|
|
[Borneo]
Rumah Borak Borneo~Boleh bah, kalau kau
[Copy link]
|
|
|
Ahli SUPP diseru berkhidmat secara konsisten
November 19, 2025, Rabu - 7:13pm
BINTULU: Ahli-ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu perlu berkhidmat secara konsisten, menyelesaikan isu sebenar dan terus berusaha membantu meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat di Bintulu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu merangkap Pengerusi SUPP Bintulu Johnny Pang berkata, kepercayaan yang diperolehi dengan susah payah ini daripada rakyat menuntut agar ahli-ahli parti bekerja dua kali ganda lebih keras untuk memenuhi harapan rakyat.
Katanya, teras masa depan kita adalah dengan hanya satu perkara iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Ahli-ahli parti mesti berpegang pada prinsip berkhidmat lebih daripada masa biasa dan lebih tekun selepas pilihan raya dengan mengambil tindakan konkrit untuk menyelesaikan isu-isu rakyat, pembangunan tempatan dan menjadikan Bintulu sebagai tempat yang selesa untuk didiami," ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa merasmi Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 SUPP Cawangan Bintulu di sini, semalam.
Pang berkata, dengan Pilihan Raya Negeri yang mungkin semakin hampir, perpaduan dalam parti adalah amat penting.
"Semangat keharmonian, kestabilan dan pragmatisme Sarawak mesti sentiasa diutamakan dalam membimbing kita ke depan," katanya sambil berterima kasih kepada semua ahli parti yang hadir pada mesyuarat itu.
Dengan semangat menyertai parti dan berkhidmat untuk parti, mengukuhkan perpaduan dan menentukan hala tuju masa depan parti, ia meletakkan asas yang lebih kukuh untuk fasa kerja seterusnya, tegasnya.
Kejayaan merampas semula kerusi Tanjong Batu daripada pembangkang selepas 20 tahun katanya, bukan pencapaian individu tetapi hasil usaha kolektif semua ahli parti.
"Saya ingin mengingatkan ahli parti agar kekal bersatu dan tidak terpengaruh dengan pengaruh politik luar memandangkan pragmatisme, keharmonian dan perpaduan Sarawak adalah kekuatan terbesar kita," katanya.
Justeru katanya, ahli-ahli parti perlu menegakkan slogan 'Sarawak Didahulukan' bagi menjaga kestabilan dan keharmonian serta memastikan negeri ini kekal sebagai model nasional dalam memperjuangkan nasib rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pembinaan jalan dari Merenbong ke Engkilili dijangka siap pada 2027
November 19, 2025, Rabu - 8:24pm
KUCHING: Projek pembinaan jalan sepanjang sembilan kilometer dari Merenbong ke pekan Engkilili melalui Bukit Tungku dan Klampo dijangka siap sepenuhnya pada 2027.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh berkata, projek bernilai RM34,666,275.67 itu merupakan antara infrastruktur penting di kawasan pedalamam Sarawak.
Pembinaan projek berkenaan katanya, akan dimulakan secara rasmi susulan majlis pecah tanah disempurnakan Mussen di Engkilili hari ini.
Apabila siap nanti jalan baharu itu akan memendekkan tempoh perjalanan berbanding ketika ini.
Turut hadir, Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia Mikai Mandau, Ahli Lembaga Jemaah Pengarah TEKUN Malaysia Jampi Tutong, Penghulu Lepang Garang dan Penghulu Temeling. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
APM Limbang bantu musnahkan sarang tebuan tanah di Kampung Menggatai
November 20, 2025, Khamis - 10:19am
LIMBANG: Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Limbang mengambil sekitar 30 minit memusnahkan sarang jenis tebuan tanah bersaiz sebesar tayar kereta kancil di Kampung Menggatai, Limbang pada malam Rabu.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Jumaat Akasas berkata empat anggota diketuai Koperal (PA) Nurul Najanadhirah Hadri dikerahkan ke lokasi jauhnya 18 kilometer sebaik menerima panggilan pada jam 7.30 malam.
“Sebaik tiba di lokasi, anggota meninjau lokasi yang dinyatakan dan menemui sarang serangga jenis tebuan tanah berukuran lebih kurang sebesar tayar kereta Kancil yang berada setinggi 10 kaki atas pokok getah.
