujarnya.

Stephen (dua kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang murid perpaduan sambil disaksikan oleh Jendri (tiga kiri), Jelani (dua kiri) dan Wee.
Stephen (dua kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang murid perpaduan sambil disaksikan oleh Jendri (tiga kiri), Jelani (dua kiri) dan Wee.
Mengenai Program Pintar Kreatif yang dijalankan di Tabika Perpaduan, Aaron percaya program berkenaan dapat memberi ruang kepada anak-anak untuk meneroka minat, bakat dan imaginasi mereka.

“Apabila kreativiti dipupuk sejak kecil, mereka akan membesar menjadi generasi yang berani mencuba, tidak takut gagal dan sentiasa mencari jalan baharu untuk menyumbang kepada negara,” katanya.

Terdahulu, Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu Jendri Mangku dalam ucapannya memberitahu antara objektif penganjuran majlis berkenaan adalah untuk mengiktiraf pencapaian murid dalam pembelajaran, perkembangan sahsiah dan keterampilan sepanjang berada di Tabika Perpaduan.

“Pada masa yang sama, kita ingin meningkatkan keyakinan diri dan motivasi murid melalui pengalaman berada di pentas konvokesyen sebagai simbol kejayaan awal pendidikan.

“Mencungkil dan menyerlah bakat seni serta kreativiti murid yang berunsurkan elemen perpaduan, kenegaraan dan nilai-nilai murni,” katanya.

Sementara itu, seramai 88 murid Tabika Perpaduan Bahagian Sibu diraikan pada majlis tersebut yang menerima sijil masing-masing.

Turut hadir ialah wakil Ketua Polis Daerah Sibu ASP Wee Soon Guan, Pegawai Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak Cawangan Sibu Nur Syahirah Samsul dan Pegawai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Bahagian Sibu Jelani Ajang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2026 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.319673 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list