CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 857|Reply: 32

[Tempatan] Mata pelajaran baharu Pendidikan Karakter bermula tahun depan

[Copy link]
Post time 16-10-2025 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KOSMO!
Oleh ZULKIFLI MANZOR
16 Oktober 2025, 2:32 pm


Fadhlina di Dewan Rakyat hari ini. IHSAN JABATAN PENERANGAN




KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan mata pelajaran baharu iaitu Pendidikan Karakter bermula tahun depan bagi memperkasakan pembangunan peribadi dan sahsiah murid.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM ketika ini sedang membuat persiapan bagi pelaksanaan kurikulum itu yang akan dimulakan di peringkat pra sekolah terlebih dahulu.


Menurut beliau, subjek baharu itu akan menjadi tunjang kepada Kurikulum Persekolahan 2027 selain KPM terus memberi tumpuan kepada aspek nilai, akhlak dan peribadi yang terkandung dalam kurikulum sedia ada.



“Kita ketika ini membuat persiapan berkaitan kurikulum 2027 iaitu kurikulum baharu yang mana dalam kurikulum ini terdapat satu mata pelajaran yang penting dan diteras kepada semua iaitu Pendidikan Karakter.

“Pendidikan Karakter ini akan menjadi tunjang kepada kurikulum baharu yang akan bermula 2026, tahun hadapan, manakala yang terkait rapat dengan nilai, akhlak, peribadi semua sudah pun berada dalam kurikulum kita itu panjang.

“Perdekatan pendidikan karakter ini akan menjadi tunjang yang dihasratkan oleh seluruh warga pendidikan terkait rapat dengan pendidikan karakter,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.


Beliau menjawab soalan tambahan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) berhubung kurikulum yang menekankan pembinaan sahsiah, jati diri dan nilai murni murid.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berkaitan kesihatan mental, Fadhlina berkata, KPM melaksanakan saringan minda sihat terhadap murid dua kali setahun.

Katanya, jika terdapat tanda kemurungan dan tekanan, murid memerlukan sokongan dan intervensi akan dirujuk kepada pihak lebih berautoriti termasuk Kementerian Kesihatan.

Ujar beliau, intervensi melalui pakar psikiatri sudah berlangsung, tetapi dengan reformasi serta-merta akan memperkukuhkan lagi dengan latihan dan program yang segera.

Kata beliau, usaha itu namun harus juga didukung oleh ibu bapa kerana ibu bapa yang berada dengan anak-anak dalam rumah. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2025 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Perdidikan karektor patut bermula dari rumah...mak bapak samseng yg melahirkan anak2 samseng
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2025 07:26 PM | Show all posts
noor2 replied at 16-10-2025 07:13 PM
Perdidikan karektor patut bermula dari rumah...mak bapak samseng yg melahirkan anak2 samseng

betul sgat... patutnya mak pak yg nak beranak pinak tu patutnya diberi taklimat n ceramah gi mana cara membentuk karakter anak2.......... bukan setakat beranak n bg makan semata2....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2025 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendidikan agama dgn moral tak capai matlamat ka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2025 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 16-10-2025 07:57 PM
Orix replied at 16-10-2025 07:26 PM
betul sgat... patutnya mak pak yg nak beranak pinak tu patutnya diberi taklimat n ceramah gi mana  ...


Ya takat ajar kat sekolah tapi akar umbi dari rumah tetap x elok , sia2 je ajaran di sekolah. Mak ayah pun bercakap kasar sesama sendiri,  dgn anak2, dgn jiran.,mak ayah pun suka tgk cerita lucah....cane nk bentuk budak tu jd baik
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2025 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua nak sumbat dekat sekolah nak cikgu ajar abistu mak bapak kat rumah mengangkang je ke? Xde tanggungjawab? Pendidikan karakter = pendidikan akhlak yang sepatutnya bermula dari rumah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2025 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Wajib Subjek Etika Budaya Warga Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2025 02:02 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 17-10-2025 02:33 AM

Woow.. Bagaimana bisa memperbaiki mentality pelajar ketika  pendidikan yang diajarkan di sekolah bukan berdasarkan FAKTA tetapi masih berasaskan doktrin dan propaganda-propaganda yang penuh kebohongan dan kepalsuan  dan juga lebih banyak menonjolkan  Superiority satu  kaum Type-M yang dibangun dengan  ILUSI atau DONGENG-DONGENG belaka  sehingga mengakibatkan majority pelajar (utamanya Type-M) terjangkit  penyakit  WAHAM  AKUT yang mungkin sudah masuk kedalam Gen atau DNA mereka ...

