CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1261|Reply: 2

[Dunia] Trump gantung pembiayaan AS kepada PBB, turut cadang operasi pengaman dihentikan kerana membebankan

[Copy link]
Post time 5-11-2025 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Trump gantung pembiayaan AS kepada PBB hingga pembaharuan dilaksanakan
Oleh BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI - November 4, 2025 @ 10:24am


(Gambar fail) Presiden AS, Donald Trump. - FOTO REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggantung pembiayaan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hingga pembaharuan dilaksanakan dalam organisasi itu, kata Duta AS ke PBB, Mike Waltz.

"Presiden telah menggantung pembiayaan daripada Amerika... Kita menahan dana ini hingga pembaharuan dapat dilihat," kata Waltz kepada portal berita Breitbart, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Waltz berkata, tiada Presiden AS yang lain pada abad ke-21 pernah berbuat sedemikian.

Beliau menegaskan PBB sudah mengurangkan bajetnya sebanyak 15 peratus.

"Kita juga telah memotong 18 peratus daripada jumlah kakitangan mereka, serta 25 peratus daripada pasukan pengaman global.

"Setiausaha Agung PBB mengemukakan pelan pembaharuan dinamakan UN80 - sempena ulang tahun ke-80 PBB - untuk menyatukan beberapa agensi yang dianggap tidak terkawal.

"Beliau akan mengurangkan kos pentadbiran yang membazir. Kita memberikan pendekatan 'tough love' kepada PBB demi menyelamatkan organisasi itu daripada kelemahannya sendiri dan memacu perubahan.

"Presiden tahu bagaimana menggunakan pengaruh itu, dan tugas saya ialah memastikan PBB melaksanakannya," katanya.

Pada 2 Mei lalu, dalam draf bajet bagi tahun fiskal 2026, Trump mencadangkan supaya pembiayaan untuk operasi Pengaman PBB dihentikan atas alasan ia tidak berkesan serta membebankan AS.

Beliau turut mencadangkan agar kebanyakan sumbangan wajib dan juga semua sumbangan sukarela kepada badan-badan PBB termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) serta bajet tetap organisasi itu digantung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2025 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nusaraya at 6-11-2025 02:22 PM

Tampaknya USA sekarang sadar dirinya x sekaya dahulu karena gaya hidupnya yang serba wah sehingga mengakibatkan hutang semakin membesar sehingga harus berhemat di segala hal
.
Itulah yang  terjadi sekarang ini..superpower dunia yang hidupnya menggantung kepada hutang yang semakin besar..

Sudah satnnya bagi MalYdezh sebagai kuasa besar baru didunia mengambil peran pengganti kuasa besar USA yang sekarang sudah lemah Melayu itu .

Dunia harus diyakinkan bahwa tanpa kontribusi penuh MalayDesh di dunia ini..X akan ada perdamaian dan kesejahteraan di muka bumi ini

Dan dunia tahu hal itu dan mereka masih menunggu GRRAT ACTIOn Anwar Ibrahim memainkan peran baru itu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2025 04:09 PM | Show all posts
Amerika sering dikecam suka jadi polis dunia now amek kaw, nak berbunuhan silakan Trump akan buat bodoh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2026 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.734592 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list