|
|
[Borneo]
Rumah Borak Borneo~Boleh bah, kalau kau
[Copy link]
|
|
|
good morning and happy Saturday!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah musnah terbakar, enam penghuni berjaya selamatkan diri
November 21, 2025, Jumaat - 2:32pm
LIMBANG: Enam penghuni berjaya menyelamatkan diri selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Buang Abai di sini, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 9.56 pagi.
Sejurus itu katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang bergegas ke lokasi yang jauhnya 14 kilometer dari balai.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang terbakar sepenuhnya.
“Anggota bomba berjaya memadam kebakaran sepenuhnya dengan menggunakan satu aliran 200 kaki dua nozel sumber air dari tangki jentera,” katanya.
Menurutnya, kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa kerana penghuni kediaman berjaya keluar dari kediaman semasa kejadian berlaku.
Operasi ditamatkan pada jam 11 pagi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hotel Marriott Miri lancarkan Projek Krismas Hajat edisi ke-19
November 21, 2025, Jumaat - 2:37pm
MIRI: Hotel Marriott Resort and Spa Miri melancarkan Projek Pokok Krismas Hajat edisi ke-19, meneruskan tradisi tahunan yang penuh makna dalam membawa kegembiraan kepada kanak-kanak istimewa menjelang perayaan Krismas.
Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, projek yang sudah menjangkau hampir dua dekad itu mencerminkan semangat keprihatinan, kasih sayang dan kebersamaan dalam komuniti setempat.
Beliau berkata sejak diperkenalkan pada 2006, projek berkenaan telah memberi manfaat kepada ribuan kanak-kanak daripada pelbagai organisasi termasuk Pusat Jagaan Sunflower, Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak, NASOM Miri, Rumah Jagaan Kanak-Kanak Methodist Miri dan lain-lain.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata, kakitangan Miri Marriott setiap tahun mengambil inisiatif menyediakan serta menyampaikan sendiri hadiah kepada kanak-kanak tersebut bagi memastikan setiap hajat dipenuhi dengan penuh keikhlasan.
Untuk tahun ini, seramai 169 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Sunflower dan Wad Kanak-Kanak Hospital Miri menyertai projek tersebut, dengan setiap hajat digantung pada Pokok Krismas Hajat sebagai simbol impian yang ingin direalisasikan.
Majlis pelancaran turut disertai 20 kanak-kanak dan 10 guru dari Pusat Jagaan Sunflower yang diberi penghormatan menggantung kad hajat mereka pada pokok Krismas, sekali gus menandakan pelancaran rasmi projek tahun ini.
“Apabila lampu pokok Krismas ini dinyalakan, biarlah ia menjadi simbol kemurahan hati dan perpaduan yang menyinari musim perayaan. Marilah kita terus menyebarkan kebaikan dan harapan, satu hajat pada satu masa,” katanya pada majlis itu malam Khamis.
Pada majlis berkenaan, Lee turut menyampaikan geran RM3,000 bagi menyokong projek itu.
Hadir sama ialah Pengurus Pelbagai Hartanah Marriot Miri dan Mulu, Eric Van Piggelen. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
BSDS 2025 Grand Finale kembali gegarkan Miri bermula hari ini hingga Ahad di Litar Permyjaya
November 21, 2025, Jumaat - 4:11pm
MIRI: Borneo Star Drift Series (BSDS) kembali ke bandar raya Miri untuk Grand Finale 2025, menutup tirai kejohanan dengan aksi mendebarkan yang menghimpunkan pelumba drift elit dari Malaysia dan Asia Tenggara.
Acara itu akan berlangsung dari 21 hingga 23 November di Litar Permyjaya, menawarkan hujung minggu penuh debaran, sambutan komuniti dan pengiktirafan antarabangsa terhadap perkembangan sukan permotoran di Sarawak.
Pengerusinya Andy Zen memberitahu seramai 21 pelumba dari Malaysia termasuk tujuh wakil Sarawak serta pelumba dari Thailand dan Jepun terlibat dalam acara ini.
Beliau turut berbesar hati menyambut kehadiran beberapa pemandu antarabangsa, termasuk Davide Dorigo dari Thailand, Toni Arakaki dari Jepun, serta Vernon Zwaneveld dari Holland.
Beliau memberitahu, kehadiran mereka menambahkan lagi sentuhan antarabangsa yang cukup bermakna kepada acara itu.
“Kita akan terus memajukan budaya drifting di Borneo serta menyediakan sebuah platform yang selamat, sah dan profesional untuk para peminat sukan permotoran,” katanya.
Dalam pada itu, BSDS diwujudkan bagi melonjakkan profil sukan permotoran di Malaysia Timur serta menyediakan platform profesional untuk bakat tempatan menyerlah di peringkat antarabangsa.