“Kita melakukan pengoperasian dan berjaya memusnahkan sarang tebuan tanah menggunakan teknik membakar,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya sebaik memastikan keadaan selamat, pasukannya bergerak balik ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuad Kasih Sayang Pergerakan Wanita PBB Cawangan Machan santuni tiga penduduk di Kanowit
November 20, 2025, Khamis - 10:36am
KANOWIT: Skuad Kasih Sayang Pergerakan Wanita PBB Cawangan Machan menyantuni tiga penduduk di sini melalui program ziarah, baru-baru ini.
Pasukan itu menyumbangkan sebuah kerusi roda kepada Caroline Tibu yang penghidap sindrom Down dari Rumah Tibu, Nanga Bukong bagi membantu pergerakan hariannya.
Samsudin Sani yang kehilangan kedua-dua kakinya akibat kencing manis dan bapa mentuanya Nyambong Tamba yang uzur kerana faktor usia, juga menerima sumbangan.
Caroline menerima sumbangan kerusi roda daripada Skuad Kasih Sayang Pergerakan Wanita PBB Cawangan Machan.
Caroline menerima sumbangan kerusi roda daripada Skuad Kasih Sayang Pergerakan Wanita PBB Cawangan Machan.
Kedua-duanya berasal dari rumah panjang Simpang Jagoi/Lesih.
Setiausaha Pergerakan Wanita PBB Cawangan Machan Temenggung Madeline Bembang Lanting berkata pihaknya sebak melihat keadaan Samsudin yang kini tidak mampu bekerja.
Katanya, Samsudin bergantung sepenuhnya kepada isterinya untuk menyara keluarga termasuk lima anak masih bersekolah, selain menjaga ibu bapa yang uzur.
Majlis penyerahan bantuan di kedua-dua rumah panjang itu disempurnakan Bendahari Pergerakan Wanita PBB Cawangan Machan Kaunselor Belala Empawie.
Beliau mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden Gramong serta Ketua Wanita PBB Cawangan Machan Datin Sri Dato Catherine Gramong.
Program berkenaan turut disertai Exco Pergerakan Wanita PBB Cawangan Machan bersama wakil Ranting Machan, Ranting Bukong dan Ranting Germai. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki halang penjawat awam jalankan tugas didenda RM1,000
November 19, 2025, Rabu - 5:53pm
SARATOK: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Saratok hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas setelah didapati merokok di tempat makan.
Majistret Nurul Intan Fareena Zainal Abidin menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara lima bulan ke atas tertuduh yang mengaku bersalah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Tertuduh, 42, kemudian dibenarkan bebas setelah membayar denda tersebut.
Mengikut fakta kes, kejadian berlaku pada 19 Oktober 2025 sekitar jam 10.23 pagi di sebuah kedai makan Happy Food & Drink Centre Roban, pekan Roban.
Ketika itu, sepasukan pegawai penguat kuasa yang terdiri daripada penolong pegawai kesihatan persekitaran dan pembantu kesihatan awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Saratok menjalankan operasi di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (AKTA 852).
Tertuduh dikesan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(2) Jadual Pertama, Perenggan 3, No.4 iaitu merokok di kawasan larangan tempat makan (AKTA 852).
Namun apabila diminta untuk memberikan butiran diri bagi tujuan pengeluaran Notis Kompaun Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, tertuduh enggan memberi kerjasama dengan enggan memberi butiran peribadi kad pengenalan untuk pengeluaran Notis Kompaun dan telah bertindak melarikan diri daripada pasukan penguatkuasaan.
Insiden tersebut telah dirakam melalui kamera badan yang digunakan salah seorang pegawai penguat kuasa terbabit.
Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Saratok pada 20 Oktober 2025 dan satu kertas siasatan telah dibuka oleh Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Saratok Inspektor Henry Muji.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farhan Mohd Pauzi.
Pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Betong dan Pejabat Kesihatan Daerah Saratok ingin memberi peringatan kepada orang awam bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas rasmi.
Orang ramai dinasihatkan agar memberi kerjasama sepenuhnya semasa operasi dijalankan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti terpelihara. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelab Tinju Simanggang bersinar pada Twins Championship di Sri Aman
November 20, 2025, Khamis - 10:49am
SIBU: Kelab Tinju Simanggang sekali lagi membuktikan ketajaman bakat serta komitmen tinggi pasukan mereka apabila pulang dengan satu pingat emas dan tujuh pingat perak pada Twins Championship yang berlangsung di Stadium Tertutup Sri Aman, baru-baru ini.
Kejohanan yang bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang itu menyaksikan persaingan hebat antara peninju amatur dari pelbagai peringkat umur dan kategori berat, sekali gus menyerlahkan mutu penganjuran serta kualiti atlet yang bertanding.
