CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6528|Reply: 104

“Nubhan Tak Maklum Dah Ceraikan Saya Kepada Keluarga” - Afifah Hidayah

[Copy link]
Post time 30-10-2025 09:52 AM | Show all posts |Read mode





Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah berkata suaminya tidak berbincang dengan kedua ibu bapanya berkenaan kemelut rumah tangga mereka.


Memetik HibGlam, Dr Afifah berkata suaminya juga tidak memaklumkan kepada keluarganya bahawa penyanyi itu sudah menceraikannya dan hal perkahwinan mereka terus dibawa ke mahkamah seperti yang diinginkan Nubhan.


“Nubhan tak maklum sudah ceraikan saya kepada keluarga, malah ayah akui mereka lama tak berhubung. Saya tetap hormati dia. Sebenarnya saya tak perlu balas apa-apa tetapi apabila nama ayah saya disebut-sebut, saya kena beritahu perkara sebenar.


“Walaupun ayah saya tak campur urusan rumah tangga kami, hal besar seperti ini (perceraian) kena maklumkan kepadanya. Memang dia tidak beritahu walaupun selepas talak dilafazkan mahupun ketika nak naik mahkamah.


“Makcik saya yang maklumkan perkara ini di grup WhatsSpp famili, barulah ayah dan ibu saya tahu. Mereka terkejut,” katanya.


Sementara itu, Dr Afifah menafikan dakwaan suaminya bahawa mereka sudah berjumpa dengan pakar kaunseling untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.


“Seingat saya kami tidak berjumpa dengan mana-mana pakar kaunseling rumah tangga, namun ada bertemu seorang ustaz yang juga kenalannya. Tidak mengapalah, kalau dia cakap begitu.


“Sepanjang perkahwinan saya jalankan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak sebaik mungkin. Saya juga mencari pendapatan tambahan agar tidak dikata terlalu bergantung kepada suami,” katanya.


Sumber : – HibGlam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2025 10:11 AM | Show all posts
“Sepanjang perkahwinan saya jalankan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak sebaik mungkin. Saya juga mencari pendapatan tambahan agar tidak dikata terlalu bergantung kepada suami,” katanya.

kalau dah sampai a wife perlu keluar statement mcm ni, it speaks volume pada a husband himself. wehhh, kalau x bergantung kat suami, nak hrpkan siapa? sedihnya. doc, iols doakan chuols jumpa suami yg lebih baik dr mangkok tu doc. tho iols suka acik jenny, tp kalau anak dia cenggini, iols rasa nyampah terus.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya wife dia ni nampak cam bonyok cam tu, jenis tak active, terlalu menurut, tak makan Daging rasanya so buatkan badan lembik lembik cam tu, some lelaki suka wanita yang energetic.

Hagaknya lah!.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 10:45 AM | Show all posts
org dh tak nak move on je lah
semoga baik2 je buat Afifah
org lelaki dia boleh menipu kata suka kat pempuan
pdhal dia tak suka pun
tapi bila dia ckp dia tak suka
percaya lah dia berkata benar
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 11:11 AM | Show all posts
org da xmau, kamu gerak laju2 pipah..tuntut habis2an apa yang patut
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambik cara baik... pulangkan la cara baik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2025 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah agak dah si muka penyek tu menipu. Tengok muka pun tau dalam video terpaling victim & kata jumpa bapak mertua & kauselor.Macam sial
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Org dh tak nak sis proceed je la dgn cerai.buat apa nk terhegeh2 lagi.jgn lupa tuntut apa yg boleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2025 11:57 AM | Show all posts
bluebutter replied at 30-10-2025 10:34 AM
Rasanya wife dia ni nampak cam bonyok cam tu, jenis tak active, terlalu menurut, tak makan Daging ra ...

tapi sheols slalu live makan daging salai mak jenny
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Nubhan ni tinggi ka dr fie yg rendang
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Senyap je lah sis..biarla dia nak fitnah ke, lambat laun org tau juga siapa betul siapa salah. Awak cantik, beratur je lelaki nak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 30-10-2025 10:11 AM
“Sepanjang perkahwinan saya jalankan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak sebaik mungkin. Say ...

Kan setuju sgt ayat you.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 12:32 PM | Show all posts
eeeeeeee diknon! iols faham u sayang sangat dkt laki chuols tu..tapi please move on! ko doa banyak2 semoga laki si*l ni kena penyakit kelamin melarat. geram pulak aku jantan mcm ni. buat bini dan juga ibu pada anak2 dia, mcm sampah. Vavikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian juga tgk bila tgk isteri dh bt yg terbaik tk ada sb nk cerai tp diceraikan sb hanya kerana laki dh berubah hati dn tk syg lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 30-10-2025 10:11 AM
“Sepanjang perkahwinan saya jalankan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak sebaik mungkin. Say ...

Pendapatan tambahan tu maksudnya apa eh...dia mmg bekerja kan ada klinik sendiri. Blaja pun dentist so sebelum kawen lg noob should be ready yg bini dia jenis ada kerjaya sendiri. Bukannya 'membantu menambah pendapatan'. Ke bini dia ni ego taknak org ckp menumpang harta suami padahal mmg patut pun ko amik duit suami tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 01:24 PM | Show all posts
Nurul_007 replied at 30-10-2025 12:33 PM
Kesian juga tgk bila tgk isteri dh bt yg terbaik tk ada sb nk cerai tp diceraikan sb hanya kerana la ...

kan... macam not fair for her...
she gave everything kan.. suami.. serba serbi head to toe dah serah..
tup2 kena cerai tanpa valid reason... just maybe dah berubah hati..
kesian dia.. of course susah utk dia move on..
rasa sayang tu terlalu tebal... takde pulak gaduh2 sampai nak timbul rasa benci...
tu yang payah.

cuma maybe doc bole fikir positif.. ini ketetapan Allah..
He knows the best for you.. dia bagi apa yg kita perlukan.. bukan yg kita nak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2025 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
vender replied at 30-10-2025 01:07 PM
Pendapatan tambahan tu maksudnya apa eh...dia mmg bekerja kan ada klinik sendiri. Blaja pun dentis ...

Saya rasa dia maksudkan yang dia ni bukan jenis wife yang perempuan semua harap ke laki. Dia bekerja, ada duit, tak sepatutnya laki nak rasa dia ni beban.
Saya rasa gitu la.. kot salah tak tau la.
Semoga dr fie ni dipermudahkan la urusan.
Kalau laki pon dah keluar statement mcm dah berkerat rotan, baiklah la gerak lu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Move on je doctor. Kalau ada jodoh lagi semoga dalam mak mertua yg soft spoken. Ingat cool ke cakap jerit2 mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nubhan ckp aritu bagitau ayah mentua ttg masalah perkahwinn dorang..x pula dia ckp psl bagitau cerai. Ustaz tu pun pakar kaunseling doc , bukannya yg dok dlm hospital atau ada klinik kaunseling.

Tenang doc..semoga selesai baik2 jer.
Kita tunggu nubhan reply apa pulak nnti.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2025 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Move on jela..u deserve better..Nubhan who??
Sama jugalah Kamal Adli..move on jela.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2025 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.059236 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list