CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48555|Reply: 228

ANTI HADITH, dimanakah kebenaranya?

[Copy link]
ayiL This user has been deleted
Post time 13-6-2003 02:00 PM | Show all posts |Read mode
assalamualikum,

saya ingin meminta pendapat para netter sekalian. apakah benar golongan yang hanya merujuk al-quran sebagai sumber ilmu itu adalah dari golongan anti-hadith?

apakah betul hadith-hadith lain seperti hadith para ulamak itu adalah bercanggah dengan apa yang terdapat di dalam al-quran?

bagaimana pula kita hendak menentukan bahawa sesebuah ayat hadith itu shahih atau palsu? apakah ada tanda2 khas mengenainya? atau betul seperti dakwaan golongan di atas bahawa tidak ada rujukan yang paling sempurna melainkan al-quran?

dan,

jatuh kafirkah saya sekiranya menolak hadith yang saya was-was tentang kesahihannya?

diharap dapat respon yang pelbagai dari para netter sekalian.

wassalam.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 13-6-2003 09:56 PM | Show all posts

sedikit jawaban mengenai hadis

waalaykum wa Rahmatullahi wa Barakatuhu,

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim,dengan Nama Allah yang mempunyai ke semua kesempurnaan.Dengan Nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia,dan kepadanyalah seluruh langit dan bumi bergantung harap kerana Dia-lah yang Maha Pencipta dan Dialah Yang Maha Pentadbir....
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sedikit jawaban berkaitan..

Bagaimanakah kita patut menolak hadis..kerana barangkali ada dianatranya adalah hadis yang shahih dari Rasul yang mulia.Oleh itu,menurut kaidah yang benar yang dapat dibuktikan kebenaranya...bahwa apabila sampai sebuah hadis maka bentanglah ia kepada Al-Quran maka jika ia adalah selari maka ambilah ia dan jika ianya bertentangan maka tinggalah ia.Bahkan,jika dipersaksikan kepada  itrah Ahlul Bayt(imam yang mewarisi Ilmu Rasulullah saaw) maka segala kepalsuan akan sirna,kerana kepada mereka telah mereka mewarisi ilmu Rasulullah Saaw yang mulia sepertii Ilmu hadis,Ilmu Tafsir,Ilmu Ma;rifat,Ilmu Kimia dsb.Bukan Imam Bukhari,untuk kita meletakkan authority keshahihan hadis tersebut!oleh itu adalah tidak wajar apabila temunya hadis yang tidak selari dengan Al-Quran dan akal didalam shahih Bukhari,maka terus menjadi golongan anti hadis pula.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Maha Suci Allah yang tiada Dia sama dengan makhluk-Nya,bahkan Dia-lah yang mencipta bentuk dan sifat untuk makhluk-makhlukNya,sesutu selain Dia yang Maha Sempurna adalah makhluk.
Dialah yang Maha Pengasih(Ar-Rahman),maka Dia telah menciptakan kita dan membekali kita dengan Risalah-Nya yang merupakan Rahmat-Nya kepada kita yang disampaikan oleh Utusan-Nya,Nabi Muhammad Saaw,Rahmat keseluruh alam.Supaya....kita dapat mengenali-Nya, bersyukur diatas segala nikmat darinya,dan memujiNya seperti yang diterangkan didalam Kitab-Nya...ketahuilah kebahagian hamba Allah di Syurga nanti adalah memuji-Nya kerana sememangnya manusia diciptakan untuk itu..iaitu mempersaksikan dan merasai kebesaran dan keagungan Tuhan-Nya lalu tunduk sujud memujiNya,itulah nikmat syurga yang abadi oleh itu marilah kita berlumba-lumba untuk mengambil tempat di syurga yang Maha luas.Sungguh..kita telah diberi kesempatan untuk itu!carilah petunjukNya.
Segala puji bagi Allah SWT di dunia mahupun akhirat,di setiap awal mahupun di setiap akhir!

[ Last edited by irfani on 13-6-2003 at 09:58 PM ]
Reply

Use magic Report

ayiL This user has been deleted
 Author| Post time 13-6-2003 10:50 PM | Show all posts
Sedikit jawaban berkaitan..

Bagaimanakah kita patut menolak hadis..kerana barangkali ada dianatranya adalah hadis yang shahih dari Rasul yang mulia.Oleh itu,menurut kaidah yang benar yang dapat dibuktikan kebenaranya...bahwa apabila sampai sebuah hadis maka bentanglah ia kepada Al-Quran maka jika ia adalah selari maka ambilah ia dan jika ianya bertentangan maka tinggalah ia.Bahkan,jika dipersaksikan kepada  itrah Ahlul Bayt(imam yang mewarisi Ilmu Rasulullah saaw) maka segala kepalsuan akan sirna,kerana kepada mereka telah mereka mewarisi ilmu Rasulullah Saaw yang mulia sepertii Ilmu hadis,Ilmu Tafsir,Ilmu Ma;rifat,Ilmu Kimia dsb.Bukan Imam Bukhari,untuk kita meletakkan authority keshahihan hadis tersebut!oleh itu adalah tidak wajar apabila temunya hadis yang tidak selari dengan Al-Quran dan akal didalam shahih Bukhari,maka terus menjadi golongan anti hadis pula.

assalamualikum,

terima kasih di atas respon.

semenjak akhir-akhir ini, terlalu banyak yang kita sedari akan wujudnya hadis-hadis yang karut marut bunyinya dan terlalu bertentangan dengan ayatul quran. dan apabila satu-satu dalil hadis itu pula, terdapat perselisihan pendapat dikalangan ulamak-ulamak mengikut mahzab masing-masing. dan perkiraan saya, hadis-hadis ini terlalu membawa kepada golongan-golongan yang bertelagah sesama islam. tidak cukup lengkapkah kita merujuk sahaja pada sumber yang satu. sumber yang satu itu pulak adalah al-quran. masih tidak lengkapkah al-quran itu untuk kita jadikan panduan?. masih kurang percaya kah kita andainya tidak disertakan dalil hadis untuk menyokong sesuatu hujah?.

