|
View: 643|Reply: 9
|
[Tempatan]
Kedaulatan sebenar Pulau Pinang di bawah Kedah – Pas Kedah Oleh Khuzairi Ismail - 13 November 2025
[Copy link]
|
|
|
Kedaulatan sebenar Pulau Pinang di bawah Kedah – Pas Kedah
Oleh Khuzairi Ismail - 13 November 2025
KUALA LUMPUR – Pas Kedah menyokong langkah kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu kedudukan serta hubungan negeri itu dan Pulau Pinang dan menegaskan tidak akan sesekali berundur.
Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yahya berkata, tuntutan Kedah itu adalah jelas yang mana nilai pajakan Pulau Pinang dan pemberian pampasan terhadap pengambilan sumber air mentah daripada Sungai Ulu Muda harus ada semakan dan timbal balik.
Ironinya, menurut beliau, beberapa wakil rakyat DAP berulang kali menyebutkan tentang soal kedaulatan Pulau Pinang sehingga lupa bahawa Kedah juga ada kedaulatannya.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa Kedah seolah-olah ditindas haknya selama ini.
Dalam masa sama, beliau turut merujuk dokumentasi sejarah yang ditulis oleh sarjana R. Bonney bertajuk “Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence” yang telah menghuraikan perkara itu dengan lebih cermat.
"Kesimpulan daripada beliau adalah pengambilalihan Francis Light dan Syarikat Hindia Timur pada 1786 adalah tidak sah.
“Pendudukan Francis Light di Pulau Pinang telah “melanggar undang-undang antarabangsa” malah telah dianggap “membohongi Sultan Abdullah” ketika itu.
“Adakah hari ini mereka masih mahu bercakap soal kedaulatan?
“Bagaimana dengan kajian R. Bonney bahawa pendudukan Francis Light di Pulau Pinang sebagai tidak sah justeru meletakkan kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang masih di bawah kedaulatan Negeri Kedah?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam masa sama, beliau turut merujuk tuntutan Kedah itu berdasarkan Perkara 167(7) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara itu, jelasnya, menyebut Persekutuan hendaklah membuat pembayaran tahunan yang sama sebagaimana yang kena dibuat sebelum Hari Merdeka di bawah Perkara II Triti yang dibuat pada 6hb Mei 1869 antara Baginda Ratu pada satu pihak Raja Siam pada pihak yang satu berkenaan dengan Negeri Kedah.
Ujarnya, pajakan Pulau Pinang yang diterima oleh Kedah hari ini adalah RM10,000 iaitu pemberian wajib Persekutuan kepada negeri dan RM10 juta lagi tambahan yang bersifat pentadbiran.
Namun, tambahnya,dalam tempoh lebih 150 tahun lalu, tiada semakan dibuat terhadap nilai pembayaran pajakan tersebut.
“Apabila Kedah menyuarakan tentang hasrat ini, mereka kembali mengangkat alasan Pulau Pinang sebuah negeri yang berdaulat.
“Kerajaan Negeri Kedah kemudiannya mengambil langkah proaktif dengan membuat kajian menyeluruh semata-mata untuk menentusahkan kedaulatan sebenar Pulau Pinang.
“Maka, apa yang mereka begitu takutkan?
“Atau bimbang usaha “penghapusan etnik” Melayu di sana akan tergendala jika Kedah mengambil langkah yang lebih drastik?” soalnya.
Sebelum ini, Muhammad Sanusi memaklumkan, Kedah dalam fasa akhir memuktamadkan pelantikan pasukan guaman bagi memulakan tindakan perundangan berhubung isu kedudukan dan hubungan negeri itu dan Pulau Pinang.
Menurut beliau, langkah itu susulan keprihatinan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang menzahirkan keperluan supaya isu berkenaan dijelaskan secara telus termasuk perkara berkaitan pajakan. – MalaysiaGazette |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pi la bawak ke mahkamah. Ini berdegar2 je buat apa. Oh luoa kang nak kena kiarkan tin milo minta derma byr loyer lak. Tu pakai la zaid suh dia buat pro bono manatau leh menang pru kasi tun m jadi pm. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-11-2025 01:17 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by B40tastePosh at 14-11-2025 01:32 PM
Samerosie replied at 14-11-2025 11:41 AM
Pi la bawak ke mahkamah. Ini berdegar2 je buat apa. Oh luoa kang nak kena kiarkan tin milo minta de ...
