CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1510|Reply: 11

Pekerja India maut di Israel, keluarga dakwa dibiarkan tanpa pembelaan

[Copy link]
Post time 5-11-2025 07:51 AM | Show all posts |Read mode





ASHDOD - Seorang pekerja migran dari India dilaporkan maut dalam kemalangan di sebuah kilang di bandar pelabuhan Ashdod, Israel, selepas terperangkap dalam mesin yang rosak, insiden yang didakwa berpunca daripada kecuaian majikan dan pengabaian keselamatan di tempat kerja.


Mangsa, Prasad Vanapalli, 35, datang ke Israel sebagai pekerja kontrak selepas pernah berkhidmat di Singapura, Afghanistan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam usahanya mencari kehidupan yang lebih baik.


Israel sepatutnya menjadi destinasi terakhirnya sebelum pulang ke India untuk berkeluarga. Namun, harapan itu berakhir dengan tragedi.


Menurut laporan Haaretz, Prasad menjadi pekerja ke-11 yang terkorban akibat kemalangan industri di Israel tahun ini.


Lebih menyayat hati, keluarganya terpaksa menunggu hampir sebulan untuk mendapatkan semula jasadnya bagi urusan pengebumian.


Sepanjang tempoh itu, mereka mendakwa dibiarkan tanpa bantuan atau maklumat jelas daripada kerajaan Israel dan agensi pekerjaan yang menguruskan penempatan Prasad.


“Tiada sesiapa menghubungi kami secara rasmi. Kami hanya tahu dia sudah tiada melalui rakan sekerjanya,” kata seorang ahli keluarga kepada media tempatan India.


Aktivis hak pekerja antarabangsa mengecam tindakan lambat pihak berkuasa dalam menyiasat kes ini, menyifatkannya sebagai gambaran nyata terhadap layanan tidak adil terhadap pekerja migran di Israel.

Siasatan awal menunjukkan kemalangan berpunca daripada mesin berteknologi lama yang gagal diselenggara dengan baik, walaupun aduan mengenai kerosakan sudah lama dikemukakan kepada pihak pengurusan kilang.


Pertubuhan hak buruh di Israel menuntut kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap majikan terlibat serta memperketatkan pengawasan keselamatan di sektor perindustrian, terutama yang menggaji pekerja asing.


“Prasad bukan sekadar statistik — dia mangsa sistem yang gagal melindungi pekerja,” kata jurucakap Workers’ Hotline, sebuah pertubuhan hak pekerja migran di Tel Aviv.


Tragedi ini sekali lagi membuka perdebatan mengenai nasib ribuan pekerja asing di Israel yang sering berdepan risiko tinggi, gaji rendah dan layanan tidak setimpal, walaupun menyumbang besar kepada ekonomi negara itu. - Agensi


Sumber: - Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2025 04:12 PM | Show all posts
Hello sar.. we sapot yisrael sar.. - kata penjilat yisrael jahnnam
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2025 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
India loves israel


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sape suh keje sana
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
"Abg salah nigara pigi la...sini Malezia..u suka apa buat sumer vole la..tadaq mati..lagi sinang ada"-Asing worang la
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama la macam pekerja Imigran di Saudi Arabia dan Malaysia.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2025 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Belia israel taknak kerja 3d kah? Pekerjaan itu tidak dijanjikan 3000 tahun dulukah?





Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2025 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziahla..means masa israel serang gaza kan dia mula kerja sana..ntah2 join sekali hantar bom time weekend
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2025 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 7-11-2025 10:41 PM
Belia israel taknak kerja 3d kah? Pekerjaan itu tidak dijanjikan 3000 tahun dulukah?

belia serail pemalas..selalu nak cuti jer...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2025 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Korg tu sgt hina dipandangan mata serohell tuh. Korg je yg terhegeh2 & perasan…
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2025 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesama darah semitic pun depa anggap macam heiwan yang layak ditembak, apa la sangat jika dibandingkan dengan bangsa india. Nunnnn jauh ke bawah kasta dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2025 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Naseb la korang..
Dok bela sgt yisroel
Depa tu pandang sebelah mata pung 8dak kat india2 neh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 43569 Replies : 782
Edisi SELAMAT TINGGAL 2025
telracsEdisi SELAMAT TINGGAL 2025
Views : 757 Replies : 62
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1386 Replies : 681
Update:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairul Aming Dah Dapat ‘Review’ Negatif Di Google
YgBenarUpdate:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairu
Views : 771 Replies : 26
Dijangka harga emas naik sampai 2026, cecah RM14,980 seauns
RalineDijangka harga emas naik sampai 2026, ce
Views : 10091 Replies : 77
Sherie Merlis & Hasnul Rahmat Hanya Kawan Rapat, Nafi Ada Hubungan Istimewa – ‘Dia Sahabat Baik, Selalu Beri Sokongan’
RalineSherie Merlis & Hasnul Rahmat Hanya Kawa
Views : 11650 Replies : 2
Impian melancong ke Korea berkecai.Rakyat Malaysia ditahan 10 jam sebelum disuruh balik Malaysia
AbahmungImpian melancong ke Korea berkecai.Rakya
Views : 1850 Replies : 62
[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION - Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu ~ 5 December 2025
Rahah[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION -
Views : 561 Replies : 21
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 25453 Replies : 1529
Benda boleh bincang,buat apa gaduh,Isu Rita Rudaini disaman Ydp Muafakat,Dr Asyraf Wajdi panggil dua pihak isu perbalahan
YgBenarBenda boleh bincang,buat apa gaduh,Isu R
Views : 176 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.066885 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list