Maha Suci Allah yang tiada Dia sama dengan makhluk-Nya,bahkan Dia-lah yang mencipta bentuk dan sifat untuk makhluk-makhlukNya,sesutu selain Dia yang Maha Sempurna adalah makhluk.
Dialah yang Maha Pengasih(Ar-Rahman),maka Dia telah menciptakan kita dan membekali kita dengan Risalah-Nya yang merupakan Rahmat-Nya kepada kita yang disampaikan oleh Utusan-Nya,Nabi Muhammad Saaw,Rahmat keseluruh alam.Supaya....kita dapat mengenali-Nya, bersyukur diatas segala nikmat darinya,dan memujiNya seperti yang diterangkan didalam Kitab-Nya...ketahuilah kebahagian hamba Allah di Syurga nanti adalah memuji-Nya kerana sememangnya manusia diciptakan untuk itu..iaitu mempersaksikan dan merasai kebesaran dan keagungan Tuhan-Nya lalu tunduk sujud memujiNya,itulah nikmat syurga yang abadi oleh itu marilah kita berlumba-lumba untuk mengambil tempat di syurga yang Maha luas.Sungguh..kita telah diberi kesempatan untuk itu!carilah petunjukNya.
Segala puji bagi Allah SWT di dunia mahupun akhirat,di setiap awal mahupun di setiap akhir!

maha suci allah, indahnya ayat pujian-pujian ini.. maka beruntunglah mereka yang tahu kesucian allah ini.

ya.. seperti yang kita lihat pada ayat saudara/saudari diatas. kita hanya diseru untuk menyembahnya dan menjadikan kitabNya sebagai panduan untuk memperolehi rahmat. dengan bekalan risalahnya yang merupakan kitabnya untuk kita memperolehi rahmat, maka jelaslah segala rahmat yang ada, hanya boleh diperolehi pada kitabNya. amin.

wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2003 10:08 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Tolong sebutkan satu contoh hadis yang bertentangan dengan al-Qur'an.
Terima kasih.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2003 06:36 PM | Show all posts
salam
memang ada yg berpegang hanya kepada al-Quran dan menolak hadith. Dan ada yg berpegang kuat kepada al-Quran dan skeptik kepada hadis.

apa penyebab mereka menolak hadis? Sekiranya terdapat hadis2 yg agak pelik (berlawanan al-Quran, akal) lalu menghukumnya salah, kita tidak seharusnya menghukum kesemua hadis adalah salah. seperti kata Irfani, bentangkan hadis di hadapan al-Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2003 07:22 PM | Show all posts
Waalaykumussalam wa Rahmatullahi wa Barakatuhu,
Bismihi Ta'ala,Dengan Nama Allah yang Maha Sempurna..Dengan Nama Allah yang memiliki Al-asma Al-Husna.

Kepada saudara ayil,
diharapkan,posting ini dapat membantu pemahaman kita bersama dalam mengenali perhubungan diantara hadis Rasulullah saaw,Ahlul Bayt as dan ulul amri...dipetik dari sebahagian dari Kutbah Imam Ali as mengenai hadith...
-------------------------------------------

Perintah-perintah Nabi SAWA sama seperti al-Qur'an, ada yang nasikh dan ada yang mansukh, khas dan am, muhkam dan mutasyabih. Dan ada kata-kata yang dilaporkan daripada Nabi SAWA mengandungi dua makna, bersifat umum dan khusus seperti juga yang terkandung dalam al-Qur'an. Allah Azza Wa-Jalla berfirman dalam KitabNya [bermaksud]:" Apa yang diberikan oleh RAsul kepadamu maka terimalah ia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah." [59:7]

Sekarang, apa yang dimaksudkan oleh Allah dan RasulNya kekal kabur kepada mereka yang tidak mengetahui. Bukan semua sahabat-sahabat Nabi SAWA mengemukakan pertanyaan kepadanya atau cuba memahaminya, kerana Allah [pada suatu ketika] melarang mereka daripaa mengajukan soalan dalam firmanNya [bermaksud]:" Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan [kepada Nabimu] hal-hal yang jika diterangkan kepadamu, nescaya menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakannya di saat al-Qur'an itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan [kamu] tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. Sesungguhnya telah ada segolongan manusia sebelum kamu menanyakan hal-hal yang serupa itu [kepada Nabi mereka], kemudian mereka tidak percaya kepadanya." [5:101-102]. Oleh kerana itu, mereka dilarang dari megemukakan pertanyaan sehinggakan mereka rasa suka jikalau ada seorang Arab Badwi [kampung] yang datang dan mengemukakan soalan kepada Nabi SAWA, mereka dapat mendengarnya.

