CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2211|Reply: 63

Siti Nurhaliza dilantik Profesor Adjung dalam bidang keusahawanan di UiTM

[Copy link]
Post time 7-11-2025 03:59 PM | Show all posts |Read mode





Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dilantik Profesor Adjung dalam bidang keusahawanan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkuat kuasa 15 Oktober lalu sehingga 15 Oktober 2027.


Siti, 46, terharu atas penghargaan dan kepercayaan UiTM dengan pelantikan itu yang dibuat berdasarkan pengalaman luas dalam bidang perniagaan.


"Saya bersyukur terima pelantikan sebagai Profesor Adjung dalam bidang keusahawanan UiTM. Saya bukanlah seorang ahli perniagaan yang masyhur, sebbaliknya, sebagai selebriti yang terbabit dalam bidang perniagaan.


"Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Terharu dengan pelantikan ini sebab ia adalah amanah besar buat saya yang sudah dua dekad dalam industri seni.


"Saya menilai dan melihat pelantikan ini lebih kepada sumbangan saya kepada anak bangsa. Ramai sebenarnya yang berpotensi besar dan kita harus beri pulang dan ruang buat mereka terutama pelajar.


"Harapannya, pembabitan saya ini dapat menarik lebih ramai pelajar untuk menjadi usahawan yang berjaya," katanya pada majlis penyerahan surat pelantikan sebagai Profesor Adjung di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM di sini, hari ini.


Pelantikan itu disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin. Majlis itu dihadiri barisan pengurusan tertinggi UiTM, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) selaku fakulti pengusul pelantikan dan wakil industri.


Pelantikan Siti sebagai Profesor Adjung adalah pengiktirafan UiTM terhadap sumbangan besarnya bukan sahaja sebagai ikon seni negara, tetapi sebagai usahawan wanita berdaya saing yang berjaya membina empayar perniagaan melalui jenama SimplySiti.


Kejayaan Siti menampilkan gabungan antara kreativiti, integriti dan daya inovasi dalam mengangkat produk tempatan ke peringkat antarabangsa, menjadi inspirasi kepada ribuan usahawan muda dan mahasiswa di seluruh negara.


Sebagai Profesor Adjung UiTM, Siti memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar dan warga akademik melalui perkongsian pengalaman sebenar dunia keusahawanan.


Siti juga akan membantu memperkukuh hubungan strategik antara UiTM dan industri kreatif serta membuka peluang kerjasama rentas bidang dalam pengkomersialan idea dan inovasi pelajar.


Siti berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai tugasannya selepas dilantik Profesor Adjung UITM.


"Sebagai Profesor Adjung, saya ada beberapa tugasan yang perlu dibuat dan saya akan berkongsi ilmu mengenai bagaimana hendak memulakan perniagaan dengan pengalaman yang saya ada.


"Disebabkan dunia sebenar sangat mencabar dan saya sedang melaluinya, dengan ilmu yang ada, saya akan kongsi dengan pelajar.


"Sebelum saya terima pelantikan ini, saya melihat pada besarnya tanggungjawab. Apa yang saya boleh beri, saya akan cuba laksanakan dengan baik dan sesuai dengan masa saya," katanya.


Pelantikan Siti sebagai Profesor Adjung mencerminkan komitmen UiTM dalam memperkasa pelajar agar menjadi usahawan berdaya tahan dan beretika, sejajar dengan aspirasi universiti untuk menjadi Globally Renowned University by 2025.


UiTM percaya bahawa kolaborasi strategik dengan tokoh industri berpengaruh seperti Siti Nurhaliza akan melahirkan generasi baharu graduan yang bukan sahaja cemerlang secara akademik, tetapi mampu menjadi pemimpin dan pencipta peluang dalam dunia keusahawanan global.