Katanya dah difail kan ke Mahkamah cuma kerajaan Kedah sedang buat kajian selepas dapat green light dari Sultan Kedah . Sultan Kedah pula bertitah bila timbul pertanyaan dan persoalan dari rakyat Kedah.
Katanya tahun 2018 kerajaan Persekutuan ada bayar berjuta kepada Kedah... Membuatkan Kedah mengkaji semula nilai Pajakan.
Zaman British nilai Pajakan dalam Spanish Pound 10,000 pada zaman sekarang bersamaan RM9.8 juta setahun yang perlu dibayar Persekutuan kepada Negeri Kedah. Disebabkan Persekutuan yang mengiktiraf Pulau Pinang sebagai negeri dengan pajakan dari Kedah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada siapa nak klim Singapore? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-11-2025 01:36 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 14-11-2025 01:31 PM
Tiada siapa nak klim Singapore?
Kes Kedah - Pulau Pinang ni menarik, dia sama macam Peristiwa Pasir Salak.
Sebab Sultan Kedah langgar perjanjian. Dan berlaku pemberontakan, tapi dalam kes ni Seberang Prai kena ambil pula.
Sepatutnya pajakan Pound Sepanyol 10,000 kena bayar...dengan tambahan pajakan tambahan Seberang Prai tapi Kerajaan Malaysia bayar RM10, 000 je... Masa tumbang kerajaan Barisan Nasional, Persekutuan bayar berjuta pada Kedah. Tu yang timbul persoalan tentang value Pound Sepanyol tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-11-2025 01:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by B40tastePosh at 14-11-2025 01:41 PM
FOTHER-MUCKER replied at 14-11-2025 01:31 PM
Tiada siapa nak klim Singapore?
Persoalan yang timbul jika Malaysia benar benar merdeka dari British kenapa Persekutuan yang tolong sambung bayaran 10,000 kepada Kedah.
Dan Pulau Pinang tak tahu pasal bayaran tu.
Nampak di sini Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional sembunyikan sesuatu dan tidak telus.
Sebab seperti kita tahu bapa kemerdekaan Malaysia dari Kedah iaitu Tunku Abdul Rahman. Adakah beliau mendapat apa apa kepentingan, sama juga macam mana Malaysia kehilangan Natuna |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Serupe kirams nak tuntut sabah, 200 thn punye cerite. Dah tu kalu Siam nak tuntut kedah kite bg kedah free je la kot. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-11-2025 02:12 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by B40tastePosh at 14-11-2025 02:27 PM
kelapaparut replied at 14-11-2025 02:04 PM
Serupe kirams nak tuntut sabah, 200 thn punye cerite. Dah tu kalu Siam nak tuntut kedah kite bg keda ...
Pendapat aku memang takda perjanjian bertulis semasa Francis Light pertama kali menduduki Pulau Pinang.
Kemudian Francis Light berjanji nak bagi perlindungan kepada Kedah dari Serangan Siam dan Burma, tapi sebaliknya Francis Light bekerjasama perdagangan dengan Siam
Nenek moyang aku dari Selangor, Bernam dan Riau pernah bantu Kedah dalam perang ni juga.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-11-2025 02:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kelapaparut replied at 14-11-2025 02:04 PM
Serupe kirams nak tuntut sabah, 200 thn punye cerite. Dah tu kalu Siam nak tuntut kedah kite bg keda ...
Dalam rekod sejarah, British tak pernah bantu negeri Kedah melawan Burma dan Siam.
Dari situ dapat diketahui semua perjanjian British-Kedah itu tidak sah sehinggalah Kedah terpaksa hantar bunga Emas kepada Siam akibat penipuan British.
Bermaksud Pulau Pinang sekarang adalah hasil dari siri siri penipuan perlindungan oleh British kepada Kedah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-11-2025 02:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
Questionable legality: From the perspective of European international law at the time, the British had no valid claim to sovereignty, as the island was never territorium nullius (uninhabited territory). Historians have noted that the British could not justify their occupation in these terms. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|