Dalam aksi penuh bertenaga, Franaldo Chengir Lingam menjadi tumpuan utama apabila menghadiahkan satu-satunya emas buat Kelab Tinju Simanggang menerusi kategori weight (71–75kg) Open.
Kejayaannya itu dianggap simbol kekuatan dan disiplin latihan yang diterapkan oleh pasukan jurulatih.
Tidak kurang hebat, tujuh lagi peninju kelab berkenaan turut berjaya menaiki podium dengan meraih perak.
Mereka ialah Awang Fazizul Awang Abu (31–35kg) bawah 12 tahun (U-12), Zulalina Halim (41–45kg) U-16 (perempuan), Sahil Masino (46–50kg) U-17, Dayang Faiqah Awang Abu (51–55kg) U-18 (perempuan), Zuizal Halim (51–55kg) Open, Jonathan Robert Yusak (56–60kg) Open serta Muhd Asyraf Masino (46–50kg) Open.
Ketua jurulatih, Zulfiqar Halim, menyifatkan pencapaian itu amat membanggakan sebagai bukti usaha tanpa henti para atlet dan komitmen padu pasukan kejurulatihan.
"Keputusan ini menjadi pemangkin semangat bukan sahaja kepada mereka yang bertanding, malah kepada seluruh ahli kelab.
"Kami berharap lebih ramai belia tempatan turut terpanggil untuk menyertai sukan tinju dan bersama-sama mengharumkan nama daerah," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejohanan Piala Lau Swee Nguong 2025 akan berlangsung pada 21-23 Nov ini
November 20, 2025, Khamis - 10:31am
SIBU: Persatuan Skuasy Sibu bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Piala Lau Swee Nguong 2025 yang akan berlangsung dari 21 hingga 23 November ini di Pusat Skuasy Lau Swee Nguong di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart, di sini.
Penganjuran ini menandakan edisi kedua kejohanan berprestij tersebut yang diwujudkan sebagai penghormatan kepada mendiang Lau Swee Nguong atas sumbangannya dalam pembangunan sukan dan komuniti di Sarawak.
Menurut kenyataan media persatuan itu hari ini, kejohanan yang mendapat sokongan penuh daripada keluarga Lau Swee Nguong itu dijangka menarik perhatian peminat sukan skuasy dari seluruh negara dengan penyertaan besar melibatkan bakat-bakat muda serta pemain berpengalaman.
Kejohanan ini turut menjadi platform penting dalam mengasah bakat baharu di peringkat akar umbi.
“Seramai 96 pemain mengesahkan penyertaan mereka bagi edisi tahun ini, mewakili tiga wilayah utama iaitu Sibu, Miri dan Sabah.
“Daripada jumlah tersebut, 44 peserta adalah dari Sibu manakala 25 dari Miri serta 27 dari Sabah yang akan berentap dalam pelbagai kategori,” ujar kenyataan itu
Sebanyak 12 kategori pertandingan dipertandingkan merangkumi peringkat umur bawah 9 tahun hingga bawah 15 tahun bagi lelaki dan perempuan selain kategori terbuka individu dan beregu.
Penganjuran kategori pelbagai peringkat usia ini menggambarkan komitmen persatuan untuk meningkatkan mutu permainan skuasy secara menyeluruh.
Antara kategori tersebut ialah BU9, GU9, BU11, GU11, BU13, GU13, BU15 dan GU15 selain kategori Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita.
Turut dianjurkan ialah acara Beregu Campuran Terbuka dan Beregu Lelaki Terbuka yang dijangka menjadi tumpuan peminat.
Tarikan utama kejohanan ini adalah penyampaian Piala Lau Swee Nguong yang akan diberikan kepada juara kategori Lelaki Bawah 15 (BU15).
Piala tersebut hanya dianugerahkan kepada pemain muda yang menonjol dari segi prestasi, disiplin dan semangat kesukanan sepanjang kejohanan.
Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Skuasy Sibu pada Ogos lalu telah menyiapkan gelanggang beregu pertama di Sibu, menjadikannya antara pusat latihan yang semakin lengkap di kawasan tengah Sarawak.
Dengan kemudahan tersebut, pusat itu kini dilengkapi empat gelanggang tunggal dan satu gelanggang beregu.
Penambahan gelanggang tersebut membolehkan penganjuran acara berskala besar selain meluaskan akses latihan pemain tempatan kepada format beregu, seterusnya membantu membentuk atlet lebih versatil dalam sukan ini.
