CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1197|Reply: 23

[Tempatan] Warga Indonesia Akui Kehidupan Di Kuala Lumpur Lebih 'Teratur' Berbanding Di Jakarta

[Copy link]
Post time 13-11-2025 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 13-11-2025 12:36 PM

says.com
12.NOVEMBER.2025



Dalam kita banyak berbunyi tentang kesibukan Kuala Lumpur, masyarakat di negara jiran berpandangan bandar ini dianggap lebih baik daripada ibu kota mereka, Jakarta.


Menerusi sebuah perkongsian @stravenues di laman sosial X, akaun itu telah berkongsi bagaimana kehidupan di Kuala Lumpur dilihat lebih 'teratur' jika dibandingkan di Jakarta.

Menurutnya, ada beberapa perkara utama yang diperhatikan perbezaaan antara dua bandar ini setelah dia berada di Kuala Lumpur untuk beberapa hari.

"Laluan pejalan kaki yang lebih elok, tak perlu mewah pun, asalkan cukup lebar dan tak terputus.

"Deretan bangunan yang aktif, termasuk untuk fasiliti awam macam klinik atau hospital. Kereta kena parkir di belakang atau di tempat letak kenderaan awam.

"Kemudahan awam dan komersial berskala kecil yang banyak dan semuanya masih dalam jarak berjalan kaki. Udara pun rasa lebih bersih, walaupun sama-sama kawasan bandar," katanya.




Mendapat persetujuan ramai warga Indonesia yang lain

Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-rata netizen Indonesia bersetuju dengan pedapat akaun terbabit.

Antara komen yang diberi memuji perkhidmatan pengangkutan awam yang tersedia di KL Sentral dilihat sangat memudahkan pengguna.

"KL pun ada KL Sentral yang sangat memudahkan dan praktikal, semua pengangkutan utama macam MRT, LRT, Monorel, ETS, KLIA Express, KTM Komuter dan bas, semuanya ada di satu tempat," tulis seorang pengguna.


Walaupun banyak kali mendapat komen negatif oleh warga tempatan, situasi pejalan kaki di Kuala Lumpur dianggap baik oleh warga Indonesia.

"Masa pergi KL baru-baru ni pun rasa kagum juga. Memang tak semaju Singapura, tapi dari segi jalan, bersih, selesa dan sangat mesra pejalan kaki. Masa jalan-jalan kat KL pun rasa iri tengok bandar dia. Entah bilalah Indo boleh jadi macam ni juga," tulis seorang lagi pengguna.



­

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2025 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 13-11-2025 10:02 AM

Org indon betul menulis bahasa pun elok, org boleh baca, and faham.  Indon jadian kat porum terlebih try hard sampai jadi tak faham dah macam kelmabuk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 11:11 AM | Show all posts
org kita ni sebenarnya ramai kufur nikmat.. semua nak bantah semua nak komplen.. padahal ramai lagi yg kurang bernasib baik dari kita dekat luar negara tu.. berebut nak tumpang hidup kt sini.. tak payah lah banding bandar kita dengan pulau tu, kecik je jadi senang nak develop apa pun.. gomen pun control semua media.. tu yg baik2 je kita dengar..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Jakarta memang hauk. Tak boleh jalan kaki sebab udara kotor. Udah la asyik macet. Jalan untuk pejalan kaki pun tak ada.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 11:46 AM | Show all posts
serik pi jakarta dan bali.. berejam dalam kete nak sampai kat satu tempat yang tak sampai 5 km pun. dahlah kotor. sampah menimbun tepi tepi jalan.. euwww
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 11:57 AM | Show all posts
ni orang indon yg terpelajar....memang bersyukorr dapat duk malaysia..

aku tengok 1 instafemes (taktau la femes ke tak), dia belajar kt malaysia, sambung kerja di malaysia....selalu update tempat makan best kt malaysia, pastu update kemudahan kt malaysia...duk merentan pasal jodoh gak dlm 1 posting, tup2 dah kawen dgn orang malaysia...memang jackpot la kiranya... ya ampornnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2025 12:07 PM | Show all posts
n3ar replied at 13-11-2025 03:57 AM
ni orang indon yg terpelajar....memang bersyukorr dapat duk malaysia..

