Waalaykumussalam wa Rahmatullahi wa Barakatuhu,
Bismihi Ta'ala,Dengan Nama Allah yang Maha Sempurna..Dengan Nama Allah yang memiliki Al-asma Al-Husna.
Kepada saudara ayil,
diharapkan,posting ini dapat membantu pemahaman kita bersama dalam mengenali perhubungan diantara hadis Rasulullah saaw,Ahlul Bayt as dan ulul amri...dipetik dari sebahagian dari Kutbah Imam Ali as mengenai hadith...
-------------------------------------------
Perintah-perintah Nabi SAWA sama seperti al-Qur'an, ada yang nasikh dan ada yang mansukh, khas dan am, muhkam dan mutasyabih. Dan ada kata-kata yang dilaporkan daripada Nabi SAWA mengandungi dua makna, bersifat umum dan khusus seperti juga yang terkandung dalam al-Qur'an. Allah Azza Wa-Jalla berfirman dalam KitabNya [bermaksud]:"
Apa yang diberikan oleh RAsul kepadamu maka terimalah ia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah." [59:7]
Sekarang, apa yang dimaksudkan oleh Allah dan RasulNya kekal kabur kepada mereka yang tidak mengetahui. Bukan semua sahabat-sahabat Nabi SAWA mengemukakan pertanyaan kepadanya atau cuba memahaminya, kerana Allah [pada suatu ketika] melarang mereka daripaa mengajukan soalan dalam firmanNya [bermaksud]:"
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan [kepada Nabimu] hal-hal yang jika diterangkan kepadamu, nescaya menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakannya di saat al-Qur'an itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan [kamu] tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. Sesungguhnya telah ada segolongan manusia sebelum kamu menanyakan hal-hal yang serupa itu [kepada Nabi mereka], kemudian mereka tidak percaya kepadanya." [5:101-102]. Oleh kerana itu, mereka dilarang dari megemukakan pertanyaan sehinggakan mereka rasa suka jikalau ada seorang Arab Badwi [kampung] yang datang dan mengemukakan soalan kepada Nabi SAWA, mereka dapat mendengarnya.
Aku [Imam Ali AS] sering mengunjungi Rasulullah SAWA, setiap malam, dan setiap hari [kami berdua sahaja] di mana Rasulullah SAWA akan menjawab soalan-soalanku dan aku sering mengikuti beliau SAWA ke mana sahaja beliau pergi. Sahabat-sahabat RAsulullah SAWA amat mengetahui bahawa beliau SAWA tidak memperlakukan hal yang serupa itu kepada orang lain selain daripada diriku. Dan hal ini lazimnya berlaku di rumahku. Dan bila aku mengunjungi beliau SAWA di rumah kediamannya SAWA, maka beliau SAWA akan meminta isteri-isteri beliau SAWA meninggalkan majlis kami supaya tinggal kamu berdua sahaja. Dan apabila beliau SAWA mengunjungiku, beliau SAWA akan meminta semua orang meninggalkan majlis kami kecuali Fatimah atau salah seorang daripada anakku dan apabila beliau SAWA ditanya maka beliau SAWA akan menjawab pertanyaanku itu. Dan apabila aku diam dan aku tidak mempunyai pertanyaan lagi, beliau SAWA akan memulakan penjelasan-penjelasannya pula. Demikian itu, maka tidak ada wahyu yang diturunkan kepada Nabi SAWA berkenaan ayat-ayat Qur'an, atau apa saja yang diajarkan oleh Allah SWT kepada beliau SAWA berkenaan yang halal dan haram, perintah atau larangan, ketaatan atau dosa, perkara yang lalu atau yang akan datang - tetapi beliau SAWA akan mengajar perkara-perkara tersebut kepadaku dan memintaku membacanya dan menyebutkannya kepadaku dan aku akan menuliskannya dengan tanganku sendiri. Beliau SAWA akan menjelaskan kepadaku ta'wil yang sebenarnya dan maksud yang zahir dan batin dan aku akan menetapkan perkara itu dalam ingatanku dan tidak akan lupa walaupun satu huruf daripadanya.