Ia turut meningkatkan kemampuan Sibu untuk menarik lebih banyak kejohanan di masa hadapan.
Persatuan Skuasy Sibu kini mempunyai 70 ahli aktif, diperkukuhkan dengan barisan jurulatih berpengalaman termasuk Aqeel Arslan sebagai jurulatih sepenuh masa serta dua jurulatih separuh masa Kong Sieng Chieng dan Phan Fuo Sz.
Mereka memainkan peranan penting dalam membimbing pemain pelbagai peringkat umur.
Sesi latihan dijalankan secara berkala di Pusat Skuasy Sibu iaitu dari Isnin hingga Khamis bermula jam 4 petang hingga 8 malam manakala sesi hujung minggu berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.30 tengah hari.
Latihan intensif ini bertujuan memastikan pemain berada pada tahap kecergasan dan teknik terbaik.
Persatuan turut mengalu-alukan pemain baharu untuk menyertai program latihan mereka.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Kong di talian 013-8313601 untuk maklumat pendaftaran dan jadual latihan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gimnas Sarawak merangkul kejuaraan Bawah 12 Tahun Kebangsaan
November 19, 2025, Rabu - 8:37pm
KUCHING: Sarawak melakar kejayaan tersendiri dalam Gimnastik Kumpulan Estetik (AGG) apabila merangkul kejuaraan Bawah 12 Tahun Kebangsaan pada pertandingan Siri 2 kali ini.
Pada pertandingan anjuran Persatuan Gimnastik Kumpulan Estetik Sarawak (SAGGA) dari 15 hingga 16 November di Kuching itu, gimnas Sarawak Cheerful Cremery dari Trek dan Tarian berjaya mengatasi para pencabar sebelum meraih kedua-dua gelaran berprestij.
Cheerful Cremery mengungguli acara Rutin Wajib Antara Sekolah U12 dan pingat emas Kategori Kumpulan U12 sekali gus menandakan pencapaian serta berkembangnya pasukan itu di negeri ini.
Bagi Siri Kebangsaan untuk 2025, ia di bawah Persatuan Gimnastik Kumpulan Estetik Malaysia (MAGGA) telah menampilkan tiga program utama iaitu IFAGG (Peraturan Antarabangsa), Program NAD (Penggredan) dan Program Sekolah AGG Peringkat Kebangsaan.
Dengan menghimpunkan sejumlah 155 gimnas dari Selangor, Perak, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak, acara yang diadakan di Dewan Sa’ati, Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu telah mempamerkan satu kebangkitan bakat baharu terutama dari Sarawak dalam kancah AGG Malaysia.
Menurut satu kenyataan, pasukan Sarawak diwakili gimnas dari Track and Dance, Spade Rhythm Dance Studio, Mine Dance Studio dan SJK(C) Chung Hua No. 6.
Dalam pada itu, SAGGA menerima suntikan semangat baharu selepas Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting mengadakan lawatan mengejut pada 15 November lalu.
Pada kunjungan tersebut, Ting menyampaikan kata-kata penuh semangat kepada para gimnas seterusnya menyokong usaha SAGGA untuk mengembangkan AGG di seluruh negeri.
Terdahulu, tuan rumah Sarawak turut merangkul gangsa untuk Kumpulan U18 menerusi gimnas Mined to Shine (Mine Dance Studio Sarawak). Manakala The Gifted Six (Track and Dance Sarawak) dan Six Stars (SJK(C) Chung Hua No. 6) turut cemerlang di bawah Kumpulan U10.
Tambah kenyataan itu lagi, acara terus mengukuhkan komitmen Sarawak untuk memupuk bakat muda gimnas Sarawak melalui Program Sekolah AGG yang menawarkan pertandingan yang berprestij, bengkel selain pengiktirafan pensijilan NAD.
Platform ini membantu pelajar membina kemahiran teknikal, kerja berpasukan, disiplin dan keyakinan yang merupakan kualiti penting untuk pembangunan jangka panjang.
Kemajuan Sarawak diperkukuh dengan kehadiran hakim bertauliah antarabangsa serta jurulatih terlatih yang kini berkhidmat di negeri ini membolehkan atlet AGG berlatih dan bersaing dengan standard teknikal yang lebih tinggi.