Aku [Imam Ali AS] sering mengunjungi Rasulullah SAWA, setiap malam, dan setiap hari [kami berdua sahaja] di mana Rasulullah SAWA akan menjawab soalan-soalanku dan aku sering mengikuti beliau SAWA ke mana sahaja beliau pergi. Sahabat-sahabat RAsulullah SAWA amat mengetahui bahawa beliau SAWA tidak memperlakukan hal yang serupa itu kepada orang lain selain daripada diriku. Dan hal ini lazimnya berlaku di rumahku. Dan bila aku mengunjungi beliau SAWA di rumah kediamannya SAWA, maka beliau SAWA akan meminta isteri-isteri beliau SAWA meninggalkan majlis kami supaya tinggal kamu berdua sahaja. Dan apabila beliau SAWA mengunjungiku, beliau SAWA akan meminta semua orang meninggalkan majlis kami kecuali Fatimah atau salah seorang daripada anakku dan apabila beliau SAWA ditanya maka beliau SAWA akan menjawab pertanyaanku itu. Dan apabila aku diam dan aku tidak mempunyai pertanyaan lagi, beliau SAWA akan memulakan penjelasan-penjelasannya pula. Demikian itu, maka tidak ada wahyu yang diturunkan kepada Nabi SAWA berkenaan ayat-ayat Qur'an, atau apa saja yang diajarkan oleh Allah SWT kepada beliau SAWA berkenaan yang halal dan haram, perintah atau larangan, ketaatan atau dosa, perkara yang lalu atau yang akan datang - tetapi beliau SAWA akan mengajar perkara-perkara tersebut kepadaku dan memintaku membacanya dan menyebutkannya kepadaku dan aku akan menuliskannya dengan tanganku sendiri. Beliau SAWA akan menjelaskan kepadaku ta'wil yang sebenarnya dan maksud yang zahir dan batin dan aku akan menetapkan perkara itu dalam ingatanku dan tidak akan lupa walaupun satu huruf daripadanya.

Apabila Rasulullah SAWA mengajarku, beliau SAWA akan melekapkan tangannya di dadaku dan berkata: Wahai Allah! Penuhkan kalbunya dengan ilmu pengetahuan, kefahaman, nur, kesabaran dan iman; ajarkannya dan jangan biarkannya berada dalam kejahilan; jadikan ia seorang yang mengingati dan tidak lupa. Aku berkata kepada beliau SAWA pada suatu hari: Smoga bapa dan ibuku menjadi tebusanmu, wahai Rasulullah SAWA! Adakah anda takutkan aku lupa? Dan beliau SAWA bersabda: Wahai saudaraku! Aku tidak takutkan kamu lupa atau jahil. Allah Azza Wa-Jalla telah memberitahukan kepadaku bahawa Dia telah menerima doa-doaku tentang dirimu dan sekutu-sekutumu, yang akan datang selepasmu. Dan aku berkata: Wahai Rasulullah, siapakah sekutu-sekutuku itu? Dan beliau SAWA menjawab: Mereka ialah orang-orang yang ketaatan terhadap diri mereka telah dikaitkan oleh Allah dengan ketaatan terhadap DiriNya dan ketaatan terhadapku. Dan aku berkata: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Dan beliau SAWA bersabda: Mereka adalah orang-orang yang Allah firmankan [bermaksdu]:" Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul[Nya} dan ulil amri di antara kamu." [4:59]

Dan aku berkata: Wahai Rasulullah, siapakah mereka itu? Beliau SAWA berkata: Mereka adalah awsiya' [pemegang wasiat] yang akan menjadi awsiya' selepasku. Mereka tidak akan berpisah [dari al-Qur'an] sehingga mereka menemuiku di al-Hawd, [mereka] memberi petunjuk dengan haq dan diberikan petunjuk dengan haq. Pembohongan daripada para pembohong tidak akan mengenai mereka atau penghinaan daripada orang-orang yang hina [tidak akan mencacatkan kemuliaan mereka]. Mereka [para Imam] adalah bersama al-Qur'an dan al-Qur'an bersama mereka; mereka tidak akan meninggalkan al-Qur'an dan al-Qur'an tidak meninggalkan mereka. Melalui mereka ummahku akan mendapat petunjuk dan melalui mereka ummah akan mendapat manfaat dan melalui mereka kehancuran dapat dihindarkan dan melalui mereka, doa-doa akan didengar.

(http://almawaddah.hypermart.net/rencana/Rper.htm)
---------------------------------------------------------------------------------------

1)Sekarang ayil nampak tak..bagaimanakah hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah Saaw sebagai gedung Ilmu dan Ali as adalah pintunya..dapat dibuktikan kebenaranya dengan jelas?