Kejohanan memberi laluan kepada drifter muda untuk beraksi di pentas global, di samping menyemai semangat kesukanan, kreativiti dan perpaduan dalam kalangan komuniti permotoran.
Antara kereta BSDS yang dipamerkan ketika sidang media di Dewan Bandaraya Miri, hari ini.
Antara kereta BSDS yang dipamerkan ketika sidang media di Dewan Bandaraya Miri, hari ini.
Dengan rekod penganjuran yang profesional, berintegriti dan berteraskan semangat komuniti, BSDS kini muncul antara kejohanan drift yang berkembang paling pesat di Asia Tenggara.
Orang ramai berpeluang menyaksikan aksi drift secara percuma, selain menikmati hadiah eksklusif, pameran kereta dan pelbagai aktiviti peminat sepanjang hujung minggu.
Antara pelumba utama yang bakal menghangatkan Grand Finale ialah Ryusei Akiba (Jepun), Daychapon 'Pond' Toyingcharoen (Thailand) dan Fish Lee (Malaysia), bersama pelumba elit lain dari Brunei, Indonesia dan rantau ini.
Setiap peserta membawa kemahiran serta gaya pemanduan tersendiri yang bakal menjanjikan pertarungan sengit bagi menutup musim 2025.
Grand Finale BSDS dijangka menarik peminat permotoran dari seluruh Malaysia dan negara jiran, sekali gus merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi setempat.
Antara kereta BSDS yang dipamerkan ketika sidang media di Dewan Bandaraya Miri, hari ini.
Antara kereta BSDS yang dipamerkan ketika sidang media di Dewan Bandaraya Miri, hari ini.
Penganjuran acara antarabangsa seperti itu memperkukuh lagi kedudukan Sarawak sebagai destinasi acara sukan dan gaya hidup, memanfaatkan hotel, restoran, pengusaha kecil serta penyedia perkhidmatan tempatan.
Hadir sama Presiden Persatuan Sukan Permotoran Sarawak, Senator Datuk Ahmad Ibrahim dan Timbalan Datuk Bandar Miri Kaunselor Ariffin Mohamad. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasukan Pusat Khidmat DUN Tg Batu bantu penduduk susulan banjir kilat
November 21, 2025, Jumaat - 4:24pm
BINTULU: Pasukan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu bertindak segera turun padang untuk membantu penduduk susulan menerima aduan beberapa kawasan perumahan di sini yang dilanda banjir kilat, malam Khamis.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, beliau memberikan penghargaan ikhlas kepada ahli pasukannya yang segera bertindak balas dan membantu penduduk yang terjejas.
Meskipun berada di luar Bintulu atas beberapa tugasan katanya, beliau sentiasa memantau dan akan bersama komuniti untuk memastikan penduduk dan penempatan mereka berada dalam keadaan selamat terutamanya ketika musim cuaca buruk.
"Sesiapa pun menghadapi kesulitan terutama pada ketika musim tengkujuh ini, mereka boleh menghubungi saya atau pasukan saya bagi memudahkan bantuan disalurkan dengan sebaik mungkin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pang berkata, Bintulu adalah tempat bersama justeru sentiasa berjaga-jaga dan kekal selamat semasa musim tengkujuh ini.
"Terima kasih juga kepada semua rakan sekerja barisan hadapan atas tindak balas dan dedikasi pantas untuk membantu masyarakat yang memerlukan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Projek RTP di SK St Anthony Bintulu giat dilaksana: Pang
November 21, 2025, Jumaat - 4:25pm
BINTULU: Pengubahsuaian pentas dewan sekolah, naik taraf siling pentas, pembaikan bilik sains sedang giat dilaksanakan di bawah projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu untuk Sekolah Kebangsaan (SK) St Anthony Bintulu di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, pengubahsuaian dan pembaikan termasuk naik taraf tersebut dilaksanakan susulan keadaan binaan kayu di bahagian terbabit telah usang.
Katanya, keadaan itu menimbulkan risiko keselamatan kepada para pelajar dan guru-guru sekiranya acara-acara besar diadakan di dewan berkenaan.
"Pengubahsuaian pentas amat penting untuk memastikan tempat tersebut lebih selamat untuk penganjuran aktiviti-aktiviti sekolah yang melibatkan pelajar," ujarnya,
Beliau berkata demikian semasa meninjau projek RTP di sekolah tersebut bersama pasukan Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu, pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Residen Bahagian Bintulu pada Khamis.
Pang berkata, bilik sains juga memerlukan pembaikan kerana beberapa kemudahan dan tingkapnya yang rosak.
Ujarnya, projek naik taraf ini telah diluluskan di bawah peruntukan RTP bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan lebih kondusif untuk pelajar dan guru.