Kejayaan Siri 2 Kebangsaan turut mencerminkan kerjasama yang semakin meningkat antara MAGGA dan SAGGA sejajar dengan program bimbingan, penghakiman dan akar umbi yang terus memacu pengembangan AGG di seluruh negara. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
55 pasukan sertai Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa 2025 Ke-16 di Limbang
November 19, 2025, Rabu - 4:36pm
LIMBANG: Seramai 55 pasukan dari seluruh Sarawak serta Sabah dan Semenanjung, juga Brunei, bakal mengibar cabaran pada Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa 2025 edisi ke-16 yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad ini.
Presiden Persatuan Tarik Tali Bahagian Limbang (PTTBL) Kaunselor Sufian Mohat berkata, kejohanan menawarkan hadiah berjumlah RM112,000.
Menurutnya, juara bakal menerima wang tunai RM25,000, pasukan naib juara membawa pulang RM20,000 manakala pasukan ketiga menerima RM15,000, selain hadiah wang tunai bagi pemenang keempat hingga ke-16.
“Kita menerima penyertaan pasukan paling ramai setakat ini sebanyak 55 pasukan berbanding 46 pasukan tahun lepas.
"Peserta bukan saja dari Sarawak dan Limbang sendiri, tetapi dari Brunei, Sabah dan seluruh Semenanjung Malaysia.
"Kita amat berbangga kali ini mereka akan turun beramai-ramai untuk memeriahkan pertandingan tarik tali antarabangsa kali ini.
“Keseluruhan wang tunai yang akan direbut untuk semua kategori kejohanan ini sebanyak RM112,000,” katanya pada sidang media Persediaan Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa Edisi Ke-16 di Kompleks Sukan Limbang hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Daerah Limbang (MDL) berkata, pihaknya juga bercadang untuk menjemput pasukan yang digeruni dari negara lain terutama Chinese Taipei, India dan Afrika untuk kejohanan tahun depan.
Mengulas mengenai cadangan untuk mewujudkan litar tarik tali di utara Sarawak katanya, satu kawasan telah dikenal pasti iaitu di belakang Lapangan Rekreasi Limbang untuk kemudahan sukan lasak termasuk penganjuran kejohanan tarik tali.
“Cadangan pembinaan litar tarik tali ini sebenarnya ini adalah perancangan daripada pemimpin kita di Limbang berkaitan mewujudkan kompleks sukan untuk tarik tali di mana kawasan telah pun dikenal pasti di belakang Lapangan Rekreasi Limbang.
“Kemudahan ini bukan sahaja untuk tarik tali tapi untuk sukan lasak, drag untuk basikal dan sebagainya termasuk pertandingan tarik tali dan masih dalam perancangan MDL yang diarah untuk menghantar kertas kerja agar projek itu dapat dibawa dan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 atau 14,” katanya.
Kejohanan yang dianjurkan PTTBL itu merupakan cetusan ilham Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang pertama kali diadakan pada 2007 bagi merebut Piala Yang Amat Berhormat Premier Sarawak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
252 pemain terlibat dalam SUG 2 di Kelab Golf Bintulu
November 19, 2025, Rabu - 3:18pm
BINTULU: Seramai 252 pemain golf yang mewakili tujuh komuniti termasuk pemain kategori antarabangsa telah menyertai Kejohanan Golf Perpaduan Sarawak Ke-2 (SUG 2) di Kelab Golf Bintulu di sini pada hujung minggu lalu.
Pemain yang terlibat mewakili komuniti Iban, Melayu, Cina, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu dan kategori antarabangsa.
Kejohanan dua hari tersebut telah dirasmikan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.
Berucap pada kejohanan itu, Dr Rundi memuji jawatankuasa penganjur yang diketuai Francis Nanang atas kejayaan luar biasa dalam penganjuran acara itu.
"Ia diserlahkan oleh peningkatan penyertaan pasukan dan penyertaan pemain antarabangsa," ujarnya.
Beliau berkata, pihaknya berharap penganjur dapat mempertimbangkan menganjur edisi akan datang di luar Sarawak selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan penyertaan dan semangat perpaduan melangkaui sempadan negeri.
Sementara itu, Presiden Kelab Golf IGAT Bintulu Jeffrey Francis Harris berkata, pihaknya menghargai sokongan padu dan visi Dr Rundi.
Katanya, golf bukan sekadar sukan tetapi platform yang menyatukan komuniti, memupuk semangat setia kawan dan meraikan semangat kebersamaan.
Setiap pasukan yang menyertai kejohanan anjuran Kelab Golf IGAT Bintulu diwakili oleh 10 pemain Gross dan 15 pemain Nett.
