CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2216|Reply: 37

[Tempatan] Apa sudah jadi? 53,245 pasangan Islam bercerai dalam tempoh 9 bulan tahun ini.

[Copy link]
Post time 6-11-2025 02:08 PM | Show all posts |Read mode
53,245 pasangan Islam bercerai dalam tempoh 9 bulan tahun ini
Oleh Nurhanim Osman - November 5, 2025 @ 11:21am


Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seramai 53,245 pasangan Islam di seluruh negara bercerai dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.

Daripada jumlah itu, Selangor merekodkan jumlah kes perceraian tertinggi iaitu 10,774 kes, diikuti Johor (6,078), Kedah (4,582), Perak (3,908) dan Kelantan (3,820).

Sabah (3,810), Pahang (3,767), Terengganu (3,647), Wilayah Persekutuan (3,397), Negeri Sembilan (2,679), Sarawak (2,233), Pulau Pinang (2,026), Melaka (1,793) dan Perlis (731).

Angka belum termasuk kes permohonan

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syarie Malaysia (JKSM), Datuk Mohd Amran Mat Zain, berkata angka yang direkodkan itu ialah kes perceraian yang sudah disahkan oleh Mahkamah Syariah dan ia tidak termasuk kes pada peringkat permohonan.

Jenis kes perceraian yang dicatatkan pula ialah termasuk permohonan perceraian dengan lafaz cerai di depan hakim sebanyak 31,845 kes, pengesahan lafaz cerai yang dilafazkan bukan depan hakim (15,972), taklik (1,257), tuntutan fasakh (4,090) dan tebus talak (81).

JKSM mengenal pasti lima punca utama kepada kes perceraian termasuk membabitkan isu culas dalam tanggungjawab dan pembabitan dalam jenayah.

Punca berkaitan jenayah yang direkodkan ialah apabila pasangan yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah atau perlakuan jenayah lain.

"Antara punca lain adalah kegagalan suami atau isteri menunaikan tanggungjawab masing-masing, termasuk gagal memberi nafkah (bagi suami), bersikap kasar atau mendera serta menghilangkan diri, tiada persefahaman, masalah kewangan atau curang," katanya yang juga Ketua Hakim Syarie.

Bagaimanapun, katanya dalam semua kes permohonan perceraian, mahkamah akan memastikan supaya ia tidak berakhir dengan perpisahan pasangan menerusi usaha mediasi atau perdamaian (sulh).

"Setiap permohonan perceraian akan disaring mengikut peruntukan undang-undang Islam, termasuk di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.

"Mahkamah akan menilai asas permohonan dan melihat sama ada ia memenuhi syarat hukum syarak. Dalam banyak kes, mediasi dijalankan dahulu, jika berjaya, pasangan boleh berdamai. Jika tidak, barulah mahkamah mengesahkan perceraian melalui lafaz yang sah," katanya.

Anjur kursus selepas kahwin, bendung kes cerai

Berikutan itu, Mohd Amran mencadangkan supaya pihak berkuasa menganjurkan kursus selepas perkahwinan bagi membendung kes perceraian dalam kalangan pasangan Islam.

"Dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun pertama perkahwinan, pasangan disaran mengikuti kursus lanjutan mengenai keibubapaan dan pengurusan rumah tangga, termasuk larangan terhadap gurauan yang boleh menjejaskan hubungan suami isteri," katanya.

JKSM turut memperkenalkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang mana pegawainya turun ke lapangan bagi memberi pendedahan mengenai hak-hak pasangan dan bantuan undang-undang, termasuk membabitkan pelajar universiti untuk tujuan latihan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2025 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 6-11-2025 06:13 AM

Slengo tu paling tinggi cecah 10k sebab rasanya hado fast track dan memang fast sungguh dipermudahkan sangat cerainya. Negeri lain punya fast track macam tak se fast Slengo.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis2 juga x tahan hidup bekeluarga ini pula rakyat biasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2025 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer tanya pasangan Islam ni dorang dulu kawin sebab apa sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 03:01 PM | Show all posts
Pancut teghajang

touch n go
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 06:08 PM | Show all posts
itu la.. asyik sebut dua benda..

kahwin sebab nak elak zina..

tak ada duit tak apa kahwin dulu nanti beranak rezeki anak ada

haaa.. rasakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2025 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fattymah at 6-11-2025 06:48 PM

Cuaca panaih hati cepat panaz.. dun salahkan cuaca
kawan anak ai nak detim dengan pakwe kereta H je..

Ramai sgt tu bercerai..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahaldahni     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2025 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 6-11-2025 06:08 PM
itu la.. asyik sebut dua benda..

kahwin sebab nak elak zina..

Baru nk ckp mende yg sama

Teringt geng konon2 nk kawin pastu duk asing2 tu..kahkah..kalau keluar anak nnt ko tau la cemana strugglenya jaga sorg2..dah tu bitter..minta cerai
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
fattymah replied at 6-11-2025 06:46 PM
Cuaca panaih hati cepat panaz.. dun salahkan cuaca
kawan anak ai nak detim dengan pakwe kereta H je. ...

Rempit sgt yg taste gitu..tak kira la laki org pun nak sauk jugak asal bawak H
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 6-11-2025 07:38 PM
Baru nk ckp mende yg sama

Teringt geng konon2 nk kawin pastu duk asing2 tu..kahkah..kalau keluar  ...

Buat apa dipermasalahkan jika pasangan bercerai .bukankah Tuhan membolehkan pasangan bercerai jika memang prinsip hidup sudah berbeda..dan itu adalah pilihan terbaik bagi mereka...



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-11-2025 02:45 PM
Cer tanya pasangan Islam ni dorang dulu kawin sebab apa sebenarnya.

Mungkin terpengaruh dgn idola penyanyi kawin cerai punya la glamer reporter sanggup tdo mhkmh, 1 lg mungkin nk sapot loyer2  cari mkn, zmn dulu2 nk cerai mna ada hire loyer bagai
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 6-11-2025 02:12 PM
Slengo tu paling tinggi cecah 10k sebab rasanya hado fast track dan memang fast sungguh dipermudahka ...

Setuju,iols pun baru tahu serai fast track ni. Ada duit semua jln dgn pantas. Zazzz gitu. Sama mcm adik laki iols pun serai wife dia. Dia bgtau masa raya baru dh abis iddah. Terkejut famili iols.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu kot jejanda retis byk taksuber
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahla .. maybe tak bersedia nak pikul
tanggungjawab..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik acik kekal sebagai lelaki sunyi yang berzikir.

Dari berkahwin lepastu menambah dosa, lebih baik kau jadi lelaki sunyi main forum dan berzikir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2025 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
bila nk cari siape boleh di blame, tiba smua ingat tuhan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2025 12:24 PM | Show all posts
lightheaded67 replied at 7-11-2025 07:50 AM
bila nk cari siape boleh di blame, tiba smua ingat tuhan.

dengan ayat cover sudah takde jodoh

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
fattymah replied at 6-11-2025 06:46 PM
Cuaca panaih hati cepat panaz.. dun salahkan cuaca
kawan anak ai nak detim dengan pakwe kereta H je. ...

Lahai keter H je. Ingat koman2 keter Lexus ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 02:27 PM | Show all posts
dubuk replied at 6-11-2025 06:08 PM
itu la.. asyik sebut dua benda..

kahwin sebab nak elak zina..


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 01:07 PM GMT+8 , Processed in 1.636803 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list