Katanya, pendidikan adalah pelaburan terpenting dalam masyarakat sekali gus untuk melangkah ke hadapan Kerajaan Sarawak akan terus mendesak autonomi pendidikan yang lebih besar untuk meningkatkan pembangunan sekolah dan kemudahan pembelajaran yang lebih baik di negeri ini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MBM sasar perkasa semula Kempen Katakan Tidak Kepada Beg Plastik
November 21, 2025, Jumaat - 4:39pm
MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan melancarkan semula Kempen Katakan Tidak Kepada Beg Plastik sebagai usaha berterusan menjadikan bandar ini lebih bersih dan mampan.
Perkara itu dimaklumkan Datuk Bandar Miri Adam Yii kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli-Ahli Majlis di Dewan Bandaraya pada hari ini.
Yii menegaskan inisiatif itu kini akan diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) SDG 12 iaitu penggunaan dan pengeluaran bertanggungjawab, SDG 13 iaitu tindakan terhadap perubahan iklim dan SDG 14 iaitu hidupan di bawah air.
Menurut beliau, setakat ini para pengusaha pasar raya menunjukkan kerjasama yang baik dan MBM berharap kejayaan lebih besar dapat dicapai melalui pelaksanaan semula kempen itu.
Yii yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut turut menjelaskan MBM akan memperkasakan kembali kempen itu yang pernah dilaksanakan sebelum ini.
Melalui kempen tersebut katanya, pengguna akan dikenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik pada hari-hari tertentu.
Sejak 2018 katanya, MBM tidak lagi mengambil sebarang bahagian daripada kutipan tersebut kerana timbul isu pembayaran oleh pengendali pada tahun-tahun awal pelaksanaan.
“Objektif kita bukan duit. Matlamat kita ialah bekerjasama menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar Miri,” tegasnya.
Beliau berkata, MBM hanya berharap pengendali dapat turut menyokong kempen alam sekitar melalui sumbangan seperti hadiah atau cabutan bertuah apabila diperlukan.
Yii turut memaklumkan masyarakat Miri kini sudah semakin biasa membawa beg beli-belah sendiri, menunjukkan perubahan sikap positif ke arah gaya hidup tanpa plastik.
Datuk Bandar mengakui cabaran utama ialah mendapatkan kerjasama sepenuhnya daripada semua pengusaha.
Antara alasan diberikan oleh sesetengah pengendali sebelum ini termasuk kebimbangan hilang pelanggan jika tidak menyediakan beg plastik.
Buat masa ini katanya, MBM tidak menguatkuasakan tindakan tegas, namun berharap semua operator termasuk pasar raya kecil dapat menyertai usaha ini secara sukarela demi kebaikan bersama.
Beliau berkata, prapelancaran dan dialog diadakan bagi memastikan semua pengendali mengetahui perancangan serta persiapan sebelum pelancaran rasmi kempen. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
JBPM sedia tangani insiden kebakaran melibatkan EV
November 21, 2025, Jumaat - 4:42pm
SIBU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia menangani insiden kebakaran melibatkan kenderaan elektrik (EV) dan telah membuat persiapan rapi sejak dua tahun lalu bagi tujuan itu.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ir Ts Ahmad Izram Osman berkata, untuk itu pihaknya telah menjalinkan kerjasama dengan pengeluar kenderaan EV seperti BYD.
"Kita juga akan mengadakan kerjasama serupa dengan Tesla dalam masa terdekat untuk memperkukuh pengetahuan serta kaedah terbaik menangani insiden melibatkan teknologi bateri berkuasa tinggi itu," ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, hari ini.
Selain itu katanya, jabatan juga telah menghantar pegawai mengikuti kursus Train of Trainers (ToT) berkaitan pemadaman kebakaran EV di China selama dua minggu bagi melahirkan pakar rujuk dalam bidang tersebut.
"Daripada kursus itu, kita mempunyai kumpulan jurulatih terlatih untuk mengendalikan pemadaman kebakaran EV.
"Selain itu, kita juga mempunyai pegawai pakar penyiasatan khusus bagi kes-kes melibatkan EV," jelasnya.
Selain latihan di luar negara, Ahmad berkata, beberapa siri kursus turut dianjurkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bahru serta di Wakaf Tapai bagi meningkatkan kemahiran anggota dalam operasi pemadaman kebakaran EV.
Ditanya mengenai perbezaan antara kebakaran EV dan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), Ahmad menjelaskan kenderaan ICE ini mematuhi tatacara atau 'fire triangle' untuk berlakunya kebakaran.
"Tetapi kalau yang melibatkan EV, ia tidak menuruti formula 'fire triangle' itu.
"Sebab ia lebih kepada 'thermal runway,' di mana kita tahu bahawa binaan bateri EV ini terdiri daripada beribu sel-sel yang disambungkan secara siri untuk menghasilkan kuasa yang kuat untuk menggerakkan EV.
