CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1114|Reply: 14

Timbul Dakwaan Sedang Berbadan Dua, Watie Hanifiah Mohon Doa

[Copy link]
Post time 11-11-2025 10:47 AM | Show all posts |Read mode





Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah enggan mengiyakan mahupun menidakkan berhubung dakwaan dirinya sedang berbadan dua pada ketika ini.


Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, itu meminta orang ramai supaya menunggu pengumuman yang akan dibuatnya nanti.


Bagaimanapun, Watie memohon agar orang ramai menitipkan doa yang terbaik buat dirinya.


Saya mohon semua pihak untuk mendoakan yang terbaik.

Selepas melalui fasa yang menyayat hati sebelum ini, saya mohon semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat saya.

Apa sahaja yang anda nampak pada tubuh saya ini, doakanlah saya sihat. Saya tidak menidakkan apa-apa dan jika mengiyakan pun, doakanlah yang baik-baik.

Kita tunggu sahaja jika ada sebarang pengumuman pada masa akan datang.


Watie berkata demikian ketika pelancaran koleksi terbaharu She Dazzle di butik berkenaan di Ampang pada Sabtu lalu.


Mengenang kembali, Watie tidak menafikan insiden keguguran yang dialaminya pada Mei lalu meninngalkan kesan yang mendalam pada dirinya,


Katanya, sehingga kini dia masih trauma dan ia juga menjadi salah satu sebab untuk takut berkongsi berita gembira pada ketika ini.







Ia sentiasa membuatkan saya teringat dan trauma setiap hari. Ada kalanya saya tertanya-tanya, ada ke rezeki saya lagi selepas ini?

Sebab itu saya berasa takut untuk berkongsi ketika ini.

Saya juga tidak mahu menidakkan kerana kata-kata itu juga satu doa. Kalau kita cakap tiada, takut Allah betul-betul ambil nanti.


Tapi, jika kandungan ini menjadi, saya harap dapat menjadi ibu yang lebih baik sama ada untuk anak kandung mahupun anak-anak tiri.


Sebelum ini, nama Watie menjadi perhatian apabila timbul dakwaan bahawa dirinya sedang berbadan dua.


Spekulasi menjadi lebih kuat apabila Shuib memuat naik gambar Watie sedang lena tidur di sebelahnya dan menampakkan ‘baby bump’ hingga menjadi bualan ramai.


Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Watie pada Jun 2023 selepas dua tahun bergelar duda apabila isterinya yang juga penyanyi, Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia pada 2021.


Sumber : Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2025 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah, jaga diri baik2 semoga dpermudahkan mengandung
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2025 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.. Moga dipermudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2025 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan.. jangan lupa pesan dekat suami untuk langsaikan caruman hak pekerja yg tertunggak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2025 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Purestteam1 at 11-11-2025 09:43 PM

tumpah... jadi pulau
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2025 09:05 AM | Show all posts
Dua orang ni tak de lagi bagus... ade pun tak beri kesan apa2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2025 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga selamat beranak
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2025 05:12 PM | Show all posts
tahniah.. Besar juga perut sheols.. Keguguran bulan 5 haritu kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2025 01:59 PM | Show all posts
Ko suruh laki gusi hitam ko doakan le .. kami acik2 porem koser nak mendoakan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 09:44 PM | Show all posts
Kesah ke org pun
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 13-11-2025 05:59 AM
Ko suruh laki gusi hitam ko doakan le .. kami acik2 porem koser nak mendoakan

Ntah. If kita susah, hado meka nak doakan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa macam hitam pulak hati kalau nak komen gini tapi nak komen jugak.

Kau kalau rasa tak nak share, tak nak jawab peknen ke tak, kau jangan tergedik lah nak share gambar perut ke apa ke. Kalau orang tanya, mula lh tak mengiyakan, tak menidakkan.

Kau senyap2 je, pakai je baju loose tak nampak perut. Agak dah beso perutnya dah memang jelas nyata kau peknen, haaa share lah lepastu minta orang doa.

Ini komen in general, bukan dekat si wati ni je. Kalau rasa dah sedia nak share, kau tunjuk perut. Kalau rasa belum sedia nak share, kau simpan perut. Geram pulak aku kadang orang gini macam attention seeker sangat. Dan wati kau dah kenapa pakai baju kemain sendat bulat perutnya, memang saja nak tayang perut kan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
kimbora replied at 14-11-2025 12:21 AM
Rasa macam hitam pulak hati kalau nak komen gini tapi nak komen jugak.

Kau kalau rasa tak nak shar ...

Macam Najwa Latif, pernah keguguran..and kelmarin baru bersalin anaknya 11.11.. bila iols check igs takde penampakan dia bagitau dia pregnant, so down to the earth, know know dah bersalin.. I'm happy for her.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan, baby dlm kandungan sihat, dan ibu nya pun sihat. Bapaknya, no komen.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2025 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok jew kelibat nie masing-ii iols terus teringatkan sarah merasaah kejap sheols dgn kekayaan soeb ,, dah arwah , wati and mokder yg mendoniaaa yachh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.049120 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list