CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1191|Reply: 2

12,500 murid Selangor terima vaksin influenza percuma minggu depan

[Copy link]
Post time 3-11-2025 09:57 AM | Show all posts |Read mode






SHAH ALAM – Program pemberian vaksin influenza percuma kepada 12,500 murid di empat daerah Selangor akan bermula minggu depan bagi melindungi golongan kanak-kanak berisiko tinggi daripada jangkitan penyakit itu.


Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, program itu merangkumi daerah Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat yang merekodkan kadar jangkitan influenza tertinggi di negeri ini.


Menurutnya, inisiatif berjumlah RM1 juta itu dilaksanakan bagi memastikan kanak-kanak khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat perlindungan terhadap jangkitan influenza serta mengurangkan penularannya dalam komuniti.


“Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menyarankan agar murid berumur lapan tahun dan ke bawah menerima dua dos vaksin influenza, kecuali bagi mereka yang pernah menerima vaksin berkenaan sebelum ini.


“Langkah ini penting untuk memastikan imunisasi yang lebih optimum terhadap jangkitan, khususnya dalam kalangan kanak-kanak yang berisiko tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini


Beliau berkata, program itu akan dilaksanakan melalui dua kaedah antaranya Program Outreach dengan pasukan outreach akan digerakkan ke sekolah-sekolah yang mempunyai Pusat Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi memberi vaksin influenza kepada kira-kira 4,720 murid berumur lapan tahun ke bawah daripada keluarga B40.


“Setiap murid akan menerima risalah maklumat lengkap mengenai program ini bersama kod QR untuk ibu bapa membuat pendaftaran melalui aplikasi SELangkah.


“Kerajaan negeri melalui Selcare Management Sdn. Bhd. akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri, pihak pentadbiran sekolah dan Pusat Khidmat Masyarakat bagi memastikan kelancaran program itu,” ujarnya.


Mengulas lanjut, kata Jamaliah, kaedah kedua menerusi secara Walk-In di Klinik Selcare dan Klinik Panel daripada kanak-kanak daripada keluarga B40 yang mempunyai komorbid atau penyakit kronik tetapi tidak bersekolah di institusi dengan PPKI.


Tambahnya, ibu bapa perlu mendaftar dan mengesahkan status melalui aplikasi SELangkah sebelum hadir ke klinik.


Jamaliah menegaskan, kerajaan negeri kekal komited memastikan kesejahteraan rakyat khususnya kanak-kanak dan keluarga berpendapatan rendah terus terpelihara.


“Program vaksinasi Influenza ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban kewangan keluarga B40, malah meningkatkan tahap kesihatan serta kehadiran anak-anak ke sekolah.


“Justeru, kerajaan negeri menyeru semua ibu bapa yang layak supaya segera mendaftar melalui aplikasi SELangkah dan memanfaatkan peluang yang disediakan ini bagi melindungi anak-anak daripada jangkitan Influenza,” katanya.



Sumber: – Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2025 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
8 tahun dan kebawah dpt vaksin percuma.

Betul kes influenza a dkt skolah anak iols rmai,ade je yg demam,batuk.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2025 04:11 PM | Show all posts
Alhamdullilah kalau baca komen FB ramai dah ibu bapa yg sedar ttg naratif suruh vaksin ini dan bantah dgn apa yg dibuat oleh kerajaan Negeri Selangor sedangkan tiada keperluan dan kewajipan pun dlm undang-undang di Malaysia. Dia boleh suruh tapi kalau anak sakit nanti siapa yg akan bertanggungjawab utk segala kos perubatan ...

Suruh dan ambil tanggungjawab ok tapi kalau suruh dan tidak ambil tanggungjawab kalau berlaku apa2 kesan AEFI maka itu adalah kezaliman yg nyata...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2025 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.038810 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list