CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1698|Reply: 20

‘Kemoterapi, era baharu saya’ – Elyana sambung rawatan kanser?

[Copy link]
Post time 17-11-2025 09:49 PM | Show all posts |Read mode





Terus kuat, penyanyi dan pelakon Elyana kekal tenang walaupun perlu meneruskan sesi kemoterapi bagi rawatan kanser limfoma yang dihidapinya.


Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 38, berkata prosedur yang perlu dilaluinya semula itu disifatkan sebagai satu fasa yang baharu.


“Kemoterapi. Era baharu saya,” tulisnya pada kapsyen video yang dikongsikan dalam Instagram.


Menerusi klip tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu kelihatan berada di katil hospital sedang menjalani prosedur kemoterapi.


Elyana tampak ceria apabila menyanyi mengikut rentak lagu sambil sesekali kamera fokus kepada bahagian tangan yang dilekat jarum dan tiub cecair ubat.


Menerusi ruangan komen, ramai meniupkan kata-kata semangat selain menganggapnya sebagai pejuang kanser berhati waja.


“Terus kuat ye adik. Moga satu hari nanti adik sembuh dapat sepenuhnya,” kata seorang pengikut.


“Elyana pejuang kanser yang kuat. Semoga Elyana sentiasa sihat dan dikembalikan semula kesihatan seperti dulu,” tulis netizen.


Sebelum itu, dia turut berkongsi beberapa hantaran lain di Instagram Story mengenai keadaan kesihatannya serta perubahan rutin harian.


“Pukul 3 (pagi) bangun, pukul 4 bangun, pukul 5 bangun, tak boleh nak tidur, sakit badan macam angin.


“Sekarang kita baru masukkan ‘control lock’ ubat angin kat dalam ni dan kembung sangat, perut keras, badan tak selesa nak tidur macam kena picit belakang sebelah kiri.


“Saya pun dah sapu minyak angin,” katanya menerusi siri perkongsian dibuat.


Terdahulu, sekitar dua tahun lalu dia mengumumkan berita gembira disahkan bebas daripada kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.


Sebelum itu dia hanya mendedahkan dirinya adalah penghidap kanser limfoma tahap empat ketika menyertai program Gegar Vaganza (GV) pada tahun 2017.


Elyana berkahwin dengan ahli perniagaan usahawan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan mereka dikurniakan anak perempuan Cinta Sumayyah, selain seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani, 6.


Sumber: -KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2025 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
here we go again
bertabah lah el
moga dipermudahkan urusan rawatan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kali juga ya sheols buat kimo. Tak sangka panjang umur sheols.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga terus kuat ya
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan hari tu dia umum dah cancer free ke?

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 09:42 AM | Show all posts
kanser ni boleh relapse.. dlm tempoh 5 tahun slps sembuh mmg kena berjaga2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2025 10:00 AM | Show all posts
Relapse ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 10:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2025 01:00 PM | Show all posts
zehra2 replied at 18-11-2025 09:42 AM
kanser ni boleh relapse.. dlm tempoh 5 tahun slps sembuh mmg kena berjaga2..

Arwah bapak weols mcm tu la, mmg exactly lpas 5 tahun. datang dgn agresif skli. walau ctscan tahun sblmnya xde pape.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 02:14 PM | Show all posts
GWS....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 02:35 PM | Show all posts
relapse ni yg bahaya...... semoga cepat sembuh opie
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Get well soon..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
patutlah ada nampak dia buat live TT 2x atas katil
rajin eh dia buat live
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Gws nana....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 07:49 AM | Show all posts
sebenarnya bila duduk dekat wad cancer ni, kalau patient ni tak ada orang teman, senang akan rasa anxiety, depressed..
i pengalaman jaga arwah ibu, dekat wad cancer hospital besar n IKN.. setiap hari you akan dengar bad news(cell cancer merebak/ubat chemo tak berkesan/patient declare palliative) yang meninggal belum cerita lagi.
orang sebelah katil yang you jumpa minggu ni time buat chemo, 2 minggu lagi datang nurse bagitahu dah meninggal. itu yang I rasa.
sebagai penjaga pun kita dah boleh kena anxiety, apalagi pesakit. maybe dia nak cari kawan berbual n at the same time boleh bagi semangat & doakan dekat dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2025 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ubat doc nordin darus tak berkesan dah ke
Haritu dia yg over claim kata ubat tu kasi dia sembuh

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
moga cepat sembuh. kanser mmg boleh relapse. kena jaga mkn dlm tempoh 5 thn.
skrg ada byk kaedah rawatan.
dulu masa arwah adik botak sebab kimo leukimia, kita pun jd skinhead jugek.
rupa² nya susah nk pakai serkup tudung. bukan sebab licin tp melekat sbb akar rambut yg tajam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2025 09:32 PM | Show all posts
hopefully lah dengan teknologi AI yang berkembang skrg ni on the future boleh diapply kan AI ni dalam bidang perubatan untuk tackle penyakit2 berbahaya like cancer ie: AI boleh digunakan untuk ganti chemo untuk serang dan bunuh cell2 cancer more effectively
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2025 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam doc aisyah asmadi tak silap 3x kena kanser payudara. 1st masa dia study kat imu.




Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 1339 Replies : 60
V85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS di INGLEWOOD
taliaV85: Kisah HANIS HAIZI and the AMOUGOUS
Views : 4828 Replies : 317
Duduk Dalam Kampus Universiti Oxford Seminggu ~ Trend Apa Pulak Ni?
borneDuduk Dalam Kampus Universiti Oxford Sem
Views : 901 Replies : 32
Teruk Dikecam Netizen, Individu Kutuk Gigi Anak Erra Fazira Sebagai ‘Jongang’ Tampil Mohon Maaf - “FB Saya Kena Hack…”
ZORRO5555Teruk Dikecam Netizen, Individu Kutuk Gi
Views : 5175 Replies : 117
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1843 Replies : 1288
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 739 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 335963 Replies : 3375
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 45175 Replies : 869
Edisi SELAMAT TINGGAL 2025
telracsEdisi SELAMAT TINGGAL 2025
Views : 1088 Replies : 116
Update:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairul Aming Dah Dapat ‘Review’ Negatif Di Google
YgBenarUpdate:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairu
Views : 3135 Replies : 95

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2025 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.071711 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list