aku tengok 1 instafemes (tak ...

oh yang perempuan nama sofi tu ya...ada jugak slalu keluar dekat tiktok...tao dia dah kawen tp xtao plak kawen dgn malaysian sbb xtunjuk muka suaminya
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 12:16 PM | Show all posts
Samerosie replied at 13-11-2025 02:00 AM
Org indon betul menulis bahasa pun elok, org boleh baca, and faham.  Indon jadian kat porum terlebih ...

lahhh jadian ke sis.. ingat mmg umah leluhur konoha dna seratus peratus made in jakarta bandung bali sana

ingatkan pompuan jadian je yg ada , umah konoha pun ader yerrr ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2025 12:26 PM | Show all posts
A-Are replied at 13-11-2025 12:07 PM
oh yang perempuan nama sofi tu ya...ada jugak slalu keluar dekat tiktok...tao dia dah kawen tp xta ...

tak tunjuk...tapi ada la clue2 dari posting dia...maybe taknak jadi pertikaian netizen kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 12:29 PM | Show all posts
n3ar replied at 13-11-2025 04:26 AM
tak tunjuk...tapi ada la clue2 dari posting dia...maybe taknak jadi pertikaian netizen kot

mula2 tgk content dia byk review makanan2 indonesia..dah lama dok malaysia pon asekla p kedai2 indonesia, carik masakan sana...lama2 tu perasan da start puji2 malaysia, review makanan malaysia...tao2 da kawen...patotla da start puji malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 13-11-2025 12:16 PM
lahhh jadian ke sis.. ingat mmg umah leluhur konoha dna seratus peratus made in jakarta bandung ba ...

Muahahahaha jadian jadian mmg ramai kat porum.  Antara kantoi dgn idok je.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 05:50 PM | Show all posts
A few kawan2 iols suka betul Jakarta
Shopping lagi best katanya
Tak tau la best tu sbb lagi murah atau lagi byk pilihan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
clueless_gamer replied at 13-11-2025 11:11 AM
org kita ni sebenarnya ramai kufur nikmat.. semua nak bantah semua nak komplen.. padahal ramai lagi  ...

mana boleh banding semua perkara tu 'sama'.sedangkan...5 JUTA Rupiah..ko bawa ke Msia..ingat boleh beli ferrari ke.????
Kata orang...lain padang...lain belalang
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nusaraya mesti bitter kalau baca
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 06:38 PM | Show all posts
Samerosie replied at 13-11-2025 09:43 AM
Muahahahaha jadian jadian mmg ramai kat porum.  Antara kantoi dgn idok je.

kupikirkan betina.. rupanya jantannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 13-11-2025 07:50 PM
Samerosie replied at 13-11-2025 10:00 AM
Org indon betul menulis bahasa pun elok, org boleh baca, and faham.  Indon jadian kat porum terlebih ...


Bahasa Indonesia banyak bercampur tatabahasa Jawa, perkataan Jawa dan Belanda.

Contoh perkataan Belanda adalah Kelar, Kalem, Kamar, Telat, Teras, Tipe

Termasuk penyalahgunaan kata pinjaman seperti Jalan Tol, Indo dan Absen

Perkataan Jawa seperti Rampung, Guncang Bumi, Longsor Bumi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2025 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
jakarta tu pavement jalan kaki pun org bukak gerai meniaga. mcm kat pantai dlm lrt tu la, kat atas jejantas seberang bangsar south pun berjujuk org menjual pepagi buat jammed ja
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dkt tiktok merata akaun indon compare msia dgn indon.
Eh dah2 la. Rimas tgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 13-11-2025 05:50 PM
A few kawan2 iols suka betul Jakarta
Shopping lagi best katanya
Tak tau la best tu sbb lagi murah at ...

Affordable la shopping kat sana but i rasa makanan sedap
Pegi food court mall biasa jer
And event2 food festival
Kat starbucks pun sedap and menarik the food selection
Masa i pegi dulu2 la haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
clueless_gamer replied at 13-11-2025 11:11 AM
org kita ni sebenarnya ramai kufur nikmat.. semua nak bantah semua nak komplen.. padahal ramai lagi  ...

Setuju 200 peratus
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 8913 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 05:22 AM GMT+8 , Processed in 1.060460 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list