Fasih bahasa Melayu syarat utama pemilikan tanah di Selangor
Saadiah Ismail
October 12, 2025 @ 2:11pm
Fasih bahasa Melayu syarat utama pemilikan tanah di Selangor
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari melakukan gimik perasmian pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2025 di Pusat Konvensyen MPAJ. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
AMPANG: Kerajaan Selangor menetapkan keutamaan berbahasa dan melazimi bahasa Melayu sebagai syarat utama dalam pemilikan tanah, hak milik dan premis di negeri ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata syarat itu dilihat penting untuk memastikan seseorang itu layak ditakrifkan sebagai orang Melayu dan wajar memiliki kuota tanah di Selangor.
Katanya, itulah adalah tafsiran asas untuk memastikan seseorang itu Melayu atau Bumiputera selain mengamalkan adat istiadat orang Melayu dan beragama Islam.
"Perkara ini sudah tertera dalam Perlembagaan, tertulis dalam peraturan-peraturan penting pemilikan tanah, hak kewarganegaraan sampailah kepada papan tanda.
"Ia merujuk betapa pentingnya bahasa Melayu yang akan membentuk perpaduan dan semangat patriotisme dalam kalangan semua orang," katanya, di sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan 2025 Peringkat Kebangsaan.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Dr Aminuddin Hassim.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri juga amat patuh kepada Akta Bahasa Kebangsaan apabila semua papan tanda, nama jalan dan tempat ditulis dengan pematuhan sepenuhnya terhadap Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
"Malahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menekankan penggunaan bahasa Melayu yang suatu ketika dulu timbul isu.
"Dan sekarang ia ditetapkan harus dalam tulisan jawi atau rumi dalam bahasa Melayu supaya kita memperkukuhkan dan mempertingkatkan pelaksanaan kepada seluruh masyarakat," katanya.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Bukankah jauh lebih bagis jika Negeri Selangor menjadi pelopor kembalikan bahasa melayu menggunakan aksara Jawi unuk menunjukkan asas islami yang LEBIH KUKUH ...
Lebih baik disuruh pidato di hadapan publik ... pakai BAHASA ROJAK pun bisa dinyatakan FASIH dan LULUS ...
Ingat ...Takutnya akan BANYAK atau Majority rakyat Selangor yang X LULUS jika menggunakan Bahasa Melayu sesuai dengan standar Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia ...
Yup.... Bahasa Rojak adalah sebuah REVOLUSI HASIL KARYA GENIUS dan juga telah menjadi IDENTITY BARU Bahasa Kebangsaan MalayDesh yang Modern dan diterima oleh SEMUA KAUM....