"Sebab itu, kadar untuk memadamkan kebakaran itu agak sukar sedikit, kecuali dengan latihan dan medium yang sesuai," jelasnya.
Mengulas tentang persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025, Ahmad menjelaskan JBPM telah bersedia dari awal, termasuk dari segi logistik, aset dan keanggotaan.
"Dan kita telah pun membuat rondaan sebab kita tahu MTL bermula pada bulan November ini.
"Sebenarnya kita sudah menghadapi pramonsun timur laut sejak awal lagi, di mana bulan September dan Oktober, kita tengok banyak tempat dah berlaku banjir dan sebagainya.
"Masa itu kita sudah bersedia untuk MTL dan untuk Sarawak, minggu depan kita lancarkan operasi MTL," jelasnya sambil menambah MTL dijangka berlaku sehingga Mac 2026.
Hadir sama ialah Ketua JBPM Zon Sibu Andy Alie, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah Abdul Mutalif Ja'afar serta yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan pastikan isu perparitan, kemudahan asas ditangani: Huang
November 21, 2025, Jumaat - 4:44pm
SARIKEI: Kerajaan akan terus memastikan isu-isu perparitan, banjir kilat dan kemudahan asas ditangani secara menyeluruh demi kesejahteraan rakyat.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, tumpuan tersebut merangkumi keperluan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, khususnya berkaitan sistem saliran dan pengurusan air.
“Baru-baru ini, melalui kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Sarikei, kita telah selesai melaksanakan kerja-kerja membersihkan saliran di Jalan Ming Chiang, di kawasan Sungai Meradong.
“Kerja-kerja telah disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan ia berjaya menangani masalah air bertakung, aliran air tidak lancar serta halangan pada sistem perparitan yang sebelum ini menjejaskan kawasan tersebut.
“Usaha sebegini juga merupakan kesinambungan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan luar bandar terus dipacu secara berperingkat dan seimbang,” kata Huang kepada media, semalam.
Terdahulu, Huang yang juga Ahli Parlimen Sarikei diwakili oleh Pegawai Pusat Khidmat Parlimen Sarikei Wong Soon Mee bersama Penolong Jurutera JPS Sarikei Puan Mary turun padang untuk meninjau keadaan saliran selepas kerja pembersihan siap dilaksanakan.
Menurut Huang, beliau akan terus memperjuangkan pembangunan infrastruktur asas di kawasan luar bandar.
“Ini bukan sahaja menyelesaikan masalah harian, malah turut meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan hidup penduduk setempat,” tegas Huang lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Majlis raikan kecemerlangan pelajar Tingkatan 5 2025 SMK Oya meriah
November 21, 2025, Jumaat - 4:47pm
DALAT: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya meraikan kecemerlangan pelajar Tingkatan 5 2025 dalam Majlis Graduasi dan Apresiasi yang berlangsung meriah di sekolah itu, hari ini.
Majlis yang memberi pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.
Dalam ucapannya, Fatimah merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah atas usaha menganjurkan majlis tahunan yang mampu menyuntik motivasi kepada pelajar untuk terus gigih melakar kejayaan pada masa hadapan.
“Kecemerlangan akademik bukan sekadar memperoleh keputusan peperiksaan yang tinggi, tetapi turut melambangkan disiplin, fokus dan ketekunan luar biasa,” ujarnya.
Beliau turut menzahirkan tahniah kepada Pengetua SMK Oya Tawaran Gani, warga pendidik serta ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang pendidikan anak-anak.
Fatimah (empat kiri) merakam kenangan bersama salah seorang pelajar penerima anugerah pada Majlis Graduasi dan Apresiasi Tingkatan 5 SMK Oya.
Fatimah (empat kiri) merakam kenangan bersama salah seorang pelajar penerima anugerah pada Majlis Graduasi dan Apresiasi Tingkatan 5 SMK Oya.
Berdasarkan keputusan SPM tahun lalu, SMK Oya memperoleh GPS 5.69 serta 96.18 peratus Layak Mendapat Sijil (LMS), melepasi peratus LMS peringkat negeri (94.11 peratus) dan kebangsaan (94.00 peratus).
Manakala bagi STPM, prestasi sekolah turut menunjukkan peningkatan apabila GPS meningkat daripada 2.59 (2023) kepada 2.62 (2024) dengan 100 peratus kelulusan.
Seramai 41 daripada 78 pelajar berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu yakin potensi SMK Oya mampu diketengahkan dengan lebih cemerlang pada masa hadapan melalui usaha berterusan semua pihak.
Selain akademik, kecemerlangan murid dalam kokurikulum turut membanggakan apabila pelajar SMK Oya mencatat 70 penyertaan keseluruhan di peringkat daerah, bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa sepanjang tahun ini.