2) apakah kita tidak memerlukan penjelasan Rasulullah mengenai ayat Al-Quran seperti hadis,kerana.. melalui bagindalah ayat itu diturunkan oleh itu bagindalah yang paling menegatahui dan kemudian pewaris bagindalah yang paling memahami sesuatu ayat itu dan hadis-hadis baginda,seperti penjelasan diatas.
'Perintah-perintah Nabi SAWA sama seperti al-Qur'an, ada yang nasikh dan ada yang mansukh, khas dan am, muhkam dan mutasyabih. Dan ada kata-kata yang dilaporkan daripada Nabi SAWA mengandungi dua makna, bersifat umum dan khusus seperti juga yang terkandung dalam al-Qur'an. Allah Azza Wa-Jalla berfirman dalam KitabNya... '

3)kita sahaja tidak mampu untuk memahami sesuatu yang difirmankan oleh Allah SWT dalam kitabNya atau sesuatu yang dikatakan oleh Rasulullah Saaw dalam pekara-pekara yang tidak jelas(selepas belajar baru tahu),oleh itu jika tidak mempunyai Ilmu yang cukup..kita perlu bertanya kepada orang yang lebih mengetahui..siapakah mereka selepas Rasul yang mulia..?merekalah pewaris baginda yang dimulai oleh Imam Ali as,Buktinya..pun telah disebutkan..diatas(sahabat nabi tidak memahami 'kesemua' Al-Quran).
Masakan kita mampu,sedangkan Al-Quran itu kitab semesta alam dari Penciptanya!Inilah perbezaan antara itrah Ahlul Bayt dan umat.

4)oleh itu tidak wajarlah dikatakan persoalan mengenai ulul amri iaitu pewaris Rasulullah Saaw ini persoaln mazhab yang menimbulakan perpecahan pula,kerana Imam/Ulul amri itu adalah Rahmat Allah sebagai taliNya kepada mu'minin.Dan pertelingkahan itu timbul disebabkan umat Islam sendiri yang jahil dalam mengenal Imamnya dan tidak dinafikan kezaliman para pendahulu  yang merampas hak Imamah dari yang sebenar sehingga yang terkemudian tidak tahu!tapi siapakah harus dipersalahkan terhadap diri kita?

Maha suci Allah,segala Puji bagi Allah,Tuhan sekelian alam!
Limpahan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda yang suci-sesucinya..
wassalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2003 07:24 PM | Show all posts

 Author| Post time 16-6-2003 05:39 AM | Show all posts
assalamualiakum kepada semua netters.

kepada saudara/saudari irfani. terima kasih kepada artikel diatas. kerana itulah saya akan terus menyelidiki tanpa jemu.

walaubagaimanapun,

tentang ayat yang disertakan diatas iaitu ayat (59:7) adalah berkenaan pembahagian harta rampasan perang. saya akan paste kan ayat yang penuh..

seperti firman allah dalam ayat (59:7) yang bermaksud:

Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

dan pada ayat seruan untuk menerima dan amalkan yang dibawa oleh nabi dan mematuhi larangannya, tidakkah itu kerana nabi hanya akan menyampaikan seruan dari ALLAH s.w.t sahaja melalui al-quran?.. cuba kita tengok firman allah yang ini pulak..

firman allah s.w.t kepada nabi muhammad s.a.w ayat (10:15) yang bermaksud:

"Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): "Bawalah Quran yang lain daripada ini atau tukarkanlah dia ". Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, - jika aku menderhaka kepada Tuhanku, - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".

bukankah maksud ayat di atas adalah merujuk kepada allah meyeru kepada nabi muhammad supaya berkata seperti ayat yang bergaris sekiranya ada orang-orang yang tidak mempercayai al-quran dan mahu dibawakan kitab lain selain al-quran ini sebagai sumber dan bukti yang nyata?.. wallahu'allam...

begini,

saya menjumpai artikel pasal golongan anti hadis ni lebih kurang dua tahun lebih yang lalu. serba sedikit, hati saya tercuit untuk mengkajinya. setelah berbincang dengan kawan-kawan yang mengambil jurusan ugama islam, saya terjumpa seorang kawan yang turut merasa seperti saya. 9 bulan yang lepas, dia ada postkan saya satu artikel berupa sebuah cerita yang dipercayai golongan anti hadis yang menulisnya. beliau menjumpainya di dalam internet. saya tak dapat link kan website nya kerana saya dibagi secara emel. saya ada simpan artikel itu dan akan saya pastekan untuk kita sama-sama renungkan dan mengambil pelajaran untuk dibuat kesimpulan. cerita itu mudah difahami kerana ia berkisar kepada keadaan sekeliling kita di malaysia. membacanya bait demi bait, kita akan merasa hati kita berdebar-debar membacanya walaupun artikel itu agak panjang.

wassallammm...

.. bersambung..
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

ayiL This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2003 05:44 AM | Show all posts

SALINAN ARTIKEL ITU... PAGE 1

PAGE 1

Bab 1
Reply

Use magic Report

ayiL This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2003 05:47 AM | Show all posts

SALINAN ARTIKEL ITU.. PAGE 2

"Dari mana kamu dapat perkataan tu Brahim ?". Tanya Lebai Ngah pada ku. "al-Qur抋n". Kata ku sepatah. "Ayat mana tu ?". Tanya si Lebai.

"Betul tu Lebai, budak Brahim ni, cuba mengajar ayat-ayat al-Qur抋n kepada kita. Dia tak tahu, kita dah makan garam dulu !". Wak Seman, si taukeh warung menyampuk sakan.