Apabila Rasulullah SAWA mengajarku, beliau SAWA akan melekapkan tangannya di dadaku dan berkata: Wahai Allah! Penuhkan kalbunya dengan ilmu pengetahuan, kefahaman, nur, kesabaran dan iman; ajarkannya dan jangan biarkannya berada dalam kejahilan; jadikan ia seorang yang mengingati dan tidak lupa. Aku berkata kepada beliau SAWA pada suatu hari: Smoga bapa dan ibuku menjadi tebusanmu, wahai Rasulullah SAWA! Adakah anda takutkan aku lupa? Dan beliau SAWA bersabda: Wahai saudaraku! Aku tidak takutkan kamu lupa atau jahil. Allah Azza Wa-Jalla telah memberitahukan kepadaku bahawa Dia telah menerima doa-doaku tentang dirimu dan sekutu-sekutumu, yang akan datang selepasmu. Dan aku berkata: Wahai Rasulullah, siapakah sekutu-sekutuku itu? Dan beliau SAWA menjawab: Mereka ialah orang-orang yang ketaatan terhadap diri mereka telah dikaitkan oleh Allah dengan ketaatan terhadap DiriNya dan ketaatan terhadapku. Dan aku berkata: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Dan beliau SAWA bersabda: Mereka adalah orang-orang yang Allah firmankan [bermaksdu]:"
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul[Nya} dan ulil amri di antara kamu." [4:59]
Dan aku berkata: Wahai Rasulullah, siapakah mereka itu? Beliau SAWA berkata: Mereka adalah awsiya' [pemegang wasiat] yang akan menjadi awsiya' selepasku. Mereka tidak akan berpisah [dari al-Qur'an] sehingga mereka menemuiku di al-Hawd, [mereka] memberi petunjuk dengan haq dan diberikan petunjuk dengan haq. Pembohongan daripada para pembohong tidak akan mengenai mereka atau penghinaan daripada orang-orang yang hina [tidak akan mencacatkan kemuliaan mereka]. Mereka [para Imam] adalah bersama al-Qur'an dan al-Qur'an bersama mereka; mereka tidak akan meninggalkan al-Qur'an dan al-Qur'an tidak meninggalkan mereka. Melalui mereka ummahku akan mendapat petunjuk dan melalui mereka ummah akan mendapat manfaat dan melalui mereka kehancuran dapat dihindarkan dan melalui mereka, doa-doa akan didengar.
(
http://almawaddah.hypermart.net/rencana/Rper.htm)
---------------------------------------------------------------------------------------
1)Sekarang ayil nampak tak..bagaimanakah hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah Saaw sebagai gedung Ilmu dan Ali as adalah pintunya..dapat dibuktikan kebenaranya dengan jelas?
2) apakah kita tidak memerlukan penjelasan Rasulullah mengenai ayat Al-Quran seperti hadis,kerana.. melalui bagindalah ayat itu diturunkan oleh itu bagindalah yang paling menegatahui dan kemudian pewaris bagindalah yang paling memahami sesuatu ayat itu dan hadis-hadis baginda,seperti penjelasan diatas.
'Perintah-perintah Nabi SAWA sama seperti al-Qur'an, ada yang nasikh dan ada yang mansukh, khas dan am, muhkam dan mutasyabih. Dan ada kata-kata yang dilaporkan daripada Nabi SAWA mengandungi dua makna, bersifat umum dan khusus seperti juga yang terkandung dalam al-Qur'an. Allah Azza Wa-Jalla berfirman dalam KitabNya... '
3)kita sahaja tidak mampu untuk memahami sesuatu yang difirmankan oleh Allah SWT dalam kitabNya atau sesuatu yang dikatakan oleh Rasulullah Saaw dalam pekara-pekara yang tidak jelas(selepas belajar baru tahu),oleh itu jika tidak mempunyai Ilmu yang cukup..kita perlu bertanya kepada orang yang lebih mengetahui..siapakah mereka selepas Rasul yang mulia..?merekalah pewaris baginda yang dimulai oleh Imam Ali as,Buktinya..pun telah disebutkan..diatas(sahabat nabi tidak memahami '
kesemua' Al-Quran).
Masakan kita mampu,sedangkan Al-Quran itu kitab semesta alam dari Penciptanya!Inilah perbezaan antara itrah Ahlul Bayt dan umat.
4)oleh itu tidak wajarlah dikatakan persoalan mengenai ulul amri iaitu pewaris Rasulullah Saaw ini persoaln mazhab yang menimbulakan perpecahan pula,kerana Imam/Ulul amri itu adalah Rahmat Allah sebagai taliNya kepada mu'minin.Dan pertelingkahan itu timbul disebabkan umat Islam sendiri yang jahil dalam mengenal Imamnya dan tidak dinafikan kezaliman para pendahulu yang merampas hak Imamah dari yang sebenar sehingga yang terkemudian tidak tahu!tapi siapakah harus dipersalahkan terhadap diri kita?
Maha suci Allah,segala Puji bagi Allah,Tuhan sekelian alam!
Limpahan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda yang suci-sesucinya..
wassalam