Majlis apresiasi ini dianggap sebagai platform penting untuk memberi inspirasi dan perangsang kepada pelajar lain agar turut terlibat aktif dalam bidang kokurikulum. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki Filipina dicekup bersama dadah di Limbang
November 21, 2025, Jumaat - 4:48pm
LIMBANG: Padah berjinak dengan najis dadah sejak awal tahun ini, seorang lelaki warga Filipina dicekup kerana memiliki dadah dalam operasi bersepadu di kawasan Kampung Palas, Jalan Mendamit di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata, suspek ditahan pada jam 7.30 malam dalam operasi yang dijalankan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang.
Katanya, dalam serbuan itu suspek yang bekerja sebagai buruh kasar ditahan bersama satu peket plastik lutsinar berisi dadah disyaki jenis syabu beranggaran berat 0.40 gram.
“Hasil semakan mendapati suspek yang ditangkap tiada mempunyai rekod lampau dan dipercayai mula terlibat dalam aktiviti penagihan dadah sejak awal tahun ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya lagi, hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek didapati positif Amphetamine dan Methamphetamine.
Jelas beliau, suspek telah memasuki daerah Limbang untuk bekerja pada tahun 2020 melalui jalan laut secara haram dan didapati pasport suspek tamat tempoh semasa tangkapan dibuat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
46 individu ditahan dalam Ops Tapis Khas IPD Kuching, 17-20 November
November 21, 2025, Jumaat - 4:54pm
KUCHING: Seramai 46 individu ditahan dalam pelaksanaan Ops Tapis Khas Narkotik IPD Kuching yang dijalankan bermula 17 hingga 20 November lalu bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di sekitar bandar raya ini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, operasi tersebut membabitkan pelbagai bahagian di bawah JSJN IPD Kuching dan memberi fokus kepada kawasan titik panas aktiviti dadah.
“Daripada 46 tangkapan, dua individu ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dua di bawah Seksyen 39A(1), lima di bawah Seksyen 12(2), manakala 37 individu ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a).
“Daripada jumlah itu, lima turut dituduh di bawah Seksyen 39C kerana kesalahan penggunaan dadah berulang,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Sekitar pelaksanaan Ops Tapis Khas Narkotik IPD Kuching dari 17 hingga 20 November lalu. - Gambar IPD Kuching
Sekitar pelaksanaan Ops Tapis Khas Narkotik IPD Kuching dari 17 hingga 20 November lalu. - Gambar IPD Kuching
Operasi itu turut membawa kepada rampasan 1067.25 gram Methamphetamine dan 12 gram pil psikotropik dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM41,145.70.
Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Kuching untuk pertuduhan mengikut seksyen masing-masing.
Alexson berkata, kejayaan operasi tersebut adalah hasil risikan berterusan serta maklumat orang awam.
“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan pengedaran atau penyalahgunaan dadah kerana dadah adalah musuh nombor satu negara,” jelasnya.
Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui talian Hotline JSJN 012-2087222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak 017-5929211.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Empat ditahan dalam dua serbuan antidadah di Kuching
November 21, 2025, Jumaat - 4:58pm
KUCHING: Empat individu berjaya ditahan dan dadah jenis Methamphetamine bernilai RM41,017.80 dirampas dalam dua serbuan berasingan di sekitar Kuching baru-baru ini..
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, serbuan pertama dijalankan pada 18 November iaitu sekitar jam 10.45 malam.
Katanya, serbuan dilakukan di tepi Jalan Borneo melibatkan penahanan dua individu berusia 38 dan 26 tahun.
“Hasil pemeriksaan, polis menemui dua peket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki Methamphetamine seberat 7.02 gram dengan nilai anggaran RM772.
“Kedua-dua suspek turut didapati positif Methamphetamine dan Amphetamine serta masing-masing mempunyai satu rekod jenayah lampau,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Dadah yang dirampas daripada suspek. - Gambar IPD Kuching
Dadah yang dirampas daripada suspek. - Gambar IPD Kuching
Tambahnya, kedua-dua suspek direman selama dua hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata lagi, serbuan kedua dilakukan pada 19 November, sekitar jam 4.15 petang di Jalan Tun Jugah yang membawa kepada tangkapan dua lelaki berumur 33 dan 41 tahun.
“Pemeriksaan menemui satu bungkusan plastik bertulisan tertentu yang mengandungi Methamphetamine seberat 1059.10 gram bernilai RM40,245.80.
“Ujian saringan mendapati seorang suspek negatif dan seorang lagi positif dadah dan suspek berusia 41 tahun itu juga mempunyai empat rekod jenayah lampau,” jelasnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Alexson turut menegaskan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memerangi pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah,” tegasnya.
