CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 853|Reply: 21

[Tempatan] Duit simpanan habis rawat anak koma

[Copy link]
Post time 18-10-2025 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Duit simpanan habis rawat anak koma
Oleh HARIS FADILAH AHMAD
18 Oktober 2025, 8:40 am

JERANTUT – Sepasang suami isteri dari Felda Kota Gelanggi Dua di sini terpaksa menghabiskan semua wang simpanan hasil perniagaan bagi merawat anak lelaki mereka yang koma akibat kemalangan lima tahun lalu.

Menurut Rozita Hamzah, 51, dia dan suami, Yussery Ismail, 54, anak mereka Muhammad Yusshah Danish Yussery, 23, kini dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Kami sudah belanja RM10,000 untuk bulan pertama sejak anak dirawat pada 19 September lalu dan perlu mengumpul wang untuk melanjutkan rawatan.

“Sebelum ini, kami telah berikhtiar dan berhabis wang simpanan untuk rawatan di pelbagai pusat perubatan swasta termasuk hospital dengan harapan anak segera sembuh,” kata­nya ketika ditemui di Felda Kota Gelanggi Dua di sini semalam.

Beliau berkata, kemalangan tersebut berlaku pada 1 Jun 2020 apabila motosikal yang ditunggang anak ketiga daripada lima beradik itu berlanggar dengan sebuah motosikal lain mengakibatkan mangsa cedera di kepala selain patah tulang leher.

“Kejadian itu menyebabkan anak koma dan hanya disalurkan makanan khas (susu) menerusi saluran tiub di perut.

“Kami terbeban menanggung belanja pengurusan kebajikan anak melibatkan perbelanjaan hampir RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu,” katanya.

Rozita berkata, dia berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberikan bantuan bulanan seba­nyak RM500 kepada anaknya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Yussery di talian 014-532 1433 atau terus menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 156141282978 (Rozita).


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2025 10:35 AM | Show all posts
5 tahun lepas bukan PKP ke ? masa PKP bukan patut duduk rumah ?
umur mangsa sekarang 23 ....masa kejadian umur 18 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2025 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 18-10-2025 10:35 AM
5 tahun lepas bukan PKP ke ? masa PKP bukan patut duduk rumah ?
umur mangsa sekarang 23 ....masa kej ...

Pkp pun ada jugak yg takboleh wfh.
Tapi tak tau la kot ada cerita disebalik cerita ke.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2025 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak yang aku nak tanya but simpan ja lah bukan acik2 ada jawapan pun.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2025 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku lah kan, kalau on life support ni mcm playing God. Bila nampak pasang wire tube bagai ni aku tanya doktor ini life support ka. Doktor kata itu ubat then aku kata ok.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2025 10:55 AM | Show all posts
krustykrab replied at 18-10-2025 02:40 AM
Pkp pun ada jugak yg takboleh wfh.
Tapi tak tau la kot ada cerita disebalik cerita ke.

takut kes merempit. masa PKP jalan lengang. mmg syok bawak motor.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2025 10:58 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-10-2025 02:44 AM
Banyak yang aku nak tanya but simpan ja lah bukan acik2 ada jawapan pun.

Kes2 macam ni di takdirkan Ibu bapa dia pergi dulu . pastu adik beradik tak mampu bela sebab kos tinggi
apa jadi pada pesakit ya ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2025 11:27 AM | Show all posts
gigahertz replied at 18-10-2025 10:58 AM
Kes2 macam ni di takdirkan Ibu bapa dia pergi dulu . pastu adik beradik tak mampu bela sebab kos t ...

Masa ni lah adik beradik yang asalnya rapat boleh bergaduh. Yang sakit tu satu hal.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2025 12:35 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-10-2025 03:27 AM
Masa ni lah adik beradik yang asalnya rapat boleh bergaduh. Yang sakit tu satu hal.

habis hujung macma mana ? kos jaga orang sakit bukan murah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2025 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 18-10-2025 12:35 PM
habis hujung macma mana ? kos jaga orang sakit bukan murah.