Kejohanan itu menyaksikan pasukan komuniti Cina berjaya mempertahankan kejuaraan apabila muncul juara keseluruhan dan juara kategori Netthasil daripada prestasi meyakinkan dan konsisten sepanjang pertandingan.
Manakala juara kategori Gross pula disandang pasukan komuniti Orang Ulu.
Kategori Individu Terbuka Terbaik pula diraih Lee Ka Tiong dan Mohd Fazar memenangi kategori Terbuka Nett Terbaik, seterusnya Hendry Jen memenangi gelaran Nett VIP.
Jared Peru dan William Manggoi masing-masing muncul sebagai juara dalam kategori Tetamu Jemputan Gross dan Nett.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala dan Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Tan Sri William Mawan Ikom selaku penasihat SUG 2 dan pengerusi penganjur Francis Nanang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam senja dan salam Maghrib
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
salam dan selamat pagi semua
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Joniston rangka inisiatif baharu untuk perkasa komuniti Kiulu
November 20, 2025, Khamis - 12:23pm
KIULU: Beberapa inisiatif baharu dirangka khusus untuk manfaat komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu dalam manifesto calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi DUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai.
Manifesto berkenaan bakal menyediakan platform dan peluang baharu kepada komuniti Kiulu selain memperkukuh usaha sedia ada yang terbukti memberi manfaat kepada rakyat dari pelbagai peringkat.
Joniston berkata, antara inisiatif baharu itu termasuk mewujudkan Kiulu Market Hub, Co-Working Mini Hub, Pusat Koperasi Pertanian Kiulu, dan Program Niaga Wanita.
Katanya, usaha yang dirangka itu memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi tempatan, pemberdayaan komuniti, dan sokongan kepada usahawan belia.
“Kami mahu komuniti Kiulu mempunyai ruang selesa untuk mengumpul idea, berkongsi inspirasi dan juga membentuk daya kreativiti mereka.
"Komuniti di DUN ini juga boleh menggunakan platform yang mendorong mereka untuk meningkatkan sumbangan kepada ekonomi tempatan serta menjana pendapatan secara mampan,” katanya pada sesi walkabout di Tamu Pekan Nabalu di sini hari ini.
Pada program itu, Joniston menyerahkan manifesto kepada penduduk setempat dan peniaga sebagai rujukan terhadap inisiatif yang diketengahkan.
Menurutnya, program seperti Tabung Keusahawanan dan Kepimpinan Belia serta Tabung Pendidikan Kiulu, termasuk insentif pelajar cemerlang, insentif kemasukan universiti, dan dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga akan terus diperhebatkan.
Beliau berkata, sebagai kesinambungan pembangunan yang sedang berjalan, usaha akan terus dipergiatkan bagi memastikan pembinaan bangunan urusetia Daerah Kecil Kiulu dapat disiapkan.
Katanya, langkah untuk memperluas capaian internet, membuka lebih banyak jalan pertanian, memperkukuh peranan pelancongan, serta meluaskan program kemahiran akan diperkasakan untuk semua lapisan masyarakat.
Josniton berkata, manifesto berkenaan dibentuk untuk menyatukan komuniti Kiulu, memperkukuh semangat setempat, memacu pembangunan lestari, dan memastikan kesejahteraan setiap penduduk.
Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh komuniti untuk bersama-sama menyokong inisiatif berkenaan demi masa depan Kiulu yang lebih maju dan sejahtera. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Niklos komited buat pembaharuan di Bingkor
November 20, 2025, Khamis - 12:37pm
BINGKOR: Calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Niklos Ongoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor menawarkan dirinya untuk berkhidmat kepada rakyat kawasan itu setelah melihat sendiri cabaran harian yang dihadapi masyarakat, khususnya golongan peniaga, belia dan penduduk kampung.
Niklos berkata, keputusan beliau menceburi politik bukan kerana kepentingan peribadi, tetapi kerana rasa tanggungjawab terhadap komuniti tempat beliau dibesarkan.
"Berbekalkan pengalaman luas dalam sektor pelabuhan dan perkapalan, termasuk pernah memegang jawatan kepimpinan dalam sebuah syarikat perkapalan tempatan dan antarabangsa, saya percaya kemahiran yang dimiliki dapat diterjemahkan dalam bentuk khidmat kepada rakyat.
“Saya datang dengan hati yang terbuka, hanya mahu membantu sedaya yang mampu.
"Saya melihat sendiri kesusahan masyarakat kita, dan saya yakin kalau ada usaha bersungguh-sungguh, banyak perkara boleh diperbaiki,” katanya dalam satu sesi bertemu penduduk.