Beliau menyeru orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui Hotline JSJN (012-2087222) atau Hotline JSJN IPK Sarawak (017-5929211). |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Acara Krismas berskala besar di Empurau Farm & Resort bakal gamit tumpuan: Minos
November 21, 2025, Jumaat - 5:58pm
SERIAN: Satu acara Krismas berskala besar pertama seumpamanya bakal diadakan Empurau Farm & Resort, Tarat di sini bermula 24 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026 yang dijangka menarik ribuan pengunjung termasuk pelancong luar.
Bertemakan Christmas Extravaganza, acara itu akan menghimpunkan 112 vendor tempatan merangkumi makanan, minuman, seni, kraf serta produk tempatan, selain persembahan kebudayaan, kumpulan muzik, penyanyi tempatan dan satu kumpulan dari Kalimantan Barat.
Pengerusi Majlis Daerah Serian (MDS) Dato Peter Minos berkata, penganjuran program itu bukan sahaja akan mewarnai sambutan Krismas, malah menjadi pemangkin peningkatan kemasukan pelancong dan pengunjung ke daerah berkenaan.
“MDS berbesar hati memberi sokongan kerana acara ini sudah pasti membawa lonjakan pelancongan ke Serian.
“Ia juga selaras dengan dasar majlis untuk memperkasa sektor pelancongan, sama ada secara sendiri atau melalui kerjasama dengan pihak swasta seperti Empurau Farm & Resort serta projek Tecktonic & Sons di Danu Serian,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa MDS ketika ini sedang melaksana, menambah baik atau merancang lapan projek pelancongan utama di Serian, iaitu Air Terjun Ranchan, Bung Sadong Resort, Gua Silabur, Air Panas Panchor Dayak, Sungai Pesang, Tasik Riih Daso, Galeri Mentu Tapu Geddes dan Air Terjun Tarat Mawang.
“Apabila semua projek ini siap dan beroperasi dalam beberapa tahun akan datang, Serian berpotensi muncul sebagai pusat pelancongan berasaskan alam semula jadi yang melibatkan komuniti setempat,” ujarnya sambil menyatakan rasa bangga menjadi sebahagian daripada usaha pembangunan tersebut.
Acara Krismas anjuran Empurau Farm & Resort tersebut dibiayai sepenuhnya oleh kumpulan berkenaan dengan sokongan dan nasihat daripada MDS, sekali gus memperkukuh kerjasama awam-swasta dalam memacu pelancongan daerah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga buah dibenar berniaga di kawasan lapang Medan Selera: MDL
November 21, 2025, Jumaat - 6:01pm
LIMBANG: Majlis Daerah Limbang (MDL) membenarkan kawasan lapang Medan Selera dekat sini dijadikan tapak jualan untuk musim buah-buahan di Limbang ketika ini yang telah beroperasi sejak Rabu lepas.
Pengerusi MDL Kaunselor Sufian Mohat berkata, peniaga buah-buahan yang ingin berniaga buah-buahan perlu memohon kepada pihaknya untuk berniaga setiap hari di tapak itu sepanjang musim buah ketika ini.
“Kita telah membenarkan pihak peniaga untuk berniaga berhampiran dengan Medan Selera secara rasmi bermula Rabu lepas.
“Apa yang kita harapkan peniaga ini dapat mengambil maklum perkara ini agar tidak berniaga sesuka hati di bandar Limbang.
“Dengan berniaga di kawasan ini, ia memudahkan pengunjung serta pelancong yang datang dari Brunei untuk membeli tempat di tempat yang sama.
“Kita tidak membenarkan mereka berdagang di tepi bangunan yang lain kerana ia berkaitan aspek keselamatan selain aduan daripada peniaga-peniaga di bangunan atau premis kedai,” jelasnya kepada media hari ini.
Sufian berkata, keputusan itu dibuat bagi memudahkan peniaga buah berniaga di kawasan yang lebih selesa yang sudah ditetapkan.
Pada masa sama katanya, ia juga memudahkan penduduk setempat dan pengunjung luar terutama dari Brunei membeli-belah di kawasan berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
200 peserta dari pelbagai negara sertai HLI ASPAC Ke-24 di Sibu
November 21, 2025, Jumaat - 6:04pm
SIBU: Kongres Asia Pasifik Human Life International (HLI ASPAC) Ke-24 mengenai Iman, Kehidupan dan Keluarga bermula di sini hari ini, menghimpunkan kira-kira 200 peserta dari pelbagai negara untuk acara tiga hari itu.
Acara yang buat julung kali diadakan di Sibu itu menampilkan peserta dari India, Indonesia, Jepun, Filipina, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat, Itali dan Poland dengan majoritinya berasal dari Malaysia.