Itulah  implikasi (tanpa disadari)  terjadinya banyak masalah  serius yang terjadi sekarang ini di MalayDesh....merasa Maha Hebat dan Maha Pintar dan Terpaling tetapi ternyata itu hanya ILUSI belaka ...   









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2025 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Suruh je la masuk pendidikan moral. Tapi yang buat perangai tu akademik teruk, so cemana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2025 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruknya menteri ni. Bila kau nak letak jawatan acik oi? Yang buat hal kelas belakang, satu negara terkena sama
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2025 08:13 AM | Show all posts
lama lagi ke dia ni?
masalah timbul bertubi-tubi
tindakan tegas apa ye dia ambil?
kes semua masih berjalan
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2025 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
I rasa lebih baik bagi lelaki yg jadi mnteri pendidikn.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2025 08:28 AM | Show all posts
sepatutnya... pendidikan character ni masuk dalam kursus kawin.. dan jugak antenatal class... bukan bebankan kat anak2..

sahsiah anak2 bermula dari rumah ler...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2025 08:31 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 16-10-2025 07:32 PM
Pendidikan agama dgn moral tak capai matlamat ka?

kan? sedangkan semua tu mesti dah termasuk dalam both subjects. hatta kalau ada subject budhism kat sekolah pon... semua nya akan menuntut anak2 berkelakuan baik. perkasakan ajela those subject.. mungkin corak penyampaian yang kurang berkesan.. dok hafal utk exam semata... penerapan nilai dalam kehidupan takde.

kes accident banyak.. nak masukkan silibus keselamatan jalan raya kt budak2..
ni kes2 salah laku.. nak masukkan subject baru lagi..
bapak samseng,... anak pon ikut perangai samseng.. itu sangat tepat. so bapak n mak dia yang patut disekolahkan dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2025 08:35 AM | Show all posts
apasal takut sangat nak kasi kuasa kat cikgu hukum budak2?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2025 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat lah program hafal Quran pun benda ni akan terus berlaku percayalah. Bebudak baik akan terus berjaya, kelas belakang akan cari jalan. Melampau sangat Melayu ni letak beban pada sekolah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2025 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh lembamnya dia ni jadi menteri pendidikan. Buat jelah spot check setiap pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2025 08:53 AM | Show all posts
weiii..keB*&^^Dan apakah ini....
sapa yg suggest benda2 gini???? Bdk2 ptd yg tersandor dlm opis ekon pastu g kursus merata dunia ke?
Ko tak tau ke cikgu2 kat sekolah tu dh terbeban dgn dasar2 bodoh korang
kuasa cikgu ko tarik...solutionnya ko tambah subjek....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2025 08:58 AM | Show all posts
Kembalikan jela kuasa guru
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2025 09:35 AM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 17-10-2025 01:38 AM

cegu2 ke sekolah2 tak perlu buat keja mak pak and yes kembali kan la kuasa kat cegu. ni kena tampo sikit pun udah kena report pulis.. meols dedulu kala biasa je budak2 kena rotan, kena pulas telinga perut apa smua.. jadi je org..

tu smuaaaa tanggungjawab mak pak.. nak tengok senang je.. bukak je la threads, fesbuki, tiktok.. tengok je la bahasa msian punya nukrajen pun dah cukup, kat porem pun adoo...

mak pak sendiri pun henpon berjahit dohpohpatjam.. dr asal budak tu boleh pegang telepon pun udah disua tengok utiup bagai.. lagi mau tanya naper anak2 skang ketagih gadjet ekk? pelik bin ajaib, interaction pun takde.. so budak2 ni cari support dekat luar.. acer check discord server memasing.. if mak pak sendir tak cakna.. wat can the teacher or school or menteri even do?

sekian


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.159414 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list