Alangkan nak jaga makpak pun ada org tak mampu..

Deme kena usaha atopon cut costs kott..

Dlm kes ni, koma, iols dok pikiaq, bkn ka dok dlm spital kalau koma..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2025 07:46 PM | Show all posts
gigahertz replied at 18-10-2025 10:58 AM
Kes2 macam ni di takdirkan Ibu bapa dia pergi dulu . pastu adik beradik tak mampu bela sebab kos t ...

most likely org akan bawak balik ker rumah dgan peralatan2 yg hospital tu pown skrg ada yg boleh dibeli or disewa..

then, just jaga sedaya yg mampu jerla sampai patient meninggal..

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2025 09:24 PM | Show all posts
anak dia ni mmg masih bernyawa tapi koma ...
kenapa tak jaga sendiri
costly itu memang
tapi boleh je minta JKM dan zakat
kita hanya dapat bersimpati
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 01:50 AM | Show all posts
ardent91 replied at 18-10-2025 11:46 AM
most likely org akan bawak balik ker rumah dgan peralatan2 yg hospital tu pown skrg ada yg boleh d ...

Dulu ada satu kes budak perempuan nama dia Siti Hajar Abdul GhaniKoma ajibat janngkitan kuman dalam otak ( sleeping beauty sindrom )
Koma sejak usia 7 tahun. Beliau di sahkan koma selama 13 tahun.
Anak Jati Pulau Pinang.
Pada tahun 2005 . pada usia 20 tahun dia bangun dari koma.
Dapat sedar dan bercakap lebih kurang 2 minggu.
pastu meninggal dunia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2025 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ardent91 replied at 18-10-2025 07:46 PM
most likely org akan bawak balik ker rumah dgan peralatan2 yg hospital tu pown skrg ada yg boleh d ...

Persoalannya apa yg berlaku kalau penjaga semua meninggal terlebih dahulu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2025 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 18-10-2025 09:24 PM
anak dia ni mmg masih bernyawa tapi koma ...
kenapa tak jaga sendiri
costly itu memang

Jkm dah bg bantuan 500 sebln
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 07:31 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 19-10-2025 06:52 AM
Persoalannya apa yg berlaku kalau penjaga semua meninggal terlebih dahulu..

ler yg tu same jerla kes dgan kalo parents dah tua dan uzur tapi tengok2 anak yg meninggal dulu.. so sape nak jaga parents yg dah uzur tu kan? most likely ada sedara-mara lain cam adik-beradik parents tu or sepupu sepapat or anak sedara kepada parents yg dah tua ke yg akan take over untuk jaga.. gitu le

tp kalo parents tua tu mmg dah sebatang kara sgat so tok ketua kampung,YB or menteri2 yg berkaitan kena turun padang la

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2025 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan. Tertanya juga tak boleh bawak balik rmh ke? Pernah baca juga kisah doktor koma lepas bersalinkan anak kedua. Parents bawak balik dan jaga anak dia sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah² mcm ni buat aku terfikir
Bab duit/harta, bila² Allah boleh bagi
& Allah ambik
Dulu ada extended family pakcik aku
Arkitek bujang duit ada juta² in the 80s
Jatuh sakit smpai habis segala duit jual harta yg ada untuk biaya perubatan
Kelmarin aku dgr ada org ckp
Dh tua dia cuma nak kurangkan hutang lebih kan sedekah
Somehow aku setuju
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2025 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 18-10-2025 10:35 AM
5 tahun lepas bukan PKP ke ? masa PKP bukan patut duduk rumah ?
umur mangsa sekarang 23 ....masa kej ...

Jun 2020 rasanya boleh je setakat keluar dalam kawasan felda naik moto. Kawasan felda pun besar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2025 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ardent91 replied at 19-10-2025 07:31 AM
ler yg tu same jerla kes dgan kalo parents dah tua dan uzur tapi tengok2 anak yg meninggal dulu..  ...

So sama la mcm kes ni kalau makpak adik badik sumer takde..
Bila tak mampu, deme highlight dlm news minta derma..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.081699 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list