CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 4299|Reply: 34

Lima bulan selepas kahwin, rumah tangga kami tak okey

[Copy link]
Post time 17-11-2025 02:22 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Selepas mengesahkan sudah bercerai, penyanyi Amylea Azizan mendedahkan rumah tangganya bersama bekas suami iaitu Mohammad Aqbar Mohamad mula berdepan masalah sejak lima bulan selepas mereka diijab kabul.

Sepanjang melalui pergolakan rumah tangga, Amylea, 38, mengakui apa yang berlaku memberi kesan kepada kestabilan emosinya, namun dia memilih untuk fokus kepada kerja sehingga mampu bangkit dan menjadi lebih kuat.

ADVERTISEMENT
Tech stock video 3 5Feb25Tech stock video 3 5Feb25
“Sebenarnya lima bulan selepas kami berkahwin, hubungan tu dah tak berapa okey. Saya ada dua talak, yang pertama pada Januari awal tahun dan talak kedua dua bulan selepas itu, memang sudah lama.

recommended by



“Memang saya melalui situasi yang agak sukar bagi saya sepanjang tahun lalu tapi Tuhan bagi kita ujian.

“Pada masa sama, Tuhan juga bagi jalan untuk keluar dan bila kita kerja, kita dapat ‘distract’ (alih perhatian) diri kita dari benda-benda itu semua secara automatiknya jadi kuat,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran pusat rawatan premium, Aluna Signature Bangsar, di sini, baru-baru ini.


Berkongsi lanjut, pelantun lagu Tak Pernah Hilang itu berusaha menjadi isteri terbaik memandangkan hasratnya untuk mempunyai sebuah keluarga harmoni.

“Saya tak pernah tinggi suara kepada dia. Saya memang mahu menjadi seorang isteri yang baik, dan juga menantu yang baik. Saya betul-betul berusaha sehabis baik.

“Saya hanya mahu kehidupan yang sederhana, menjadi seorang isteri. Itu sebenarnya salah satu impian terbesar saya tetapi perkara itu tidak menjadi,” katanya lagi.

Pada masa sama, dia tidak berniat menyembunyikan masalah rumah tangganya, sebaliknya masih berusaha menyelamatkan perkahwinan yang dibina pada November 2023.

“Saya juga bukanlah berniat nak sembunyikan dari media tapi saya rasa bila kita bersuara dalam keadaan sedih atau marah, kita mungkin akan terlebih kongsi atau cakap benda yang tak sepatutnya sampai menyesal.

“Jadi selepas saya betul-betul ‘move on’, baru saya umumkan perceraian saya. Saya habis idah dah lama, tapi baru umum.

“Saya tak nak kongsikan pada awalnya sebab menjaga hubungan dengan ibu mertua dan anak tiri sebab saya sangat baik dengan mereka jadi tak mahu mereka tersinggung,” jelasnya.

Malah, penulis lagu Seribu Tahun Lagi itu turut menceritakan cabaran emosi yang ditanggung dalam diam ketika rumah tangganya bergolak.

“Semakin besar cabaran yang saya lalui, semakin banyak Allah berikan saya rezeki. Rasa nak mengeluh pun tak boleh tapi saya sebenarnya sangat tertekan, memang sangat memeritkan.

“Bila pergi ‘shooting’, saya kena jadualkan waktu menangis supaya orang tak nampak mata saya bengkak dalam kamera.

“Bila orang tanya, apa khabar, jawab saja okey. Padahal sebenarnya saya tak okey, saya lalui derita saya seorang diri,” kongsinya.

Pada Oktober lalu, Amylea mengesahkan rumah tangganya sudah berakhir selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Amylea mendirikan rumah tangga dengan Aqbar atau lebih dikenali sebagai Ash pada 27 November 2023. – KOSMO! ONLINE




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2025 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ahahahha kuat merempan jugak ek sheols
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian jgk ngn amylea ni...selalu tak bernasib baik dlm bab cinta. Blom rezeki nk jmp jodoh yg baik kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 08:22 PM | Show all posts
eyhh throwback jap.. sheols pernah couple dgn nabil ahmad tu juga kan. x sure whether time tu heols tgh bertanding dlm raja lawak or after heols dah menang. mcm pernah nampak amylea post gambar diaorg berposing dpn cermin and amylea wish all the best to him
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo matematik fail ni. Kawin nov 2023, sekarang nov 2025, basically baru 2 tahun la kawin. Apanya selepas 3 tahun mendirikan rumahtangga. Pening akuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Semoga bertemu jodoh yg lebih baik dan terima dia seadanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2025 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bottombikini at 17-11-2025 09:20 PM

mcm shuk shahar lak wajah ex laki nye tuh

so skrg baru nak merentan
nak kite berjemaah teka teki ke sebab musabab kenapa kau serai
cerita terus jelah senang
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ritu kunun disclaimer siap2 nk cerai cara baik aka xnk bunyik dah lps cerai..ajet jurr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2025 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok interview dia, kesian... Mmg susah kalau kahwin ldr ni. Moga bertemu jodoh yg baik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
I sendiri tersebak tgk dia cerita yg impian dia nak bina keluarga tu.... Takpelah. Bersangka baik dgn Allah, ada yg lebih baik.... Btw amelia ni sejenis tak sombong jugak. Memanglah dia tak popular sangat2 tapi dia ada branding dia. And dia tak lokek  reply pm2 peminat. Banyak dah dia berubah i nampak... Semoga yg baik2 aje
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga bertemu jodoh yg berkekalan dan bahagia dunia akhirat. Gitu iols doakan utk amylea
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
baca smpi habis nk tau sebab serai. tapi berkias2 je. sabo je lah amy. cari matsaleh je lah pasni. mungkin lebih memahami. bak kata sakinah
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
I feel pity to her
InshaAllah Amelia, ada jodoh yang lebih baik
Keep strong girl
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian pulak tgk dia ni.
Dah la muka dia mmg jenis sad face
Semoga temui kebahagian
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia
Dengan roman kena sidai 10tahun kan..
Adeh
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Amylea thn dpn masuk la GV...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2025 10:17 AM | Show all posts
Sian dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 11:29 AM | Show all posts
kesian mungkin seribu tahun lagi eh gurau gurau
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 12:12 PM | Show all posts
kesian. dia ni dari sekolah kan kerja nyanyi kat club tolong ayah dia. lepas AF pun nyanyi lagi situ sebelum meletop dgn lagu hits
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 12:44 PM | Show all posts
shernazz replied at 18-11-2025 08:40 AM
Kesian dia
Dengan roman kena sidai 10tahun kan..
Adeh

roman who?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2025 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.049194 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list