CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1677|Reply: 28

‘Macam hijrah hanya diraikan kalau cantik ikut standard orang’ - Syasya Rizal

[Copy link]
Post time 16-11-2025 02:32 PM | Show all posts |Read mode





Bukan mudah untuk istiqamah, penyanyi Syasya Rizal berkongsi perjalanan hijrahnya termasuk pergelutan batin saat meninggalkan gaya hidup lama yang pernah mengangkat namanya dalam media sosial.


Ujar Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, godaan untuk kembali kepada imej lama sentiasa datang, seolah-olah ada sahaja suara yang cuba memujuknya menanggalkan tudung.


“‘Ala, skirt pendek saja pun. Semua orang pakai, menari sikit saja, bukan dosa besar pun.


“‘Yang penting dapat followers, dapat job, dapat duit’.


“Ayat-ayat tu dia ulang sampai hati dia mati rasa. Sampai dia percaya, dosa tu cuma content,” katanya dalam Threads.


Tambah bekas anggota Dolla itu, hidupnya berubah sebaik menutup aurat namun reaksi orang sekeliling pula tidak seindah yang disangka.


“Dahulu bila orang pandang, rasa disayang tapi lepas tutup aurat, pandangan sama berubah macam buat salah.


“Dahulu panggil dia ‘Queen’, sekarang sindir dia ustazah TikTok. Dahulu sokong? sekarang senyap,” luahnya.


Syasya mengakui usaha perubahannya untuk menjadi wanita dan individu lebih baik bukan sahaja dipandang sepi malah terasa seakan-akan hijrahnya hanya layak diraikan andai dia kekal cantik mengikuti standard masyarakat.


Namun dalam satu fasa rasa kehilangan, dia yakin Allah sedang membuka ruang untuknya kembali mengenal diri.


“Macam hijrah hanya layak diraikan kalau dia masih cantik ikut standard orang. Sampai satu hari, Allah buat rasa hilang dan dalam kehilangan itu? dia jumpa diri dia semula.


“Satu-satu video dan gambar lama dipadam. Bukan sebab malu orang tengok, tapi sebab malu Allah tengok,” ujarnya.


Paling penting kata ibu dua anak itu, dia sentiasa berdoa agar kekal istiqamah dan kuat mengharungi ujian dunia.


“Sejak hari itu, doa cuma satu. Ya Allah, jangan kembalikan aku kepada versi yang manusia sayang, tapi Kau tak redha,” tuturnya.


Turut bersimpati, rata-rata netizen tampil menzahirkan kata semangat, mendoakan Syasya terus istiqamah dalam hijrahnya serta menemukan cahaya selepas badai panjang yang pernah merantai jiwanya.


Untuk rekod, pada 8 April tahun lalu, Syasya membuat kejutan apabila mengumumkan undur diri daripada Dolla berikutan hal peribadi yang tidak dapat didedahkan.


Sejak keluar daripada kumpulan itu, dia mengambil keputusan untuk mula berhijab selain mengesahkan sudah bernikah dengan suaminya, Nasrullah Mohd Sapie pada 21 April 2024.


Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2025 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Helok juga sheolss sekarang. Tengok dolla now jadi macam mana.. Sexy tak hengat
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2025 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 16-11-2025 03:23 PM
Helok juga sheolss sekarang. Tengok dolla now jadi macam mana.. Sexy tak hengat

Acik porem suka kutuk dia

Rugi brenti sbb dolah mendonia..mendonia la sangat
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2025 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 16-11-2025 03:46 PM
Acik porem suka kutuk dia

Rugi brenti sbb dolah mendonia..mendonia la sangat

Tapaham juga kenapa acik porem suka hencap dia.. Meols tengok she ada effort la nak jadi normal muslimah wife and nyanyi pun cukup2 makan tak over tak kureng.. Sedang sedang ajaaa.. Moderate gituh
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2025 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
time2 ni dolla kena bash by agamawan ni la kluar brita ya

apapun ..dh smb belajar ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2025 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa bila issue dolla tgh panas, dia pun nk banyak cakap minah ni? kau duduk jelah dalam kain laki ko yg berlemuih tu sambil beranak tiap2 tahun

dari menyeksi, terus bertutup litup, terus hapus dosa ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2025 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga terus istiqomah hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2025 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak jadi pergi uskah?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2025 10:31 PM | Show all posts
Tgu abis degree.. ko jd cgu jela syasya
Kpm nk pkai org tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2025 10:45 PM | Show all posts
mulut orang bercakap beribu dik, tangan kita ada 2 je. jadi kita katup telinga kita. nak tutup semua mulut tak cukup tangan

dosa pahala aurat kita, kita yang tanggung dik, bukan diorang. so persetankan diorang semua. chuols tenang je tutup aurat ya

di hujung hari, di akhirat kelak, pandangan diorang semua takde makna.
di waktu itu, hanya kita, pilihan kita, amalan kita semasa hidup menentukan segalanya

kita hidup dan mati, di dunia sementara ni, sebagai hamba Allah dik
yang menjawab kat akhirat nanti, kita, bukan mulut-mulut orang
dan sewaktu mulut terkunci, anggota yang berkata. takde lagi tersurat tersirat
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Fesofall, siapa sayang ko sebelum ni atau sekarang? Ko rasa ko retis popular ke sebelum ni? Orang tak pandang sangat kot retis kpop wannabe, orang lagi pandang retis nyanyi lagu galau walaupun tak berapa cantik

