|
View: 1293|Reply: 7
|
Dua rakan menyamar polis trafik didenda RM5,000
[Copy link]
|
|
|
IPOH – Gara-gara menyamar sebagai anggota polis trafik, dua lelaki menerima padah apabila masing-masing dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Tertuduh, Wong Jiun Wei, 24, dan Lim Boon Ping, 40, juga berdepan hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Hukuman itu dijatuhkan selepas kedua-dua tertuduh membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan.
Mengikut pertuduhan, Jiun Wei dan Boon Ping didakwa telah menyamar sebagai anggota polis trafik dan memperdaya dua remaja berusia 15 dan 17 tahun dengan meminta wang untuk tidak mengeluarkan saman atau dibawa ke balai polis.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh di hadapan sebuah restoran di Jalan Lebuh Bercham Selatan 1, Taman Ipoh Timur Baru, Ipoh pada pukul 12.38 pagi, 1 November 2025.
Terdahulu, peguam bela, K. Nathan yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman denda dengan nilai munasabah yang mampu dibayar anak guamnya.
“Tertuduh pertama iaitu Jiun Wei bekerja sebagai juruelektrik manakala Boon Ping pula pembantu kedai makan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,500. Kedua-dua mereka memohon maaf dan telah insaf serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama,” katanya.
Sumber: -KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Walaweh.. bodonya berlapis2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
badan tak cukup vitamin. mata pun pun kiri kanan lagi nak claim polis? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ooo ini yg bila budak2 tu tya polis apa gini, dia reply polis bantuan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sekali aku ketis... bertabur tulang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah boleh kawan ngan Inspektor Ramdan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
muka masing-masing pun lahaiiiiii hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menyamar Inspektor Ramdan
Disiarkan pada: Februari 2, 2020 @ 2:39pm
PADAH menyamar inspektor polis, seorang remaja lelaki 19 tahun ditahan selepas menghampiri dua anggota polis yang sedang membuat tugasan pemantau dan pencegahan samseng jalanan di Kilometer 19, Jalan Kluang di sini, pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, remaja berkenaan yang lengkap seragam polis itu menghampiri dua anggota terbabit dan memperkenalkan diri sebagai Inspektor Ramdan dari Cawangan Risikan Operasi Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Runggai berkata, suspek yang menunggang motosikal Honda EX5 itu memberitahu anggota berpangkat sarjan dan lans koperal terbabit dia sedang menjalankan tugas risikan kegiatan lumba haram di kawasan Parit Raja.
Katanya, curiga dengan suspek, anggota terbabit membuat semakan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan selain mendapati suspek berusia 19 tahun.
"Anggota terbabit meminta remaja berkenaan mengemukakan kad kuasa untuk kepastian, namun mendapati ia kad kuasa palsu.
“Pemeriksaan tubuh ke atas suspek dan menjumpai beberapa peralatan polis," katanya di sini, hari ini.
Katanya, soal siasat ke atas suspek mendapati dia adalah pelajar sebuah kolej vokasional di daerah ini dan mengaku obses dengan seragam polis.
“Suspek memberitahu semua kelengkapan polis yang dimilikinya dibeli secara atas talian dan dia juga mengesahkan itu adalah kali pertama dia memakai pakaian seragam terbabit.
"Antara rampasan merangkumi tiga kad kuasa tiruan pegawai kanan polis berpangkat inspektor, gambar beruniform polis berukuran pasport, topi berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM), lampu suluh, anak kunci gari dan tiga pisau tertera logo burung helang,” katanya.
Turut dirampas, pistol plastik tiruan jenama Boale & Toyavn buatan China P193, baju kalis peluru berlogo PDRM, seragam operasi polis lengkap beramulet pegawai kanan polis berpangkat inspektor, tali pinggang berlogo PDRM dan sepasang but berwarna hitam.
Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan, 36(1) Akta Senjata 1960 dan 89 Akta Polis 1967.


|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|