CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 13

Demi komitmen kerja, Aaron Aziz tolak tepi rasa sakit… Enggan susahkan produksi

[Copy link]
Post time 5-11-2025 04:17 PM | Show all posts |Read mode






PELAKON Datuk Aaron Aziz berkongsi pengalaman cemas apabila terpaksa dimasukkan ke hospital ketika menjalani penggambaran filem aksi terbaharu berjudul Banduan.


Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 49, berkata, kejadian itu berlaku selepas beberapa hari menjalani penggambaran babak pertarungan yang memerlukan tenaga dan komitmen tinggi.


Kata Aaron, tubuhnya mula terasa sakit dan lemah selepas penggambaran, namun tetap meneruskan kerja.


"Filem ini saya berlawan dengan ramai orang, jadi babak lawan itu kadang-kadang makan masa dalam dua hari. Ada satu babak pengarah mahu saya melakukannya dengan hanya satu take saja, sudah tentu kalau boleh saya mahu berikan yang terbaik.


"Saya selalu tanya dengan pengarah sama ada dia berpuas hati atau tidak. Mungkin dah berusia, selepas saya shooting babak-babak berlawan itu sakit lagi tak hilang-hilang.


"Saya dah makan ubat anti inflamasi pun sama juga, bila saya habis shooting pada pagi tu terus ke hospital," katanya kepada mStar.


Aaron berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tayangan perdana filem Banduan yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada malam Selasa.








Dalam pada itu, Aaron memberitahu doktor mengesahkan dia mengalami dehidrasi teruk dan perlu mendapatkan rehat secukupnya.


Pun begitu, aktor berkenaan tetap meneruskan kerja kerana tidak sanggup membiarkan produksi menanggung kerugian akibat kelewatan jadual penggambaran.


"Bila di hospital doktor check darah dan mendapati badan saya sudah dehidrasi. Saya kena minum banyak air untuk buang semua toksin dalam badan menerusi air kencing.


Mungkin dah berusia, selepas saya shooting babak-babak berlawan itu sakit lagi tak hilang-hilang.  - DATUK AARON AZIZ


"Selepas empat bag drip air masuk dalam badan, bacaan sudah stabil tapi doktor suruh saya cuti dalam dua atau tiga hari untuk rehat. Saya kata maaflah kena discharged malam itu juga kerana ada penggambaran lagi.


"Doktor cakap saya gila, tapi bagi saya itulah komitmen sebagai pelakon. Bila kita diberi kepercayaan, peluang untuk berlakon kita kena korbankan mana yang sakit, apa yang tak boleh kena bolehkan," ujarnya.   


Dalam perkembangan lain, Aaron membintangi Banduan iaitu filem adaptasi popular Tamil berjudul Kaithi.


Filem Banduan membawakan versi Malaysia yang lebih dekat di hati penonton.


Banduan diarahkan oleh Kroll Azry dan diterbitkan oleh Number Twenty One Media dengan Kerjasama Dream Warrior Pictures, serta melibatkan kerjasama daripada Astro Shaw yang bertindak sebagai rakan pemasaran dan pengedaran.


Selain Aaron, filem ini turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Datuk Rosyam Nor, Datuk Afdlin Shauki, Zul Ariffin, Fadhli Masoot dan Adlin Aman Ramli.


Banduan bakal menemui penonton di seluruh pawagam bermula 6 November ini.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2025 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak baca tajuk, hampir2 iolss tersilap nokkk. Ingatkan patih aman dlm gambar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 04:13 PM | Show all posts
Hero tua kuat merentan mcm acik porem
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 04:54 PM | Show all posts
Ada sapa2 yg p tgk boleh bagi review....maklumlah remake filem tamil....versi tamil pun xtgk lg...ada kluar kat mana2 OTT platform?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2025 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikk zul ariffin lagi? Agaknya bukan watak hero. Tapi masalah dehydrate tapi cerita sakit sebab berlawan. Tal paham.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 08:40 AM | Show all posts
nadie90 replied at 6-11-2025 04:54 PM
Ada sapa2 yg p tgk boleh bagi review....maklumlah remake filem tamil....versi tamil pun xtgk lg...ad ...

dah tgok malam tdi.... pace dia agak slow berbanding movie OG...
tpi still best jugak.... walaupun tak brape thrill pasal da tau mane plot twist dia...
cuma bila part camoe masuk tu cm waaa skit, sebab tak expect pun...
so overall not bad untuk movie melayu...
btw i da layan OG movie Kaithi tu da 5x kot hehehhehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2025 11:29 AM | Show all posts
on screen acah sgt gangster terpaling but in real life?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk gambar AA kat atas ni paham dah la kenapa ade yg kata FA klu tak jaga badan bakal menjadi mcm AA nnt. Nampak seirasnya lagi2 bila AA pakai spek gitu haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2025 11:57 AM | Show all posts
mrsbob87 replied at 7-11-2025 08:40 AM
dah tgok malam tdi.... pace dia agak slow berbanding movie OG...
tpi still best jugak.... walaupun ...

apa plot twist nya?
best ke? kalau best esok boleh gi tengok dekat tgv klcc
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 12:01 PM | Show all posts
mrsbob87 replied at 7-11-2025 12:40 AM
dah tgok malam tdi.... pace dia agak slow berbanding movie OG...
tpi still best jugak.... walaupun ...

Tq for your review sis. Google check filem Karthi ada kat Disney+. Nak tgk yg ni dulu

Dia punya fight scene ala2 filem tamil jgk ka...hrp boleh p tgk nt...dh lma xterjah panggung wyg huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 04:24 PM | Show all posts
nadie90 replied at 7-11-2025 12:01 PM
Tq for your review sis. Google check filem Karthi ada kat Disney+. Nak tgk yg ni dulu

Dia punya f ...

ala2 the OG tapi kurang padu.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsbob87 replied at 7-11-2025 04:24 PM
ala2 the OG tapi kurang padu.....

OG tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2025 08:37 AM | Show all posts
original
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2025 03:42 PM | Show all posts
okla filem ni best jgk...adaptasi yg sesuai dgn cara Malaysia...scene gaduh tak lebih2 over mcm filem tamil tu...so ada la logik di situ...

filem ni tak membosankan sbb ada komedi jgk...cuma kalau dia tak ambik background music & sound dr filem tamil lg ok kot..cuba buat cara M'sia plak kan...?

time cameo tu mmg WOW la jgk sbb sy tgk filem ni tanpa ambik tahu sape pelakon dia..cuma tau Aaron & Rosyam je yg berlakon...tgk sbb filem ni adaptasi dr Kaithi...itu je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2025 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.048748 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list