Sumber: – BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2025 04:05 PM | Show all posts
Pulok dah, kenapa bukan bidang seniiiiiiii, kata anak seniiiiiiii.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki menjadi selebriti. Boleh terpilih jadi ahli akademik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Padahal bisnes she macam...Hampir semua lingkup kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Hemmmm.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 04:29 PM | Show all posts
simplysiti tu ada lagi ke kat watson?mcm dahxde je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2025 04:52 PM | Show all posts
Elok la.
Semua bg retis, semua bagi influnecer.
Biar lama2 semua budak x nk belajar dah.
Buat assignment gune AI.
Aku suke sgt
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 05:10 PM | Show all posts
...tp tu lah, blajar takat spm bole dpt profesor..asbab byk bjasa pada negara..
wlu ape pon tahniah la tokti..rzki dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2025 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Business sendiri pun melingkup byk hutang siap amik CEO cina blh plak jadi adjung prof kat uitm..hmmm geleng kepala aku..bg la tokey ramlee burger ke...tokey mydin ke..bodoh la uitm ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-11-2025 04:08 PM
Rezeki menjadi selebriti. Boleh terpilih jadi ahli akademik.

Dari vivik pastu tok rijal ke tokti..semua hauk xde pencapaian..nk sgt yang femes...amik la KA ke elok la sikit..ni tokti?sampah!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by wizardLy_boy at 7-11-2025 05:44 PM

Tahniah tokti biaq pi org nk ckp pe sbb rezeki Allah yg bg....yg hati itam tu kita tau kt mn tempat mereka...biarkn si luncai terjun dgn labu2 nya...semoga terus berjaya n pulangkn ke masyarakat...amin
Belajat tinggi mn sekali pun smpai ke Hogwarts as prof snape tp rezeki untuk mu akan dpt gak
Next gelaran Tan Sri
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik2 uitm ni. Lantik la org dlm bidang nya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh je tolak tapiii

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa macam laki sheol lagi layak je
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2025 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
emmmm ni dinosaur mana yg suggest nama sheols???? ramai lagi kot individu berkaliber dekat luar sana. Khairul Aming contohnyag
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2025 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Keusahawanan?? Mcm tak kena je

Kalau vokal ke..seni persembahan ke..sesuai benor la kan

Keusahawanan alip sokri lg layak kalau takat nk compare dgn tokti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2025 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 9-11-2025 05:25 PM
emmmm ni dinosaur mana yg suggest nama sheols???? ramai lagi kot individu berkaliber dekat luar sana ...

Ha khairul aming..yess agree!!

Tp karats sentap nanti nyah
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2025 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 9-11-2025 05:37 PM
Ha khairul aming..yess agree!!

Tp karats sentap nanti nyah


KA tu memang layak sebab heols sendiri walaupun bukan degree in biz, tapi at least hasil kerja keras heols dalam uruskan bisnes tu kita nampak.

ctcaras ni, hampeh. Semua benda nak buat semua gagal. karatz pulak fonen, bila entah boleh terima fakta
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2025 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M replied at 7-11-2025 05:24 PM
Business sendiri pun melingkup byk hutang siap amik CEO cina blh plak jadi adjung prof kat uitm..hmm ...

Tu la tu. Dah la dia belajar meniaga pun dengan Zizan Seman yg takde produk bisnes pun. Baik UiTM terus ambik Zizan Seman je terus.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2025 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by NuansaBiru at 10-11-2025 11:39 AM

Ntah lah
Apa ilmu keusahawanan yg nak dikongsi dgn students tu semua
Produk kalau tahap kena push tiap hari oleh founder kat live tiktok
Apa beza simplysiti dgn brand2 sampah oleh founder2 sampah yg tiap ari kena buat live hard selling otherwise produk tak jalan? Tiada.
Tinggal tak buat kontroversi bodoh demi content nak jual produk jah
Simplysiti tu sepatut2nya dah cukup gah dah tak perlu buat hardsell tiap hari pun. Founder muncul sekali sekala bila ada produk atau varian baru jah, yg live hari2 tu bagi live hosts je buat. Tapi bertahun duk tahap tu lah juga. Kena push diri sendiri jugak. How is that a progress?
Punyaaaaa la ramai usahawan yg lebih ada substance, yg lagi hebat jatuh bangunnya, yg built up the business dari bawah hingga ada di tahap sekarang, dgn gajikan berapa ramai pekerja utk sama2 bangunkan bisnes...tapi ujung2 retis juga yg dipandang lebih layak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.057520 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list