CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1729|Reply: 5

[Dunia] Dulu pernah kesejukan beratur untuk penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth, kini menangis dinobat sebagai 'Sir' oleh Raja Charles

[Copy link]
Post time 5-11-2025 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Raja Charles nobat Beckham sebagai 'Sir'
Reuters


BECKHAM bersama isterinya Victoria. -FOTO Reuters

London: Legenda bola sepak England, David Beckham akhirnya menerima gelaran kebesaran 'Sir' selepas dikurniakan Darjah Kesatria (Knighthood) oleh Raja Charles di Istana Windsor, hari ini sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya dalam dunia sukan dan kerja amal selama beberapa dekad.

Bekas kapten skuad kebangsaan berusia 50 tahun itu menerima anugerah berprestij itu lebih 20 tahun selepas dianugerahkan penghormatan diraja lain atas jasanya dalam bola sepak.

Beckham yang juga peminat setia institusi diraja Britain, tampil segak dalam sut rekaan isterinya, Victoria Beckham, pereka fesyen yang juga bekas anggota kumpulan pop terkenal Spice Girls.

Ketika majlis berlangsung, Raja Charles kelihatan tersenyum dan ketawa kecil sambil berbual mesra dengan Beckham.

"Saya menangis apabila kali pertama diberitahu akan menerima anugerah ini.

"Ia detik besar buat keluarga kami dan amat bermakna," katanya sambil berseloroh beliau tidak kisah jika anak-anaknya kini memanggilnya "Sir Dad".

Beckham turut meluahkan rasa bangga dengan pengiktirafan bersejarah itu.

"Saya sangat berbangga menerima penghormatan ini. Saya dibesarkan dalam keluarga sederhana di East End, London, dengan cita-cita mahu menjadi pemain bola sepak profesional dan kini saya berdiri di Istana Windsor bersama institusi diraja paling berpengaruh di dunia.

"Ia tidak mungkin menjadi lebih baik daripada ini," katanya.

Dilahirkan di timur London, Beckham membuat penampilan sulung Liga Perdana Inggeris bersama Manchester United pada 1995, dua tahun selepas menyertai kelab itu sebagai pemain remaja.

Sepanjang karier gemilangnya, beliau memenangi enam kejuaraan liga, dua Piala FA dan satu Liga Juara-Juara, sebelum meneruskan karier di Real Madrid, LA Galaxy, AC Milan dan Paris Saint-Germain.

Beckham bersara pada 2013 selepas meraih 115 penampilan bersama England, dikenali kerana sepakan percuma tepat serta hantaran silang berkualiti tinggi.

Selain legasi di padang, beliau turut menjadi antara atlet paling berpengaruh dan komersial pada zamannya, bekerjasama dengan jenama global seperti Adidas, Armani, H&M dan Pepsi, serta berkhidmat sebagai duta muhibah UNICEF sejak 2005.

Disiarkan pada: November 4, 2025 @ 11:10pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2025 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2025 01:14 PM | Show all posts
tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2025 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2025 04:23 PM | Show all posts
Beckham sokong Palestine tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2025 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya setelah bertahun melobi.menghimpit orng2 kepentingan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.999534 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list