Gosip Tempatan
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Prickford Lv.12

Fav
Defender | Credits 10133   

PETALING JAYA – Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Nubhan didakwa bakal ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi mengikuti prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, esok.
Perkara itu dikongsikan sumber terdekat pasangan terbabit yang memaklumkan permohonan pengesahan lafaz talak itu difailkan Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, pada awal bulan lalu.
“Setakat yang saya dimaklumkan, esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah syariah.
“Bila lafaz cerai itu dibuat kena tanya kepadanya. Mereka berdua akan hadir bersama peguam masing-masing,” katanya yang enggan dikenali.
Ditanya punca yang membawa kepada permohonan dibuat bekas peserta Akademi Fantasia musim enam (AF6) itu, pihak berkenaan juga meminta persoalan tersebut diajukan kepada Nubhan sendiri.
Begitupun, akuinya penyanyi juga ahli perniagaan itu kini tidak lagi sebumbung dengan Afifah Hidayah selepas melafazkan talak sekitar Ogos lalu.
“Mereka sudah tinggal berasingan. Tiga anak mereka yang kesemuanya masih kecil berada bawah jagaan isterinya,” ujarnya.
Sementara itu, peguam yang mewakili isterinya, Datuk Akberdin Abdul Kader mengesahkan Afifah Hidayah selaku plantif akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang seperti dijadualkan bagi prosiding sebutan pertama.
“Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.
“Cuma saya tak pasti sama ada hakim akan beri keputusan atau mengesahkan perceraian mereka esok kerana biasanya perlu ada siasatan dulu.
“Punca diceraikan, kita tunggu sahaja esok. Sebarang maklum balas membabitkan anak guam saya boleh dijawab selepas prosiding selesai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.
Sebelum ini peguam syarie dari Firma Akberdin & Co itu pernah mewakili beberapa selebriti termasuk Puteri Sarah Liana, Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Sharnaaz Ahmad selain Harith Islander serta bekas isterinya, Dr. Jezamine Lim.
Terdahulu, Nubhan dan Afifah Hidayah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE











Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
97.5K Views
1630 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Fazzbulous Lv.11 2#

Highlander | Credits 7303   
terkezut i...nak lovey dovey je...

sphinx Lv.10 3#

Survivor | Credits 6713   
siyes lahhh.. slalu nmpk ok je

Prickford Author 4#

Defender | Credits 10133   
Quote: Fazzbulous replied at 15-10-2025 03:12 AM
terkezut i...nak lovey dovey je...

iye. tengok mcm takde apa2. ke sebab bnyk tgk nubhan dgn mak jeny je?
Follow Us

sukacactus Lv.15 5#

Gladiator | Credits 32858   
Eh kenapa pulak?
Npk macam ok je. Dah ada yg menyondol ke

ctnorpropa Lv.7 6#

Revolutioner | Credits 1365   
Omak aiii, biar betul. Tengok ok je

IzzahF Lv.11 7#

Highlander | Credits 9128   
dlm bideo tu ai tgk bini tak pandai gaduh..tak pandai nk gaduh, nak lawan mcm mana...bideo lama la. dlm hati ai syukurnya la ada couple tak reti begado ya

hurmmm

ADVERTISEMENT


caprisonne Lv.7 8#

Revolutioner | Credits 1356   
Why am i not surprised

makadek Lv.12 9#

Defender | Credits 12543   
baru terdetik

epal_putih Lv.12 10#

Defender | Credits 10979   
Gano pulok tu??

adeqbun Lv.12 11#

Defender | Credits 10925   
Quote: Prickford replied at 15-10-2025 11:13 AM
iye. tengok mcm takde apa2. ke sebab bnyk tgk nubhan dgn mak jeny je?

bini nubhan mgkin bkn jenis meroyan kat socmed kot..tu xnmpk kepincangan rumahtgga masing2..redho je nubhan melayan mak jeni lebih dr layan die.done speku

MissYouSayang Lv.13 12#

Challenger | Credits 15669   
Dah musim dia

sweetfasha Lv.9 13#

Adventurer | Credits 4339   
eh.. sedihnya.. suka tengok kapel ni. isteri nubhan ni adik siti Nordiana. hari tu nampak cuti sama sama kat swiss.. couple ni pun baru pindah rumah baru..

tak sangka rupanya bergolak juga rtangga depa.. kenapa ek?

orang ketiga ke?

hyie Lv.15 14#

Gladiator | Credits 39042   
Quote: sweetfasha replied at 15-10-2025 11:35 AM
eh.. sedihnya.. suka tengok kapel ni. isteri nubhan ni adik siti Nordiana. hari tu nampak cuti sama  ...

chop2..siti nordiana binti ALIAS. Bini Nubhan ni adik beradik tiri ke apa sis? macam tak pernah dengar la pulak nana ada family lain..nana memang rapat dengan nubhan rasanya sebab sama2 n9

anggeriklatifah Lv.10 15#

Survivor | Credits 6356   
Quote: sweetfasha replied at 15-10-2025 11:35 AM
eh.. sedihnya.. suka tengok kapel ni. isteri nubhan ni adik siti Nordiana. hari tu nampak cuti sama  ...

adik siti nordiana ape ke pulak
siti nordiana  anak bongsu
ada 2 adik beradik je
abg dan dia

ADVERTISEMENT


abangadek Lv.10 16#

Survivor | Credits 5832   
Quote: sweetfasha replied at 15-10-2025 11:35 AM
eh.. sedihnya.. suka tengok kapel ni. isteri nubhan ni adik siti Nordiana. hari tu nampak cuti sama  ...

Celah mana adik mader.. bukan mader 2 beradik je ke? Dia dgn abgnya.. lg pn wife nubhan ni org kedah kan

Prickford Author 17#

Defender | Credits 10133   
Quote: sweetfasha replied at 15-10-2025 03:35 AM
eh.. sedihnya.. suka tengok kapel ni. isteri nubhan ni adik siti Nordiana. hari tu nampak cuti sama  ...

Adik dgn Nana? Lain bapak ke sebab nama bapak semasing lain2.

arffa Lv.9 18#

Adventurer | Credits 4382   
Pernah je tengok live Nubhan marah wife dia sampai menangis wifenya.

kerani_je Lv.9 19#

Adventurer | Credits 3558   
Quote: sweetfasha replied at 15-10-2025 11:35 AM
eh.. sedihnya.. suka tengok kapel ni. isteri nubhan ni adik siti Nordiana. hari tu nampak cuti sama  ...

Bukan adik Nana lah..Diorang rapat mcm bff dari dulu..Sama2 org nogori 9..Klau adik angkat tu ye la kot tp bkn adik betul..Doc Pipah anak sulong kot..

Macam tak sangka diorg bercerai sbb nampak harmonis je rumah tangga..Cuma tak sekufu je lah..Dari awal perasan mcm MIL Nubhan kurang sikit dengan dia..Tapi bila dah lama2 kawin ok je dah tu pilihan anak die nak artis..

gadis_tulip Lv.9 20#

Adventurer | Credits 4474   
Terkejut jugak. Nampak macam ok je diorang. Bini dia macam mengikut je nubhan. Mungkin masalah melibat famili kot.
1234.. 82Next