"Lebai, kalau saya ringkaskan, al-Qur抋n ialah satu Pembeza, untuk hambaNya (25:1). al-Qur抋n itu mulia (55:77), indah (85:21), bijaksana (36:2). Ayat Kitab yang jelas (12:1).Satu penurunan daripada Pemelihara semua alam (26:192). Di dalamnya tiada keraguan dan menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (2:2). Satu perkataan yang menetapkan (86:13). Satu bentuk kehukuman (13:37). Kami yang menurunkan Peringatan tersebut dan Kami yang menjaganya (15:9). Satu teguran, satu penyembuhan bagi apa yang di dalam dada, satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi orang-orang mukmin (10:57). Kebijaksanaan (Hikmah) yang Pemelihara kamu mewahyukan kamu (17:39). Ia adalah di dalam ibu Kitab, di sisi Kami; sungguh tinggi, bijaksana (43:4) Satu cahaya, yang dengannya Kami memberi petunjuk kepada siapa yang Kami mengkehendaki (42:52). Satu penyembuhan, satu pengasihan bagi orang mukmin, dan bagi orang zalim, ia dalam kerugian (17:82). Kitab yang tidak ada sebarang kebengkokan (18:1). Memberi amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk memberi berita gembira kepada orang mukmin (18:2) Yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang kemungkaran, menghalalkan benda yang baik, mengharamkan yang buruk, membebaskan mereka daripada beban dan belenggu mereka (7:157). Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan benar, mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya dan hakimkanlah menurut apa yang Allah menurunkan, jangan mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar (5:48), antara yang persoalan yang menarik untuk difikirkan ialah ia adalah satu Peringatan yang diberkati, yang Kami menurunkan; maka adakah kamu sekarang menolaknya ? (21:50) dan inilah Ahsan-al-Hadith (39:23), iaitu hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab". Kata ku lagi.

Oleh kerana al-Qur抋n adalah wahyu Allah (42:7), untuk menjadi pedoman hidup dan sumber hukum bagi setiap Muslim (4:105; 5:49,50; 45:20), maka dengan Kitab ini juga saya akan bacakan ayat 6:54 yang menyatakan "Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.". Kata ku lagi.

"Salahkah kalau saya ikut arahan Tuhan ?". Aku bertanya.

"Salah tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2003 08:42 AM | Show all posts
Cantik susunan ayat 'novel'/kisah di atas... bahasa nya adalah bahasa ahli bahasa atau novelis... khidmat siapakah yang telah diambil? Ada sumber rujukan kah kat dalam internet saudara?
Reply

Use magic Report

ayiL This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2003 11:58 AM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 16-6-2003 08:42 AM:
Cantik susunan ayat 'novel'/kisah di atas... bahasa nya adalah bahasa ahli bahasa atau novelis... khidmat siapakah yang telah diambil? Ada sumber rujukan kah kat dalam internet saudara?

mungkin saudara telah terlepas pandang dengan posting saya di atas. saya akan paste kan sekali lagi..

begini,

saya menjumpai artikel pasal golongan anti hadis ni lebih kurang dua tahun lebih yang lalu. serba sedikit, hati saya tercuit untuk mengkajinya. setelah berbincang dengan kawan-kawan yang mengambil jurusan ugama islam, saya terjumpa seorang kawan yang turut merasa seperti saya. 9 bulan yang lepas, dia ada postkan saya satu artikel berupa sebuah cerita yang dipercayai golongan anti hadis yang menulisnya. beliau menjumpainya di dalam internet. saya tak dapat link kan website nya kerana saya dibagi secara emel. saya ada simpan artikel itu dan akan saya pastekan untuk kita sama-sama renungkan dan mengambil pelajaran untuk dibuat kesimpulan. cerita itu mudah difahami kerana ia berkisar kepada keadaan sekeliling kita di malaysia. membacanya bait demi bait, kita akan merasa hati kita berdebar-debar membacanya walaupun artikel itu agak panjang.

wassallammm...

sekian. terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2003 12:00 PM | Show all posts
Suatu pesanan untuk ayil,

Saya merasakan anda sekarang ada sedikit syak dengan pegangan anda sebelum ini. Saya nasihatkan anda jangan melayan bisikan itu dengan memberikan ruang sebebas-bebasnya kepada akal anda. Anda boleh fikirkan tetapi ada baiknya anda membaca jawapan-jawapan yang telah dikemukakan oleh ulama' sejak zaman berzaman terhadap syubhat-syubhat dan persoalan yang dikemukakan oleh golongan ini. Anda baca dan cuba fahamkan hujah-hujah ulama' ni sbb mereka mengeluarkan pendapat berdasarkan ilmu. Selepas anda dah baca kesemuanya dan menyelidikinya, barulah anda boleh membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

Wassalam
Reply

Use magic Report

ayiL This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2003 12:04 PM | Show all posts

SALINAN ARTIKEL ITU.. PAGE 3

"Lebai, sedarkah apa yang Lebai katakan ini ?." Aku bertanya spontan. Wajah Lebai mula bertukar warna. Merah padam jadinya. Tahukah Lebai perkatan ini konsistan dari manusia, hingga ke malaikat, di akhirat dan mereka yang berada di Al-Akraf pun berkata dengan perkataan yang sama. Lebih menarik lagi bila Tuhan juga memberi salam sedemikian rupa". Aku mula berhujah.

Mereka terdiam. Aku mengambil kesempatan ini. Bukan senang nak berdebat dengan puak tua keladi ini, yang amat terkenal dengan slogan parti songsang mereka. Siapa yang tidak menyokong parti mereka adalah puak sesat dan akan masuk Neraka.

