CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 18315|Reply: 130

[Tempatan] #78 Sudah diberhentikan serta-merta! Siti Nurziswanis Mohd Zain Staff RHB Kulim Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka ke Perdana Menteri

[Copy link]
Post time 31-10-2025 06:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 1-11-2025 06:13 PM



PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA
30 Oktober 2025

Saya, Siti Nurziswanis, dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf atas satu posting yang telah saya kongsikan baru-baru ini di akaun Facebook peribadi saya.

Posting tersebut melibatkan repost gambar Perdana Menteri daripada akaun  ‘putsz’. Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak mempunyai sebarang niat untuk memalukan atau menyinggung mana-mana pihak, terutamanya YAB Perdana Menteri.



Saya mengakui bahawa tindakan tersebut telah menimbulkan salah faham, dan saya amat kesali atas perkara itu.

Saya telah memadamkan posting berkenaan dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi mengelakkan sebarang kejadian serupa.

Saya juga ingin menegaskan bahawa segala pandangan dan posting yang dibuat adalah daripada akaun peribadi saya sendiri dan tidak mewakili atau mempunyai sebarang kaitan dengan pihak majikan saya.

Sekali lagi, saya dengan tulus hati memohon maaf kepada YAB Perdana Menteri, para penyokong beliau, serta semua pihak yang mungkin terkesan atau berasa kurang senang dengan tindakan saya.

Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan ini.

Yang benar,
Siti Nurziswanis


Hina PM: RHB akan ambil tindakan tatatertib terhadap kakitangannya jika terbukti langgar etika
31 Oktober 2025

KUALA LUMPUR – Kumpulan perbankan RHB tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius terhadap seorang kakitangannya yang didakwa memuat naik satu hantaran di media sosial yang menghina Perdana Menteri.

Menurut RHB dalam satu kenyataan, pandangan yang dikongsi oleh individu berkenaan adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili atau mencerminkan pendirian rasmi pihaknya dalam apa jua cara sekalipun.

“RHB sentiasa menegakkan standard tertinggi dalam aspek profesionalisme, integriti dan rasa hormat dalam setiap urusan kami sama ada di dalam atau di luar tempat kerja,” kata kenyataan itu.

Pihak bank turut memaklumkan bahawa mereka mengambil serius perkara ini dan sedang menjalankan siasatan dalaman yang menyeluruh.

“Tindakan tatatertib yang sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran terhadap Kod Etika dan Tatakelakuan Kumpulan,” tambah kenyataan tersebut.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2025 01:50 PM | Show all posts
Edited by Friska at 31-10-2025 01:54 PM


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2025 04:06 PM | Show all posts
Edited by Friska at 31-10-2025 08:10 PM

Lalu foto yang menghina Perdana Menteri Malaysia dishare sama mantan tentara gais, pengen masuk penjara dia gais!







Ini FBnya gais: https://www.facebook.com/nasir.sabari.3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2025 08:04 PM | Show all posts
Edited by Friska at 31-10-2025 08:27 PM



Hina PM: Seorang kakitangan RHB diberhentikan serta-merta
16 minutes ago

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan syarikat perbankan kumpulan RHB yang tular selepas satu hantarannya di media sosial disifatkan sebagai menghina Perdana Menteri telah diberhentikan.

Menurut RHB dalam satu kenyataan, keputusan itu diambil selepas siasatan dalaman berkaitan isu tular di media sosial melibatkan kakitangannya itu telah selesai dijalankan.

Dalam satu kenyataan, RHB menjelaskan bahawa individu berkenaan tidak lagi bekerja dengan RHB berkuat kuasa hari ini.

“Di RHB, kami komited untuk menegakkan standard profesionalisme, integriti dan rasa hormat yang tertinggi dalam setiap interaksi kami. Kami juga mengekalkan dasar toleransi sifar terhadap sebarang kelakuan yang melanggar Kod Etika dan Tatakelakuan syarikat,” menurut kenyataan itu.

RHB turut menegaskan bahawa pihaknya akan terus memastikan semua warga kerja mematuhi nilai teras syarikat bagi memelihara reputasi dan kepercayaan pelanggan terhadap kumpulan perbankan tersebut.


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts

malu dapat kerjaya hilang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2025 06:56 AM | Show all posts
Edited by Friska at 31-10-2025 08:56 AM

Ini FB nya gais, banyak video joget joget goyang dumang gais!

https://www.facebook.com/ziswanis






Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-10-2025 07:30 AM | Show all posts
Edited by Friska at 31-10-2025 08:56 AM






Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk acik ni pun sejenis nak tarikh perhatian jgk. Gang2 hijabista ka ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2025 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda boleh fikir boleh jadi viral ke tak. Itu PM Malaysia bukan atok kau. Story bertahan 24j,yg gbr tu dah 22j. Apa tujuan kau up story tu? Nak melawak?
Selamat dibuang kerja.
Ini org tua2 kata "takde kerja cari kerja"
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 07:57 AM | Show all posts
Bimbo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2025 08:05 AM | Show all posts
Google review buat RHB Centre - HQ | KL Tun Razak udah kena bomb gais!




Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodonye pompuan
Orang lain pung ada yang tak suka pm
Tapi takde la buat posting makan diri macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 31-10-2025 07:53 AM
Benda boleh fikir boleh jadi viral ke tak. Itu PM Malaysia bukan atok kau. Story bertahan 24j,yg gbr ...

Xder hal, nnt dia jadi content creator silap2 lagi byk income..... Ramai jer yg akan support dia terutama yg benci dgn Bangnon.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 31-10-2025 08:15 AM
Xder hal, nnt dia jadi content creator silap2 lagi byk income..... Ramai jer yg akan support dia t ...

agak2 merasa tidur dlm tirai besi tak
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 31-10-2025 08:19 AM
agak2 merasa tidur dlm tirai besi tak

Tu jadi nilai tambah tu.... Dia keluar nnt pakai ala2 hijabis mcm Heliza pastu tunggang sket isu Palestine, confirm meletup konten dia....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Follower sampai lebih 60k
Gambar pakai sari tu kan kira mcm sentuh isu 3R
Benci cemana sekalipun dah itu yg jadi PM skrg,suka ke tak suka ke tak perlu laa post gambar2 yg mengundang pasir dlm piyuk nasi sendiri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2025 08:46 AM | Show all posts
orang malaysia ada masalah emosi. benci tu hak kau. bukan tiket untuk menghina menganjing secara terbuka.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 08:51 AM | Show all posts
asfaz replied at 31-10-2025 07:53 AM
Benda boleh fikir boleh jadi viral ke tak. Itu PM Malaysia bukan atok kau. Story bertahan 24j,yg gbr ...

tak ada kerja cari bala

bala datng kau mengelupur
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 31-10-2025 08:29 AM
Tu jadi nilai tambah tu.... Dia keluar nnt pakai ala2 hijabis mcm Heliza pastu tunggang sket isu P ...

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 09:04 AM | Show all posts
macamana dia kata takde niat menghina? yang dia post tu apa tujuannya? as a joke nak bagi org gelak? pastu kata ukan dia punya, repost dr org.. yg kau pi repost tu kenapa dah tau benda tu tak betul..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 09:12 AM | Show all posts
berbeza fahaman politik takpe tp jgn smpai tahap menghina mcm ni.. smoga tanaman anggur kau subur la hendaknye..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 09:15 AM | Show all posts
Bodoh, padan muka.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 09:33 AM | Show all posts
macamana orang boleh berani edit smp tahap macam ni.. tak suka macamana pun jangan la edit benda2 agama ni.
dia tu Islam, tapi kau macam tuduh agama lain. tak takut ke nak jawab kat sana nanti? tgk bungkus bendera palestin kemain
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2025 09:39 AM | Show all posts
gila betul.. tk pasal periuk nasi kau terjejas.. bodoh punya org!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 43569 Replies : 782
Edisi SELAMAT TINGGAL 2025
telracsEdisi SELAMAT TINGGAL 2025
Views : 757 Replies : 62
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1386 Replies : 681
Update:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairul Aming Dah Dapat ‘Review’ Negatif Di Google
YgBenarUpdate:Belum Dibuka Tapi Restoran Khairu
Views : 771 Replies : 26
Dijangka harga emas naik sampai 2026, cecah RM14,980 seauns
RalineDijangka harga emas naik sampai 2026, ce
Views : 10091 Replies : 77
Sherie Merlis & Hasnul Rahmat Hanya Kawan Rapat, Nafi Ada Hubungan Istimewa – ‘Dia Sahabat Baik, Selalu Beri Sokongan’
RalineSherie Merlis & Hasnul Rahmat Hanya Kawa
Views : 11650 Replies : 2
Impian melancong ke Korea berkecai.Rakyat Malaysia ditahan 10 jam sebelum disuruh balik Malaysia
AbahmungImpian melancong ke Korea berkecai.Rakya
Views : 1850 Replies : 62
[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION - Jeon Do Yeon, Kim Go Eun, Park Hae Soo, Jin Sun Kyu ~ 5 December 2025
Rahah[Netflix 2025] THE PRICE OF CONFESSION -
Views : 561 Replies : 21
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 25453 Replies : 1529
Benda boleh bincang,buat apa gaduh,Isu Rita Rudaini disaman Ydp Muafakat,Dr Asyraf Wajdi panggil dua pihak isu perbalahan
YgBenarBenda boleh bincang,buat apa gaduh,Isu R
Views : 176 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2025 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.062674 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list