Dianjurkan oleh Human Life International (HLI) dan PKDKSS (Caritas Sibu), dengan kerjasama Keuskupan Sibu dan Pejabat Residen Sibu, kongres kali ini menyatukan pemimpin global, para penganut pelbagai agama yang berkhidmat dalam sektor awam dan swasta serta para advokasi yang komited mempromosi dan melindungi kesucian kehidupan manusia, kehormatan keluarga serta kekuatan iman dalam dunia masa kini.
Residen Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman berkata, tema kongres, 'Aku memuji-Mu kerana aku dijadikan begitu ajaib dan indah,' mencerminkan penghargaan mendalam terhadap martabat yang dikurniakan kepada setiap insan.
Beliau menambah tanpa mengira latar belakang atau kepercayaan, semua dapat mengakui kebenaran sejagat bahawa setiap kehidupan mempunyai nilai dan tujuan tersendiri.
“Dalam dunia yang berdepan pelbagai cabaran sosial dan moral, kongres ini menyediakan platform penting untuk dialog bermakna, persefahaman bersama serta pengukuhan nilai kekeluargaan dan komuniti,” katanya.
Wojciech (keempat kiri) melakukan simbolik perasmian Kongres Asia Pasifik Human Life International (HLI ASPAC) Ke-24 mengenai Iman, Kehidupan dan Keluarga di Sibu, hari ini. Turut kelihatan, (dari kiri) Ting, Poh, Hii serta yang lain. – Gambar Peter Boon
Wojciech (keempat kiri) melakukan simbolik perasmian Kongres Asia Pasifik Human Life International (HLI ASPAC) Ke-24 mengenai Iman, Kehidupan dan Keluarga di Sibu, hari ini. Turut kelihatan, (dari kiri) Ting, Poh, Hii serta yang lain. – Gambar Peter Boon
Teks ucapan Abang Mohamad Porkan dibacakan oleh pengerusi penganjur acara merangkap Presiden PKDKSS (Caritas Sibu) Eta Ting.
Beliau turut memuji penganjur kerana berjaya menghimpunkan pemimpin, pakar serta pejuang advokasi terkenal dari seluruh rantau.
“Dedikasi anda membincangkan isu berkaitan kehidupan, keluarga dan tanggungjawab moral menyumbang secara positif kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.
“Usaha sebegini membantu membentuk komuniti yang memelihara rasa hormat, belas kasihan dan aspirasi bersama untuk melindungi serta menghormati setiap individu,” katanya.
Tetamu kehormat acara tersebut, Duta Apostolik ke Malaysia dan Timor Leste serta Delegasi Apostolik ke Brunei Darussalam, Uskup Agung Wojciech Zaluski dalam ucapannya berkongsi mengenai kesucian institusi keluarga.
“Keluarga bukan sahaja tempat kehidupan bermula; ia juga tempat kasih sayang yang tidak pernah berakhir, dengan rela hati,” katanya.
Uskup Agung Kuching, Dato Dr Simon Poh pula menyeru supaya institusi keluarga terus dipelihara.
“Promosikan mentaliti prokehidupan, lindungi bayi dalam kandungan, wujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak, remaja dan golongan rentan, termasuk warga emas,” tegasnya.
Poh turut menggalakkan pembesaran saiz keluarga, sambil menegaskan bahawa keluarga di Asia semakin mengecil.
“Sarawak sedang mengalami penuaan populasi dan ini adalah trend yang turut berlaku di banyak negara lain. Mari kita galakkan dan promosikan idea untuk mempunyai keluarga yang lebih besar,” katanya.
Antara yang turut berucap ialah Ting, Uskup Sibu Rt Rev Joseph Hii, Pengarah Serantau Asia dan Oceania Human Life International Filipina Dr Ligaya Acosta serta Presiden Human Life International Amerika Syarikat Father Shenan J. Boquet. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
AADK gempur, musnahkan sarang pengedar dadah di Belaga
November 21, 2025, Jumaat - 6:09pm
BELAGA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak dengan kerjasama daripada Jabatan Imigresen Bahagian Kapit bertindak memusnahkan dua sarang pengedar dadah di daerah ini pada Rabu lalu.
AADK Sarawak dalam kenyataannya di Facebook rasminya berkata, dalam operasi cegah khas itu, pihaknya bersama-sama JIM Bahagian Kapit berjaya menahan 28 individu yang terdiri daripada 22 lelaki, tiga wanita dan tiga warganegara asing.
"Pihak AADK dengan bantuan ketua masyarakat turut bertindak memusnahkan pondok sementara yang dipercayai menjadi sarang pengedar bahan terlarang itu," jelasnya.
Terdahulu katanya, pada 18 dan 19 November ADDK turut mengadakan operasi serta program libat urus komuniti di sekitar Sungai Asap bagi memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Selain itu katanya, Cawangan Rawatan dan Pemulihan AADK Sarawak telah menjalankan aktiviti 'Home Visit' ke rumah klien melibatkan empat rumah panjang yang antara lain bertujuan bagi memantau perkembangan dan meningkatkan sokongan keluarga terhadap proses pemulihan.
