CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 916|Reply: 15

[Dunia] Ramai terpedaya dengan Jurusolek Lelaki Menyamar Sebagai Perempuan 'Jelita' Untuk Perdaya Klien

[Copy link]
Post time 13-11-2025 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 13-11-2025 06:04 PM

Seorang jurusolek atau make up artist (MUA) dari Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat (NTB), menjadi tular di media sosial.
Bukan kerana kemahiran menyolek wajah kliennya, tetapi kerana penampilannya yang feminin seolah-olah seperti seorang wanita.

Netizen menggelarnya ‘Sister Hong versi Lombok’ selepas mengetahui bahawa individu tersebut sebenarnya adalah seorang lelaki.


Memetik dari laman tempatan Indonesia Detikbali, identiti sebenar MUA tersebut terbongkar selepas akaun Facebook @Diana_Arkayanti memuat naik foto pada Khamis lalu.

Dalam hantaran itu, kelihatan figura berhijab dengan wajah berseri (glowing) yang dikatakan sebagai jurusolek pengantin.
Walau bagaimanapun, perkara yang mengejutkan orang ramai ialah fakta bahawa figura tersebut bukanlah seorang wanita, sebaliknya seorang lelaki.


Daripada tinjauan pelbagai sumber, jurusolek itu dikenali dengan nama sebenar Deni, yang berasal dari Desa Mujur, Kecamatan Praya Timur, Lombok Tengah. Beliau mesra dipanggil Dea Lipa. Beliau difahamkan sentiasa memakai tudung/hijab ketika bekerja untuk menyembunyikan identitinya sebagai seorang lelaki.

Dalam kapsyennya, Diana menyebut MUA tersebut selama ini muncul dan berkelakuan sepenuhnya seperti seorang wanita. Malah, ramai lelaki dikatakan tertipu oleh rupa parasnya.

“Dia seorang MUA dari Lombok Tengah, dia bantong (lelaki) dan bertudung/berhijab. Sudah ramai lelaki tertipu kerana penampilannya memang tidak kelihatan seperti bantong jika dilihat sekilas pandang. Dia dipuja dan dipuji cantik, dia bertudung/berhijab,” tulis Diana dalam hantarannya.
Diana juga mempersoalkan sikap para tokoh agama dan adat yang dianggap membiarkan fenomena tersebut. Beliau meminta agar masyarakat tidak menormalkan perkara yang dianggap menyimpang. Sebaliknya, pada awal dia memuat naik foto tersebut, tidak ramai netizen yang menyerangnya.

“Pemangku adat dan pemimpin agama di kampungnya kenapa berdiam diri sahaja. Tolong, ini seorang jurusolek pengantin, jenis kelaminnya lelaki tetapi rutin harian dia memakai tudung/hijab, tolonglah, betul-betul tolong,” tulisnya.

Penularan hantaran ini menyebabkan beberapa bekas kliennya mengaku baru mengetahui bahawa Dea sebenarnya seorang lelaki. Seorang netizen malah mengaku adiknya pernah bercinta dengan individu tersebut.
“Nasib baik isteri saya dahulu hanya dipayas (dipasangkan sanggul) sahaja. Kalau yang menyolek wajahnya itu dahulu ada rakannya yang lain,” kata Ahmad Viqi, salah seorang bekas pelanggan Dea kepada detikBali.

Mangsa lain, Ahmad Anwar, juga mengalami perkara yang sama. Beliau malah sempat berbalas-balas mesej (chat-chatan) melalui WhatsApp dan sempat mendengar pesanan suaranya.

“Sungguh seperti perempuan. Saya tidak sangka dia itu lelaki. Suaranya dan wajahnya seperti perempuan seperti biasa,” tambahnya.
Anwar menambah, beliau mendapat maklumat kontak Dea daripada suami rakannya yang bekerja sebagai jurugambar. Kedua-duanya sempat berhasrat untuk bertemu, namun tidak jadi kerana komunikasi terputus.

“Dia (suami rakannya) ini pun tidak tahu. Saya hampir mengajaknya bertemu dahulu, cuma tidak sempat,” jelasnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2025 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik tembok.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi video dia jeling tu mmg nampak.cung juga..
Adeh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sangat jantannya
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangan jantan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat jepon tu patutnya blajaq drp mamat ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2025 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sangat rahang kau panjang.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 05:55 PM | Show all posts

sisthurrr... adakah kes ni macam dia.. tp bukannnnnn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2025 06:02 PM | Show all posts
shernazz replied at 13-11-2025 06:45 PM
Tapi video dia jeling tu mmg nampak.cung juga..
Adeh..

Ko laki ka pompuan? apasal aku nampak gaya dia macam pondan, jeling pondan.

still photo tu boleh lah nak adjust tapi video tak boleh nak menipu.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 06:13 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 14-11-2025 05:55 PM
sisthurrr... adakah kes ni macam dia.. tp bukannnnnn?

Eh dia tu siapa? Iols mmg puji tembok belakang dia tu. Dulu tembok rumah iola buat ala bali style mcm tu la carving2 tapi lubang2 tu kucin elok masuk and poo poo, sekarang dah tutup sebelah luar tp belah dlm still ada carving2 tu. Tu nak tukar style tembok tp malas pula nak cari org sbb iols fefeeling nak simenkan garden buat tema rock jungle pula. boleh? Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 06:24 PM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 14-11-2025 10:25 AM
Samerosie replied at 14-11-2025 10:13 AM
Eh dia tu siapa? Iols mmg puji tembok belakang dia tu. Dulu tembok rumah iola buat ala bali style  ...


lah bali concept ni so 2000s kan... masa meols beli rumah yg sekarang ni, previous owner tu buat bali concept ni.

tak termasuk pokok2 serabut serabai udah rupa apa je..

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
hahaha nama xleh blah Dea Lipa konon!
Dia Lupa dia lelaki lg tepat
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai tudung bawal je?


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 09:31 PM | Show all posts
masuk tandas mana? adoi serem. Gegirl sejati pun kkdg mcm lelaki. Masa kecik pnh kenal acik ni mukak kasar mcm lelaki , misai nmpk jelas. Tp bagusnya konpiden tinggi , melawa jugak pakai gincu. Ank pun ada. Ada satu kakak benggali pula berjambang , ai teka sbb cukur jd makin teruk.. Skrg ni byk sketlah pilihan cara nak atasi masalah2 mcm ni kan. Laser ke , bleach ke.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2025 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-11-2025 06:02 PM
Ko laki ka pompuan? apasal aku nampak gaya dia macam pondan, jeling pondan.

still photo tu boleh  ...

Pompuan
Haha
Entah la bang
Nampak cung la juga tang mata
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2025 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik tp kesian dekat customer muslimah.penat2 jaga aurat.tiba2 mua jantan siap pegang2 muka lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2025 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.085525 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list