Pastu nak suruh kita raikan dia berhijrah? Ko siapa dekkk
Budak sekolah setiap pagi sarung tudung pun takde acik forum nak raikan hari hari ko takyah feeling urban level yonna kesayangan semua tu. Yg tu bukak aurat ke tutup aurat ke semua nak raikan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 09:14 AM | Show all posts
Ko benti pun bukan sebab hijrah sangat kan... kemaruk nak kawin 'tiba-tiba' dengan Nobita sampai nenek pun tak tau...tiba-tiba baby edisi kalkulator... tiba-tiba kelubung.. konon nak berhijrah sambung belajar.. hujung2 dok bertempek menyanyi kat tiktok siang malam... SO?????
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 16-11-2025 03:23 PM
Helok juga sheolss sekarang. Tengok dolla now jadi macam mana.. Sexy tak hengat

Udah mcm nak jadi blackpink dak
Blackpink udah mcm pakai spender n menari erotik
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Hijrah celah mne nyahhhh...ko bkn non Muslim..lahir2 duk negara mmg Muslim dh pun...buat sbb Allah ke nk popular?muka so so kawen pun bersebab
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 12:28 PM | Show all posts
try la baca buku dia siapa aku? guna penname cahaya ammara.

utk tau apa yg dalam fikiran dia masa tu, iols recommend. utk jentik hati gitu.

tapi kalau uol pembaca yg perfectionist (format, spelling, etc), tak digalakkan beli.

sbb buku tu consider mahal gak rm45.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 02:51 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 17-11-2025 09:14 AM
Ko benti pun bukan sebab hijrah sangat kan... kemaruk nak kawin 'tiba-tiba' dengan Nobita sampai nen ...

paling tak leh blah bila orang persoalkan edisi kalkulator die tu, takde plak direct dia cakap, bukan anak saya bukan edisi kalkulator. berpusing-pusing jugak jawapan dia masa tu.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2025 02:53 PM | Show all posts
artis wanita yg betul2 berhijrah ikhlas kerana Allah ni aku yakin cuma Diana Amir je. yg lain2 tu bertudung sebab peminat duk puji cantik pakai tudung atau sebab nak jual lifestyle.  
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarberbisa replied at 16-11-2025 08:38 PM
kenapa bila issue dolla tgh panas, dia pun nk banyak cakap minah ni? kau duduk jelah dalam kain laki ...

sebab gitu je cara dia nak kekal relevan. Sejenis takleh berdiri atas kaki sendiri. Kalau meols jadi member dolla pon rengsek
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 17-11-2025 02:51 PM
paling tak leh blah bila orang persoalkan edisi kalkulator die tu, takde plak direct dia cakap, bu ...

yes, ni yg meols rasa jijik sikit dengan sheols. Padahal diri sendiri ada isu macam tu, hijrah diam2 sudah la patutnya. Ni acah sok suci pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2025 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 17-11-2025 08:03 PM
yes, ni yg meols rasa jijik sikit dengan sheols. Padahal diri sendiri ada isu macam tu, hijrah dia ...

Kalau iols jadi dia, terbukti benda tu tak berlaku, iols saman jah netizen tu. At least dpt permohonan maaf ke takpela kan.

By the way sheols lupe ke kontroversi termakan daging babi masa kt China tu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 43569 Replies : 782
Edisi SELAMAT TINGGAL 2025
telracsEdisi SELAMAT TINGGAL 2025
Views : 757 Replies : 62
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1386 Replies : 681
Update:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairul Aming Dah Dapat ‘Review’ Negatif Di Google
YgBenarUpdate:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairu
Views : 670 Replies : 26
Dijangka harga emas naik sampai 2026, cecah RM14,980 seauns
RalineDijangka harga emas naik sampai 2026, ce
Views : 10091 Replies : 77
Sherie Merlis & Hasnul Rahmat Hanya Kawan Rapat, Nafi Ada Hubungan Istimewa – ‘Dia Sahabat Baik, Selalu Beri Sokongan’
RalineSherie Merlis & Hasnul Rahmat Hanya Kawa
Views : 11549 Replies : 2
Impian melancong ke Korea berkecai.Rakyat Malaysia ditahan 10 jam sebelum disuruh balik Malaysia
AbahmungImpian melancong ke Korea berkecai.Rakya
Views : 1850 Replies : 62
[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION - Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu ~ 5 December 2025
Rahah[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION -
Views : 561 Replies : 21
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 25453 Replies : 1529
Benda boleh bincang,buat apa gaduh,Isu Rita Rudaini disaman Ydp Muafakat,Dr Asyraf Wajdi panggil dua pihak isu perbalahan
YgBenarBenda boleh bincang,buat apa gaduh,Isu R
Views : 176 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2025 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.058046 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list