CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 270|Reply: 5

[Tempatan] Food Run Acara Larian Sambil Makan Di JB.Wajar atau tidak?

[Copy link]
Post time 17-11-2025 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Peserta Nikmati Pelbagai Jenis Makanan Semasa Acara Larian
Terbaharu, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Sha berkongsi suasana semasa menyertai sebuah acara larian di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.

Namun ia bukanlah acara larian biasa, tetapi sambil menjamu selera sepanjang perlumbaan 3 kilometer(KM) dan 5KM, Toppen Run & Food 2025 itu.
Menerusi video perkongsian, kelihatan ramai peserta sedang menghurungi gerai makanan (pit stop) yang terletak di sebelah jalan raya. Antara makanan yang tersedia adalah sandwich telur, burger Malaysia, karipap, air sirap dan banyak lagi.

Ia bukan sahaja disertai oleh golongan anak muda tetapi juga kumpulan keluarga bersama kanak-kanak.
“Kau rasa? Baru 1KM larian dia hidang benda-benda (makanan) macam ni. Memang lari leha-leha (santai) je la kita. Belum lagi dekat garisan penamat nanti,” kata Sha di ruangan kapsyen.

Lebih 10 Bufet Makanan Menanti Di Garisan Penamat
Bukan sahaja gerai kecil-kecilan malah ada juga food truck yang boleh membuatkan para peserta hilang fokus untuk berlari.
Difahamkan, acara Fun Run Food ini dianjurkan bersempena ulang tahun ke-6 pusat membeli-belah tersebut.
Menurut pengendali akaun !important]Facebook Toppen Shopping Centre, terdapat lebih 10 jenis bufet makanan menanti para peserta di garisan penamat sebagai ganjaran.

Peserta Rasa Berbaloi Hanya Perlu Bayar RM25 Untuk Penyertaan
Dalam satu hantaran lain, seorang peserta turut berkongsi hasil pungutannya selepas melibatkan diri dalam acara perlumbaan itu.

“Nama pun larian dan makanan. Nasib baik bukan lari ‘untuk’ makanan. 1.5KM kuih muih dan kordial. 2.8KM air buah serta buah potong,” kata peserta berkenaan.
Memang banyak sungguh makanan yang diterima. Popcorn, minuman manis, nasi lemak, nasi goreng, semuanya ada! Jelas wanita itu, yuran penyertaan sebanyak RM25 amat berbaloi dengan pengalaman dan juadah yang disediakan.

“Masih tercapai 5KM. Cuma kita memang tak kejar pace (kelajuan). Kali ni kejar makanan,” tambahnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2025 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah / Sultan Nazrin Shah kat Kuala Kangsar dah lama buat style macam ni, banyak stop makan2 yg org2 kg sediakan untuk runners. Antara sebab utama kenapa larian kuala kangsar ni cepat sold out tak sampai 24 jam. Bukan konsert je sold out ye
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh x buat kat zoo negara best juga sambil jalan2 tengok gajah kita pun mengajah juga.  Nak kuris dah x sempat tahun ni, kita start tahun depan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Abg..saiya mau tanya..itu maksud...kita kasi lari itu food ka?-Bangla
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya, Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 17-11-2025 06:53 PM
Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah / Sultan Nazrin Shah kat Kuala Kangsar dah lama buat style  ...

Boleh perkenalkan makanan local. Contoh roti puri, putu Perak etc
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bella Astillah sebak miliki mikrofon sendiri -“Lama sangat dia nantikan saat ini”
Tinot7Bella Astillah sebak miliki mikrofon sen
Views : 2560 Replies : 83
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 332172 Replies : 3340
Bersembang Tentang nombor V9
tudung_bawalBersembang Tentang nombor V9
Views : 4240 Replies : 6441
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 42764 Replies : 755
[Netflix 2025] YOU AND EVERYTHING ELSE - Kim Go Eun, Park Ji Hyun, Kim Gun Woo ~ 12 September 2025
Rahah[Netflix 2025] YOU AND EVERYTHING ELSE -
Views : 1714 Replies : 39
Suami Zizie Ezette,  Datuk Seri Bung Moktar Radin Meninggal Dunia. Al-Fatihah.
FarnorSuami Zizie Ezette, Datuk Seri Bung Mok
Views : 6102 Replies : 191
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 25302 Replies : 1499
YESTANE BUNIAN: Illuminati @ Freemason @ Satanic @ Dehumanization @ Depopulation @ Agendas @ Secrets
tumpanglalu74YESTANE BUNIAN: Illuminati @ Freemason @
Views : 136138 Replies : 253
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1100 Replies : 516
Kenapa Pompuan Melayu Sinonim dengan Bawang
Malaysia.DoomKenapa Pompuan Melayu Sinonim dengan Baw
Views : 39585 Replies : 231

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2025 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.053939 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list