"Cubalah Lebai fikirkan, 7:46. "Dan antara keduanya ada tabir, dan di atas Benteng adalah lelaki-lelaki yang mengenali masing-masing dengan tanda mereka yang memanggil orang-orang Taman, "Salamun alaikum!" Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat menginginkannya."

Kemudian Lebai, malaikat akan menyeru pula kepada orang-orang yang berbuat baik supaya masuk ke Syurga dengan berkata 13:24. "Salamun alaikum, kerana kamu telah bersabar." Sangat baiknya tempat kediaman muktamad."

Dan dalam ayat berikutnya 16:32. "Yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka berkeadaan baik, dengan berkata, "Salamun alaikum! Masuklah ke Taman kerana apa yang kamu telah buat."

39:73 "Kemudian orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Taman, sehingga apabila mereka datang kepadanya, dan pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)! Kamu telah maju dengan baik; masuklah untuk tinggal selama-lamanya."

Kemudian Lebai didalam Syurga tidak ada percakapan sia-sia kerana Allah telah berfirman didalam al-Qur抋n 10:10. "Seruan mereka di dalamnya, "Engkau disanjung, ya Allah", dan salam hormat mereka, "Salam", dan akhir seruan mereka, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."

Dan dalam surah Yasin yang kita baca pun ada menyebutkan salam Allah 36:58. "Salam!" ialah perkataan daripada Pemelihara yang Pengasih." Itu yang Allah ajar, Lebai Ngah beranikah untuk tidak patuh dengan perintahNya?. Tanya ku pada si Lebai.

Pak Rashid mula mengganguk. Lebai Ngah pula mula nampak mati kutu. Telinganya bertambah merah. Dia membetulkan serban hijau yang hampir lusuh itu, seterusnya pula dia membelai pula janggutnya yang tak seberapa helai itu. "Jadi salahkah jika aku ingin mengucapkan Assalamualaikum Waraoh Matullah Hi Wabarakatuh ?". Lebai seolah-olah ingin meminta satu kepastian.

"Salah". Jawap ku sepatah. "Mengapa salah". Tanya Lebai Ngah lagi.

"Kerana 58:8. "Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dilarang daripada pembicaraan rahsia, kemudian mereka mengulangi apa yang mereka telah dilarang padanya, dan mereka berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari rasul? Kemudian, apabila mereka datang kepada kamu, mereka memberi salam hormat kepada kamu dengan yang tidak menurut salam hormat daripada Allah kepada kamu; dan mereka berkata, "Mengapa Allah tidak mengazab kita kerana apa yang kita mengatakan?" Cukuplah bagi mereka Jahanam, di mana mereka dipanggang - satu kepulangan yang buruk!". Kata ku, seterusnya aku bertanya kembali "Kenapa susah sangat untuk Lebai nak ikut salam seperti yang Allah ajarkan itu ?"

"al-Qur抋n sendiri kata kita kena pegang pada hadis, oleh itu hadis yang mengajar Assalamualaikum Waraoh Maullah Hi Wabarakatuh". Ujar si tuan Lebai.

"Lebai, kalau hadis bertentangan dengan al-Qur抋n, Lebai nak pilih yang mana ?". Tanya ku lagi.

Lebai hanya membeliakan kedua-dua matanya. Lebai tahu, semua ulamak-ulamak seluruh dunia baik dari zaman sesudah Nabi wafat hingga ke kiamat sekalipun, dari golong Sunnah Wal Jamaah hingga ke Shiah pasti akan mengakui kalau hadis bertentang dengan al-Qur抋n, maka secara otomatik hadis itu tertolak.

..... bersambung
Reply

Use magic Report

ayiL This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2003 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 16-6-2003 12:00 PM:
Suatu pesanan untuk ayil,

Saya merasakan anda sekarang ada sedikit syak dengan pegangan anda sebelum ini. Saya nasihatkan anda jangan melayan bisikan itu dengan memberikan ruang sebebas-bebasnya ...

terimakasih untuk peringatan ini.

sebenarnya, saya tidak ada apa-apa peggangan untuk saya syaki. yang saya tahu, agama saya islam. allah tuhan saya dan muhammad itu pesuruhnya. tanpa segan silu, selama ini, saya hanya di didik untuk melakukan ibadat2 lain seperti wajarnya islam kita di malaysia dan di didik untuk menjauhi perkara2 larangan seperti yang telah diajar di bangku-bangku sekolah, pendidikan dirumah dan dari pembacaan.

saya juga mengakui, saya kurang tahu mengenai mahzab-mahzab dan golongan-golongan di dalam islam ini sehingga saya ditugaskan membuat satu tesis mengenai mahzab-mahzab dan golongan-golongan islam ini. berada di negara orang, dan hidup dikelilingi oleh rakan2 islam yang berlainan mahzab, membuat saya bertambah hairan dengan perbezaan amalan dan larangan. sesungguhnya, sebelum itu, saya memang tidak mengetahui adanya golongan yang dikatakan syiah aswj ahlul biyat dan lain-lain.