Jika diberi kepercayaan, Niklos beriltizam memperkasa peniaga kecil melalui latihan keusahawanan, peluang pasaran dan sokongan ekonomi.
Beliau turut menekankan keperluan pengurusan kampung yang lebih teratur agar setiap isu dapat ditangani secara cekap dan tersusun.
Dalam agenda pembangunan belia, Niklos merancang membuka kluster ekonomi baharu, khususnya dalam pertanian moden dan perniagaan digital, bagi memastikan golongan muda tidak terus berhijrah meninggalkan Bingkor.
Beliau berkata, potensi pertanian Bingkor wajar dimanfaatkan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi jangka panjang.
Selain itu, beliau memberi perhatian kepada usaha menaik taraf jaringan jalan kampung serta memajukan kebudayaan tempatan, termasuk cadangan mendirikan Rumah Kebudayaan Bingkor sebagai pusat seni, warisan dan aktiviti masyarakat.
Penduduk yang ditemui sepanjang sesi turun padangnya menyifatkan Niklos sebagai pemimpin yang merendah diri, mudah didekati dan benar-benar memahami keperluan rakyat.
“Beliau mendengar tanpa menyalahkan sesiapa. Itu yang membuat kami percaya dia datang untuk bekerja, bukan sekadar berjanji,” kata seorang peniaga di Pekan Bingkor.
Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 (PRU17 Sabah) DUN Bingkor menyaksikan persaingan sengit dengan pertandingan 10 penjuru, majoritinya muka baharu dan anak muda, sekali gus mewarnai kempen politik di kawasan ini.
Antara calon yang bertanding ialah Rafie Robert (GRS), Kennedy John Angian (UPKO), Haryady Antutu (GAS), Benedict Martin Gunir (WARISAN), Thomas Anggan (PKS), Kenolee Justine (PIS), Niklos Ongoh (KDM), Ahamin Salim (Bebas), Datuk Mohd Ishak Ayub (STAR) dan Solzah Sual (SPP).
Bagi Niklos, perjuangannya adalah untuk membina Bingkor yang lebih sejahtera dan maju secara inklusif.
“Jika amanah ini diberi, saya akan bekerja sepenuh hati untuk rakyat Bingkor,” katanya.
Dengan pendekatan yang merendah diri, visi yang jelas dan sokongan masyarakat yang semakin meningkat, Niklos yakin mampu membawa perubahan positif kepada Bingkor pada pilihan raya kali ini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ELMU anjur seminar perkasakan kesiapsiagaan forensik negara
November 20, 2025, Khamis - 1:56pm
KOTA KINABALU: Enforcement, Leadership and Management University (ELMU) melalui Crime Science Institute (CSI) akan menganjurkan seminar bertajuk Adopting a New Approach in Disaster Victim Identification via Rapid DNA pada 25 November ini di Dewan Besar ELMU, Bandar Enstek, Nilai.
Seminar yang dijadual berlangsung dari jam 10 pagi hingga 2 petang itu bertujuan memperkukuh kesiapsiagaan forensik negara serta memodenkan keupayaan Identifikasi Mangsa Bencana (DVI).
Pengarah Projek, Penyelidikan CSI, Kumpulan ELMU, Kurian Thomas, berkata program berprofil tinggi itu akan mengumpulkan pakar akademik, penyelidik forensik serta penggiat industri bagi meneroka potensi teknologi Rapid DNA dalam mempercepat proses identifikasi mangsa ketika bencana.
“Seminar ini menegaskan mandat teras CSI untuk memacu penyelesaian berasaskan penyelidikan dan teknologi dalam bidang sains jenayah, keselamatan awam dan keselamatan negara, selari dengan amalan terbaik antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Thomas berkata, majlis turut dirasmikan oleh Naib Canselor ELMU, Prof Datuk Dr Kassim Noor Mohamed, sekali gus memperlihatkan komitmen universiti dalam mengukuhkan ekosistem sains forensik serta meningkatkan kesiapsiagaan kecemasan negara.
Beliau berkata, antara pembentangan utama ialah ucaptama bertajuk Strengthening Malaysia’s Disaster Risk Reduction Framework through Integrated Disaster Victim Identification (DVI) Systems oleh Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Daya Tahan ELMU, Dr Rabieahtul Abu Bakar.
“Pembentangan itu akan mengupas landskap semasa tindak balas bencana negara dan keperluan mewujudkan rangka kerja forensik bersepadu antara agensi yang disokong sistem data integratif dan perancangan kesiapsiagaan yang proaktif,” katanya.
