CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 4

[Tempatan] ‘Kalau tak pernah kisah hal anak, tak payah la suruh menteri letak jawatan’

[Copy link]
Post time 17-10-2025 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh KOSMO!
17 Oktober 2025, 4:11 pm




PETALING JAYA – “Mak pak, kalau tak pernah semak kerja sekolah anak, mesyuarat PIBG tak pernah datang, mesej cikgu dalam WhatsApp pun buat tak kisah, surat kebenaran ibu bapa pun tak reti baca betul-betul, anak kawan dengan siapa pun tak tau, tak payah sibuk suruh menteri letak jawatan”.

Itu antara pesanan seorang individu kepada ibu bapa yang sering menuding jari kepada pihak tertentu setiap kali berlakunya masalah sosial dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Katanya yang menggunakan profil no_nxms di media sosial, tidak hairanlah berlakunya masalah moral dalam kalangan itu apabila ada ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah ibarat ke ‘pusat jagaan harian’ semata-mata.


“Tak ambil tahu anak guna telefon untuk apa, main game apa, buat apa di media sosial atau tak ada nombor ibu bapa kawan-kawan anak.



“Tak terkejut pun kalau ada ibu bapa yang hantar anak pegi sekolah macam sekolah tu sekadar ‘day care’ untuk anak dia. Nak belajar ke tak, dia tak kisah pun,” katanya.

Individu berkenaan turut menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab meletakkan kesalahan tingkah laku anak-anak ke atas menteri berkaitan sepenuhnya.


“Kelakar betul yang jenis semua benda salah menteri. Kau ‘expect’ menteri seorang tu jaga ratusan ribu murid dari akademik, disiplin, akhlak, adab, makan minum semua?

“Tak masuk yang berkeperluan khas lagi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2025 09:36 PM | Show all posts
Dalam kebanyakan kes kana-kanak, father figure pun yilek. maknye terkontang-kanting sorang nak menjawab menepis soalan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2025 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangkem ingatkan mazlee menteri pendidika paling hauk.. rupanya ada yang lebih hauk
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2025 10:35 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Sebanyak 476 kes bunuh direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara bagi tempoh Januari 2023 hingga akhir 2024.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memaklumkan 261 kes bunuh dilaporkan pada 2023 dengan purata lima kes bagi tempoh seminggu atau bersamaan 21 kes sebulan.

Bagi tempoh Januari hingga November tahun lalu pula, JSJ merekodkan sebanyak 215 kes bunuh dengan purata empat kes seminggu atau 17 kes sebulan.

Menurut JSJ, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi kes jenayah bunuh membabitkan 115 kes bagi tempoh 2023 hingga November tahun lalu diikuti Perak (60 kes); Johor (59 kes); Sabah (47 kes) dan Sarawak (36 kes).

sifirnya mudah, secara purata seminggu ada 5 kes bunuh dimalaysia, jadi PMX kene letak jawatan juga, gagal jaga rakyat.

tiap minggu lantik PM baru smpai lar kiamat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2025 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kes student um jatuh kan. Mati jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.062770 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list