pernah juga terjadi pergaduhan besar di kolej kediaman kami apabila adanya kejadian hina menghina terhadap peggangan mahzab masing-masing. dari situ, saya mula rasa terpangil untuk mencari dan membuat perbandingan di antara mahzab-mahzab yang ada sehinggalah saya terjumpa satu lagi golongan yang dipanggil anti hadis ini.

misi kajian saya masih belum selesai. masih banyak yang perlu saya pelajari. oleh yang demikan, saya lebih suka melihat pendekatan dan pandangan netters yang lain dahulu satu persatu. sebab itulah dalam penyampaian dakwah kita kena berhati-hati. saya hanya meminta pendapat unutk para netters sekalian memberi ulasan terhadap artikel yang telah saya post dan yang akan saya post nanti. itu sahaja. kita baca dulu dan kita tengok yagn mana janggalnya. siapa tahu, saya tidak nampak apa yang para netters sekalian nampak terhadap artikel itu.

sesungguhnya, beruntunglah mereka yang ingin mengambil pelajaran.

sekian.
wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2003 12:28 PM | Show all posts
haaaaa Liya ni mungkin student UKM yang ambil subjek Tamadun Islam (ZT). Setahu saya student-student ni memang sebelum ni mereka tak ada maklumat langsung atau kurang maklumat tentang mazhab-mazhab ni. Kemudian bila pensyarah mereka bagi assg. suruh buat, barulah mereka nampak begini-begini. Alhamdulillah, Allah telah buka kepada anda minat untuk mengetahui tentang agama anutan anda. Semoga anda hidup beragama atas kajian dan pembacaan anda, bukan main ikut-ikut orang saja.
Semoga anda diberkati dan dirahmati Allah. Kalau ada masalah nak tanya, boleh ajukan ke www.al-ahkam.com.my. Mungkin mereka boleh membantu. Atau ke http://ibn-qaiyim.al-ahkam.com.my/html/

Wassalam

[ Last edited by nahzaluz on 16-6-2003 at 12:31 PM ]
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 16-6-2003 04:45 PM | Show all posts
Originally posted by ayiL at 2003-6-16 11:58 AM:
mungkin saudara telah terlepas pandang dengan posting saya di atas. saya akan paste kan sekali lagi..

begini,

saya menjumpai artikel pasal golongan anti hadis ni lebih kurang dua tahun leb ...

Saya ada baca sebahagian dari artikel saudara tu dan saya berhasrat nak baca sampai habis nanti...  maksud saya begini, golongan anti-hadis selalu nya tahu agama dan selok belok, sudah tentu bukan main tolak mentah-mentah... tentu ada belajar agama. Jadi, bahasa macam novelis di atas tak macam bahasa ahli agama... tentu mereka ada link dengan banyak pihak, itu maksud saya. Usaha anda baik, masukkan artikel berkenaan dan kita baca sama-sama nanti dan berkomen-komen tentang apa duduk perkara hal ini... terimakasih.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2003 05:29 PM | Show all posts
Untuk ayiL,

"Lebai, kalau hadis bertentangan dengan al-Qur’an, Lebai nak pilih yang mana ?". Tanya ku lagi.

Lebai hanya membeliakan kedua-dua matanya. Lebai tahu, semua ulamak-ulamak seluruh dunia baik dari zaman sesudah Nabi wafat hingga ke kiamat sekalipun, dari golong Sunnah Wal Jamaah hingga ke Shiah pasti akan mengakui kalau hadis bertentang dengan al-Qur’an, maka secara otomatik hadis itu tertolak.

Antara kebatilan hujah golongan ini dok kat sini. Perlu diperjelaskan di sini bahawa hadis Nabi tidak sekali-kali bercanggah dengan al-Qur'an. Kalau bercanggah itu bukan hadis Nabi namanya. Bahkan di antara ciri-ciri hadis palsu ialah ia bercanggah dengah al-Qur'an. Hadis palsu bukannya hadis Nabi. Ia didakwa hadis Nabi tetapi sebenarnya bukan hadis yang diucapkan oleh Nabi.

Wassalam :bg:
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2003 05:37 PM | Show all posts
Khusus untuk Irfani.

Saya nak tanya komen anda tentang 2 point ini yang melibatkan hadis dan sumber hukum. Terima kasih.

===============

1. Kata-kata para Imam 12 seperti firman Allah dan RasulNya.

Mengikut kepercayaan Syiah, pendapat atau kata-kata para Imam mereka adalah seperti firman Allah dan RasulNya dari sudut kebenarannya. Diriwayatkan oleh al-Kulaini (2/271-272) dari Hisham bin Salim dan Hammad bin Uthman dll, mereka berkata: Kami telah mendengar Abu Abdillah berkata: Hadisku adalah hadis ayahku. Hadis ayahku adalah hadis datukku. Hadis datukku adalah hadis Husain. Hadis Husain adalah hadis Hasan. Hadis Hasan adalah hadis Amirulmukminin (Ali). Hadis Amirulmukminin adalah hadis Rasulullah s.a.w dan hadis Rasulullah adalah firman Allah azza wajalla.  Sehubungan dengan ini, al-Mazindarani ketika menghurai bab ini berkata: Setiap hadis para Imam al-Tahirin adalah firman Allah. Tiada khilaf dalam kata-kata mereka sebagaimana tiadanya khilaf di dalam firman Allah. Bahkan dibolehkan kepada sesiapa yang mendengar suatu hadis dari Abu Abdillah yang diriwayatkan dari ayahnya atau salah seorang dari moyangnya, berkata: Allah Ta’ala berfirman (lihat Sarh Jami’ ala al-Kafi 2/271-272). Ini menunjukkan ia setaraf dengan firman Allah s.w.t.