Turut membentangkan kertas kerja ialah Lewis Shaw, Saintis Aplikasi Lapangan dari ANDE Corporation, Amerika Syarikat, yang akan berkongsi pengalaman antarabangsa penggunaan Rapid DNA dalam bencana global dan operasi penguatkuasaan undang-undang.
Thomas, yang juga Ketua Pegawai Teknologi ELMU, berkata seminar berkenaan turut menyingkap pemprosesan DNA di lokasi kejadian, identifikasi mangsa peka masa, strategi tindak balas antara agensi serta pertimbangan etika dalam teknologi biometrik.
“Peserta juga berpeluang menyaksikan demonstrasi langsung sistem Rapid DNA oleh ANDE Corporation yang mempamerkan aliran kerja profil DNA automatik menggunakan platform mudah alih.
“Acara ini menjadi langkah penting dalam mengukuhkan infrastruktur forensik negara dan memajukan misi CSI untuk membentuk komuniti lebih selamat serta berdaya tahan,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sokongan rakyat dorong Rina pertahan Kukusan sebagai calon Bebas
November 20, 2025, Khamis - 2:53pm
TAWAU: Sokongan akar umbi yang tidak putus-putus menjadi pendorong utama kepada penyandang ADUN Kukusan, Datuk Rina Haji Jainal, untuk menawarkan diri mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya ini sebagai calon Bebas.
Menurutnya, keputusan itu bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya lahir daripada hasrat untuk memastikan perjuangannya selama ini yang berteraskan suara rakyat dapat diteruskan tanpa sebarang tekanan atau kepentingan politik mana-mana parti.
“Perjuangan saya kini bukan lagi terbatas kepada kepentingan parti. Fokus saya hanya satu iaitu suara rakyat.
“Sebagai calon Bebas, setiap tindakan dan bantuan yang disalurkan adalah mengikut keperluan komuniti, bukan agenda politik,” katanya ketika ditemui pada program Dapur Ke Dapur di Kampung Tengku Osman, di sini.
Beliau berkata platform Bebas memberinya ruang berkhidmat dengan lebih jujur tanpa kekangan parti atau syarat tertentu.
“Saya tidak pandai berjanji, tetapi saya sentiasa membuktikan melalui kerja yang telah dibuat.
“Jika ada yang mahu memberi gelaran apa sekalipun, tidak mengapa, asalkan jambatan boleh dibina, peruntukan dapat turun, kampung dapat manfaat. Itu yang penting,” katanya.
Rina turut menegaskan bahawa kesinambungan pembangunan di Kukusan hanya dapat diteruskan jika mandat diberikan berdasarkan rekod kerja, bukan retorik.
“Segala pembangunan di Kukusan selama ini sama ada pendidikan, usahawan, infrastruktur mahupun kesejahteraan komuniti bukan muncul dalam sehari. Ia hasil kerja bertahun yang rakyat sendiri saksikan.” Katanya.
Menurutnya, ramai wanita di Kukusan sekadar mahu bekerja dan mencari rezeki, bukan terlibat dalam politik.
Sebab itu beliau mengangkat perjuangan yang memberi ruang dan peluang kepada golongan wanita, belia dan keluarga tanpa prejudis kepartian.
“Sokongan rakyat adalah kekuatan terbesar saya. Mereka mahu kesinambungan, mereka mahu suara yang benar-benar bekerja untuk mereka.
“Itu sebab saya kembali bertanding sebagai Calon Bebas, demi aspirasi pembangunan yang belum selesai dan masa depan Kukusan,” katanya.
Sementara itu, penduduk Kampung Tengku Osman, Roslinda Yugi, berkata beliau sendiri menjadi saksi usaha Rina, sama ada ketika berada dalam blok kerajaan ataupun pembangkang.
“Datuk Rina banyak membantu rakyat Kukusan. Bukan sekadar kata-kata, tetapi kerja nyata, contohnya kawasan depan rumah kami yang selalu berlumpur setiap kali banjir.
“Jalan itu menyukarkan kami untuk keluar masuk, lebih-lebih lagi penduduk berhampiran sungai. Dengan bantuan Datuk, kawasan itu telah dikonkritkan dan sangat memudahkan kami.” Katanya.
Roslinda berkata, rekod pembangunan, perhatian terhadap pendidikan, sokongan kepada usahawan serta keprihatinan terhadap komuniti menjadikan Rina terus menerima kepercayaan penduduk. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|