Pasukan AADK dengan kerjasama JIM Bahagian Kapit semasa menjalankan serbuan ke sarang pengedar dadah di Belaga.
Pasukan AADK dengan kerjasama JIM Bahagian Kapit semasa menjalankan serbuan ke sarang pengedar dadah di Belaga.
"Program libat urus komuniti di Dewan Rumah Panjang Kulit berjaya menghimpunkan lebih 200 penduduk dan telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Belaga Bidah Lujah dan turut dihadiri Pengarah AADK Sarawak Abdul Hamediee Ibrahim.
"Antara pengisian program ialah sesi dialog serta perkongsian maklumat yang mana turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dari komuniti setempat," katanya.
Sehubungan itu katanya, AADK Negeri Sarawak akan terus mempergiat usaha pencegahan dan pemulihan secara inklusif melalui kerjasama erat dengan agensi kerajaan serta komuniti setempat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
36 individu ditahan dalam Ops Tapis Narkotik di Sibu
November 21, 2025, Jumaat - 6:26pm
SIBU: Seramai 36 individu ditahan dalam Ops Tapis Narkotik yang dijalankan secara proaktif dari 17 hingga 19 November lalu di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, operasi tersebut dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu sebagai usaha mempergiat tindakan memerangi penyalahgunaan dadah di beberapa lokasi panas.
"Daripada jumlah keseluruhan tangkapan, 33 lelaki dan tiga wanita ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
"Seorang suspek ditahan di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952, manakala empat lagi ditahan di bawah Seksyen 12(3) akta sama.
"Selain itu, seramai 31 penagih ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Zulkipli, operasi berkenaan turut membawa kepada rampasan 6.56 gram dadah disyaki syabu dengan nilai anggaran RM750 hasil serbuan sepanjang tempoh tiga hari tersebut.
Beliau berkata, kesemua 36 individu terbabit telah dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.
Seorang suspek dituduh mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952, empat dituduh di bawah Seksyen 12(3). manakala 31 lagi dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a), katanya.
Zulkipli menjelaskan Seksyen 39A(1) ADB 1952 memperuntukkan hukuman penjara dua hingga lima tahun serta tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 12(3) katanya, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) pula katanya, memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali, selain pengawasan selama dua tahun di bawah Seksyen 38B akta sama.
Sehubungan itu, Zulkipli menegaskan komitmen pihaknya untuk terus memperkukuh usaha membanteras pengedaran serta penyalahgunaan dadah di daerah ini.
Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti dadah agar tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat melalui hotline JSJN 012-2087222 (Bukit Aman) atau 017-5929211 (JSJN Sarawak).
Katanya, kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan usaha membanteras jenayah narkotik dapat dijalankan secara berkesan demi keselamatan dan kesejahteraan awam. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gereja Methodist Sarikei anjur Program Derma Darah, Ahad ini
November 21, 2025, Jumaat - 8:38pm
SARIKEI: Gereja Methodist Sarikei dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Sarikei akan menganjurkan Program Derma Darah, Ahad ini.
Program yang akan berlangsung di Unit Tabung Darah Hospital Sarikei itu akan bermula jam 9 pagi.
Objektif program adalah untuk mengutip darah yang akan disumbangkan kepada Tabung Darah Hospital Sarikei.
Sehubungan itu, orang ramai diseru hadir sama untuk menjayakan program tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Persatuan Kebajikan Prihatin hulur bantuan kepada mangsa kebakaran Long Loyang
November 21, 2025, Jumaat - 8:40pm
MIRI: Persatuan Kebajikan Prihatin Marudi tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran rumah panjang di Kampung Long Loyang, Tinjar Baram, sebagai sebahagian daripada misi kemanusiaannya.
Misi berkenaan dilaksanakan pada Khamis, diketuai Pengerusinya Annekiu Sipun yang turut mengetuai rombongan menyerahkan bantuan tersebut.
Barangan bantuan itu diserahkan kepada Hendry Abit daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Long Loyang dalam satu acara ringkas sebaik rombongan tiba di lokasi.
Rombongan berkenaan bertolak dari Marudi pada jam 8.30 pagi, dengan perjalanan mengambil masa kira-kira lima jam berikutan keadaan jalan yang sukar dilalui.
Menurut Annekiu, laluan dari simpang Lapok khususnya mencabar kerana menjadi berlumpur dan licin selepas hujan pada awal pagi.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penduduk Long Loyang atas kesudian menyediakan juadah dan minuman semasa kunjungan tersebut.
“Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga terjejas dalam proses pemulihan mereka,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|