Mungkin ada orang berkata, pendapat ini ada kebenarannya kerana apa yang diriwayatkan dari jalan para Imam itu bersambung sampai kepada Rasulullah s.a.w dan semua maklum bahawa sabda Nabi itu (suruhan dan larangannya) dari segi kekuatannya setaraf dengan firman Allah. Tetapi sebenarnya bukan ini yang dimaksudkan oleh mereka. Maksud sebenarnya ialah sebagaimana yang disebut oleh Abdullah Fayyad di dalam kitabnya Sejarah al-Imamiyyah (m.s 140): Sesungguhnya i’tikad bahawa para Imam itu maksum menjadikan hadis yang diriwayatkan dari mereka adalah sahih tanpa perlu disyaratkan bersambung sanadnya kepada Nabi s.a.w sebagaimana di sisi ASWJ. Ini kerana –sebagaimana kata Muhammad Ridha Muzaffar (Aqa’id al-Imamiyyah :66)- Imamah merupakan kelangsungan dari Kenabian. Mereka beri’tikad bahawa sabda Nabi berterusan sampai kepada Imam mereka yang terakhir. Atas dasar ini Sunnah di sisi mereka ialah perkataan atau perbuatan atau perakuan yang bersumberkan dari yang maksum (Muhammad Taqiy al-Hakim, al-Usul al-‘ammah lil fiqh al-muqaran: 122). Dan yang maksum itu bukan hanya Rasulullah sahaja bahkan para Imam 12 mereka. Kerana itulah di dalam perlembagaan Iran dicatat bahawa al-Sunnah ialah sunnah para maksum -salamullah ke atas mereka semua- bukannya sunnah Rasulullah s.a.w sahaja.

2.  Sumber

Apabila Imam kesebelas, iaitu al-Hasan al-‘Askari meninggal dunia pada tahun 260H, beliau tidak meninggalkan anak. (sebagaimana yang dinyatakan oleh Sa’ad al-Qummi (al-Maqalat wa al-Firaq: 102) dan Ibn Babweih al-Qummi (Ikmal al-Din: 42). Insiden ini telah mengejutkan pengikutnya, sehingga menyebabkan mereka berpecah kepada 15 puak. Di kalangan mereka ada yang berkata: Imamah telah terputus. Manakala sebahagian yang lain berkata: Sesungguhnya al-Hasan bin Ali telah meninggal dunia dan beliau tidak mempunyai anak. Maka Imam selepasnya ialah saudaranya, iatu Jaafar bin Ali. Kemudian muncul seorang lelaki yang bernama Uthman bin Sa’id al-Umari dan mendakwa bahawa al-Hasan al-‘Asykari ada mempunyai seorang anak berumur 5 tahun. Beliau bersembunyi dari manusia dan beliaulah Imam ke 12. Uthman bin Said seterusnya mendakwa bahawa Imam ke 12 ini telah melantiknya sebagai wakilnya dalam urusan kewangan dan memberi fatwa bagi pihak Imam. Apabila Uthman meninggal dunia pada tahun 280H, anaknya Muhammad mendakwa beliaulah pengganti ayahnya. Apabila beliau meninggal dunia pada tahun 305H, beliau diganti oleh al-Husain bin Ruh al-Nubakhti. Kemudian selepas kematiannya pada tahun 326H, beliau diganti oleh Abul Hasan Ali bin Muhammad al-Samiri. Selepas kematiannya pada tahun 329H, bermulalah apa yang dinamakan al-Ghaibah al-Kubra. Mereka yang mendakwa sebagai wakil Imam ke 12 di atas telah menerima soalan-soalan dari orang ramai kemudian mereka membawa jawapannya yang didakwa jawapan dari Imam. Jawapan dari Imam ini yang mereka namakan sebagai al-Tauqi’ diambilkira oleh mereka!

===============

Apa komen anda?

Wassalam :bg:

[ Last edited by nahzaluz on 16-6-2003 at 05:39 PM ]
Reply

Use magic Report

ayiL This user has been deleted
 Author| Post time 16-6-2003 06:13 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 16-6-2003 05:29 PM:
Untuk ayiL,

Antara kebatilan hujah golongan ini dok kat sini. Perlu diperjelaskan di sini bahawa hadis Nabi tidak sekali-kali bercanggah dengan al-Qur'an. Kalau bercanggah itu bukan hadis Nabi namanya. Bahkan di antara ciri-ciri hadis palsu ialah ia bercanggah dengah al-Qur'an. Hadis palsu bukannya hadis Nabi. Ia didakwa hadis Nabi tetapi sebenarnya bukan hadis yang diucapkan oleh Nabi.

nahzaluz,

saya tidak nampak pun pada ayat yang saudara quote itu, golongan ini menolak bahawa "hadis nabi tidak sekali-kali bercanggah dengan al-quran". dan kenyataan bahawa "hadis nabi tidak sekali-kali bercanggah dengan al-quran" lah yang dipertahankan disitu.

cuba saudara fahami dulu situasi nya.

wassalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2026 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.799048 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list